You are on page 1of 7

EDU 3073 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

Suki Ha Chi Wei


Semester 6 PSV (SJKC)

1.0 KONSEP PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Perkhidmatan binbingan dan kaunseling di sekolah bertujuan membantu murid-


murid agar lebih prihatin tentang keperluan dan potensi diri serta membina
kemahiran menyelesaikan konflik diri. Perkhidmatan ini juga menyediakan maklumat
penting kepada murid-murid dalam menetapkan hala tuju masa depan murid melalui
kecederungan minat dan bakat mereka.

Kaunseling merupakan aplikasi prinsip-prinsip kesihatan mental, psikologi


atau perkembangan manusia dari segi kognitif, afektif atau tingkah laku bagi
menangani perkara yang berkaitan dengan pertumbuhan peribadi atau
perkembangan kerjaya. Pada kebiasaannya, kaunseling ini akan berlaku secara
bersemuka. Namun begitu, disebabkan oleh teknologi yang canggih pada masa kini,
kaunseling turut dijalankan melalui telefon, emel ataupun video. Sebagai seorang
kaunselor, kaunselor tidak mempunyai petunjuk penyelesaian bagi masalah yang
dialami oleh klien. Sebaliknya, klien akan bekerja bersama-sama kaunselor untuk
memahami punca sesuatu isu atau masalah yang telah dihadapi.

Sementara itu, bimbingan merupakan sebahagian daripada proses


menolong. Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur atau cadangan bagi
seseorang untuk menentukan matlamatnya supaya tercapai. Dengan kata lain,
bimbingan merupakan satu aktiviti yang dijalankan dengan memberikan bantuan
kepada seseorang individu untuk menentukan matlamat jangka pendek dan
panjang. Bukan itu sahaja, aktiviti yang dijalankan turut merancang cara-cara
bertindak dan memperbaiki sikap dan tingkah laku pada individu tersebut.

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang telah ditawarkan di sekolah


rendah mempunyai dua matlamat. Antaranya adalah memberi sokongan
psikologikal dari aspek penyesuaian diri, aspek kesihatan mental yang positif, aspek
penerimaan kendiri dan aspek keberkesanan peribadi manakala matlamat kedua
ialah menyediakan kanak-kanak untuk bertanggungjawab atas keputusan yang
dibuat dan akhirnya meningkatkan kebolehan mereka untuk memahami dan
menerima kesan dan akibat pilihan tersebut.

Demi mencapai matlamat ini, guru-guru bimbingan dan kaunseling perlulah


tunjuk ajar kepada guru biasa. Hal ini adalah untuk mebolehkan guru biasa
membantu kanak-kanak supaya memperkembangkan kebolehan, bakat dan tenaga
masing-masing untuk memaksimumkan peluang pembelajaran yang sedia ada.

1
EDU 3073 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK
Suki Ha Chi Wei
Semester 6 PSV (SJKC)

Bukan itu sahaja, guru-guru bimbingan dan kaunseling di sekolah turut perlu
membantu kanak-kanak yang bermasalah disiplin. Hal ini adalah untuk
membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan dalam kelas
akan berjalan lancar.

Perkhidmatan kaunseling dan bimbingan di sekolah diperlukan adalah


disebabkan oleh beberapa punca. Antaranya, masalah disiplin di sekolah yang
semakin serius pada masa kini menyebabkan guru biasa yang kurang mampu untuk
menanganinya dengan lebih berkesan. Punca timbulnya masalah disiplin bukan
sahaja masalah pembelajaran tetapi juga faktor psikososial. Dengan ini, masalah
disiplin murid memerlukan kepakaran guru bimbingan yang mahir dalam bidang
kaunseling supaya membimbing murid untuk menguasai kemahiran berdisiplin diri.

Di samping itu, dasat pendidikan inklusif yang telah melibatkan murid-murid


khas belajar di sekolah biasa telah menambah kebebanan guru biasa untuk
mengawal disiplin kelas. Buktinya, murid-murid yang menghadapi gangguan mental
seperti hyperactive tidak dapat duduk lama dalam kelas tetapi akan sering bergerak
sana-sini, atau bermain dengan benda yang telah dijumpai. Dengan ini, kanak-
kanak yang mempunyai gangguan mental seperti hyperactive memerlukan
kemahiran guru bimbingan dan kaunseling supaya mengenal pasti masalah mereka
dengan tepat dan menasihatkan ibu bapa agar mendapatkan rawatan kepada
kanak-kanak daripada pakar.

