You are on page 1of 1

Ruj Kami:

Tarikh 11/4/2017

Kepada;
Ibu Bapa / Penjaga,
Pelajar Tingkatan 3 SMKT
Calon PT3 2017.

Tuan,

PEMBERITAHUAN UJIAN LISAN BERTUTUR PT3 2017

Berhubung perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan, Kementerian


Pendidikan Malaysia akan melaksanakan UJian Lisan Bertutur PT3 2017 bagi matapelajaran Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris.

2. Sehubungan dengan itu, Tarikh perlaksanaan Ujian Lisan adalah seperti ketetapan berikut

Tarikh : 18, 19 dan 20 hb April 2017


Hari : Selasa, Rabu dan Khamis
Masa : 8:00 am 12:20 pm
Pakaian : Baju Seragam Sekolah Lengkap

3. Tuan dikehendaki memastikan kehadiran anak / anak jagaan tuan hadir ke sekolah pada tarikh ujian
yang telah ditetapkan. Kehadiran semua calon PT3 2017 bagi menduduki ujian tersebut adalah
WAJIB.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah.

MOHAMMAD FUAD BIN ABU BAKAR


Pengetua,
SMK Tungku.

Sk ; Fail PT3

You might also like