You are on page 1of 3

TEKS PENGACARA MAJLIS PERHIMPUNAN MINGGUAN.

Luruskan barisan.

Angkat tangan Jatuh Senang diri Jaga sedia.

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Yang berusaha Tuan Guru Besar,

Puan Sabariah binti Sapari

Yang dihormati,

Guru Penolong Kanan Pentadbiran,

Encik Akmal Hisam bin Saini,

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Puan Rela binti Tahir

Guru Penolong Kanan Kokurikulum,

Encik Muhammad b. Ismail,

Guru-guru dan rakan sekalian.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmatNya dapatlah


kita berkumpul bersama-sama dalam perhimpunan rasmi pada hari ini.

Justeru, marilah kita bersama-sama menadah tangan memohon rahmat dan


keberkatanNya.

Bagi rakan-rakan yang bukan beragama Islam, rakan-rakan diminta


bertafakur mengikut fahaman masing-masing.

Dengan ini majlis menjemput saudara


___________________________________________________________

untuk memimpin bacaan doa. Dengan segala hormat dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara

______________________________________________________ atas bacaan doa itu


tadi.
Majlis diteruskan lagi dengan nyanyian tiga buah lagu patrtiotik iaitu lagu
Negaraku, Negeri Selangor dan lagu Sekolah.

Semua hadirin diminta bersedia dan menyanyikan lagu dengan penuh


bersemangat.

Terima kasih diucapkan kepada semua atas nyanyian itu tadi.

Seterusnya majlis
mempersilakan____________________________________________________________
_ untuk mengetuai lafaz ikrar. Dengan segala hormat dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih


kepada________________________________________________________ atas bacaan
ikrar itu tadi.

Rakan-rakan diminta duduk dalam keadaan senyap.

Untuk makluman semua guru dan rakan, guru yang bertugas pada
minggu ini ialah :

1. Ustaz Mohd Zawawi bin Omar dan Pn. Aini Nadhirah bt Mat Ali.

Sekiranya rakan-rakan menghadapi masalah, bolehlah merujuk kepada guru


berkenaan.

Seterusnya, majlis menjemput Pn. Shaliana binti Mostapha selaku guru


bertugas minggu lepas untuk menyampaikan laporan tugasan beliau
bersama Pn Nuratiqah binti Mohd Sabry .

Dengan segala hormat dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Pn Shaliana

Seterusnya, majlis menjemput Ust Mohd Zawawi bin Omar selaku guru
bertugas minggu ini untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala
hormat dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Pn Aini Nadhirah atas pesanan dan


peringatan itu tadi.

Seterusnya majlis menjemput Pn Rela bt Tahir untuk menyampaikan piala


pusingan bagi Anugerah Kelas Terbersih Dwimingguan dan Anugerah
Murid Teladan Mingguan.

Dengan segala hormat dipersilakan.


Seterusnya majlis menjemput Pn Rela binti Tahir untuk menyampaikan
Anugerah Murid Teladan Mingguan.

Dengan segala hormat dipersilakan.

Bagi Anugerah Kelas Terbersih mingguan,

Johan dimenangi oleh kelas: 4 Cemerlang

Naib Johan dimenangi oleh kelas :6 Wawasan

Dijemput wakil kedua-dua kelas untuk menerima piala pusingan.

Bagi Anugerah Murid Teladan Mingguan telah dinobatkan kepada

____________________________________________________________ dari kelas


____________________________

Dijemput ____________________________ untuk menerima cenderamata


daripada pihak sekolah.

Terima kasih kepada Pn Rela bt Tahir atas penyampaian anugerah itu tadi
dan tahniah diucapkan kepada para pemenang.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Guru Penolong Kanan


Pentadbiran, En Akmal Hisam bin Saini. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Terima kasih kepada En Akmal Hisam bin Saini atas ucapan itu tadi.

Sampai sini sahaja majlis pehimpunan kita pada hari ini. Rakan-rakan
diminta bangun dengan senyap dan beredar ke kelas masing-masing.

Sekian terima kasih.

You might also like