You are on page 1of 2

SULIT

Pendidikan
Seni Visual
Mac SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BAGAN JAYA
2017 PULAU PINANG
2 Jam

PENDIDIKAN SENI VISUAL

TINGKATAN 1

Dua Jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi enam soalan.

2. Jawab satu soalan sahaja

3. Hasil kerja anda hendaklah yang asli

4. Anda tidak boleh menggunakan bahan pengilat atau syelek pada permukaan
hasil kerja anda yang sudah siap

5. Anda bebas menggunakan apa jua teknik kecuali teknik semburan dan asemblaj.
Jika teknik kolaj digunakan, anda hendaklah menggunakan kertas berwarna, atau
bahan terbuang yang nipis seperti kulit majalah, perca kain dan lain-lain yang
dibawa sendiri

6. Hasil kerja anda hendaklah dalam bentuk 2D (Dua dimensi ) sahaja


Lihat sebelah
S
U
L
I
T

SULIT

Pilih satu soalan sahaja

1. Dengan menggunakan pelbagai jenis garisan yang telah dipelajari hasilkan sebuah
lukisan pemandangan air terjun.

2. Rupa ialah hasil pertemuan antara hujung garisan dan titik permulaan. Hasilkan
corak pembalut hadiah menggunakan rupa geometri dan rupa organik.

3. Lukiskan pemandangan hidupan di dasar laut. Warnakan lukisan anda dengan


menggunakan pensel warna, krayon atau warna air.

4. Hasilkan sebuah lukisan yang bertemakan pemandangan di sebuah jalan raya.


Lukisan tersebut mestilah mempunyai garisan perspektif dan beberapa buah lampu
jalan di tepi jalan raya.

5. Hasilkan sebuah lukisan bertemakan buah-buahan tempatan. Lukisan tersebut


mestilah mempunyai aspek jalinan, bentuk dan ton.

6. Dengan menggunakan warna panas, hasilkan sebuah catan bertemakan sebuah


pemandangan pada waktu senja di tepi laut. Catan anda mesti menekankan aspek
ton warna, ruang dan komposisi.

KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan oleh : Disemak oleh : Disahkan oleh :

.. .... .....
(Pn. Roszita Bt Mohd Yusof) (Pn. Hanaita Binti Ibrahim) (En. Johari Bin Ahmad)

You might also like