You are on page 1of 11

1.

0 PENDAHULUAN

Pendidikan khas merupakan perkhidmatan dan kemudahan pendidikan yang


disediakan untuk individu berkeperluan khas atau kurang upaya. Kategori individu
kurang upaya yang perlu mengikuti program dan perkhidmatan pendidikan khas
terdiri daripada mereka yang mengalami kecacatan mental, bermasalah
pembelajaran, gangguan emosi dan tingkah laku, gangguan komunikasi-pertuturan
dan bahasa, hilang pendengaran, kecacatan dalam penglihatan atau darjah
penglihatan yang rendah, kecacatan fizikal dan golongan pintar cerdas.

Di Malaysia, Pendidikan Khas dalam konteks Kementerian Pelajaran


Malaysia dilaksanakan melalui sekolah khas dan murid-murid bermasalah
penglihatan dan bermasalah pendengaran. Manakala program pendidikan khas
integrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah
pembelajaran, pendengaran dan penglihatan. Program tersebut diwujudkan di
sekolah harian biasa rendah dan menengah serta sekolah menengah yang
menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan
separa inklusif.

Kebiasaannya, kanak-kanak yang dipanggil disleksia merupakan murid yang


mempunyai masalah pendidikan khas yang sukar untuk diramal dan dikesan. Oleh
itu, kanak-kanak disleksia seringkali tercicir ataupun diabaikan kerana guru ataupun
orang disekelilingnya tidak dapat mengesan sama ada murid ini mempunyai masalah
disleksia ataupun tidak. Disleksi merupakan satu gangguan dalam pembelajaran
yang dialami oleh kanak-kanak dan boleh berlanjutan sehingga kanak-kanak itu
dewasa. Disleksia bukanlah sejenis penyakit. Disleksia merujuk kepada masalah
membaca dan menulis. Kebiasaannya gangguan ini adalah seperti gangguan
membaca, menulis dan mengeja mahupun kemahiran mengira walaupun pemikiran
yang normal dan fizikal yang normal seperti kanak-kanak yang lain. Disleksia tidak
dianggap bodoh tetapi hanya mengalami gangguan pembelajaran dan boleh
dipulihkan jika diberi tindakan yang sewajarnya.

Oleh itu, guru seperti yang mempunyai kepakaran dalam pendidikan khas
dan juga individu yang normal harus mampu mengesan kanak-kanak ataupun pelajar
yang berpotensi menghidap masalah disleksia agar mereka ini tidak tercicir jauh
dengan murid-murid yang lain seterusnya dapat memulihkan maslaah yang dihadapi
oleh mereka. Hal ini kerana, mereka tidak tahu dan sukar untuk menggambarkan
masalah yang mereka hadapi kepada kita insan yang normal kerana mereka
mengalami situasi yang agak membingungkan diri mereka sendiri.
2.0 DEFINISI DAN KONSEP DISLEKSI
(Menurut pandangan tokoh-tokoh di dalam 3 buah jenis buku)

Sebelum mengupas lebih jauh tentang definisi disleksia, sejarah perkataan disleksia
(dyslexia) muncul hasil gabungan dua perkataan Greek iaitu Dys yang bermaksud
kesukaran dan Lexis bermaksud perkataan atau dengan kata lain kesukaran dalam
menggunakan perkataan. Istilah buta huruf juga digunakan untuk kategori ini.
Seorang Profesor Berlin pada tahun 1887, merangkap seorang pakar perubatan
danophalomostologist telah mendedahkan perkataan Disleksia. Beliau
mengatakan bahawa Disleksia ialah satu Disorder dalam Pendidikan biasa yang
telah diterima oleh kanak-kanak biasa kerana meraka tidak memperolehi kemahiran
Bahasa, bacaan , menulis dan ejaan yang setaraf intelek.

Menurut World Federation of Neurology (1968) dalam buku Apa itu


Dysleksia?, telah mendefinisikan disleksia bahawa ia adalah suatu bentuk
kecelaruan yang dialami oleh kanak-kanak dimana mereka telah melalui pengalaman
bilik darjah konvensional namun tetaap gagal menguasai kemahiran asas 3M iaitu
membaca, menulis dan mengeja yang selaras dengan kemampuan intelektual
mereka. Oleh itu,mereka dikatakan dan dibawah golongan pelajar yang lebih teruk
daripada murid pemulihan kerana langsung tidak dapat memberi respon yang baik
terhadap pembelajaran.

