You are on page 1of 11

PENGENALAN

Zaman pemerintahan Raja Mongkut atau dikenali sebagai Rama IV dan anakandanya,
Chulalongkorn atau dikenali sebagai Rama V sentiasa dilihat sebagai zaman
pemulihan dan pemodenan Siam untuk menyelamatkan negerinya daripada
penjajahan Barat. Mungkin yang lebih penting kepada orang asing ialah kahikat
bahawa Siam dapat mengekalkan kedaulatan negerinya daripada cengkaman
penjajahan barat. Kejayaan cemerlang Siam itu dipandang tinggi oleh mereka kerana
Siam merupakan sebuah negeri di rantau Asia Tenggara yang mendapat kejayaan
unggul itu, semasa perluasan kuasa negeri negeri penjajah dilaksanakan secara
hebat berkesan. Factor yang membawa kejayaan besar ini ialah kebijaksanaa dan
dasar dasar yang dijalankan oleh Mongkut dan Chulalongkorn dalam politik
antarabangsa.

Raja Mongkut (1851-1868)

Chao Fa Mongkut, salah seorang manusia yang paling berbakat dan terpelajar di
Asia Tenggara. Dilahirkan pada tahun 1804 dan merupakan anak sulung kepada
Puteri Bunrod, Permaisuri Rama II, dengan raja itu apabila baginda hanya
mempunyai pangkat Chao Fa Kromluang Itsarasunthon. Mongkut mempunyai
seorang adik kandung iaitu Cha Fa Cguthamaniyang kemudiannya dilantik oleh
Mongkut sebagai Raja Kedua Siam semasa pemerintahan baginda. Seperti mana
putera yang berkedudukan tinggi, Mongkut menerima pendidikan tradisional
daripada sami dan pendita istana.

Semasa berumur dua belas tahun, Mongkut telah dilantik sebagai wakil diraja
untuk menerima pendatang Mon Baru yang melarikan diri daripada Myammar ke
Siam secara beramai ramai. Kehadiran Mongkut yang mewakili Rama II bererti Siam
sanggup menerima golongan Mon Baru itu dan akan menentukan yang pendatang
pendatang baru itu tidak melakukan sesuatu yang akan menjejaskan keharmonian
masyarakat Siam. Satu lagi tugas pentadbiran yang diuruskan oleh Mongkut, apabila
baginda berusia enam belas tahun tekah menjadi ketua Krom Mahalek.

Pada tahun 1824, dengan persetujuan ayahandanya, Mongkut telah mengikut


kesamian, satu tindakan menurut adat agama Buddha kepada semua lelaki yang
berumur dua puluh tahun. Malangnya, lima belas hari kemudian Rama II mangkat
tanpa menamakan pengganti baginda. Putera Chetsadabodin telah menunjukkan
kebolehan dan kematangan baginda dalam hal hal pendtadbiran negeri sepanjang
zaman pemerintahan Rama II, manakala Chao Fa Mongkut tidak berpengalaman
dalam hal hal tersebut dan juga masih menuntut dalam kesamian. Oleh itu, tidak
boleh digangu dengan urusan duniawi.

Sebelum Perwakilan Majlis Negara dihantar untuk menemui Mongkut dan


bertanya sama ada baginda berhasrat menjadi raja atau mengekalkan hidup
kesamiannya. Mongkut telah diberitahu bahawa Putera Chetsadabodin telah dipelawa
oleh Perwakilan Majlis Negara untuk menaiki tahkta. Oleh yang demikian, Mongkut
telah menolak pelawaan tersebut bagi mengelakkan perselisihan faham dan telah
mendapatkan nasihat daripada tiga orang putera kanan Dinasti Chakri iaitu Chao Fa
Kromkhun Itsaranurak, Krommuen Nuchitchinorot dan Kormmuen Detadison.
Mongkut telah menerima pendapat Krommuen Nuchitchinorot dan Kormmuen

1
Detadison untuk terus mengekalkan corak hidup kesamian dan seterusnya memberi
jawapan kepada Majlis Negara.

Setelah membuat keputusan untuk meneruskan hidup kesamian, dalam masa


tiga tahun Mongkut telah menjadi seorang Chao pertama yang menduduki
peperiksaan am yang diadakan oleh golongan sami. Lebih memeranjatkan lagi ialah
apabila Mongkut telah lulus kesemua peperiksaan yang dijalankan. Kejayaan
Mongkut telah menyebabkan Rama III menganugerahkan baginda pangkat sami
parian peringkat sembilan yang membawa maksud sami terpelajar. Berkat
pengetahuan yang mendalam tentang kitab dan syarat syarat kehidupan sami
menyebabkan baginda sedar akan penyelewengan penyelewengan yang berlaku
dalam amalan sami pada ketika itu. Baginda bimbang jikalau tiada langkah langkah
diambil untuk membetulkan maka amalan agama akan menjadi merosot atau lenyap.

