You are on page 1of 5

PENGALAMAN BERDASARKAN SEKOLAH KEMPAT

Suki Ha Chi Wei


PISMP SEM 4- PSV SJK(C)

LAPORAN AKHIR

Sepanjang masa saya menjalankan aktiviti Program Berasaskan Sekolah, banyak


aktiviti telah dijalankan selama lima hari. Sekolah yang saya pilih untuk menjalankan
aktiviti PBS ialah sekolah rendah SJK(C) Dung Sang. Tarikh yang saya jalankan
Program Berasaskan Sekolah adalah 7 Mac 2016 hingga 11 September 2016.

Aktiviti yang saya jalankan pada hari pertama iaitu 7 Mac 2016 adalah
memberi salam kepada Guru Besar sekolah ini supaya menerima taklimat daripada
guru besar tentang kerja yang perlu dijalankan sepanjang Pengalaman Berdasarkan
Sekolah kali ini. Setelah menerima taklimat daripada Guru Besar, saya dengan
beberapa orang guru pelatih telah menjalankan pemerhatian kawasan sekeliling
sekolah. Saya dapati bahawa nama sekolah ini adalah berkaitan dengan geografi
sekolah ini. Nama sekolah DUNG SANG yang bermaksud gunung timur. Sekolah
ini merupakan sekolah yang terletak di tengah gunung. Dengan ini datanglah nama
sekolah Dung Sang.

Pandang sekolah yang teletak di tengah gunung.


PENGALAMAN BERDASARKAN SEKOLAH KEMPAT
Suki Ha Chi Wei
PISMP SEM 4- PSV SJK(C)

Pada hari yang kedua iaitu 8 Mac 2016, saya telah memerhati kawasan
sekolah yang telah saya jalankan Pengalaman Berdasarkan Sekolah. Saya telah
memerhati keindahan sekolah ini yang dihiaskan dengan berbagai-bagai jenis mural
biarpun di tandas ataupun di atas bangku. Bukan itu sahaja, sekolah ini juga
dihiaskan dengan hasil kerja murid-murid dengan menampal hasil tersebut pada
papan notis. Selain daripada itu, sekolah ini telah melukis rupa kasut di atas lantai
untuk memudahkan murid-murid berdiri atas semasa aktiviti menggosok gigi. Ini
telah menunjukkan kawasan sekeliling sekolah yang indah dengan adanya berbagai
jenis mural dan hasil murid yang dapat menggalakkan murid-murid supaya
menghasilkan karya yang lebih berkualiti. Ini meurpakan satu daripada motivasi
untuk murid-murid supaya mempunyai daya saing antara murid.

Hasil Karya murid yang ditampal atas papan notis.

Terdapat berbagai jenis


mural yang telah dilukis
pada dinding dan
bangku yang ada di
sekolah.
PENGALAMAN BERDASARKAN SEKOLAH KEMPAT
Suki Ha Chi Wei
PISMP SEM 4- PSV SJK(C)

Pada hari 9 Mac 2016, saya telah menyertai aktiviti kokurikulum yang
dijalankan dalam sekolah ini pada waktu petang. Saya telah memerhati aktiviti yang
ada dalam sekolah ini. Pertama sekali, guru-guru membuat latihan kepada murid-
murid tentang latihan lompat tinggi dan lompat jauh. Aktiviti ini dijalankan di dewan
iaitu aktiviti lompat tinggi dan di belakang sekolah iaitu aktiviti lompat jauh. Melalui
pemerhatian ini, saya dapati bahawa sekolah ini telah menyediakan kemudahan-
kemudahan sukan kepada murid walaupun tempat bagi aktiviti sukan adalah terhad.

Aktiviti lompat tinggi di dalam dewan pada waktu petang hari Rabu.

Aktiviti lompat jauh di padang pasir di belakang sekolah pada waktu petang hari
Rabu.
PENGALAMAN BERDASARKAN SEKOLAH KEMPAT
Suki Ha Chi Wei
PISMP SEM 4- PSV SJK(C)

Pada hari 10 Mac 2016, saya telah mendapat peluang untuk memerhati
suasana yang ada dalam kelas. Saya dengan beberapa orang guru pelatih telah
memerhati dan mendapat bahawa kelas-kelas dalam sekolah ini menyediakan
berbagai jenis kemudahan yang sepatutnya ada. Bukan itu sahaja, dalam setiap
kelas juga menyediakan sudut maklumat dan terdapat berbagai jenis ilmu
pengetahuan tertentu yang berkaitan dengan mata pelajaran tersebut. sekolah
rendah yang saya adakan pengalaman berdasarkan sekolah telah menjalankan
majlis Perguruan pada hari ini. Saya telah berpeluang untuk mengalami suasana
semasa mengadakan majlis Perguruan dalam sekolah ini. Permulaan majlis
perguruan adalah seperti perhimpunan biasa dengan adanya nyanyian Negeraku.
Selepas itu, murid-murid dari berbeza tahun telah membuat persembahan seperti
menyanyi dan menari dengan bertema Hari Guru. Akhir sekali, murid-murid telah
menghadiahkan kepada guru dengan berbagai jenis hadiah seperti bunga.

Keadaan dalam kelas yang menyediakan sudut ilmu pengetahuan yang berkaitan
dengan mata pelajaran
PENGALAMAN BERDASARKAN SEKOLAH KEMPAT
Suki Ha Chi Wei
PISMP SEM 4- PSV SJK(C)

. Pada hari 11 Mac 2016, saya telah menjalankan aktiviti iaitu memerhati
kawsan sekeliling untuk memastikan sekolah ini terdapat suasana yang selamat
untuk murid-murid belajar. Pertama sekali, sekolah ini terdapat pondok pengawal di
depan sekolah. Kegunaan pondok pengawal ini adalah untuk menjaga keselamatan
murid-murid supaya tidak diganggu oleh orang luar. Hal ini kerana orang luar tidak
boleh masuk bila-bila masa. Selain itu, pegawai keselamatan juga akan menjaga
keselamatan murid-murid semasa keluar sekolah selepas habis kelas. Bukan itu
sahaja, sekolah ini terdapat pemadam api di kawasan sekolah. Hal ini adalah untuk
menjalankan kecemasan terlebih dahulu sekiranya kebakaran berlaku. Ini dapat
menjamin keselamatan murid-murid semasa belajar dalam sekolah.

Kesimpulannya, sepanjang menjalankan aktiviti Program Berasaskan


Sekolah, saya telah berjaya memerhati kawasan sekolah yang indah dengan
adanya mural. Ini telah memberi pengalaman kepada saya sebagai seorang bakal
guru Pendidikan Seni Visual. Saya telah berpeluang menyaksikan keindahan mural
yang dilukis pada dinding sekeliling sekolah. Dengan ini, melalui pengalaman
berdasarkan sekolah yang dijalankan kali ini telah saya berjaya memerhati suasana
sekolah yang kondusif untuk murid-murid belajar dan guru-guru mengajar.

You might also like