You are on page 1of 7

1.

0 PENGENALAN

Disleksia ialah gabungan dua perkataan greek yang iaitu dys dan juga lexia.
Perkataan dys bermaksud kesukaran dan perkataan lexia bermaksuda perkataan.
Hal ini kerana, ia membawa maksud kesukaran dalam berbahasa atau kesukaran
dalam perkataan bertulis. Disleksia ini merupakan masalah yang disebabkan oleh
persepsi dalam otak yang menyebabkan seorang murid itu mengalami kesukaran
dalam membaca dan menulis bahasa.

Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia mendefinisikan pelajar disleksia


adalah pelajar yang mempunyai kecerdasan mental yang selaras atau melebih
pelajar biasa dari segi aspek keseniaan dan kreativiti terutamanya. Pelajar disleksia
ini Cuma menghadapi masalah penguasaan kemahiran membaca, menulis dan juga
mengeja. Pelajar ini juga berkemungkinan mengalami masalah emosi dan tingkah
laku kerana merasa teramat kecewa dengan kesukaran-kesukaran pembeljaran
yang dihadapinya.

Menurut kajian fisiologi dan juga biologi juga, disleksia ini disebabkan oleh
faktor biologikal yang mempunyai masalah dalam saraf neurologi yang
menyebabkan seseorang itu menjadi tidak sempurna. Faktor keturunan dan
selebihnya berpunca dari kecederaan ketika mengandung atau selepas dilahirkan
juga menyebabkan menyumbang kepada seseorang kanak-kanak itu menghidap
disleksia. Jenis-jenis disleksia ada tiga bahagian iaitu Disleksia visual iaitu
penglihatan, Disleksia auditori atau Disleksia fonologi iaitu pendengaran, dan
Disleksia visual-auditori. Ketiga-tiga jenis disleksia ini layak untuk diberi
perkhidmatan pendidikan khas.

1
2.0 LATAR BELAKANG MURID

Pada 16 Mac 2017, saya dan juga rakan kumpulan saya telah mengadakan lawatan
ke sebuah sekolah bagi menjalankan satu ujian diagnostik ke atas salah seorang
murid pendidikan khas yang mempunyai masalah disleksia. Sekolah yang telah kami
pilih dan pergi ialah Sekolah Kebangsaan Kibabaig Penampang,Sabah yang terletak
sejauh 50km dari kampus kami iaitu Insitut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran.
Ujian diagnostik ini dibuat bagi memenuhi tuntutan yang terdapat dalam tugasan
kami iaitu mengkaji masalah-masalah yang dihadapi oleh murid yang mengalami
disleksia.

Setelah mendapat keizinan daripada Pengarah kampus kami dan juga pihak
pentadbir di sekolah Sk Kibabaig itu, kami pun terus mendapatkan seorang murid
disleksia semasa sampai sahaja di sekolah tersebut. Murid disleksia itu bernama
Dexter Musi dan berada di Tahun 5 Seroja. Berdasarkan cerita kami bersama pelajar
ini, pelajar ini tinggal bersama dengan ibunya sahaja dan jarang bertemu dengan
bapanya. Dari segi status keluarganya, Dexter mempunyai 6 orang adik-beradik dan
dia merupakan anak keempat. Selain itu, Dexter merupakan seorang murid yang
normal dari segi fizikal tetapi dia telah disahkan oleh pegawai perubatan bahawa dia
merupakan salah seorang penghidap Disleksia.

