You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN BIKAM

35600 SUNGKAI, PERAK

KERTAS KERJA

SAMBUTAN HARI GURU


PERINGKAT SEKOLAH 2017

HARI:
SELASA

TARIKH:
16 MEI 2017

TEMPAT:
DEWAN SRI BIKAM

DISEDIAKAN OLEH:
NUR ALINA SYUHADA BINTI ABD RAHIM
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH
TAHUN 2017

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

1.0 PENGENALAN

Hari Guru disambut pada tarikh 16 Mei setiap tahun bagi mengenang jasa dan pengorbanan
guru-guru di Malaysia dalam mendidik anak bangsa. Dengan pengorbanan yang tidak berbelah
bagi, maka lahirlah warga Negara yang berjaya dalam hidup dan seterusnya mampu
membangunkan negara Malaysia yang berjaya. Guru Pembina Negara Bangsa menjadi tema
Hari Guru 2017, selaras dengan peranan guru yang terbukti memainkan watak penting dalam
memperjuangkan dan mengekalkan kemerdekaan serta kedaulatan negara melalui sistem
pendidikan. Seterusnya, guru juga berperanan membangunkan negara dan mencipta pelbagai
kejayaan sehingga dikagumi oleh masyarakat antarabangsa..Bagi meraikan dan membalas jasa
guru-guru yang tercinta, Kelab Guru Sekolah Kebangsaan Bikam turut tidak ketinggalan untuk
mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah.

2. .0 MATLAMAT

Matlamat utama Sambutan Hari Guru peringkat sekolah 2017 adalah untuk meraikan
dan membalas jasa guru-guru di samping dapat mengeratkan hubungan silaturahim di
antara warga SK Bikam.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Meraikan guru-guru SK Bikam sempena sambutan Hari Guru pada 16 Mei 2017.

3.2 Mengenang dan membalas jasa guru-guru yang mencurahkan bakti mendidik murid-
murid SK Bikam.

3.3 Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru

3.4 Mengeratkan dan merapatkan hubungan silaturrahim antara guru, kakitangan dan
murid SK Bikam

3.5 Mewujudkan sikap kerjasama antara guru dengan pelajar

4.0 TEMA

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA


5.0 TARIKH / HARI / MASA / TEMPAT
Tarikh :16 MEI 2017
Hari : SELASA
Masa : 8.00 PAGI 1.00 PETANG
Tempat : DEWAN SRI BIKAM
6.0 PENGANJUR
Kelab Kebajikan Guru dan Staf Sokongan SK Bikam

7.0 KEWANGAN

BIL PENDAPATAN RM SEN BIL PEMBAYARAN RM SEN


Cenderahati
1 Duit Kelab Guru 150 00 1 (RM 5.00 x 17 85 00
orang guru & staf)
Anugerah guru
2 Sumbangan PIBG 100 00 2 (RM3x13 orang 39 00
guru)
Hadiah Pemenang
3 50 00
(RM2.50 x 20)
4 Kek Hari Guru 60 00
5 Lain-lain 16 00
JUMLAH 250 00 JUMLAH 250 00

8.0 TENTATIF PROGRAM


Seperti di lampiran A

9.0 JAWATANKUASA PELAKSANA


Seperti di lampiran B

10.0 PERMAINAN DALAMAN DAN ANUGERAH GURU


Seperti di lampiran C

11.0 PENUTUP

Semoga program Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2017 SK Bikam ini dapat
mencapai objektif terutama bagi meraikan guru-guru yang telah banyak berjasa kepada warga
SK Bikam. Diharapkan program ini dapat dijalankan dengan sifat silaturrahim yang erat dan
kerjasama yang padu dari semua pihak.

Disediakan oleh : Disemak oleh:

(NUR ALINA SYUHADA BT ABD RAHIM) (PN. AINY SUZANA BT MOHD YAHYA))
Setiausaha GK Pentadbiran
Majlis Sambutan Hari Guru
SK Bikam

Diluluskan oleh :

(PN. MARSITA BINTI ABD RAHMAN)


Guru Besar
SK Bikam
Lampiran A
JAWATANKUASA PENGELOLA

Penasihat : Pn. Marsita binti Abd Rahman


(Guru besar )

Pengerusi : Pn. Ainy Suzana binti Mohd Yahya


(GK Pentadbiran )

Naib Pengerusi 1 : Pn. Zauwiah binti Ismail


(GK HEM )

Naib Pengerusi 2 : Pn. Wan Azizan binti Mahmud


(GK Kokurikulum)

Setiausaha : Pn. Nur Alina Syuhada binti Abd Rahim

Naib Setiausaha : En. Fairudz bin Dahlan.