Akhirnya hasil daripada pertolongan seorang sami yang bernama Mon yang
berada di kuil Wat Bonbon Mangkon, Mongkut dapat melancarkan percubaan untuk
memulihkan agama dan masyarakat Sangha Siam. Mangkot berpindah ke Wat
Samoh-rai pada tahun 1829 dan boleh dikatakan bahawa gerakan pemulihan agama
yang kemudiannya dikenali sebagai Thammayutika Nigaya dilancarkan pada tarikh
tersebut. Tujuan utama gerakan Thammayutika Nigaya ialah membetulkan cara
hidup dan amalan Sangha supaya selaras dengan ajaran kitab suci Dharma dan
peraturan asas golongan Sangha.

Raja Chulalongkorn

Satu peristiwa yang telah berlaku yang menunjukkan kebimbangan Mongkut


terhadap masalah pemilihan tahkta selepas kematiannya. Dalam peristiwa ini, Raja
Mongkut telah mengumumkan di dalam dewan biara Wat Patung Buddha Zamrud
bahawa jika salah satu daripada empat orang putera yang layak iaitu Krommuen
Pikhanesuan-surusangkat/Chulalongkorn, Kormmuen Bamrabporapak, Kormmuen
Worachack-tharanubbha dan Krommuen Aksonsatsanasobhon dipilih sebagai
pengganti baginda. Sebenarnya senarai nama yang disenaraikan sebagai calon takha
hanya mencerminkan bahawa betapa rumitnya pemilihan sebagai pengganti Raja
Siam pada ketika itu.

Mongkut telah mempunyai perancangan untuk melantik Chulalongkorn


sebagai penggantinya, namum hasrat ini tidak dapat di lakukuan apabila Mongkut
terkena demam malaria selepas mengadakan lawatan. Akhirnya pada 1 Oktober 1968,
Mongkut telah mangkat. Namun sebelum itu, Mongkut telah bertitah kepada
pembesarnya Chao Phyra Si Suriyawong bahawa jikalau Chulalongkorn dipilih
menjadi raja Siam. Baginda meminta jasa baik Chaou Phyara untuk menjadi
pemangku raja kerana raja chula yang pada ketika itu masih lagi kecil dan tidak
mampu untuk mentadbir. Namun akan diberikan,sekiranya raja chula telah benar
benar mampu mentadbir.

Chulalongkorn telah memulakan pemerintahan selepas upacara pertabalan


keduanya pada tahun 1873. Hakikatnya bahawa, chulalongkorn terpaksa mengikut
hasrat dan cadangan pemangkunya dalam lima tahun pertama pemerintahannya.
Walau bagaimanapun, semua perbezaan dapat dikawal disebabkan menyedari
ancaman dari luar yang boleh menghancurkan kedaulatan Siam jika berlaku

2
perselisihan faham antara mereka. Menjelang 1910, kedudukan siam dan institusi
beraja telah banyak berubah. Kedaulatan dan keselamatan siam daripada British
terjamin. Sungguhpun begitu, siam berada dalam keadaan yang selamat dan sedang
dalam proses memulihkan hak hak istimewa yang terpaksa diserahkan kepada
kuasa Barat. Sistem raja berkuasa mutlak mencapai kemuncaknya pada era
Chulalongkorn.

Golongan Kunnang hanya menjadi pegawai yang bergantung kepada rajanya


untuk segala pengiktirafan social dan ekonomi. Sistem pentadbiran juga berubah.
Sistem Jatusadom telah digantikan dengan sistem cabinet dan kerajaan pusat.
Melaluinya siam telah dapat di satukan dibawah kepimpinan dinasti Chakri. Raja
chula mangkat pada 23 oktober 1910. Kemangkatannya dilihat sebagai tamatnya
zaman keemasan siam yang menjamin keselamatan dan kestabilan kepada rakyatnya.
Sebagai tanda trima kasih dan saayang kepada rajanya, rakyat siam telah
mempersembahkan gelaran khas kepada raja iaitu raja yang bijaksana.

PERUBAHAN YANG DILAKUKAN OLEH RAJA MONGKUT

Thailand merupakan satu satunya negara di Asia Tenggara yang tidak pernah
dijajah secara rasmi oleh mana mana kuasa daripada kuasa barat kerana
mempunyai pemimpin yang berfkiran jauh. Raja yang dimaksudkan adalah raja
keempat dan raja kelima. Kedua dua pemerintah tersebut telah mendapat
pendedagan pengaruh barat melalui pendidikan sehingga berfikiran terbuka dan
sedar akan kekuasaan barat yang membahayakan Thailand. Hal ini kerana Mongkut
menaiki takhta semasa kegiatan imperialis giat dijalankan dan negara yang enggan
akur dengan kepada Barat seperti Myanmar, Filipina, dan Indonesia berjaya dikuasai.
Jesteru Raja Mongkut telah menjalankan beberapa perubahan yang kemudiannya
diteruskan oleh Raja Chulalongkorn. Kesedaran bahawa mereka perlu berkerjasama
dengan Barat secara sukarela telah menyebabkan kedua dua raja bertolak ansur
sesuai dengan kehendak barat. Perubahan yang dilakukan merangkumi aspek politik,
ekonomi dan sosial.

