You are on page 1of 2

Langkah langkah Mecengah Demam Denggi

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis. Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada
Yang Berusaha Tuan Guru Besar, Yang Dihormati guru-guru, barisan panel hakim yang arif lagi
bijaksana serta akan-rakan sekalian.Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah
" Langkah - langkah Mencengah Denggi". Adakah anda semua tahu tentang demam Denggi?
Demam denggi penyakit yang disebabkan oleh nyamuk Aedes. Penyakit ini sangat berbahaya
kerana boleh membawa maut. Oleh itu, kita harus mengambil langkah-langkah untuk
mencegah demam denggi.

Para hadirin yang dihormati,

Antara langkah mencengah demam denggi ialah memusnahkan tempat pembiakan


nyamuk. Barang buangan seperti tayar buruk, tin kosong, tempurung kelapa dan bekas plastik
yang menjadi tempat pembiakan nyamuk hendaklah dimusnahkan. Pasu bunga, bekas air dan
sebarang bekas yang boleh menakung air perlu diletakkan ubat jentik-jentik atau ditukar airnya
secara kerap untuk mencegah pembiakan nyamuk Aedes.

Para hadirin sekalian,

Langkah seterusnya ialah kita hendaklah melindungi diri daripada gigitan nyamuk.
Nyamuk biasanya keluar pada awal pagi atau lewat petang. Oleh itu, pakailah pakaian yang
menutupi kebanyakkan bahagian tubuh apabila berada di luar rumah pada waktu itu. Pada
bahagian tubuh yang terdedah, sapukan krim penghindar nyamuk.

Di samping itu, kita boleh memasang jaring nyamuk pada tingkap rumah. Jaring ini
dapat menhalang nyamuk daripada memasuki rumah. Di dalam rumah pula, gunakan ubat
lingkaran nyamuk untuk mengelak daripada digigit nyamuk pada waktu malam.

Para Hadirin sekalian,

Seterusnya, kita hendaklah menghapuskan nyamuk dewasa. Kita boleh menggunakan


penyembur nyamuk bagi membunuh nyamuk dewasa di dalam rumah. Di luar rumah pula,
minta pihak berkuasa mengadakan semburan kabus untuk membunuh nyamuk.

Secara kesimpulannya, usaha untuk mencegah demam denggi tidak harus diletakkan
pada bahu pihak berkuasa sahaja. Semua anggota masyarakat hendaklah bekerjasama
dengan pihak berkuasa untuk menangani masalah ini.
Akhir sekali,marilah kita bersama-sama menjayakan sesuatu aktiviti yang
mendatangkan kebaikan dengan jayanya kerana akan mendatangkan kebaikan kepada kita
sendiri.Sampai di sini sahajalah syarahan saya kali ini. Sebelum saya mengundur diri,saya ingin
sampaikan satu slogan iaitu Tiada Aedes Tiada Denggi!. Sekian Assalamualaikum dan salam
sejahtera.

You might also like