You are on page 1of 4

PENGALAMAN BERDASARKAN SEKOLAH KETIGA

Suki Ha Chi Wei


PISMP SEM 3- PSV SJK(C)

LAPORAN AKHIR

Sepanjang masa saya menjalankan aktiviti Program Berasaskan Sekolah, banyak


aktiviti telah dijalankan selama lima hari. Sekolah yang saya pilih untuk menjalankan
aktiviti PBS ialah sekolah rendah SJK(C) Taman Rajang. Tarikh yang saya jalankan
Program Berasaskan Sekolah adalah 14 September 2015 hingga 18 September
2015.

Aktiviti yang saya jalankan pada hari pertama iaitu 14 September 2015
adalah menerima taklimat daripada guru besar di sekolah rendah tersebut. Selepas
itu, saya telah meminta bantuan daripada beberapa orang guru untuk mengisi
boring soal selidik yang telah saya sediakan. Semasa waktu rehat, saya juga
mencari beberapa orang murid-murid untuk mengisi boring soal selidik. Melalui ini,
saya dapati bahawa beberapa orang murid dalam sekolah ini yang telah saya pilih
berasa malu dan tidak berani untuk berkomunikasi dengan guru. Pada masa yang
sama, saya berpeluang untuk memerhati keadaan masa rehat dalam
sekolah ini. Saya dapati bahawa sekolah ini melarang murid-murid untuk
berada dalam bilik semasa waktu rehat manakala semua murid perlu berada
gelanggang bola keranjang atau kantin dan perpustakaan.

Keadaan semasa waktu rehat di sekolah

Suasana dalam kantin sekolah


PENGALAMAN BERDASARKAN SEKOLAH KETIGA
Suki Ha Chi Wei
PISMP SEM 3- PSV SJK(C)

Pada hari yang kedua iaitu 15 September 2015, saya telah memerhati
keadaan aktiviti yang akan dijalankan dalam sekolah rendah ini. Aktiviti pertama
yang telah saya dapati adalah sekolah ini menjalankan aktiviti menggosok gigi pada
pada awal pagi dengan giliran tertentu. Hal ini adalah untuk memberi kesedaran
kepada murid-murid supaya mempunyai kesedaran untuk menjaga kebersihan gigi.
Aktiviti menggosok gigi dijalankan dengan bimbingan pergigian doktor dan guru
kelas. Selain itu, saya juga berpeluang untuk memerhati keadaan semasa seorang
guru mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Saya mendapat pengalaman daripada
pengajaran guru tersebut dengan menarik perhatian murid-murid untuk mendengar
arahan pada waktu pendidikan jasmani.

Aktiviti menggosok gigi yang dibawah bimbingan seorang pergigian doktor dan guru
kelas.

Waktu pendidikan Jasmani yang dijalankan oleh guru di sekolah bagi murid-murid
tahap rendah.
PENGALAMAN BERDASARKAN SEKOLAH KETIGA
Suki Ha Chi Wei
PISMP SEM 3- PSV SJK(C)

Pada hari 16 September 2015 merupakan cuti Hari Malaysia. Pada hari 17
September 2015, saya telah memerhati kawasan sekeliling sekolah ini dan
mendapati bahawa sekolah rendah ini terdapat berbagai-bagai jenis kemudahan
yang dapat digunakan oleh guru dan murid dari segi pengajaran dan keperluan
murid seperti makmal sains, bilik pergigian, perpustakaan, bilik komputer, bilik
kemahiran hidup, bilik tayangan. Kemudahan ini adalah berguna untuk guru dan
murid. Guru-guru boleh menggunakan kemudahan ini untuk menyampaikan
pengajaran kepada murid dengan lebih berkesan. Bukan itu sahaja, kemudahan
CCTV yang digunakan untuk memastikan keselamatan murid-murid telah
disediakan dalam sekolah ini serta pondok pengawal keselamatan yang terletak di
depan sekolah untuk mengawal orang yang masuk keluar sekolah. Ini adalah untuk
memastikan murid-murid belajar dalam keadaan yang selamat.

Kawasan sekolah yang selamat dengan adanya kemudahan seperti CCTV dan
pondok pengawal.

Kemudahan yang disediakan membantu guru menjalankan pengajaran dengan


lebih berkesan.
PENGALAMAN BERDASARKAN SEKOLAH KETIGA
Suki Ha Chi Wei
PISMP SEM 3- PSV SJK(C)

Pada hari 18 September 2015, sekolah rendah yang saya adakan


pengalaman berdasarkan sekolah telah menjalankan majlis Perguruan pada hari ini.
Saya telah berpeluang untuk mengalami suasana semasa mengadakan majlis
Perguruan dalam sekolah ini. Permulaan majlis perguruan adalah seperti
perhimpunan biasa dengan adanya nyanyian Negeraku. Selepas itu, murid-murid
dari berbeza tahun telah membuat persembahan seperti menyanyi dan menari
dengan bertema Hari Guru. Akhir sekali, murid-murid telah menghadiahkan kepada
guru dengan berbagai jenis hadiah seperti bunga.

Suasana menjalankan majlis


perguruan dalam sekolah
rendah Taman Rajang, Sibu
Sarawak.

Kesimpulannya, sepanjang menjalankan aktiviti Program Berasaskan


Sekolah, saya telah berjaya mendapat pengalaman tentang cara pengajaran
seorang guru Pendidikan Jasmani untuk mengawal murid-murid. Bukan itu sahaja,
saya juga dapati bahawa sekolah ini telah menyediakan berbagai-bagai jenis
kemudahan demi menwujudkan suasana yang selesa dalam sekolah bagi murid-
murid untuk belajar. Dengan ini, melalui pengalaman berdasarkan sekolah yang
dijalankan kali ini telah saya berjaya memerhati suasana sekolah yang kondusif
untuk murid-murid belajar dan guru-guru mengajar.

You might also like