Politik

Dasar Isolasi

Dalam usaha mengekalkan kesejahteraan dan keamanan Thailand, Raja Mongkut


telah menamatkan dasar isolasi iaitu dasar tutup pintu dengan mengantikkan
dengan amalan dasar buka pintu kepada kuasa-kuasa barat terutamanya
pedagang-pedangan yang datang dari barat. Hal ini dilakukan oleh Mongkut
adalah untuk mengelakkan berlaku penjajahan ke atas Thailand itu sendiri.
Persaingan yang kuat antara kuasa-kuasa barat pada masa itu telah memberi
kesedaran kepada Mongkut akan kebolehan kuasa barat dalam menjajah Thailand
yang secara langsung akan memberi kesan negatif kepada politik ekonomi dan
sosial Thailand. Dalam buku King Mongkut of Siam 1855 telah menyatakan
bahawa Mongkut mengalu-alukan kemasukan kuasa barat British yang di pimpin
oleh Sir John Bowring dan berperanan sebagai ketua menteri untuk melakukan
beberapa perubahan dan disokong oleh Raja Mongkut itu sendiri. Kecerdikan yang
dimiliki Raja Mongkut juga telah menjadikan baginda sebagai salah satu

3
pemerintah yang disegani kerana mampu melindungi Thailand daripada menjadi
mangsa jajahan kuasa barat.

Hal ini dilakukan oleh Raja Mongkut dengan mengadakan beberapa perjanjian
dengan kuasa barat iaitu British, Prancis dan Amerika Syarikat. kandungan
perjanjian tersebut adalah banyak memberi keistimewaan kepada kuasa barat
terutamanya dalam berdagang di Thailand. Selain daripada itu, kuasa barat juga
diberikan kebenaran dalam mendirikan konsul di Thailand, mendapat hal wilayah
asingan, dibenarkan menyebarkan agama mereka iaitu agama kristian, diberikan
kelayakan dalam membeli atau menyewa tanah disekitar Bangkok serta berlabuh
disemua pelabuhan yang terdapat di Thailand.

Isi yang terdapat dalam perjanjian ini secara tidak langsung mengaburi mata
kuasa barat daripada menjajah Thailand kerana mereka sudah diberikan
keistimewaan serta keutamaan yang menjadikan kuasa-kuasa barat tersebut tidak
menjajah Thailand. Perjanjian pertama yang ditandatangai oleh Mongkut dengan
kuasa barat adalah perjanjian dengan British pada 18 April 1855 yang dikenali
sebagai Perjanjian Bowring. isi perjanjian ini sama seperti isi perjanjian dengan
kuasa barat lain yang dapat didefinisikan sebagai perjanjian berat sebelah yang
mana lebih banyak menjaga kepentingan kuasa barat itu sendiri. Namun bagi Raja
Mongkut, baginda akur dengan perjanjian tersebut bagi mengelakkan aktiviti
penjajahan berlaku di Thailand. Disebabkan sikap Raja Mongkut yang menurut
kehendak kuasa barat, maka lebih banyak lagi muncul perjanjian-perjanjian yang
tidak adil dan memihak kepada kuasa barat.

Sistem Pentadbiran

Pada awalnya, sistem pentadbiran yang diamalkan oleh Thailand adalah lebih
kepada bentuk tradisional dan kemudian berubah kepada sistem pentadbiran
barat selepas kedatangan barat. Sistem pentadbiran tradisional yang diamalkan
melibatkan jawatan dipegang oleh kerabat diraja sahaja. Namun orang barat mula
masuk dalam sistem pentadbiran selepas kedatangan barat ke Thailand dengan
menyusun semula sistem pentadbiran Thailand yang berbentuk tradisional
kepada sistem pentadbiran barat.

Seramai 84 orang barat telah diserap masuk untuk berkhidmat dalam


pentadbiran Thailand dan mereka dijadikan sebagai penasihat kerajaan dalam hal
pentadbiran. Orang-orang barat yang diserap masuk dalam pentadbiran Thailand
telah dilantik menjadi ketua setiap jabatan. Hal ini kerana pegawai-pegawai
Thailand yang sebelumnya adalah tidak terlatih dalam bahagian teknikal dan
kurang kemahiran dalam mentadbir kerajaan Thailand. sebelum ini, Thailand
adalah tidak membenarkan barangan asing masuk dan juga tiada pengeluaran
barangan dalam Thailand ke luar.

