You are on page 1of 5

MENGENAL ABJAD YANG MEMPUNYAI BENTUK ASAS BULAN SABIT

DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH “SURIHAN PASIR”

Disediakan Oleh:
NORANIN BT ABDULLAH
PRASEKOLAH PINTAR SK PAHIT
TAHUN 2011

1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Masalah penguasaan kanak-kanak prasekolah dalam mengenal dan membaca abjad A


hingga Z lebih ketara diawal tahun memandangkan ramai murid prasekolah yang masih
tidak mengenal abjad A-Z. Memandangkan sebahagian sekolah terletak di luar bandar,
maka ramai dari kanak-kanak yang tidak mempunyai pengalaman bersekolah. Guru
terpaksa menagambil masa yang agak lama untuk mengajar mereka mengenal abjad.
Namun begitu masih ada dari mereka yang masih tidak dapat menguasai kemahiran
mengenal dan membaca abjad A-Z sehingga pertengahan tahun. Jika keadaan ini
berterusan ia akan mengundang masalah apabila mereka menjejakkan kaki ke tahun 1.

Bagi mengatasi masalah ini pelbagai teknik pengajran dan pembelajaran


digunakan bagi menarik minat kanak-kanak untuk mengikuti pengajaran dan
pembelajaran. Guru akan berusaha sedaya upaya untuk mengatasi masalah ini agar tidak
timbul masalah apabila kanak-kanak ini menjejakkan kaki ke tahun 1.

2. FOKUS KAJIAN

1. Daripada refleksi di atas, didapati terlalu sukar untuk

memperkenalkan kepada murid-murid yang bermasalah mengenal. Mereka boleh


menyebut abjad, tetapi tidak dapat mengenal dan menulis abjad tersebut.

2. Bagi mengatasi masalah ini,saya telah mencuba menerapkan unsur

berbentuk mainan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kaedah yang kami gunakan
ialah “Surihan Pasir” dan ‘Memancing Abjad”
3. Teknik yang digunakan ialah pengajaran kumpulan abjad yang

mempunyai bentuk asas bulan sabit “c, o,a, g, s dan e” sahaja.

3. OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini selesai dijalankan pelajar diharap akan mencapai objektif berikut:

Objektif Umum
• Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan pengusaan murid-murid prasekolah dalam
mengenal abjad.

Objektif khusus

• Murid dapat mengenal dan mengingat abjad .

• Murid dapat menulis abjad yang mempunyai bentuk asas bulan sabit.



Murid tidak mudah bosan malah berminat dengan kaedah bermain.

Guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk permainan.

4. KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 15 orang murid daripada 25 orang murid prasekolah.

5. TEMPOH MASA
1 bulan ( 1 Februari 2011 – 28 Februari 2011)

5. PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Tinjauan masalah

Dalam pelaksanaan kajian ini, kaedah tinjauan masalah yang telah dibuat adalah berdasarkan
kreteria berikut:
(i) Soal Jawab.
(ii) Pengesanan Awal.
(iii) Ujian Pra

5.3 Tindakan yang dicadangkan

Setelah analisis tinjauan dijalankan, saya mengumpulkan murid kumpulan sasaran saya untuk
diperkenalkan dengan kaedah bermain iaitu menggunakan kaedah ”Surihan Pasir”. Terdapat 7
langkah yang saya rancangkan dan murid perlu lakukan iaitu:

Langkah –langkah.

1. Perkenalkan abjad yang mempunyai bentuk asas bulan sabit .


2. Membuat bentuk bulan sabit di permukaan lantai/meja.
3. Setiap murid diberi dulang berisi pasir bewarna.
4. Murid membuat lakaran bentuk asas bulan sabit di atas pasir.

5. sabit
Mengenalkan bentuk huruf ‘c, o, a,g,s dan e’ adalah berasaskan bentuk bulan

6. Murid melakar bentuk huruf berdasarkan panduan guru.


7. Murid memancing kad abjad yang disebut oleh guru.
5.4 Pelaksanaan Tindakan yang akan dijalankan

Langkah 1
Perkenalkan abjad yang mempunyai bentuk asas bulan sabit .

1.1 Guru mengenalkan murid dengan bentuk asas bulan sabit ‘c’

Langkah 2
Membuat bentuk bulan sabit di permukaan lantai/meja.

2.1 Murid membuat lakaran bentuk bulan sabit di atas permukaan lantai atau meja dengan
bimbingan guru.

Langkah 3.
Setiap murid diberi dulang berisi pasir bewarna.

3.1 Guru memberikan dulang berisi pasir bewarna kepada setiap Murid

Langkah 4
Murid membuat lakaran bentuk asas bulan sabit di atas pasir.

4.1 Guru membimbing murid membuat lakaran bentuk asas bulan sabit di atas permukaan
pasir

Langkah 5
Mengenalkan bentuk huruf ‘c, o, a,g,s dan e’ adalah berasaskan bentuk bulan sabit

5.1 Guru mengenalkan kepada murid bahawa kesemua abjad tersebut adalah berasaskan
bentuk bulan sabit

Langkah 6
Murid melakar bentuk huruf berdasarkan panduan guru.

6.1 Guru memberikan arahan kepada murid untuk melakarkan huruf ‘c, o, a,g,s dan e’

Langkah 7
Murid memancing kad abjad yang disebut oleh guru.

7.1 Sebagai aktiviti pengukuhan, murid bermain permainan memancing kad abjad berdasarkan
arahan guru.

6. Bahan yang digunakan

Bahan yang saya gunakan dalam kajian ini ialah :-

 Model Bulan Sabit


 Pasir
 Dulang
 Kad huruf
 Joran mainan

7. Jadual Pelaksanaan Kajian

Bil Aktiviti Tempoh


Pelaksanaan
1 Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal 1 minggu
2 Menulis proposal kajian 1 minggu
3 Merancang tindakan – individu/kumpulan 1 minggu
4 Melaksanakan tindakan . 2 minggu
5 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1 1 minggu
9 Refleksi kajian 1 minggu
10 Menulis laporan kajian 1 minggu
11 Pembentangan dapatan kajian untuk makluman panitia/sekolah. 1 minggu

You might also like