You are on page 1of 5

PENGALAMAN BERDASARKAN SEKOLAH PERTAMA

Suki Ha Chi Wei


PISMP SEM 1- PSV SJK(C)

7.0 LAPORAN AKHIR

Sepanjang masa saya menjalankan aktiviti Program Berasaskan Sekolah, banyak


aktiviti telah dijalankan selama lima hari. Sekolah yang saya pilih untuk menjalankan
aktiviti PBS ialah sekolah rendah SJK(C) Taman Rajang. Tarikh yang saya jalankan
Program Berasaskan Sekolah adalah 4 Ogos 2014 hingga 8 Ogos 2014.

Aktiviti yang saya jalankan pada hari pertama iaitu 4 Ogos 2014 adalah
menerima taklimat daripada guru besar di sekolah rendah tersebut. Selepas itu,
saya telah menemu bual jururawat pergigian untuk mengetahui cara menjalani
aktiviti pemeriksaan gigi dan penggosokkan gigi murid-murid. Selain itu, saya
juga melaksanakan aktiviti perkembangan kognitif bersama murid-murid
yang datang dari tahun satu, tahun dua, tahun tiga dan tahun enam. Bukan
itu sahaja, saya juga memerhati suasana kawasan sekeliling sekolah dengan
mengambil gambar tentang kemudahan-kemudahan yang disediakan di
dalam sekolah.

Taklimat daripada guru besar

Temu bual dengan jururawat pergigian Aktiviti perkembangan kognitif

Sebahagian kemudahan yang disediakan di dalam sekolah.


PENGALAMAN BERDASARKAN SEKOLAH PERTAMA
Suki Ha Chi Wei
PISMP SEM 1- PSV SJK(C)

Pada hari yang kedua iaitu 5 Ogos 2014, saya telah memberi beberapa
orang guru dan murid-murid untuk membantu saya mengisi borang soal selidik.
Selain itu, saya dengan beberapa orang guru pelatih membuat temu janji dengan
guru besar untuk keperluan temu bual hari yang selepasnya. Selepas itu, saya telah
menemu bual dengan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid tentang tahap disiplin
murid-murid. Bukan itu sahaja, saya juga menemu bual dua orang guru untuk
mengetahui pengalaman mengajar mereka di sekolah selepas berjaya menjadi
seorang guru. Akhir sekali, saya meneruskan aktiviti perkembangan kognitif dengan
murid dari tahun empat dan lima.

Temu bual dengan guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Temu Bual dengan dua orang guru Murid-murid yang menjalankan aktiviti
perkembangan kognitif.
PENGALAMAN BERDASARKAN SEKOLAH PERTAMA
Suki Ha Chi Wei
PISMP SEM 1- PSV SJK(C)

Pada hari 6 Ogos 2014, saya telah menyertai perhimpunan yang dijalankan
di sekolah rendah yang saya jalankan PBS. Selepas menyertai perhimpunan di
sekolah rendah tersebut, saya dengan beberapa orang guru pelatih telah menemu
bual guru besar. Kami telah mengambil gambar dengan beliau. Bukan itu sahaja,
saya dengan dua orang guru pelatih telah masuk ke kelas untuk memerhati cara
mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.

Keadaan semasa perhimpunan dijalankan di sekolah rendah SJK(C) Taman Rajang

Temu bual dengan Guru Besar

Cara seorang guru mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual


PENGALAMAN BERDASARKAN SEKOLAH PERTAMA
Suki Ha Chi Wei
PISMP SEM 1- PSV SJK(C)

Pada hari 7 Ogos 2014, saya telah memerhati suasana yang ada dalam bilik
guru. Saya telah mengambil gambar dalam bilik guru untuk menyaksikan bahawa
keadaan guru semasa mereka mempunyai masa lapang. Selain itu, mentor saya
iaitu guru pembimbing sepanjang masa saya menjalankan aktiviti Program
Berasaskan Sekolah telah menunjukkan bahan mengajar yang disediakan oleh
sekolah.

Keadaan bilik guru di sekolah SJK(C) Taman Rajang.

Bahan bantu mengajar yang disediakan bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual
PENGALAMAN BERDASARKAN SEKOLAH PERTAMA
Suki Ha Chi Wei
PISMP SEM 1- PSV SJK(C)

Pada hari yang terakhir iaitu 8 Ogos 2014, saya telah menonton beberapa
orang murid yang dipilih untuk mewakili sekolah untuk bertanding program
menyanyi. Bukan itu sahaja, saya dan beberapa orang guru pelatih telah dipilih
untuk membantu dua orang guru menggantikan kelas.

Keadaan semasa saya dan beberapa orang

guru pelatih menggantikan kelas.

Kesimpulannya, sepanjang menjalankan aktiviti Program Berasaskan


Sekolah, saya telah berjaya menemu bual dengan guru besar dan beberapa orang
guru untuk mengetahui sistem sekolah. Bukan itu sahaja, saya juga berjaya
memerhati suasana sekolah supaya jelas tentang suasana yang diperlukan semasa
menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

You might also like