Tambahan pula, guru bimbingan yang mahir dalam kaunseling memainkan


peranan penting bukan sahaja membantu guru biasa membimbing murid-murid
yang menghadapi masalah pembelajaran untuk menjadi insan yang
bertanggungjawab dan disiplin, bahkan juga membantu guru biasa supaya
mengurangkan masalah kawalan disiplin yang kondusif untuk meningkatkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

Oleh itu, guru biasa seharusnya bekerjasama dengan guru bimbingan dan
kaunseling seperti mengumpul maklumat yang berkenaan yang diperlukan oleh
guru bimbingan dan kaunseling. Dengan adanya bantuan daripada guru bimbingan
dan kaunseling, maka waktu untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran
dapat digunakan dengan lebih bermanfaat.

2
EDU 3073 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK
Suki Ha Chi Wei
Semester 6 PSV (SJKC)

2.0 ETIKA KAUNSELOR

Sebagai seorang kaunselor hendaklah menjaga penampilan diri demi memelihara


identity sebagai seorang kaunselor dan integrity profesion kaunseling. Demi
menepati kehendak dunia abad ke-21 ini, kaunselor hendaklah sentiasa berusaha
menilai dan meningkatkan pengetahuan, kecekapan dan kemahiran dalam bidang
profesion diri. Bukan itu sahaja, kaunselor hendaklah menjalankan tugasnya dengan
penuh tanggungjawab dan jujur selaras dengan profesion kaunseling. Contohnya,
seorang kaunselor perlu peka terhadap klien yang menghadapi masalah supaya
klien mendapat manfaat daripada kaunselor.

Di samping itu, sebagai seorang kaunselor adalah penting untuk menjaga


dan menghormati privasi klien tentang segala maklumat yang diperolehi semasa
kaunseling. Ini adalah untuk mewujudkan sifat kepercayaan antara kaunselor
dengan klien. Demi menjalankan sesi kaunseling dengan lebih berkesan, seorang
kaunselor perlu memahami dan menghormati latar belakang sosio-budaya klien.
Kaunselor perlu mengutamakan keperluan klien daripada keperluan kaunselor
sendiri. Hal ini adalah untuk memastikan kaunselor memupuk etika yang diperlukan
supaya sesi kaunseling dapat dijalankan dengan lebih lancar.

Terdapat tanggungjawab kaunselor terhadap beberapa pihak. Antaranya,


tanggungjawab kaunselor terhadap klien, tanggungjawab kaunselor terhadap rakan
professional, tanggungjawab kaunselor terhadap masyarakat, serta tanggungjawab
kaunselor terhadap organisasi dan majikan,

Dari segei tanggungjawab kaunselor terhadap klien, kaunselor perlu


memelihara kesejahteraan fizikal dan psikologi klien semasa menjalankan sesi
kaunseling. Sementara itu, kaunselor tidak boleh memperalatkan klien untuk
kepentingan diri sendiri sama ada dari aspek kewangan, seksual, emosi dan
sebagainya. Sebaliknya, kaunselor hendaklah membimbing klien ke arah
pembentukan sikap bertanggungjawab terhadap tingkah lakunya dalam kehidupan
seharian. Kaunselor juga perlu menghormati keputusan atau penentuan sendiri
yang dibuat oleh klien. Demi mewujudkan keadaan kaunselor yang rasional,
kaunselor tidak digalakkan untuk memberi perkhidmatan kaunseling kepada
saudara mara, kawan karib atau sesiapa yang mempunyai hubungan intim
dengannya. Hal ini dikatakan demikian untuk membolehkan sesi kaunseling kepada
klien dengan lebih berkesan. Sekiranya seseorang klien yang hendak menamtkan

3
EDU 3073 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK
Suki Ha Chi Wei
Semester 6 PSV (SJKC)

sesi kaunseling atau menukar kepada kaunselor lain, kaunselor perlu menghormati
keputusan klien.

