You are on page 1of 1

Tajuk ISL bagi subjek EDU3073

M1

Mencari buku rujukan, jurnal, majalah, suratkhabar dan lain-lain bahan yang
berkaitan daripada perpustakaan berhubung tajuk bimbingan dan kaunseling
Kanak-Kanak.

M2

Berdasarkan capaian internet, cari maklumat mengenai perkembangan


perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di Malaysia.

M3

Buat satu lawatan tidak rasmi ke bilik unit bimbingan dan kaunseling di sekolah
rendah. Dapatkan maklumat perkhidmatan unit tersebut seperti brouser unit
perkhidmatan, matlamat, piagam pelanggan, tanggungjawab dan lain-lain info
yang penting bagi perkhidmatan yang ditawarkan di sekolah tersebut. Kepilkan
lampiran gambar yang sesuai.

M4

Lawat laman web yang berkaitan dengan perkhidmatan bimbingan dan


kaunseling sekolah. Kenal pasti aspek-aspek yang dominan dalam perkhidmatan
tersebut. Cetat bahan yang anda peroleh daripada laman web dan tuliskan
rujukan laman web tersebut.

M5

Temu bual dengan seorang kaunselor dan dapatkan pandangan beliau mengenai
satu teori kaunseling yang beliau aplikasikan dan kemahiran asas kaunseling
yang perlu dipelajari dan diguna pakai semasa sesi kaunseling berjalan.
Sediakan gambar sebagai bukti temu bual anda bersama kaunselor anda.

Catatan:

Bahan ISL perlu dimasukkan ke dalam fail pengurusan yang berwarna kuning
dengan mencatatkan tajuk yang berbeza mengikut minggu yang berbeza.
Gunakan kertas A4 berwarna kuning sebagai pengagihan bagi setiap topik yang
berbeza.

Bahan ISL perlu diserahkan pada minggu yang ke 13 iaitu pada 27 Mac 2017
(Isnin).

Terima kasih.

You might also like