Hal ini telah menyebabkan orang barat sukar mendapatkan sumber bekalan
beras dari sekitar kawasan asia tenggara. Oleh yang demikian, Mongkut
mengambil langkah dengan membernarkan orang barat berdagang di Thailand
terutamanya golongan pedagang kerana Mongkut merasakan jika dia meneruskan
dasar isolasi, kemungkinan besar kuasa barat akan membuka dasar Thailand
secara paksa.

4
Undang-Undang dan Ketenteraan

Masalah undang-undang di Thailand adalah salah satu perkara perlu diteliti


kerana ia berkaitan rapat dengan hubungan di antara Thailand dengan pihak
kuasa-kuasa barat. Pada tahun 1897, sebuah suruhanjaya telah dilantik untuk
meneliti semula undang-undang yang wujud di Thailand pada masa itu agar dapat
diselaraskan dengan kehendak kuasa barat. Penghapusan sistem perhambaan
jugak merupakan langkah utama Thailand dalam menyelaraskan undang-
undangnya dengan kuasa barat. Hal ini kerana, menurut Mongkut, nasib
negaranya adalah bergantung dengan perubahan yang diadaptasi dari barat.

Oleh yang demikian, Mongkut telah menyesuaikan ideologi dan pemikirannya


agar keselamatan negaranya Thailand tidak terancam kuasa barat. Dari aspek
ketenteraan pulak, Raja Mongkut telah menyesuaikan teknik ketenteraan Barat
walaupun keselamatan negaranya sendiri adalah terancam. Hal ini telah
menyebabkan tentera barat memberi khidmat latihan kepada askar Thailand serta
mengimport senjata baharu untuk kegunaan ketenteraan. Angkatan tentera
semasa pemerintahan Raja Mongkut tidak mengalami banyak perubahan
sehinggalah zaman pemerintahan Chulalongkorn.

Ekonomi

Kesan ekonomi kita boleh lihat apabila perjanjian bowring termetrai. Perjanjian
bowring ditantatangani oleh raja Mongkut dengan British bertujuan untuk mengekal
implikasi kepada dasar buka pintu. Bukan itu sahaja, Siam juga turut menjalankan
hubungan dengan kuasa asing lain bagi menjaga negaranya daripada dijajah. Pada
awalnya, Siam mengamalkan dasar isolisasi iaitu, tidak mengadakan hubungan
dengan dunia luar dan tidak wujud aktiviti ekonomi seperti import dan eksport.
Namun selepas perjanjia tersebut, telah berlaku perubahan drastic dalam ekonomi
siam apabila kegiatan eksport dan import mula dijalankan. Bilangan kapal dagang di
Siam semakin meningkat seperti pengesportan barangan seperti beras, kayu jati dan
gula semakin meningkat. Selain itu, mata wang turut di perkenalkan. Mata wang
diperkenalkan bagi menggantikan sistem tukaran barang. Melalui sistem ini,
memudahkan urusan jual beli di antara Siam dan British. Langkah ini secara tidak
langsung dapat mengelakkn Siam menjadi tanah jajahan kuasa Barat.

Sosial

Dari segi sosial, terdapat pembaharuan seperti sistem pengangkutan, perhubungan,


pngairan, pendidikan, kesihatan, agama, dan ekonomi. Pembaharuan ini dilihat dari
mata kasar orang Thailand bagi menjaga kebajikan masyarakat namun pembaharuan
ini merupakan taknik ataupun strategi bagi mengawal kemaraan kuasa kuasa
Barat.

Sistem Pengangkutan

Sistem pengangkutan dan perhubungan merupaka suatu sistem yang penting dan
pelbagi usaha telah dilakukan di Thailand. Semasa pemerintahan Raja Mongkut,
beliau telah melancarkan satu siri perancangan pemodenan termasuk juga ingin
meningkatkan kemudahan kemudahan infrastruktur di Bangkok. Hal ini
disebabkan beliau merupakan pemerintah modenisme besar dan nasionalis di

5
Thailand.Dari segi sistem pengangkutan, hal ini terbukti apabila beliau telah
membina jalan raya yang sesuai dengan kereta kereta kuda. Pembinaan jalan
raya ini telah menghubungkan kawasan kawasan pengeluaran kepada sungai
Chao Phraya yang merupakan jalan perhubungan penting.

Raja Thailand kemudiannya digalakkan menderma untuk pembinaan sistem


pengankutan ini sama ada dalam bentuk wang dan tenaga. Pembinaan jalan raya
ini juga dikaitkan dengan dengan kepentingan pihak Barat kerana memudahkan
mereka untuk melakukan sebarang urusan rasmi seperti melakukan rundingan
dengan Raja. Sistem pengankutan yang lebih sistematik ini memudahkan Barat
berurus niaga sekali gus merasakan Thailand bukanlah suatu ancaman kepada
Barat. Sistem ini juga membantu aktiviti urus niaga kerana barang barang yang
dikeluarkan dalam negara dapat diangkut dan dibawa melalui sungai Chao Phraya
ke Bangkok.