Dari segi tanggungjawab kaunselor terhadap rakan professional,


kaunselor hendaklah saling berusaha meningkatkan tahap kecekapan
profesionalismenya. Hal ini adalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan
profession supaya menjadi seorang kaunselor yang lebih berkualiti. Kaunselor turut
hendaklah menunjukkan sikap menghormati, adil dan terbuka terhadap rakan
profesionalnya. Contohnya, kaunselor perlu bersikap terbuka sekiranya klien diri
ingin menukar kaunselor lain. Bukan itu sahaja, kaunselor bertanggungjawab untuk
mencegah, mendedahkan serta memperbetulkan perlakuan rakan kaunselor yang
tidak beretika. Hal ini adalah untuk mengelakkan kaunselor ini memberi kaunseling
yang tidak rasional kepada klien dan akhirnya menyebabkan klien menghadapi
gangguan yang lebih serius.

Tanggungjawab kaunselor terhadap masyarakat merupakan satu


daripada etika yang perlu dipupuk oleh seorang kaunselor. Kaunselor hendaklah
memahami dan menghormati unsur sosio-budaya masyarakat di mana dia
berkhidmat. Contohnya, sekiranya kaunselor yang berasal di Malaysia ingin bekerja
sebagai kaunselor di negara Korea perlu mengetahui dan menghormati unsur sosio-
budaya masyarakat. Hal ini adalah untuk mengelakkan kaunselor dapat memberi
perkhidmatan kaunseling kepada klien dengan berkesan. Selain daripada unsur
sosio-budaya, kaunselor turtu hendaklah mematuhi undang-undang negara dan
melaksanakan tugasnya berlandaskan undang-undang tersebut. Pendek kata,
kaunselor perlu mengetahui dahulu latar belakang negara yang ingin berkhidmat
supaya memberi sesi kaunseling yang rasional kepada klien.

Dari segi tanggungjawab kaunselor terhadap organisasi dan majikan,


seorang kaunselor hendaklah mematuhi persetujuan komitmen yang telah
ditandatangani dengan organisasi tempat yang berkhidmat. Hal ini adalah untuk
mengelakkan berlakunya diskriminasi dalam organisasi dan dalam pelaksanaan
polisi amalan pekerjaan. Contohnya, seorang kaunselor perlu mematuhi persetujuan
atau peraturan organisasi dengan tidak menyalahgunakan kemudahan dan sumber
organisasinya. Demi mempunyai kawasan pekerjaan yang harmoni, kaunselor
hendaklah mewujudkan hubungan interpersonal dan persetujuan kerja dengan
penyelia dan staff mengenai khidmat kaunseling. Contohnya, unsur kerahsiaan,
perbezaan antara umum atau peribadi, beban kerja dan akauntabiliti boleh

4
EDU 3073 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK
Suki Ha Chi Wei
Semester 6 PSV (SJKC)

dikomunikasi dan diketahui oleh penyelia dan staff. Etika yang paling penting dan
bertabah menghadapi cabaran ialah kaunselor perlu membenarkan dirinya dinilai
secara professional dari masa ke masa. Pendek kata, kaunselor perlu bertindak
profesion supaya mengelakkan konflik yang dapat merosakkan atau menyekat
keberkesanan perkhidmatannya dalam sebuah organisasi.

Pendek kata, seorang kaunselor perlu beretika semasa memberi


perhidmatan sama ada kepada klien atau masyarakat , majikan, masyarakat serta
rakan profesion. Hal ini adalah untuk memastikan kaunselor dapat memberi
perkhidmatan kaunseling kepada klien yang menghadapinya dengan berkesan.

5
EDU 3073 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK
Suki Ha Chi Wei
Semester 6 PSV (SJKC)

3.0 PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU BIMBINGAN DI SEKOLAH

Seorang guru biasa yang bekerja di sekolah bukan sahaja suatu pekerjaan yang
murni dan baik malah menjadi seorang guru perlu menggalas suatu tugas dan
cabaran yang mulia untuk mendidik, membimbing dan menunjuk ajar dalam proses
membentuk seseorang murid untuk menjadi modal insan yang berguna. Sementara
itu, tugas seorang guru bukan sahaja mengajar di sekolah atau memberi ilmu
kepada murid-murid tetapi semua guru turut berperanan sebagai guru bimbingan di
sekolah. Dengan kata lain, aktiviti bimbingan dan kaunseling bukan sahaja
dijalankan oleh guru bimbingan sahaja. Setiap orang guru sama ada guru mata
pelajaran atau guru kelas perlu memainkan peranan sebagai guru pembimbing
dengan mengambil kira pengalaman hidup dan latar belakang serta kognitif atau
emosi murid masing-masing.

