You are on page 1of 9

Pendahuluan

Statistik adalah satu bidang ilmu yang amat berguna dalam kehidupan
seharian.Perkataan statistik berasal daripada perkataan Latin status yang
memberi maksud state,negeri atau negara. Statistik merupakan salah satu
bidang ilmu yang merujuk kepada kaedah atau cara untuk
mengumpul,menyusun,mempersembah dan mentafsir data bagi mendapatkan
keputusan yang lebih efektif.
Kita perlu untuk mempelajari statistik untuk menilai fakta-fakta yang
bersifat angka yang begitu banyak dan kerap diterbitkan pada dunia masa kini
sama ada berkaitan ekonomi,politik atau kajian sosial.Kita juga boleh
menggunakan statistik bagi melaksanakan tugas kita suatu masa nanti untuk
membuat keputusan berdasarkan kajian yang dibuat.Contohnya,statistik boleh
digunakan untuk membuat penilaian terhadap murid-murid sekolah rendah
berdasarkan markah ujuian yang diperolehi.
Menurut buku Pengantar Statisik oleh Izham Shafie (2008),seorang ahli
statistik dari England,Captain John Graunt telah telah menerbitkan semula data
kelahiran dan kematian yang disimpan untuk jangkamasa 30 tahun dan
membuat ramalan tentang bilangan kematian yang disebabkan oleh penyakit
tertentu.Hal ini menunjukkan bahawa pentingnya statistik dalam kehidupan
manusia seharian.
Dalam bidang pendidikan, statistik digunakan untuk menyampaikan
maklumat dalam pelbagai situasi. Bagi seorang guru, pengetahuan statistik ini
juga dapat membantu mereka dalam memahami kajian-kajian yang melibatkan
bentuk emperikal. Statistik deskriptif adalah digunakan bagi memberi penjelasan
tentang tentang ukuran (min dan sisihan piawai) manakala statistik inferensi
digunakan bagi menguji statistik. Kedua-dua jenis statistik ini biasanya
digunakan dalam bidang pendidikan.
Kebiasaanya juga, data yang diperoleh tidak disusun mengikut aturan
yang betul. Justeru, bagi memudahkan kita merujuk data sewajarnya data
tersebut mestilah direkodkan secara teratur dan bersistematik. Contoh skor yang
disusun secara rawak ialah seperti 54, 15, 55, 51, 60,24, 33, 31, 14, 68, 19,40,
30,18,13, 21,31,24 atau skor-skor ini juga telah dikenali sebagai skor mentah.
Kesimpulannnya, dalam kehidupan seharian kita, terdapat banyak data
telah dipersembahkan dngan bentuk statistik seperti graf bar, histogram dan
carta pai. Bentuk- bentuk ini dapat memberikan maklumat yang lebih mudah
dan jelas kepada masyarakat.Berdasarkan kerja kursus yang ditugaskan kepada
saya,saya telah memilih untuk mengkaji keputusan CGPA semester lepas
terhadap lima buah unit di IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan

Mengenal pasti masalah


Untuk melahirkan guru yang cemerlang, Kementerian Pendidikan Malaysia
telah melaksanakan pelbagai pembaharuan dan juga merombak serta
memperkenalkan dasar-dasar baharu di IPG. Ini bukan sahaja dapat melahirkan
guru yang cemerlang, tetapi berupaya melonjakkan nama profesion keguruan di
seluruh Negara. Antara inisiatif Kementerian Pelajaran adalah dengan
memperketatkan lagi syarat kemasukan ke Institut Pendidikan Guru yang
bermula pada Tahun 2013. Seperti sedia maklum bahawa, pelajar lepasan SPM
boleh meneruskan pengajian di Institut Pendidikan Guru dengan mengikuti
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama 5 tahun. Oleh itu, kementerian
Pendidikan Malaysia telah menetapkan syarat minimum untuk memasuki Institut
Pendidikan guru adalah calon perlu memperoleh 5A dan keatas dalam
peperiksaan SPM.
Selain itu, Kementerian Pendidikan Malaysia juga turut mengambil inisiatif
dengan memantapkan lagi kurikulum IPG. Kementerian akan mengkaji semula
kurikulum latihan praperkhidmatan perguruan bagi memastikan guru
dipersiapkan secukupnya untuk mengajar kemahiran berfikir aras tinggi yang
dihasratkan untuk murid Malaysia. Kementerian akan menambah peratus masa
latihan praktikum bagi guru pelatih kepada 40%. Guru berpengalaman, yang
berkelayakan sebagai mentor, akan menyelia pelatih di dalam bilik darjah bagi
meningkatkan ketekalan dan kualiti praktikum. Guru pelatih juga akan dilatih
dengan pendekatan pengajaran dan pentaksiran alternatif seperti pembelajaran
berasaskan projek dan pentaksiran berasaskan ICT. Guru Sains akan menerima
latihan tambahan tentang cara menyampaikan konsep abstrak dengan berkesan
dan membina kemahiran berfikir aras tinggi. Tujuan sebenar Kementerian
Pendidikan Malaysia melaksanakan dasar ini adalah untuk melahirkan guru- guru
yang cemerlang yang akan mendidik anak bangsa.Oleh itu, saya menjalankan
kajian terhadap keputusan CGPA guru- guru pelatih di IPGKAA supaya dapat
melihat keberkesanan dasar yang telah diperkenalkan.