Bukan sahaja dapat di bawa ke Bangkok malahan dapat dieksport oleh


pedagang pedagang asing yang datang ke Thailand. Selain itu, dengan adanya
sistem pengangkutan masyarakat Thailand juga boleh dihantar ke negara Barat
bagi melanjutkan pelajaran. Secara tidak langsung, perluasan kuasa barat dapat
dielakan disebabkan kebijaksanaa Mongkut membina sistem ini dan
menggunakan sistem ini untuk menghantar rakyatnya untuk menuntut pelajaran.
Hal ini kerana, rakyat yang pulang nanti tentunya mempunyai kemahiran
intelektual yang tinggi dan semangat patriotic. Jadi, sistem pengangkutan yang
dibina oleh Mongkut dapat mengurangkan kebarangkalian negara mereka
daripada dijajah kuasa Barat.

Adat dan Perhambaan

Dalam masa yang sama, Mongkut telah bertindak adil dengan mengambil inisiatif
mengurangkan hak hak golongan pembesarnya dengan menitikberatkan
keperluan rakyat. Keadilan ini menunjukkan kepada Barat bahawa Thailand
sangat prihatin terhadap rakyatnya. Tambahan pula adat adat yang menghalang
kemajuan Thailand dihampuskan. Sebelum ini, golongan pemerintah hanya
tinggal di istana dan rakyat tidak berpeluang untuk menatap wajah raja.

Namun semua ini berubah apabila Mongkut menaiki takhta dan telah bertemu
dengan rakyatnya. Mongkut telah memerintahkan kepada rakyatnya untuk
menatap wajahnya dan usahanya untuk berdamping dengan rakyat. Perubahan
lain dalam adat ini adalah amalan bersujud di hadapan Raja telah dihampuskan
sepenuhnya pada tahun 1873. Sehubungan dengan itu, sistem buruh paksa telah
dihampuskan pada 1874 dan digantikan dengan sistem buruh bergaji. Perubahan
ini adalah bagi, menjaga imej Thailand sebagai sebuah kuasa bertamadun sekali
gus menjadi strategi Thailand bagi mengelakkan perluasan kuasa Barat.

Agama

Mongkut telah mengasakan sebuah order baru dalam Sangha Thai dan
menugaskan seorang menteri baginda untuk menulis sifat saintifik mengenai
ajaran Buddha. Namun begitu, perkara ini tidak menghalang beliau
memperkenalkan dasar sikap liberal terhadap agama agama lain. Hal ini kerana,
Mongkut ini menyesuaikan ideology dan pemikirannya agar keselamatan negara

6
tidak terancam. Baginda juga membenarkan mubaligh mubaligh kristian untuk
menyebarkan agama kristian kerana pada masa yang sama golongan golongan
ini juga turut menyebarkan pengetahuna Barat. Pada 1852, sebuah sekolah
kristian telah didirikan di Bangkok.

Sistem Pengairan dan Perhubungan

Semasa pemerintahan Mongkut, sistem terusan sememangnya telah dijalankan


namun matlamat mereka hanya untuk memudahkan pengangkutan hasil
penanaman padi antara Bangkok dan kawasan pedalaman. Antara terusan yang
dibina semasa pemerintahan Mongkut ialah terusan Maha Sawat dari Bangkok ke
Nakhon Chaisi. Usaha ini mempunyai kesinambungan kerana semasa
pemerintahan Chulalongkorn, beliau telah memberi kebenaran kepada syarikat
pengairan untuk membina lebih banyak terusan. Apabila sistem terusan telah
dibina, hal ini menunjukkan bahawa Thailand mengalami suatu peralihan dan
pemodenan sekali gus mengelakkan perluasan kuasa Barat.

Pendidikan

Sebelum pendidikan dimodenkan, Thailand menggunakan khidmat sami dan


hanya mengajar agama tetapi setelah kedatangan Barat, Mongkut telah
menghadkan kuasa sami dan mula mendapatkan khidmat guru kepada Barat
untuk mengajar kerabat diraja. Hal ini kerana pada zaman Mongkut, orang
orang barat telah digunakan sebagai tutor dan penterjemah. Rasionalnya,
Mongkut merasakan bahawa pencapaian negara bergantung kepada sebanyak
mana mereka belajar daripada Barat, jesteru itu perlunya penyesuaian bidang
pendidikan dengan pihak Barat bagi mengelakkan dari berlakunya perluasan
kuasa. Sumbangan yang sangat penting ialah Mongkut tidak mengistiharkan
mana mana pemulihan asas. Walau bagaimanapun, bagi golongan bangsawan,
persediaan pendidikan dan sistem pengambilan juga hampir tidak berubah.

