You are on page 1of 4

LAPORAN SAMBUTAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN

KOKURIKULUM

Aktiviti/Program : Sambutan Hari Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum


Tarikh : 22 NOVEMBER 2016
Hari : Selasa
Masa : 8.00 pagi 12.00 tengah hari
Tempat : Dewan terbuka SKPU2
Guru-guru terlibat : Semua guru SKPU2 dan murid SKPU2
Sasaran : Semua guru SKPU2 dan murid SKPU2
Objektif aktiviti : i. Melahirkan murid yang berketrampilan dan dedikasi serta mampu
menjadi pemimpin yang berkaliber.
ii. Menggalakkan murid berusaha dalam aspek kepimpinan serta
dapat memupuk nilai disiplin yang tinggi
iii. Memberi penghargaan kepada murid atau guru yang aktif dalam
bidang kokurikulum.
Laporan aktiviti : Pelancaran telah diadakan pada 1 Ogos 2016 di tapak perhimpunan
dan disempurnakan oleh En Awaludin b Hj Nawi selaku guru besar SK
Puchong Utama 2. Perutusan Minggu Sihat Doktor Muda pula telah
disampaikan oleh En Zakaria Abd Rani selaku GPK Kokurikulum.
Murid-murid diberi taklimat ringkas mengenai tentatif program
sepanjang aktiviti berlangsung oleh Puan Nur Iylia binti Zulkepli.
Pelbagai aktiviti yang menarik telah dijalankan seperti ceramah
pergigian, pameran kesihatan, kuiz kesihatan, explorace,
pertandingan aerobik, latihan kawad kebakaran, pemeriksaan
kebersihan diri dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti dijalankan sewaktu
pengajaran dan pembelajaran dalam kelas, tapak perhimpunan,
waktu perjumpaan kokurikulum dan juga di dewan terbuka. Majlis
penutup program ini telah diserikan dengan penyampaian hadiah
kepada para pemenang oleh En Saiful Rizal b Abd Manaf selaku
pemangku GPK Kokurikulum SKPU 2.
Penilaian aktiviti : i. Kekuatan Program
Murid mendapat banyak faedah dan pengalaman menarik menerusi
pelbagai aktiviti yang dijalankan. Setiap aktiviti mendapat sambutan
yang memberangsangkan daripada murid-murid. Elemen-elemen
kerjasama, semangat berpasukan dan bersaing secara sihat dapat
diterapkan dalam diri murid-murid. Keseronokkan dan kepuasan
jelas terpancar dalam diri murid-murid selepas aktiviti dijalankan.
ii. Kelemahan Program
Segelintir guru-guru kurang memberi kerjasama sewaktu aktiviti
dijalankan. Kurang pengawasan guru menyebabkan keadaan menjadi
bising dan aktiviti kurang terkawal.

iii. Cadangan Penambahbaikan


Guru-guru perlu memberi kerjasama dalam aspek kawalan murid
dalam setiap aktiviti yang dijalankan.
.
Dokumentasi Rujuk lampiran
Bergambar :

Disediakan oleh :

..
( ZURIAH HAMZAH) TARIKH :
28 NOVEMBER 2016
SEKITAR AKTIVITI

You might also like