Seterusnya, menurut Thomas (1984) dalam buku Dysleksia in the Primary


Classroom , mempunyai definisi yang lebih terkini mengenai kanak-kanak
bermasalah disleksia iaitu dengan mengiktirafnya sebagai suatu masalah kognitif.
Hal ini kerana, disleksia diakui bukan sahaja dapat menjejaskan ingatan dan
konsentrasi seorang kanak-kanak, bahkan juga kemahiran pengurusan diri dan
kadang kala turut mempengaruhi kebolehan matematik. Oleh itu, apabila dikaitkan
dengan masalah kognitif, maka ia berkait rapat dengan saraf-saraf neurologi yang
tidak dapat memberikan tindak balas dan respon yang baik terhadap akal fikiran
seseorang kanak-kanak. Maka, seorang kanak-kanak itu tidak berfikir dengan baik
dan menunjukkan kognitif yang baik.

Kementerian Pelajaran Malaysia pula telah mendefinisikan bahawa disleksia


merupakan masalah yang dihapi oleh murid yang mempunyai kecerdasan mental
yang sejajar atau melebihi murid biasa tetapi menghadapi kesukaran yang tinggi
dalam menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengeja.
Oleh sebab yang demikian, boleh dikatakan bahawa akal fikiran murid
disleksia lebih tinggi daripada murid-murid biasa dalam kemahiran-kemahiran
tertentu seperti kemahiran kreativiti dan juga kemahiran kesenian berbanding
menguasai kemahiran belajar.

Selain masalah kemahiran belajar iaitu masalah membaca dan mengeja,


terdapat juga masalah-masalah sampingan yang lain turut menyumbang kepada
kesukaran dalam pembelajaran seseorang individu. Antaranya adalah Disgrafia
(Dysgraphia) yang melibatkan kemahiran menulis iaitu sukar mentafsir bentuk-
bentuk atau simbol-simbol huruf yang dilihat. Masalah Discalculia (Dyscalculia) pula
adalah berkenaan dengan kesukaran dalam pembelajaran matematik dan masalah
bahasa yang melibatkan kesukaran mendengar dan bertutur. Masalah-masalah
sampingan ini selalunya bertindihan antara satu sama lain dan sukar untuk dikesan.

Manakala, menurut Choong Lean Keow (2009) dalam buku Pengurusan Bilik
Darjah dan Tingkah Laku telah mendefinisikan bahawa disleksia adalah kesukaran
menggunakan perkataan yang dihadapi oleh murid yang mengalami kecelaruan
bahasa. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa apabila seorang kanak-kanak dilihat
mempunyai simptom-simptom disleksia, kanak-kanak itu menunjukkan tingkah laku
yang berlainan daripada kanak-kanak yang normal. Kanak-kanak ini menjadi
pendiam dan tidak mahu bergaul dengan orang disekelilingnya serta apabila berada
di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, murid ini tidak menunjukkan prestasi
yang baik dalam akademik kerana mempunyai masalah 3M membaca, menulis dan
mengira.

Oleh itu, kita sebagai individu yang normal yang mempunyai pengetahuan
tentang disleksia ini dapat membantu kanak-kanak yang mempunyai masalah
disleksia agar mereka tidak terus tercicir dan boleh berjaya seperti kanak-kanak yang
normal. Guru juga yang mempunyai kepakaran dalam bidang disleksia harus
menangani kanak-kanak yang bermasalah seperti ini kerana, kanak-kanak ini tidak
tahu mengenai masalah disleksia yang menimpa terhadap diri mereka. Maka, guru
seharusnya mengkaji masalah-masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak disleksia
apabila berdepan dengan masalah ini agar mampu mencari jalan penyelesaian yang
berkesan terhadap diri mereka. Hal ini kerana, setiap individu yang bermasalah
disleksia tidak mempunyai jalan penyelesaian yang sama. Guru perlu bijak mengkaji
setiap masalah yang berlaku dengan mengambil kira punca-punca berlakunya
masalah disleksia agar dapat menggunakan strategi yang berkesan kepada mereka.
3.0 Punca-punca Berlakunya Masalah Disleksia

Kita sering dikejutkan dengan masalah kanak-kanak disleksia yang tidak asing lagi di
negara kita dan juga di seluruh negara. Hal ini kerana, terdapat kanak-kanak yang
mempunyai masalah disleksia dikesan apabila memasuki ke alam persekolahan
berdasarkan hasil keputusan pencapaian akademik mereka. Seperti yang kita
ketahui, kanak-kanak disleksia ini kebiasaannya mempunyai sifat rendah diri. Mereka
juga sering kali memberikan alasan bagi mengelakkan diri daripada menjawab
soalan yang diajukan oleh guru semasa berada di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