Melalui perubahan perubahan yang dilakukan, perubahan yang paling


berkesan adalah pemberian pendidikan Barat.Mongkut telah menggalakkan orang
barat untuk mengajar penduduk tempatan bagi membantu membasmi buta huruf.
Hal ini disebabkan, masalah buta huruf akan menggangu proses Mongkut
memodenkan Thailand sebagai usaha mengelakkan dari berlakunya perluasan
kuasa di Thailand. Beliau telah membenarkan mereka mengeluarkan buku buku
tanpa sekatan. Selain itu, beliau juga berdamping dengan mubaligh mubaligh
kristian untuk mempelajari ilmu ilmu sains dan pelbagai bahasa. Oleh itu, ianya
dapat membantu beliau untuk mengadakan hubungan diplomatic secara langsung
dengan Amerika dan Britain dengan mudah.

PEMBAHARUAN YANG DILAKSANAKAN OLEH RAJA CHULALONGKORN

Pentadbiran

Raja Chulalongkorn pula meneruskan dasar ayahnya Mongkut yang mengambil


kepakaran orang Barat dalam pentadbirannya. Antaranya ialah:

Rolin Jacquemins pakar Jerman berkhidmat sebagai Penasihat Amnya.

7
Pakar Inggeris sebagai penasihat dalam Kementerian Hasil Dalam Negeri dan
Kastam.
Pakar Perancis sebagai penasihat di Kementerian Perundangan.
Pakar Jerman sebagai penasihat di Jabatan Kereta Api dan Jabatan Pos.
Pakar Denmark sebagai penasihat dalam Angkatan Laut dan Polis wilayah.
Pakar Itali sebagai penasihat dalam Kerja-kerja Pembinaan.

Raja Chulalongkorn menubuhkan kerajaan bercorak kabinet Eropah melalui


pembentukan Majlis Mesyuarat Tertinggi (MMT) dan Majlis Penasihat (MP). MMT
diketuai oleh Raja Chulalongkorn dan dianggotai oleh 12 putera raja dan golongan
bangsawan yang bertugas secara rasmi menasihati raja dalam pentadbiran dan hal
ehwal negeri. Majlis Penasihat dianggotai oleh 40 pegawai kerajaan yang berfungsi
sebagai badan penasihat pentadbiran Siam. Kedua-dua majlis ini boleh
mengemukakan pandangan secara terbuka.

Baginda juga mewujudkan sistem pentadbiran pusat yang moden dengan 12


kementerian yang setiap satunya diketuai oleh seorang menteri dalam kalangan
putera raja berpendidikan Barat dan dibantu penasihat Barat. Antaranya
Kementerian hal Ehwal dalam Negeri, Kewangan, Pertanian, kehakiman dan Keadilan,
Hal Ehwal Luar Negeri, Kerja Raya, Kerajaan Tempatan dan Pertahanan.

Baginda menamatkan kuasa autonomi di peringkat daerah dengan menyerapkan


pembesar-pembesar ke Jabatan Perkhidmatan Awam dengan diberi gaji bulanan tetap
atas kehilangan kuasa mereka. Putera Damrong (Menteri dalam Negeri) menyusun
semula pentadbiran dalam negeri berasaskan sistem pentadbiran Inggeris di
Myanmar. Siam dibahagikan kepada 18 buah monthon (bulatan). Setiap monthon
ditadbir oleh Pesuruhjaya Tinggi. Monthon dipecahkan kepada unit-unit kecil lagi
seperti changwat (wilayah), amphoe (daerah), tambon (commune), hamlet dan
kampung.

Chulalongkorn turut meberi perhatian pada polisi luar negaranya. Baginda telah
meneruskan Dasar Buka Pintu Mongkut dan menjalin persahabatan dengan Barat
melalui beberapa perjanjian persahabatan dan perdagangan. Pejabat kedutaan asing
dibuka di Bangkok dan pejabat kedutaannya dibuka di negara luar seperti London,
Paris, Jepun dan Washington. Baginda mengamalkan dasar diplomasi moden dengan
Barat bagi mengekalkan kemerdekaan Siam seperti menyerahkan 12 kawasan di
Laos, Luang Prabang, Seamreap kepada Perancis dan menyerahkan negeri-negeri
Melayu Utara kepada Britain.

Dari aspek kehakiman, Raja Chulalongkorn pula mengadakan pembaharuan dan


penyusunan semula dalam bidang kehakiman setanding dengan negara Barat.
Baginda mengasaskan penubuhan sistem mahkamah jenayah dan awam,
menubuhkan Kementerian Kehakiman dan sekolah undang-undang bagi
menggalakkan pelajarnya mempelajari sistem kehakiman Barat.

Pada tahun 1897, kod undang-undang jenayah baru digubal dan mahkamah
jenayah Barat ditubuhkan. Rang undang-undang ini mencadangkan Mahkamah
Konsul dan hak wilayah asingan di Siam ditamatkan. Selain itu, sistem penjara
disusun dan angkatan polis dimodenkan dengan bantuan penasihat British.