Peranan guru biasa dalam sekolah adalah untuk mengumpulkan


maklumat mengenai murid-murid. Pengumpulan maklumat oleh guru biasa amat
membantu kepada guru bimbingan dan kaunseling di sekolah. Hal ini dikatakan
demikian kerana guru bimbingan dan kaunseling mampu membuat semakan serta
digunakan sebagai rujukan untuk tindakan susulan bagi murid yang memerlukan
aktiviti bimbingan atau sesi kaunseling.

Peranan guru biasa sebagai guru bimbingan penting kerana guru biasa
sebagai guru pembimbing dapat menolong murid membuat penyesuaian.
Contohnya, guru biasas membantu murid-muridnya menyesuaikan diri mereka
dalam pelbagai aspek seperti fizikal, mental, emosi, persekitaran dan sebagainya.
Bukan itu sahaja, guru biasa yang berperanan sebagai guru pembimbing juga
menolong murid dalam pelajaran. Pada zaman ini, murid menghadapi pelbagai
masalah dalam kehidupan seharian yang mampu menjadi satu halangan kepada
mereka untuk menguasai proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan
dalam kelas. Misalnya, sekiranya murid menghadapi masalah dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu, guru bertanggungjawab untuk menolong murid berkenaan dalam
mata pelajaran tersebut. Contohnya, demi membantu murid yang menghadapi
kesusahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru boleh membuat
perancangan yang sistematik serta melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran yang lebih menarik bagi membantu murid mengusai pengajaran ini.
Pendek kata, segala masalah atau kesusahan yang dihadapi oleh murid perlu
diselesaikan oleh guru dengan mengambil tindakan sewajarnya.

6
EDU 3073 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK
Suki Ha Chi Wei
Semester 6 PSV (SJKC)

Selain itu, peranan guru biasa sebagai guru bimbingan di sekolah adalah
menolong murid untuk membuat keputusan rasional. Murid-murid di peringkat
sekolah rendah kurang pengalaman dan pengetahuan untuk memastikan keputusan
yang dibuat sama ada rasional atau tidak. Oleh itu, guru biasa bertugas untuk
menolong murid membuat pertimbangan, mengenal pasti baik buru sesuatu
tindakan dan sebagainya.

Di samping itu, guru biasa sebgai guru pembimbing perlu membentuk


tabiat kerja murid. Pembentukan tabiat positif dalam kerja mmurid mampu
memberi kesan yang positif kea rah peningkatan prestasi dalam pelajaran. Hal ini
dikatakan demikian kerana murid akan berasa tanggungjawab terhadap kerja
sendiri dan perlu diselesaikannya dengan keupayaan diri. Antara tabiat positif yang
perlu dibentuk ialah seperti positif terhadap kesukaran yang dihadapi, peka
terhadap masa, yakin terhadap kebolehan diri dan berani mencuba untuk kebaikan.
Pembentukan tabiat positif ini haruslah diberi penekanan oleh guru pada awal tahun
supaya segala masalah dapat dibendung dan dijadikan sebagai ikhtibar dalam
menghadapi cabaran demi mencapai kejayaan pada masa depan.

Peranan guru biasa sebagai guru pembimbing di sekolah yang terakhir


adalah guru perlu sentiasa merujuk kepada guru bimbingan dan kaunseling.
Sekiranya guru biasa menghadapi sebarang masalah dalam menguruskan murid-
murid, mereka boleh merujuk dan meminta pandangan daripada guru bimbingan
dan kaunseling. Hal ini adalah untuk membolehkan guru biasan mendapatkan idea
atau pendapat yang waras di samping mendapatkan maklumat.

Kesimpulannya, sebagai seorang guru bukan sahaja memberi ilmu


pengetahuan kepada anak murid sahaja bahakan juga untuk memberi pertolongan
dan penyesuaian. Hal ini adalah untuk memastikan murid-murid dapat
diperkembangkan dalam keadaan yang bersesuaian.

You might also like