Pengumpulan data dan maklumat


Pengumpulan data dan maklumat sangat penting dalam melakukan kajian.
Antara maklumat yang diperlukan dalam kerja kursus saya kali ini ialah
keputusan CGPA guru- guru pelatih IPG Kampus Tengku Ampua Afzan. Oleh itu,
saya telah mengambil langkah dengan meminta data tersebut daripada guruguru pelatih sendiri PPISMP (Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidkan)
semester dua. Saya telah mengambil data ini secara rawak dengan tidak
memasukkan nama guru pelatih. Ini bertujuan melindungi data tersebut supaya
tidak mengaibkan nama mana-mana guru pelatih.
Jadual 1 menunjukkan data CGPA yang diperoleh daripada 50 orang guru
pelatih di IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan.
CGPA 50 orang guru pelatih IPGKTAA pada semester lepas

3.71

3.24

3.18

3.40

3.50

3.45

3.31

3.57

3.41

3.50

3.48

3.41

3.44

3.56

3.54

3.19

3.27

3.61

3.31

3.52

3.75

3.35

3.56

3.59

3.40

3.50

3.59

3.40

3.75

3.72

3.50

3.56

3.54

3.33

3.32

3.20

3.0

3.50

3.78

3.65

3.38

3.20

3.07

3.04

2.97

3.03

3.85

3.76

4.00

0.97

Jadual 1

Data di atas diperoleh secara sahih berdasarkan kajian terhadap 5 buah


unit di IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan. Unit- unit tersebut terdiri daripada
unit PPISMP Pendidikan Islam, PPISMP Pendidikan Muzik, PPISMP Pendidikan Awal
Kanak- kanak, PPISMP Bahasa Melayu (SJKT) dan PPISMP Pemulihan 1.

Analisis data
Selepas melakukan proses pengumpulan data, saya akan menganalisis
data. Analisis data ini berfungsi bagi memperlihat dan memperjelas data- data
yang telah dikumpul semasa pengkajian dilaksanakan. Data di atas boleh
dikumpulkan kepada beberapa kelas. Untuk mencari saiz kelas, beza antara
sempadan atas kelas dan sempadan bawah kelas perlu dicari.
Saiz kelas = Sempadan atas kelas sempadan bawah kelas
= 4.0 3.6
= 0.4
Jadi, saiz selang kelas yang sesuia untuk data ini ialah 0.4. Untuk membina
jadual kekerapan, saya gunakan saiz selang kelas yang diperoleh iaitu 0.4. Saya
telah mencari beza antara nilai tertinggi dengan nilai terendah data seperti di
bawah:
Beza

= Nilai tertinggi- nilai terendah

= 4.0- 0.97
=3.03
Bilangan kelas yang boleh dibentuk juga boleh ditentukan seperti di
bawah:
Bilangan kelas

Beza
Saiz selang kelas

3.03
0.4
7.6
8

Jadual kekerapan data CGPA semester lepas bagi 50 orang guru pelatih
IPGKTAA.