8
Ekonomi

Raja Chulalongkorn telah menyusun semula kewangan Siam. Antaranya ialah :

Mewujudkan perbendaharaan moden di Siam dengan bantuan Penasihat Kewangan


Inggeris yang dilantik sebagai jurukira Siam. Penasihat daripada orang luar membuka
ruang mereka untuk lebih bersikap terbuka. Sistem audit dan akaun moden
diwujudkan bagi mengelakkan berlakunya pelaksanaan rasuah oleh pegawai-pegawai
yang mentadbir sistem kewangan negara Siam.

Jabatan kastam dan Hasil Dalam Negeri dibentuk dan memperkenalkan cukai
langsung. Cukai ini diperkenalkan untuk menambahkan lagi pendapatan negara.
Anggaran belanjawan pertama diperkenalkan tahun 1901. anggaran belanjawan ini
diperkenalkan untuk mengurus dan menyeimbangkan belanjawan negara agar tidak
berlaku lebihan belanjawan negara.

Sistem cukai moden mendapat keuntungan yang banyak dan menghapuskan


penyelewengan, rasuah dan penindasan serta menghapuskan sistem pungutan cukai
yang dipajakkan kepada orang Cina. Bank-bank Inggeris dan Perancis ditubuhkan di
Bangkok. Melalui kemasukan beberapa bank dan pelabur dari negara-negara Eropah
tidak membuka ruang kepada Britsh sahaja untuk menguasai perbankan di Siam.

Bidang pertanian turut dimajukan dengan menubuhkan Jabatan Tali air. Selain
itu juga beberapa kemudahan perdagangan turut disediakan kepada orang barat
untuk menggalakkan kemasukan pelabur asing. Pinjaman kredit diberikan kepada
petani, pengusaha dan pedagang tempatan. Hal ini menyebabkan pengusaha
tempatan dapat bersaing dengan pengusaha-pengusah luar untuk membangunkan
perniagaan mereka. Hasilnya Siam berkembang maju dan pendapatan negara
bertambah berikutan hasil eksport dan cukai yang diperolehi.

Sosial

Sistem Pendidikan

Raja Chulalongkorn juga memberi penekanan dalam pendidikan moden. Baginda


membina sekolah bagi kaum bangsawan dan rakyat biasa. Seramai 300 kaum
kerabatnya dihantar menuntut ilmu di luar negara terutamanya ke Eropah.
Jabatan pendidikan turut ditubuhkan setaraf dengan sistem pendidikan Barat.
Dengan mengambil penasihat Britain, pelaksanaan dasar pentadbiran sistem
pendidikan telah mengambil contoh sistem pentadbiran Britain.

Sekolah-sekolah rendah didirikan menggunakan bahasa Thai manakala


sekolah menengah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
utama. Terdapat juga sekolah asrama untuk lelaki dan perempuan seperti
Sunandalaya, Maktab Diraja dan Suan Khulab. Sebuah Maktab Tentera didirikan

9
dengan mengambil pakar Itali sebagai pengelolanya. Pelajaran teknik dan
vokasional, jurusan undang-undang dan kaji ukur diperkenalkan. Sekolah-
sekolah agama dan mubaligh turut didirikan.

Adat / Budaya / Agama / Kesihatan / Infrastruktur :

Chulalongkorn telah menghapuskan adat bersujud menghadap raja tahun 1873


dan menghapuskan sistem perhambaan secara berperingkat-peringkat dengan
meluluskan Undang-undang Pengabdian pada Ogos 1874. Amalan buruh paksa
dihapuskan dan menggantikan dengan buruh bergaji. Selain itu, amalan perjudian
poligami diharamkan. Chulalongkorn bersikap liberal dan toleransi dalam soal
agama. Rakyat Siam diberi kebebasan menganut sebarang agama yang disukai.

Baginda juga membaiki taraf kesihatan penduduk dengan menubuhkan


sekolah perubatan, hospital dan rawatan percuma untuk membanteras penyakit
taun dan cacar dengan bantuan pakar-pakar Barat. Sistem perhubungan atau
infrastruktur diperhebatkan seperti menubuhkan Jabatan Kereta Api Negara.
Perkhidmatan pos dan telegraf diperkenalkan. Jambatan dan terusan dibina
sementara sistem kalendar Eropah diperkenalkan di Siam bagi menguruskan
masa secara fleksibel.

