You are on page 1of 1

Bismillahhir Rahmannir Rahim...

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam Negaraku

Malaysia. Yang Berusaha Tn Hj Adam Bin Abd Rahim, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bebuloh, Yang

Dihormati Cik Amidah Binti Basar, Penolang Kanan Hal Ehwal Murid, En Jahar Bin Abit, Penolong

Kanan Kokurikulum, Yang Dikasihi Rakan-rakan Guru SK Bebuloh, serta murid-murid sekalian....

Perhimpunan rasmi pada pagi ini akan diteruskan dengan Perasmian Minggu Anti Dadah

Peringkat Sekolah Kebangsaan Bebuloh. Untuk makluman semua, Tema Minggu Anti Dadah pada

tahun ini adalah “Malaysia Membanteras Dadah”. Minggu Anti Dadah ini dilaksanakan bertujuan

untuk memberi kesedaran berkenaan bahaya dadah, menanam sikap benci kepada dadah dan

mewujudkan gaya hidup sihat tanpa dadah. Pelbagai aktiviti telah dirancang dan akan berjalan

sepanjang minggu ini antaranya Pertandingan Mewarna untuk Tahap 1 dan Pertandingan Melukis

Poster Tahap 2 yang akan dijalankan pada hari esok, Pertandingan sajak Anti Dadah dan pameran

dan taklimat Dadah oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Majlis pada pagi ini diteruskan dengan mempersilakan Tn Hj Adam Bin Abd Rahim, Guru

Besar Sekolah Kebangsaan Bebuloh untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan

Minggu Anti Dadah peringkat Sekolah Kebangsaan Bebuloh.

Terima Kasih atas ucapan Tuan Guru Besar.

Majlis diteruskan dengan gimik pelancaran.

Terima kasih Tn Hj Adam Bin Abd Rahim atas kesudian menyempurnakan gimik pelancaran sebentar

tadi. Sekian sahaja dari saya untuk Majlis Perasmian Minggu Anti Dadah.

Saya serahkan semula majlis kepada Pengawas Bertugas.

You might also like