You are on page 1of 1

Muhamad Absyar bin Mohd Yusof,

Exco Kediaman 1,
Jawatan Kuasa Perwakilan Pelajar,
Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan,
27200, Kuala Lipis,
Pahang.

Tuan Haji Abdul Ghaffar bin Jaafar,


Ketua Warden,
Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan,
27200, Kuala Lipis,
Pahang. 20 APRIL 2016.

Tuan,

PERMOHONAN PERTUKARAN BILIK

Merujuk perkara di atas. Saya ingin memohon untuk membuat pertukaran bilik dari bilik N317 ke
bilik N303 .

2. Permohonan untuk berpindah bilik ini adalah kerana kawasan bilik saya ketiadaan kemudahan
WiFi. Hal ini demikian sangat menyukarkan saya untuk menjalankan tugasan-tugasan seperti tugasan
kerja kursus dan sebagainya.

3. Tambahan pula, pada tahun ini saya telah memegang jawatan sebagai Exco Kediaman 1 bagi
Jawatan Kuasa Perwakilan Pelajar sesi tahun 2016/2017. Hal ini demikian telah menimbulkan satu
kesulitan bagi saya untuk membuat kerja-kerja yang berkaitan dengan setiap program yang
dijalankan oleh kami.

4. Saya amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat memberikan keizinan untuk saya berpindah
ke bilik lain.

Kerjasama daripada pihak tuan saya dahului dengan jutaan terima kasih. Sekian.

Yang Benar, Disokong oleh,

.............................................................. ...................................................
(MUHAMAD ABSYAR BIN MOHD YUSOF) (ABDUL HALIM BIN ABDUL WAHAB)
Exco Kediaman 1, Warden Blok Nuri,
Jawatan Kuasa Perwakilan Pelajar, Institut Pendidikan Guru
Institut Pendidikan Guru ` Kampus Tengku Ampuan Afzan.
Kampus Tengku Ampuan Afzan.

Disahkan oleh,

...............................................................
(ABDUL GHAFFAR BIN JAAFAR)
Ketua Warden,
Institut Pendidikan Guru,
Kampus Tengku Ampuan Afzan.

You might also like