Pada peringkat awal persekolahan, mereka ini juga menunjukkan sifat


mundur dan lembam seperti lambat membaca dan juga mempunyai tulisan tangan
yang buruk atau tidak kemas. Ketika membaca, mereka seringmengurang dan
menambah pada sesuatu perkataan. Menurut teori dan kajian, kebanyakan kes-kes
disleksia yang berlaku adalah darikalangan lelaki. Masalah ini juga kerap kali berlaku
kepada pasangan kembar,kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan dan juga anak
yang lahir daripada ibu yang sudah berumur serta kanak-kanak yang mengalami
kecederaan pada kepala sewaktu kecil. Banyak punca-punca yang yang telah dikaji
yang telah menyumbang kepada berlakunya masalah disleksia. Oleh itu, kita perlu
mengambil tindakan yang sepatutnya untuk membantu kanak-kanak disleksia ini
kerana masalah ini boleh berlanjutan sehingga mereka dewasa.

Persoalannya, apakah punca-punca yang menyumbang berlakunya masalah


disleksia?

Menurut seorang tokoh iaitu Lerner (1997) dalam buku Living With
Dysleksia, beliau mengatakan ;

Membaca merupakan tugasan yang amat rumit dan komples bagi manusia
dan ia memerlukan kesempurnaan dari segi kefungsian otak dan sistem saraf
pusat.

Oleh itu, antara punca yang menyumbang kepada berlakunya masalah


disleksia adalah disebabkan faktor biologi kanak-kanak. Sejarah kanak-kanak
disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukupbulan, kekurangan oksigen
semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar menyebabkan fungsi otak menjadi
tidak sempurna. Kanak-kanak disleksia ini mempunyai pelbagai defisit atau
kekurangan yang disebabkan oleh kurangnya fungsi otak (dysfunction).

Menurut Spaafford dan Grosser (1996) dalam buku Apa itu Disleksia?,
faktor biologi ini menyebabkan ketidaksempurnaan perkembangan kanak-kanak.
Sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak ini
mengalami masalah belajar dan kerosakan ini minimum. Para penyelidik juga telah
mengetahui bahawa punca masalah disleksia ialah dari fungsi otak yang memproses
dan mengatur informasi secara berbeza dari lazimnya. Kanak-kanak ini mengalami
kecederaan atau kerosakkan di bahagian otak tetapi otak kanak-kanak disleksia
beroperasi berbeza daripada kanak-kanak yang bukan mengalami disleksia.

Disamping itu, punca masalah disleksia juga berlaku daripada keturunan


ataupun genetik. Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami
masalah-masalah yang sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang
membezakan adalah darjah keterukkannya. Mengikut Hammond dan Hughes (1996),
terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia disebabkan oleh
kromosom 15, 1 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turun-temurun. Oleh itu,
tidak dinafikan bahawa apabila didapati ahli keluarga yang mengalami masalah
disleksia, maka keberangkalian mendapat anak yang mengalami masalah disleksia
juga akan ada.

Seterusnya, masalah disleksia juga boleh berpunca daripada kecederaan


semasa dalam kandungan ibu. Sifat kesempurnaan kanak-kanak akan bermasalah
jika mempunyai masalah kecederaan yang dialami oleh ibu semasa mengandung.
Hal ini kerana, apabila seorang ibu itu mengandung, kandungan itu haruslah dijaga
dengan baik kerana ia amat sensitif dan tidak boleh berlaku kecederaan yang boleh
mengakibatkan kepada kandungan. Oleh itu, semasa perempuan sedang
mengandung, mereka haruslah menjaga kandungannya itu agar kecacatan tidak
berlaku kepada kanak-kanak apabila tidak berlakunya kecederaan kepada bayi yang
dikandung. Sebagai contoh, kecederaan yang boleh berlaku apabila perempuan
yang sedang mengandung adalah seperti jatuh ataupun pengambilan makanan dan
minuman yang tidak sepatutnya seperti arak .

Selain itu, faktor kematangan juga mempengaruhi kanak-kanak mendapat


masalah disleksia. Ini dapat dibuktikan melalui Mercer (1997) bahawa terdapat
kanak-kanak yang lambat perkembangannya pada bahagian tertentu dalam sistem
saraf. Pada kebiasaannya kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanak-kanak
perempuan. Kelewatan pada kanak-kanak merupakan salah satu kemungkinan
punca disleksia.

Oleh yang demikian, ibu bapa yang mendidik anak-anak dan


bertanggungjawab sepenuhnya kepada anak-anak mereka haruslah sentiasa
menjadi model kepada anak-anak dan sentiasa melakukan sesuatu yang dapat
meningkatkan atau mempercepatkan proses kematangan anak-anak mereka.

