You are on page 1of 8

1.

0 LAPORAN KOLABORATIF

TARIKH & HARI TINDAKAN


29 Februari Taklimat mengenai kerja kursus SDP 3052 Seni Dalam
(Isnin) Pendidikan diberikan oleh pensyarah.
Tugasan kerja kursus ini terbahagi kepada tiga
tugasan.

Tugasan 1 secara berkumpulan, kami perlu


mencipta kit pembelajaran yang mengintegrasikan seni
visual, muzik, dan pergerakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
Pendidikan Islam.

Tugasan 2 secara individu, saya perlu menunjukkan


kaedah mengaplikasikan kit pembelajaran yang telah
dihasilkan berdasarkan satu tajuk dalam proses
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran bidang
teras di sekolah rendah secara amali.

Tugasan 3 secara individu, saya perlu menulis satu


laporan reflektif mengenai proses penyediaan kit
pembelajaran serta ilmu pengetahuan dan kemahiran
unsur-unsur Seni dalam Pendidikan yang diperolehi.
26 Mac 2016 Ahli kumpulan saya ialah Muhammad Hazim.
(Sabtu) Kumpulan kami dibentuk semasa pemilihan pasangan
kumpulan di dalam kelas melalui cabut undi.
28 Mac 2016 Kumpulan saya mula mencari idea dari pelbagai
(Ahad) sumber seperti internet dan buku. Justeru itu, kami
telah meminjam buku di perpustakaan Al-Kindi sebagai
rujukan tambahan kami.
Semasa proses pencarian maklumat, tiba-tiba
tercetuslah idea untuk membina kit pembelajaran.
Kumpulan kami memilih mata pelajaran sirah kerana
sesuai dengan kit pembelajaran yang ingin kami
hasilkan.

Permulaannya, kami berbincang mengenai bahan yang


perlu ada dalam kit pembelajaran tersebut.

1
Kami telah bersepakat membuat konsep permainan
ular dan tangga untuk diadaptasikan di dalam kit
tersebut.
Pemilihan tajuk memainkan peranan yang tersendiri
dan akhirnya bersetuju menamakan kit kami dengan
nama Play with Sirah.
Pembelajaran sirah menjadi lebih menyeronokkan
dengan mengintegrasikan permainan dalam P&P.
Pelajar juga dapat mengembangkan kefahaman
mereka mengenai sirah dengan menggunakan kaedah
ini.
Kit yang dihasilkan dengan menggabungkan elemen
muzik, pergerakan dan sebagainya dapat digunakan
juga sebagai alat bantu mengajar (ABM)

31 Mac 2016 Pada hari ini, kami memulakan kit Play with Sirah
(Khamis) dengan meletakkan kad molten sebagai tapaknya.
Kami menyiapkan kit tersebut di bilik kerana menjadi
kebiasaan kami melakukan kerja di bilik.
Kami telah membahagikan tugas dan tugas saya
menyediakan dadu dan kad yang menjadi bahan
penting dalam permainan kit ini.
Muhammad Hazim pula menyiapkan graf yang
dijadikan tapak permainan kit itu.
Perhiasan juga ditambah bagi menceriakan lagi kit
kami.
Rujuk Cara Membuat untuk mengetahui cara
pembuatan Play with Sirah.
Akhirnya, kit Play with Sirah dapat disiapkan pada
lewat malam.

2.0 CARA PEMBUATAN KIT

Perlaksanaan projek-kit pembelajaran

Radas dan peralatan:

2
Alat tulis Kertas warna

Clip art Mouting board

Klip

Prosedur projek:

3
1. Lakarkan petak-petak kecil pada mouting board bagi memudahkan penyusunan
tapak dam ular dilakukan, anggarkan agar muat 30 petak kecil pada mouting board.

2. Cara ini sangat penting untuk dilakukan perlahan dan berhati-hati.

3. Potong kertas warna untuk membuat tapak permainan Dam ular dan kad permainan.
Setiap warna mewakili tahap soalan yang akan diajukan contohnya hijau bermakna
soalan aras rendah, kuning soalan aras biasa manakala merah bagi soalan aras
tinggi.

4. Perbezaan aras memudahkan guru untuk mengenalpasti muridnya.

4
5. Susunkan tapak permainan Dam ular mengikut lakaran yang telah di lukis dan
tampalkan tapak pada mouting board

6. Tapak perlu dilakukan secara teliti dan kemas

7. Lekatkan clip art tapak permainan Dam ular.

8. Penyusunan perlu diletakkan secara kemas dan berada pada tapaknya

9. Kit tersebut akhirnya siap disempurnakan.

3.0 Reflektif Kit

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi dengan kekuasaan-Nya saya dapat


menyiapkan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan oleh pensyarah saya.
Sampaikan selawat dan salam kepada rasul junjungan kita, Nabi Muhammad
SAW dan ucapan terima kasih tidak dilupakan juga kepada pensyarah saya iaitu
Ustazah Suzana Binti Harun yang menyediakan tugasan ini sebagai salah satu
tugasan dari subjek Seni Dalam Pendidikan (SDP 3052). Pada permulaannya,

5
saya tidak mengetahui cara-cara untuk memulakan proses penyediaan kit
pembelajaran tetapi pada akhirnya saya mendapat ilham selepas membuat
kolaborasi dengan ahli kumpulan saya iaitu Wan Muhammad Hazim Bin Wan
Mohd Zuhaidi.