3.0 KELEMAHAN YANG DIHADAPI OLEH MURID

Semasa kami mula menjalankan ujian diagnostik terhadap Dexter, terdapat banyak
ciri-ciri yang kami perhatikan pada dirinya. Instrumen yang kami gunakan untuk
mengenal pasti ciri-ciri dan juga masalah yang dihadapi oleh Dexter ialah
menggunakan ujian Diagnostik. Dalam hal ini, dia telah memperlihatkan kemahiran
motor halus yang sangat baik. Kemahiran motor halus melibatkan aktiviti-aktiviti
seperti menulis, melukis dan juga sebagainya adalah amat baik. Kami mendapati
bahawa dia dapat menulis dengan baik dan juga tidak begitu lambat semasa
menulis. Namun, dia kelihatan agak kekok apabila disuruh kerana perasaannya yang
segan dan juga malu terhadap kami. Tetapi, apabila kami cuba mengenali dan
beramah mesra denganya, Dexter menunjukkan sikap yang positif dan mula untuk
mesra bersama kami.

Namun, masalah Dexter dapat dilihat menerusi kemahiran membaca.


Dexter sering kali mengalami kekeliruan membaca perkataan yang mempunyai

2
bentuk yang hampir sama dan juga bunyi yang hampir sama iaitu pada huruf b dan
d. Keadaan ini terbukti apabila kami menunjukkan huruf b kepadanya.

Namun begitu, dia masih kadangkala menjawab huruf d. Selain itu, Dexter juga
sering kali menjawab huruf d itu ialah huruf c. Ini jelas menunjukkan bahawa
mindanya masih tidak dapat mengecam huruf b dan d dengan tepat.

Gambar 1 : Murid keliru antara huruf b dan d ketika


menyebut huruf tersebut.

Seterusnya, dalam kemahiran mengeja masalah Dexter ialah masih


terdapat beberapa kesalahan yang dilakukannya. Kemahiran ini terbahagi kepada
tiga bahagian. Bahagian pertama ialah mengeja suku kata mudah di mana murid
akan mengeja suku kata yang mengandungi huruf b dengan betul. Bahagian kedua
ialah mengeja suku kata yang mengandungi huruf d dengan betul. Bahagian ketiga
pula ialah mengeja suku kata b dan d dengan betul. Jelas disini kami mendapati
dan mengetahui bahawa Dexter keliru apabila bahagian ketiga diberikan kepadanya.
Hal ini kerana Dexter tidak dapat mengeja dengan baik kerana dia keliru dengan
huruf b dan d. Hal ini kerana disebabkan bentuk huruf yang seakan-akan sama.
Di samping itu, Dexter keliru dengan sebutan vokal i dan e. Keadaan ini dapat
dibuktikan semasa dia ingin mengeja suku kata be, bi, de dan di. Hal ini
kerana, sebutan kedua-dua hampir sama.

3
Gambar 3 : Kekeliruan terhadap bunyi vokal dalam kemahiran mengeja

4.0 KELEBIHAN YANG ADA PADA MURID

Semasa kami melaksanakan ujian diagnostik terhadap diri Dexter, dia mempunyai
kelebihan dalam dirinya tersendiri. Hal ini kerana, walaupun dia mempunyai masalah
dalam kemahiran mengeja dan juga membaca, namun dia tidak mempunyai
sebarang masalah dalam kemahiran menulis. Dexter mempunyai aspek visual yang
sangat baik. Dia tidak mempunyai masalah kesalahan ejaan semasa menjawab
soalan di dalam kemahiran menulis. Aktiviti pertama yang dilakukan ialah, menyalin
semula huruf yang diberikan oleh guru dan Dexter mampu menyalin dengan baik
huruf tersebut tanpa mempunyai kesalahan.

Aktiviti kedua pula ialah, menyalin semula suku kata dan juga perkataan yang
diberikan oleh guru. Dexter menunjukkan respon yang baik kerana jawapan yang
diberikan tidak menunjukkan kesalahan pada ejaan. Keadaan ini menunjukkan
bahawa, dia tidak mempunyai kekeliruan semasa menulis kerana perkataan yang
ditulis teratur dan kemas dengan penggunaan jarak yang sesuai antara huruf dengan
huruf yang lain. Tambahan pula, bentuk huruf dalam tulisannya juga jelas kelihatan
konsisten dan kemas.