ANALISIS

Sebagai analisis, pada awal pemerintahan di Thailand yang bermula daripada Rama I
sehingga Rama III, raja raja tersebut mengamalkan dasar tutup pintu dengan tidak
mengadakan sebarang hubungan dengan dunia luar. Hal ini disebabkan bahawa,
merasakan diri mereka lebih tinggi berbanding dengan orang luar. Pada penhujung
adab ke 19 telah berlaku imperialis di Asia Tenggara oleh kuasa Barat yang berlumba
lumba bagi mendapatkan tanah jajahan bagi mengeksploitasi sumber untuk
menampung pengeluaran di negara meraka. Disamping itu, golongan penjajah juga
menggunakan slogan white man burden sebagai salah satu alasan mengapa mereka
menjajah. Selepas kejatuhan Burma di tangan British, maka mereka beralih pula
kepada Thailand. Disebabkan keangkuhan Thailand yang enggan untuk bekerjasama
dengan orang luar, menyebabkan British terasa tercabar dan menganggap Thailand
ini akan menjadi Burma ke dua. Oleh yang demikian, bagi menghadapi Thailand
maka British telah mengadakan latihan ketenteran di Perairan Laut India kerana
Thailand merupakan negara yang besar. Apabila Rama III tahu, bahawa British akan
menyerang negara mereka dengan secara tiba tiba Rama III mangkat.
Kemangkatannya dan Mongkut menaiki takhta menjadi Raja Siam telah berlaku
suatu perubahan yang agak besar kepada Thailand pada ketika itu. Mongkut
merupakan raja pertama di Asia Tenggara yang fasih dalam berbahasa Inggeris
kerana telah melanjutkan pelajarannya ke negara barat. Oleh kerana, Mongkut telah
berada di negara barat untuk menuntut ilmu, maka segala perangai dan sikap orang
barat sudah difahaminya. Langkah pertama yang dilakukan oleh Mongkut adalah
dengan meminta wakil raja untuk menghantar surat mohon maaf bagi kepada British.
Hal ini disebabkan, British tidak suka kepada sikap meninggi diri. Bagi
mengurangkan kemarahan British, maka dasar isolisasi telah dimansuhkan dan
diganti dengan dasar pintu terbuka dan mengadakan perjanjian Bowring dengan
British bagi memberikan hak yang lebih kepada Brisish terutamanya dari segi

10
perdagangan. Tidak cukup dengan itu, dalam politik misalnya Mongkut telah
melakukan perubahan besar apabila telah melantik 80 orang pegawai barat untuk
dimasukkan kedalam jabatan jabatan. Hal in kerana, walaupun Thailand bebas
daripada British tetapi mungkin tidak kepada kuasa lain seperti Perancis dan
Amerika. Bagi menyeimbangkan keadaan, maka Mongkut telah melantik 40 orang
pegawai British telah diletakkan di bahagian kewangan, 20 orang pegawai Perancis
diletakkan pada ketenteraan dan Amerika pada hubungan luar Thailand. Dengan
cara ini, dapat mengelakkan Thailand daripada dijajah. Dari segi sosial, Thailand juga
telah melakukan perubahan besar. Misalnya adat bersujud dihadapan raja telah
dimansuhkan. Selain itu,pada ketika dahulu rakyat dan orang daripada luar tidak
boleh menatap wajah raja namun selepas Mongkut menjadi raja perkara perkara
yang berkaitan ada istiadat telah di mansuhkan bagi menyesuaikan dengan keadaan
semasa dan merupakan salah satu cara Thailand agar tidak dijajah. Seterusnya
adalah dengan membuat pembaharuan dalam bidang pendidikan. Pada awalnya,
pendidikan yang diterapkan adalah lebih bersifat keagamaan namun telah diubah
kepada pendidikan bercirikan barat. Tenaga pengajar telah dibawa ke Thailand bagi
mengajar rakyatnya dan ini sedikit sebanyak dapat membasmi kadar buta huruf
dikalangan rakyatnya. Tindakan yang dilakukan ini, telah dapat mengurangkan
Thailand daripada dijajah. Selepas kemangkatan Mongkut, maka delegasinya telah
diserahkan kepada Chulalongkorn iaitu anaknya. Chulalongkorn hanyalah dilihat
sebagai penerus apa yang telah dilakukan oleh Ayahandanya dan memantapkan lagi
sistem yang sedia ada. Perubahan perubahan yang dilakukan oleh Mongkut dan
Chulalongkorn ini adalah bagi mengelakkan daripada dijajah dan ini berterusan
sehinggalah perang dunia II tamat. Perubahan yang dilakuakn ini bukan sahaja
mengelakkan daripada dijajah namun telah membawa Thailand kearah pemodenan.
Thailand muncul negara di asia tenggara yang tidak pernah dijajah oleh mana mana
negara berkat kebijaksanaan pemimpinnya.

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, kebijaksanaan Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn boleh


dikira sebagai individu yang amat berjasa besar kepada Thailand kerana berjaya
membawa Thailand agar tidak dijajah dengan kerakusan kuasa barat pada ketika itu.
Latar belakang Mongkut yang telah mendapat pendidikan barat telah berjaya
menyelamatkan Thailand. Perubahan perubahan dari segi aspek institusi
pentadbiran, ekonomi dan sosial adalah bagi menyesuaikan keadaan pada ketika itu.
Perubahan yang dilakukan ini, bukan sahaja bagi mengelakkan daripada dijajah,
namun telah membawa Thailand kearah pemodenan walaupun terdapat perkara
perkara yang telah dimansuhkan seperti adat menyembah raja.

11

You might also like