Objektif kit pembelajaran saya ini adalah murid dalam mengetahui


berkenaan sirah nabi iaitu pekerjaan nabi, sifat-sifat nabi, siapakah ibu bapa nabi
dan kelahiran nabi. Saya hanya memfokuskan ilmu pengetahuan yang asas
sahaja untuk pengetahuan awal pelajar tahun 1 dan 2. Objektif ini amat sesuai
ditengahkan kerana pengetahuan tersebut amat penting sebagai cara
memudahkan kefahaman mengenai sirah nabi pada permulannya.

3.1 Kekuatan ( Strength)

Sesuatu kerja yang sempurna dan berkualiti sememangnya memerlukan


usaha yang konsisten dan tersusun dan saya yakin segala titik peluh saya
selama menyiapkan tugasan ini dibalas dengan markah yang terbaik dan
penilaian yang sebaiknya. Segala idea dan buah fikiran daripada ahli kumpulan
saya diambil dan perlu diakui ahli kumpulan saya memang seorang yang kretif
dan berseni.

Terdapat ilmu pengetahuan yang baru dan antaranya ialah kemahiran


unsur-unsur Seni dalam Pendidikan diperolehi semasa penyediaan kit
pembelajaran ini. Kekuatan ataupun kelebihan yang saya perolehi ialah sesi P&P
akan lebih seronok dan berkesan. Kit pembelajaran kumpulan saya ialah
permainan ular dan tangga yang dinamakan sebagai Play with Sirah dan
semua bahan dan maklumat saya perolehi dari internet. Proses ini memantapkan
lagi kemahiran saya mengenai cara mencari maklumat dari pelbagai sumber dan
secara tidak langsung pengetahuan mengenai Information and Communication
Technology (ICT) saya lebih berkembang dan bertambah. Konsep kit
pembelajaran merupakan ilham daripada internet dan ini juga mengajar saya
mencari sumber maklumat hanya daripada sumber-sumber yang sahih sahaja.

3.2 Kekurangan (Weaknesses)

6
Masalah ketika proses menyiapkan kit tersebut ialah tugasan-tugasan dari
pensyarah lain juga diberikan dalam tempoh yang sama. Ini bermakna saya
mengalami kesulitan dari aspek masa dan bahan-bahan untuk menyiapkan kit
tersebut tambahan pula dibebani dengan tugasan yang banyak. Masalah yang
timbul menyebabkan saya berfikiran positif dan mengambil langkah mengisi
masa yang terluang dengan menyiapkan tugasan dari pensyarah saya. Masalah
masa ini saya atasi dengan membina jadual pengurusan masa yang
membimbing saya melakukan sesuatu perkara tepat pada waktunya. Walau
bagaimanapun, saya tetap memerlukan bantuan daripada ahli kumpulan saya
dan tanpa bantuannya tugasan saya berjaya disiapkan. Maka betullah pepatah
melayu yang menyatakan bersatu teguh, bercerai roboh. Semua masalah yang
saya hadapi menjadikan saya seorang yang penyabar dan percayalah bidang
perguruan bukannya bidang yang mudah malah merupakan bidang professional
yang menjadi tulang belakang kepada pembentukan anak bangsa yang
seimbang dari semua aspek.

3.3 Peluang (Opportunities)

Peluang daripada penghasilan kit tersebut ialah pelajar sendiri dapat


mempelajari unsur-unsur seni dalam pendidikan seperti elemen muzik,
pergerakan dan seni visual. Selain dari ilmu pengetahuan mengenai sirah,
kepentingan mengaplikasikan unsur-unsur seni di dalam P&P tidak dapat
dinafikan. Justeru peluang ini perlu digunakan dengan sebaik mungkin oleh guru-
guru untuk memastikan proses P&P lebih berkesan.

Seterusnya, saya menyedari bahawa bahan bantu mengajar atau kit


pembelajaran sangat mempengaruhi pelajar dalam penerimaan sesuatu
pembelajaran. Pengalaman dan cabaran semasa menyiapkan kit tersebut
mematangkan lagi saya sebagai seorang guru dan ini memberi peluang kepada
saya menambahkan lagi ilmu saya sesuai dengan kerjaya saya.

Kesimpulannya, penulisan refleksi ini menunjukkan kepada saya bahawa


langkah penambahbaikan perlu dilakukan dengan segera demi kemajuan diri
saya sendiri. Ilmu dan pengalaman semasa menyediakan kit diharapkan dapat
diadaptasikan dan dimasukkan ke dalam proses P&P yang sebenar apabila diri
sudah bergelar seorang guru di mana-mana sekolah. Terima kasih.

(522 patah perkataan)

7
4.0 Rujukan

Buku

Mok Soon Sang (1996). Pendidikan Di Malaysia Untuk Diploma Perguruan.


Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Haliza Hamzah, Joy N. Samuel. )2010(. Perkembangan Kanak-kanak untuk Program


Ijazah Sarjana Muda Perguruan Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman
Snd. Bhd

Abdullah Nasih Ulwan (1999). Pendidikan Anak-anak Dalam Islam. Singapore:


Pustaka Nasional.

Mohd. Amin Ismail (1997). Pendidikan Dan Psikologi Kanak-kanak. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka

Noriati A. Rashid, et.al (2009). Murid dan Alam Belajar. Selangor: Oxford Fajar
Sdn. Bhd.

Internet

http://kongkoh.blogspot.my/2010/01/teori-dan-kit pembelajaran-
psikososial-erik.html. diakses pada 29 Mac 2016
http://napznapzayee.blogspot.my/2010/10/normal-0-e-v-pengajaran-sirah-
none.html. diakses pada 29 Mac 2016
http://cacacukakeju.blogspot.my/2010/11/-contoh-pengajaran-
menarik.html. diakses pada 30 Mac 2016

You might also like