Markah

Kekerapan
(f)
16
29
4
0
0
0
1
0
f =50

3.6- 4.0
3.1- 3.5
2.6- 3.0
2.1- 2.5
1.6- 2.0
1.1 1.5
0.6- 1.0
0.1 1.5

Kekerapan
longgokan
16
45
49
49
49
49
50
50

Titik tengah
(x)
3.8
3.3
2.8
2.3
1.8
1.3
0.8
0.3

fx
60.8
95.7
11.2
0
0
0
0.8
0
fx=
168.5

Jadual 2

Min (purata)

x=

fx
f

168.6
50

3.37
Purata keputusan CGPA bagi 50 orang guru pelatih IPGKTAA ialah 3.37.
Mod = 3.1- 3.5
Median

1
NF
2
m=L+
fm

( )

L = Sempadan bawah kelas median


N = Jumlah kekerapan
F = Kekerapan longgokan sebelum kelas median
f m=Kekerapan kelas median
C = Saiz kelas median

1
(50)16
2
m=30.5+
29

0.4

30.62

Markah

Kekerapa
n (f)

3.6- 4.0
3.1- 3.5
2.6- 3.0
2.1- 2.5
1.6- 2.0
1.1 1.5
0.6- 1.0
0.1 1.5

16
29
4
0
0
0
1
0

f =50

Titik
tengah
(x)
3.8
3.3
2.8
2.3
1.8
1.3
0.8
0.3

fx

60.8
95.7
11.2
0
0
0
0.8
0
fx=
168.
5

Varians
2=

f x
x 2
f

2=

370.914
(3.37)2
50

]
]

x2
14.44
10.89
7.84
5.29
3.24
1.69
0.64
0.09

f x2
23.104
315.81
31.36
0
0
0
0.64
0
f x 2=
370.
914

=3.94
Sisihan piawai
=

f x2
2
x
f

370.914
2
(3.37)
50

]
]

=1.98

Perbandingan data secara manual dan menggunakan Microsoft excel

min
median
varians
sisihan
piawai

Microsoft
excel

Manual

3.37
30.6241379
3
-3.93862
1.98

3.37
30.62
-3.94
1.98

Berdasarkan jadual di atas, satu perbandingan dapatan data telah


diperoleh dengan menganalisis secara manual dan dengan menggunakan
Microsoft Excel. Perbandingan yang dianalisis ialah nilai min, median,
varians dan sisihan piawai.
Nilai min dan sisihan piawai adalah sama walaupun
menggunakancara manual dan Microsoft Excel iaitu 3.37 dan 1.98 masingmasing. Hal ini menunjukkan bahawa nilai yang diperolehi adalah nilai
yang tepat.

Terdapat sedikit perbezaan pada nilai median dan varians apabila


dikira secara manual dan menggunakan Microsoft Excel. Saya mendapati
bahawa nilai median yang diperoleh menggunakan Microsoft Excel iaitu
30.62413793 adalah lebih spesifik berbanding nilai yang diperoleh secara
manual iaitu 30.62. Keadaan yang sama berlaku terhadap nilai varians
iaitu -3.93862 apabila menggunakan Microsoft Excel dan -3.94 apabila
menganalisis secara manual.

Graf dan carta berdasarkan data

Rumusan
Daripada analisis yang telah saya perolehi di atas, saya dapat
merumuskan bahawa statistik membantu untuk memberikan maklumat
yang lebih mudah dan jelas kepada manusia. Saya telah berjaya
mendapatkan 50 data pelajar iaitu keputusan CGPA yang diperoleh guru
pelatih IPGKTAA pada semester lepas untuk dianalisis dalam kerja kursus
ini.
Sesuatu pengiraan data akan menjadi lebih sistematik dengan
mengumpulkan data dan membina jadual kekerapan sebelum mengira
nilai data. Penganalisian dan perbandingan data telah saya laksanakan
secara manual dan menggunakan teknologi iaitu Microsoft Excel untuk
mendapatkan nilai min, mod, median, varians dan sisihan piawai dengan
betul dan tepat.
Dengan adanya nilai-nilai tersebut, jadual kekerapan, graf dan carta
boleh dibina untuk melengkapkan kerja kursus ini. Graf-graf dan carta
yang telah saya bina dengan menggunakan Microsoft Excel ialah carta
palang, carta pie, poligon kekerapan, ogif dan histogram. Graf dan carta
memudahkan lagi masyarakat untuk mengetahui data dengan lebih jelas.
Berdasarkan data yang saya perolehi ini, histogram membolehkan
saya untuk mengesan kelas mod dengan lebih mudah yang merupakan
kelas yang paling tinggi. Nilai median pula lebih senang untuk ditentukan
melalui jadual kekerapan longgokan dan ogif. Graf dan carta ini
berperanan menterjemahkan data secara lebih menarik dan jelas.

You might also like