Hal ini kerana, ibu bapa yang menjadi tonggak kepada anak-anak. Jika ibu
bapa tidak mempedulikan perkembangan anak-anak mereka, kanak-kanak ini akan
terbiar dan sudah semestinya proses perkembangan kematangan mereka terbantut
atau lambat. Sebagai contoh, ibu bapa boleh mendidik mereka dengan sentiasa
mempertingkatkan sosial anak-anak dan juga tunjuk ajar tentang erti kehidupan
melalui keadaan persekitaran disekeliling mereka agar akal fikiran mereka sentiasa
berfikir dan juga dapat meningkatkan kognitif mereka serta kematangannya.
4.0 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran dalam Mengatasi Masalah Murid
Disleksia yang Dikaji.

Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa, sesuatu kaedah atau
strategi mengajar haruslah mempunyai peredaran ke arah satu tujuan pengajaran
yang telah dirancangkan dengan teratur. Hal ini kerana, agar ia mampu mengubah
prestasi seseorang murid kearah yang lebih baik dari segi akademik mahupun
kendiri. Terdapat banyak strategi yang boleh dilakukan dan diamalkan semasa
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah terutamanya untuk
diaplikasi kepada murid disleksia agar mampu membantu menyelesaikan masalah
yang dihadapi oleh murid disleksia.

Terdapat beberapa strategi yang boleh digunakan oleh guru dalam


mempelbagaikan pengajaran dan pembelajaran untuk murid disleksia antaranya
ialah strategi berpusatkan murid. Di bawah strategi berpusatkan murid ini, murid
memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran. Murid digalakkan
melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka. Di dalam bilik darjah,
guru merupakan seorang pemimpin yang memandu dan memacu murid
menjalankan aktiviti pembelajaran, sama ada secara berkumpulan ataupun individu.

Dalam strategi berpusatkan murid ini, guru boleh menggunakan Kaedah


Fonik untuk mengajar dan dan melatih murid dalam penguasaan aspek bahasa iaitu
mengenal huruf dan juga bunyi-bunyi huruf. Kaedah ini menekankan hubungan
bunyi-bunyi dengan huruf-hurufnya. Menurut kaedah fonik, hanya bunyi huruf yang
diperkenalkan terlebih dahuludan diikuti dengan membunyikan suku kata dan
seterusnya membunyikan perkataan. Sebagai contoh, huruf tidak dieja tetapi terus
dibunyikan sebagai a dan begitulah bagi huruf-huruf dan suku kata yang lain.
Sebagai contoh ba + ba disebut terus sebagai { ba } + { ba } dan seterusnya disebut
sebagai { baba }. Hal ini kerana, agar murid dapat mengenal huruf dan juga bunyi
tersebut tanpa ada kekeliruan terhadap huruf-huruf yang lain.

Selain Kaedah Fonik, guru juga boleh menggunakan Kaedah Cermin. Dalam
kaedah ini, sudah semstinya peralatan yang digunakan ialah cermin dan
ditambahkan dengan kad huruf. Kaedah ini sangat membantu guru dalam sesi
pembelajaran. Murid diminta untuk berdidi di hadapan cermin. Kemudian guru
menunjukkan kad huruf yang ingin disebut contohnya huruf b . Kemudian, guru
akan menyebut huruf yang ditunjukkan kepadamurid di hadapan cermin. Oleh itu,
murid dikehendaki mengulang semula apa yang telah disebut oleh guru sambil
memandang cermin. Tindakan ini dilakukan berulang kali dengan kad huruf yang
lain.

Guru akan memerhati dan mendengar sebutan yang dilontarkan oleh murid
sama ada betul ataupun tidak. Keadaan ini bertujuan agar murid belajar untuk
menyebut huruf, suku kata ataupun perkataan dengan cara yang betul tanpa ada
kesalahan dan murid dapat menghafal huruf dan bunyi abdaj dengan betul melalui
cara sebutan yang betul. Sekiranya murid tersilap, guru akan menunjukkan cara
menyebut yang betul kepada murid sambil menghadap cermin.

Seterusnya, guru haruslah bijak menggunakan bahan bantu mengajar agar


dapat menangani masalah terhadap pembelajarannya. Sebagai contoh, guru
menggunakan bahan Kad Bergambar. Guru akan menayangkan kad gambar
kepada murid dan dikehendaki untuk menyebut nama objek yang dilihat. Setelah itu,
guru akan menunjukkan dan membaca kad-kad perkataan berdasarkan gambar
yang ditunjukkan itu. Kemudian, murid dikehendaki memadankan kad-kad perkataan
dengan gambar yang betul agar murid dapat mengingati perkataan yang dipelajari
dengan maksud yang betul. Murid dikehendaki membaca berulang kali kad-kad
perkataan dengan bimbingan guru agar murid dapat mengingati perkataan-perkataan
itu tanpa ada kekeliruan.

