You are on page 1of 5

PENGALAMAN BERDASARKAN SEKOLAH KE DUA

Suki Ha Chi Wei


PISMP SEM 2- PSV SJK(C)

LAPORAN AKHIR

Sepanjang masa saya menjalankan aktiviti Program Berasaskan Sekolah, banyak


aktiviti telah dijalankan selama lima hari. Sekolah yang saya pilih untuk menjalankan
aktiviti PBS ialah sekolah rendah SJK(C) Dung Sang. Tarikh yang saya jalankan
Program Berasaskan Sekolah adalah 23 Mac 2015 hingga 27 Mac 2015.

Aktiviti yang saya jalankan pada hari pertama iaitu 23 Ogos 2015 adalah
menerima taklimat daripada guru besar di sekolah rendah tersebut. Selepas itu,
saya telah menemu bual guru-guru di sekolah tersebut dengan boring soal selidik
yang telah disediakan. Guru-guru di sekolah ini banyak memberi pandangan kepada
saya tentang cara pengajaran dan pengalaman beliau yang berharga. Bukan itu
sahaja, saya juga memerhati suasana kawasan sekeliling sekolah dengan
mengambil gambar tentang kemudahan-kemudahan yang disediakan di
dalam sekolah.

Mendapat taklimat daripada


guru besar.

Makmal Sains Gelanggang Bola Keranjang

Kawasan sekolah yang terdapat tanaman.


PENGALAMAN BERDASARKAN SEKOLAH KE DUA
Suki Ha Chi Wei
PISMP SEM 2- PSV SJK(C)

Pada hari yang kedua iaitu 24 Mac 2015, saya telah menemu bual seorang
guru di dalam sekolah tersebut. Hal ini adalah sebahagian daripada kerja kursus
saya bagi kursus pendidikan. Saya dan rakan saya telah menemu bual seorang
guru tentang pandangan beliau tentang kesesuaian system pendidikan iaitu KSSR
bagi murid-murid pada masa kini. Beliau telah memberi pandangan beliau yang
berharga dengan adanya pengalaman beliau iaitu KSSR merupakan satu system
yang sesuai untuk murid-murid supaya murid-murid akan menjadi lebih aktif dan
berfikir sendiri dan tidak akan menjadi seorang murid yang spoon feeding. Bukan
itu sahaja, saya juga menemu bual dua orang guru untuk mengetahui pengalaman
mengajar mereka di sekolah selepas berjaya menjadi seorang guru.

Temu bual dengan guru tentang pengalaman pengajaran beliau.


PENGALAMAN BERDASARKAN SEKOLAH KE DUA
Suki Ha Chi Wei
PISMP SEM 2- PSV SJK(C)

Pada hari 25 Mac 2015, saya telah memerhati guru pelatih lain yang
menjalankan aktiviti yang diminta dalam kerja kursus. Guru pelatih telah
menjalankan aktiviti latihan litar dengan murid-murid tahun empat. Saya telah
berpeluang untuk memerhati tentang perbezaan dan cara penyampaian maklumat
daripada guru pelatih tersebut kepada murid-murid. Walaupun tempat untuk murid-
murid menjalankan aktiviti adalah terhad tetapi murid-murid masih berasa gembira
semasa menjalankan aktiviti yang disuruh oleh guru pelatih. Terdapat beberapa
orang murid yang tidak memakai baju pj juga telah ditegur oleh guru pelatih supaya
memakai baju pj semasa waktu Pendidikan Jasmani. Ini juga memberi kesedaran
kepada saya supaya sentiasa memerhati dan memberi perhatian kepada murid-
murid sekiranya sebagai seorang guru yang prihatin.

Aktiviti Latihan Litar yang dijalankan oleh guru


pelatih yang merupakan opsyen Pendidikan Jasmani.
PENGALAMAN BERDASARKAN SEKOLAH KE DUA
Suki Ha Chi Wei
PISMP SEM 2- PSV SJK(C)

Pada hari 26 Ogos 2014, saya telah memerhati bahawa sekolah ini terdapat
aktiviti menggosok gigi selepas waktu rehat. Hal ini adalah untuk memastikan murid-
murid mempunyai gigi yang bersih. Bukan itu sahaja, kami mendapat tahui daripada
doktor pergigian bahawa aktiviti menggosok gigi ini adalah satu aktiviti yang mesti
dijalankan untuk memberi kesedaran kepada murid-murid supaya menjaga
kebersihan gigi sejak kecil lagi. Murid-murid dalam sekolah ini juga berdisiplin
supaya beratur untuk mengambil air yang diperlukan semasa menjalankan aktiviti
menggosok gigi.

Aktiviti menggosok gigi yang dijalankan oleh murid-murid dengan bimbingan doktor
pergigian selepas waktu rehat.
PENGALAMAN BERDASARKAN SEKOLAH KE DUA
Suki Ha Chi Wei
PISMP SEM 2- PSV SJK(C)

Pada hari yang terakhir iaitu 27 Mac 2015, saya telah memerhati keadaan
murid-murid semasa waktu rehat. Sekolah ini terdapat sebuah kantin dan
menyediakan meja dan kerusi untuk murid-murid menikmati makanan pada waktu
rehat. Bukan itu sahaja, kawasan kantin ini agak bersih dan selesa untuk menikmati
makanan. Hal ini kerana pemilik kantin akan membersihkan kawasan kantin selepas
setiap waktu rehat. Dengan ini, kawasan kantin adalah sentiasa bersih dan selesa..

Kawasan sekeliling kantin sekolah yang bersih dan sesuai untuk murid-murid
sekolah rendah bagi menikmati makanan semasa waktu rehat.

Kesimpulannya, sepanjang menjalankan aktiviti Program Berasaskan


Sekolah, saya telah berjaya menerima taklimat daripada guru besar dan beberapa
orang guru untuk mengetahui sistem sekolah dan pandangan beliau tentang
kesesuaian system pendidikan pada masa kini. Bukan itu sahaja, saya juga berjaya
memerhati suasana sekolah supaya jelas tentang suasana yang diperlukan semasa
menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

You might also like