You are on page 1of 5

1.

0 PENGENALAN

Sambutan Minggu Anti Dadah diadakan setiap tahun di sekolah selaras arahan

Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Unit Pendidikan Pencegahan Dadah untuk

menyokong Sambutan Hari Anti Dadah Peringkat Kebangsaan. Aspek pendidikan dan

pencegahan dadah amat penting memandangkan generasi pelapis negara khususnya, kini

berdepan dengan ancaman gejala dadah yang sangat serius. Oleh yang demikian

kesedaran tentang bahaya bahana dadah di peringkat lebih awal perlu diterapkan dalam

lapisan lapisan komuniti masyarakat.

Selain itu, menerusi aktiviti-aktiviti yang diatur, murid-murid diharap dapat

memanfaatkan peluang ini sebaik-baiknya untuk memberi impak terhadap penglibatan

murid-murid secara menyeluruh demi melahirkan modal insan yang berkualiti yang

mampu menjadi pemimpin dan menyumbang kepada pembangunan sosial negara

sekaligus memberikan kesejahteraan kepada komuniti dan masyarakat.

Program ini juga di buat selaras dengan Dasar dan Matlamat Pendidikan

Pencegahan Dadah, Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah merealisasikan “Sekolah

Bebas Dadah”.

1
2. 0 MATLAMAT

2.1 Supaya murid-murid sedar bahawa dadah akan memudaratkan nyawa dan
kesihatan serta membahayakan keselamatan masyarakat.
2.2 Untuk memastikan murid–murid mempunyai pengetahuan dan kemahiran
mengenai gaya hidup sihat dan mengamalkannya;

3. 0 OBJEKTIF

Objektif program ini adalah seperti berikut:

3.1 Untuk memastikan murid-murid mempunyai bahan bagi mempraktikkan gaya


hidup sihat;
3.2 Untuk mendidik murid-murid tentang keburukan dadah seawal peringkat
prasekolah lagi;
3.3 Menyemai dan menanam sikap untuk membenci dan menjauhkan diri
daripada dadah;
3.4 Untuk memberi alternatif program sihat tanpa dadah kepada murid-murid.

4. 0 BUTIRAN PROGRAM
Tarikh : 19 Februari 2019 (Selasa)
Kumpulan sasaran : Murid-murid pra –sekolah SK Sungai Bakap
Murid-murid Pendidikan Khas SK Sungai Bakap
Murid-murid Tahun 1 – Tahun 6 SK Sungai Bakap
Semua guru dan kakitangan SK Sungai Bakap

2
5. 0 JAWATANKUASA PELAKSANA

JAWATANKUASA PELAKSANA MINGGU ANTI DADAH 2019


SK SUNGAI BAKAP 14200,SUNGAI JAWI,
SEBERANG PERAI SELATAN, PULAU PINANG

Anjuran
JAWATANKUASA PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH ( PPDa)
Dengan kerjasama
UNIT BIMBINGAN KAUNSELING SK SUNGAI BAKAP

PENASIHAT : Encik Mohamed Rodhzi Bin Mohd Noh


(Guru Besar SK Sungai Bakap)

PENGERUSI : Encik Abdul Malek Bin Khalid


(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid )

NAIB PENGERUSI : Encik Muhamad Razia Bin Abdul Halim


(Penolong Kanan Kokurikulum)

SETIAUSAHA PPDa : Puan Nora Amirah Binti Roslan

AJK : Puan Afiqah Binti Mohd Zaki


Encik Sarghuna Rao a/l Simederey
Puan Noor Maizah Binti Zakaria
Encik Mohd Fardy Rafeq Bin Mohd Fisal
Encik Ahmad Farup Bin Ahmad Fozi
YM Tengku Shuhaidi Bin Tg Ibrahim

3
6.0 TENTATIF PROGRAM

Selasa (19 Februari 2019)

7.30 pagi : Murid-murid berkumpul di Dewan Terbuka


8.00 pagi : Membaca Perutusan Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah oleh
Guru Besar SK Sungai Bakap.
: Gimik Perasmian
8.30 pagi : Bersurai

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

7.1 Perasmian

- Banting RM 40.00

JUMLAH RM 40.00

7.2 Jumlah Perbelanjaan

Bil. PERBELANJAAN JUMLAH


1. Banting RM 40.00
JUMLAH BESAR RM 40.00

7.3 SUMBER KEWANGAN

Bil. SUMBER KEWANGAN JUMLAH

1. Unit Kokurikulum SKSB RM 40.00

JUMLAH RM 40.00

8.0 PENUTUP

4
Diharapkan pelancaran Minggu Anti Dadah ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan
dapat mencapai objektif yang diingini. Adalah diharapkan aktiviti-aktiviti yang dirancang
oleh Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Sekolah Kebangsan Sungai Bakap dapat
dilaksanakan dan mendapat sambutan yang baik dari semua pihak demi kesedaran untuk
mencegah dan menghapuskan dadah. Semoga usaha murni ini mendapat sokongan dari
semua pihak dan memberi manfaat sepenuhnya kepada murid-murid khususnya.

‘MASYARAKAT MADANI TANPA DADAH’

Disediakan oleh, Tarikh:

……………………………..........…
(NORA AMIRAH BINTI ROSLAN)
Setiausaha Pendidikan Pencegahan Dadah,
SK Sungai Bakap,
Sungai Jawi,Pulau Pinang

Disemak oleh, Tarikh:

…………………………………........
(ABD MALEK BIN KHALID)
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
SK Sungai Bakap,
Sungai Jawi,PulaunPinang

Disahkan oleh, Tarikh:

………………………………………...
(MOHAMED RODHZI BIN MOHD NOH)
Guru Besar,
SK Sungai Bakap,
Sungai Jawi,PulaunPinang

You might also like