Di samping itu, guru juga turut boleh menggunakan kaedah kad huruf
kepada murid. Dalam hal ini, guru harus menyediakan kad-kad huruf yang
berkenaan. Kemudian, guru akan menayangkan semua kad huruf kepada murid
sambil murid menyebutnya. Guru akan meminta murid untuk menulis huruf pertama
dan membunyikannya. Misalnya, huruf b . Selepas itu, guru meminta murid untuk
menulis huruf yang membuatkan dia keliru dengan huruf pertama tersebut. Misalnya
huruf d . Oleh itu, guru akan meminta murid untuk menulis berulang kali huruf
yang keliru iaitu huruf d sambil guru membunyikan huruf tersebut. Melalui
pendekatan ini, guru dapat mengurangkan kekeliruan yang dialami oleh murid
terhadap sesuatu huruf itu.

Di samping itu, kerap mengulang sesuatu perkara yang diajar kepada murid
sambil diikuti dengan bunyi akan membuatkan murid itu lebih mengingati apa yang
diajar kerana pergerakan sensori motor berlaku dengan baik. Hal ini kerana,murid
Disleksia mudah lupa akan apa yang yang telah dipelajari jika hanya mempelajari
huruf-huruf dengan cara menyebutnya tanpa adanya lakuan motor seperti menulis
huruf-huruf itu sambil membunyikannya. Malah, guru juga boleh mempelbagaikan
corak pengajaran seperti melakukan aktiviti-aktiviti menulis huruf-huruf itu dengan
menyelitkan aktiviti nyanyian. Keadaan ini bertujuan agar murid tidak akan berasa
bosan dengan apa yang dipelajari.

Menerusi permainan juga, ia dapat menangani masalah yang terdapat pada murid
Disleksia dalam kemahiran membaca. Antara permainan yang boleh dilaksanakan
dalam sesi pembelajaran ialah The Letterland System. Permainan ini dapat
mewujudkan suasan yang ceria dan seronok dalam pembelajaran kanak-kanak
termasuk kanak-kanak Disleksia. Antara program spesifik yang telah dilaksanakan
menerusi kaedah main ini adalah seperti Alpha to Omega, A-Z, kaedah Phono-
Graphix dan kaedah Orton Gillingham . Kaedah ini menggunakan kad imbasan
yang merupakan latih tubi kepada murid agar dapat membiasakan bunyi huruf
tersebut. Dalam hal ini, guru akan meletakkan gambar-gambar tertentu berdasarkan
kepada huruf-huruf tertentu. Misalnya, guru akan meletakkan gambar bola pada kad
tersebut bagi mengingati bunyi yang dapat dikaitkan dengan huruf b . Setelah itu,
guru akan memainkan bunyi huruf b berulang kali dan menyuruh murid untuk
mencari huruf b berdasarkan gambar-gambar yang berkaitan dengan huruf
tersebut. Dengan cara ini, murid akan mengingati bunyi huruf b dengan kaitan
gambar bola tersebut.
Kesimpulan

Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf,


membaca, menulis, mendengar dan bercakap disebalik pengajaran yang cukup dan
peluang budaya yang sempurna. Disleksia bkan sejenis penyakit dan tidak
memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang
sesuai masalah ini dapat dikurangkan. Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan
yang lemah serta penglihatan tetapi seseorang disleksia tidak dapat mengecam
sesuatu dalam keadaan baik dan terbalik.

Oleh itu, kita sebagai individu yang normal perlu mencari langkah
penyelesaian dan membantu kanak-kanak yang mempunyai masalah disleksia agar
mereka dapat dibantu dan masalah yang dihadapi dapat diatasi walaupun mereka
berbeza dengan kanak-kanak yang lain.
Rujukan

Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan
Tingkah Laku. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Ingvar Lungard at. al. (1999). Dysleksia : Advances in Theory and Practise.
Goteborg: Academic Publisher.

Nicola Brunswick. (2011). Living With Disleksia. New York: The Rosen Publishing
Group Inc.

Sheila Devaraj & Samsilah Roslan. (2006). Apa itu Disleksia? Kuala Lumpur: PTS
Profesional {ublishing Sdn.Bhd.

Wendy Hall. (2009). Dyslexia in the Primary Classroom. Glasgow: Learning Matter
Ltd.

You might also like