Aktiviti ketiga pula ialah, menulis semula ayat yang diberikan dengan betul.
Murid dapat menulis ayat dengan penggunaan tempoh masa yang baik. Hal ini
kerana, Dexter tidak mempunyai masalah dalam lambat menulis ayat yang diberikan

4
dan menunjukkan bahawa koordinasi mata dan tangan yang ditunjukkan amat baik
dan normal.

Seterusnya, Dexter mempunyai penguasaan yang baik dalam kemahiran


pengamatan. Hal ini kerana, berdasarkan aktiviti kemahiran pengamatan yang
diberikan kepadanya, murid ini menunjukkan ciri-ciri normal dan tidaklah mempunyai
masalah kecacatan fizikal. Koordinasi mata murid ini juga sangat baik dan mampu
menjalani aktiviti kemahiran pengamatan dengan sempurna tanpa ada sebarang
kesalahan. Oleh itu, Dexter telah menguasai kemahiran pengamatan dengan baik
dan menjadi antara kelebihan yang ada pada dirinya berbanding dengan murid
disleksia yang lain.

Di samping itu, dalam kemahiran matematik, murid ini banyak menunjukkan


aspek yang positif. Murid ini tidak mengalami sebarang masalah dalam mrngenal
konsep matematik. Hal ini kerana, dia dapat menjawab soalan-soalan yang diberikan
mengikut kemahiran dan tidak menunjukkan sebarang masalah yang boleh dianggap
serius seperti murid-murid disleksia yang lain.

5
5.0 REFLEKSI UJIAN DIAGNOSTIK MURID DISLEKSIA

Pengalaman daripada perlaksanaan ujian diagnostik kepada murid disleksia,


banyak memberi impak kepada guru pelatih dalam beberapa aspek pendidikan di
sekolah khas disleksia. Kurikulum yang diberikan kepada murid disleksia adalah
lebih sensitif kepada kelemahan yang dihadapi oleh murid. Walaupun berada di
sekolah itu hanya sehari, namun guru pelatih berpuas hati dengan keputusan ujian
kerana murid telah melakukan dengan bersungguh-sungguh menjawab soalan yang
diberikan.

Murid disleksia merupakan murid yang normal. Namun terdapat beberapa


masalah di bahagian neurologi yang melibatkan kordinasi beberapa anggota badan.
Dari aspek sosial, murid mempunyai sikap peramah dan menghormati kepada guru.
Murid lebih mesra apabila guru menyelitkan unsur kecindan ketika melaksanakan
ujian diagnostik ini. Ujian diagnostik telah kami laksanakan secara bergilir-gilir
mengikut kemahiran didalam ujian tersbut.

Analisis ujian diagnostik mendapati murid lemah dalam kemahiran membaca.


Guru telah membuat pemerhatian bahawa murid lebih senang menjawab sekiranya
soalan tersebut mempunyai gambar atau panduan yang boleh membantu murid
tersebut. Sebagai contoh, murid dapat menulis dengan menyalin semula perkataan
yang dilihatnya, tetapi ketika kemahiran pendengaran murid tidak dapat membunyi
beberapa huruf konsonan dan huruf vokal. Ini membuktikan bahawa murid lebih
mengaplikasikan pembelajaran dengan kaedah belajar melalui peniruan.

Selain itu, guru juga telah menyelitkan beberapa nilai murni ketika
menjalankan ujian diagnostik ini. Guru terlebih dahulu memperkenalkan diri kepada
murid. Ujian diagnostik ini telah diperjelaskan satu persatu arahan soalan kepada
murid dengan nada suara dan bahasa badan yang sesuai dan baik. Hal ini demikian
kerana melalui kesantunan bahasa yang ditunjukkan oleh guru dapat melembutkan
hati murid untuk lebih mesra dan selesa dengan guru. Teguran juga dilakukan
dengan lembut sesuai dengan peringkat umur murid. Motivasi daripada guru
memberikan kelebihan terhadap semangat murid untuk menjawab soalan diagnostik
dengan bersungguh-sungguh.

6
7

You might also like