Bendahari : Pn. Zauwiah binti Ismail

JAWATANKUASA PELAKSANA

Juru Acara Majlis P.A Sistem


Cik Halma binti Hashim En Ahmad Kamil bin Adnan
Back drop/Persiapan Pentas Buku Program
Pn. Wan Azizan bt Mahmud Pn. Nuramira binti Zulkafli
Cik Halma binti Hashim Pn. Ainy Suzana binti Mohd Yahya
Pekerja Sekolah
Hadiah & Cenderamata
Dokumentasi
Pn. Nur Alina Syuhada binti Abd Rahim
Pn. Nur Alina Syuhada binti Abd Rahim
Pn. Nuramira binti Zulkafli
Persembahan Murid Permainan Dalaman
Pn. Umi Kelsom binti Mohamed Pn. Nur Alina Syuhada binti Abd Rahim
En. Ahmad Kamil bin Adnan En. Ahmad Kamil bin Adnan
Jamuan
Teks Ucapan Ketua Murid
Pn. Faezah binti Said
En. Hamid bin Saad
Pn. Zauwiah binti Ismail
Teks Ketua Pengarah & Menteri KPM Bacaan Doa
En. Fairudz bin Dahlan En. Rahimi binRazali
Lampiran B

MASA ATUR CARA CATATAN

Semua Guru di hadapan


Semua guru & murid berkumpul
7.30 pagi Murid duduk mengikut kelas
di Dewan Sri Bikam
masing-masing

7.45 pagi Bacaan doa Ustaz Rahimi

Ucapan aluan Pengerusi Majlis Semua guru & murid sedia


8.00 pagi Nyanyian lagu : berdiri untuk menyayi
-Negaraku dengan iringan muzik

Pn. Ainy Suzana binti Mohd


Bacaan Perutusan KPPM
Yahya
(GK Pentadbiran)

Pn. Marsita binti Abd


Bacaan Perutusan Menteri Pelajaran
Rahman
Malaysia
(Guru Besar)

Auni Batrisyia binti Ismael


Ucapan Wakil Murid
(Ketua Pengawas)

Ucapan YDP PIBG En. Wat Patli


Pn. Marsita binti Abd
Ucapan Guru Besar Rahman
(Guru Besar)
Bacaan Ikrar En. Hamid bin Saad
dengan iringan semua guru

Nyanyian Lagu Kami Guru Malaysia Semua guru

Penyampaian cenderahati
Anugerah guru

Persembahan murid
Permainan dalaman

Jamuan makan semua


Jamuan / penyampaian hadiah
Guru, Staff dan murid

Bersurai

Lampiran C
PERMAINAN DALAMAN

Guru, Pekerja dan muird Tahun 6 dibahagikan kepada 4 kumpulan seperti berikut:

Kumpulan Kumpulan Kumpulan GK


Guru Besar GK Pentadbiran GK HEM Kokurikulum
Pn. Marsita Pn. Ainy Pn. Zauwiah Pn. Wan Azizan
En. Rahimi En. Kamil En. Fairudz En. Hamid
Pn. Amira Pn. Faezah Cik Halma Pn. Alina
En. Syukran Pn. Umi En. Abu Bakar Pn. Salina
1 Murid Tahun 6 Pn. Mazura 1 Murid Tahun 6 1 Murid Tahun 6

Permainan yang akan dilaksanakan ialah :

Bi
Permainan Cara pelaksanaan
l

Setiap kumpulan perlu meneka 5 simpulan bahasa yang diberi.


Seorang ahli dipilih untuk menjadi penyampai simpulan bahasa
menggunakan gerak badan tanpa bersuara dan ahli yang lain
Bisukah
1 perlu meneka.
Aku?
Setiap kumpulan dibenarkan menukar penyampai sebanyak 3
kali.
Pemenang dikira kumpulan mana yang dapat teka paling banyak
simpulan bahasa dalam masa terpantas.

Setiap kumpulan perlu menyediakan membuat gubahan


menggunakan tuala.
2 Gubahan Kumpulan diberi kebebasan menggunakan hiasan sendiri.
Semua peralatan disediakan oleh ahli kumpulan.
Pemenang dikira berdasarkan kreativiti, luar biasa, dan tahap
kesukaran.

Setiap kumpulan perlu menyediakan dua cawan beras, secawan


kacang hijau, secawan bawang merah kecil, secawan kacang
tanah, segenggam rempah.
Musang Bahan-bahan itu kan dicampurkan.
3
Berjanggut
Setiap ahli kumpulan perlu mengasingkan bahan-bahan mengikut
strategi masing-masing.
Pemenang adalah kumpulan yang dapat mengasingkan setiap
bahan dalam masa terpantas.

Hadiah akan diberi mengikut markah terkumpul setiap kumpulan.

ANUGERAH GURU
Murid akan mengundi nama guru bagi 13 anugerah mengikut kata sepakat ahli kelas. Borang
akan diedarkan bagi 6 kelas

You might also like