You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN BIKAM

35600 SUNGKAI
PERAK DARUL RIDZUAN

“PERAK DI PUNCAK KECEMERLANGAN”

Minit Mesyuarat Panitia TMK Bilangan 1/ 2018

Tarikh : 18 Januari 2018


Hari : Khamis
Masa : 1.00 petang
Tempat : Bilik Akses SK Bikam, Sungkai
Kehadiran :

1. Puan Marsita binti Abd Rahman Pengerusi


Guru Besar SK Bikam

2. Puan Nur Alina Syuhada binti Abd Rahim Ketua Panitia

Guru Kanan Kokurikulum

3. Encik Ahmad Kamil bin Adnan Setiausaha

4. Puan Nuramira binti Zulkafli Guru PSS

MINIT MESYUARAT

1. UCAPAN ALUAN KETUA PANITIA


1.1 Pengerusi memberikan salam serta mengucapkan terima kasih atas kehadiran
semua guru.
2. UCAPAN ALUAN GURU BESAR
2.1 Minit dibentangkan oleh Pn. Nur Alina Syuhada binti Abd Rahim selaku Ketua
Panitia.

3. PEMBENTANGAN & PENGESAHAN MINIT MESYUARAT PANITIA TMK


BIL 3/2017
3.1 Minit dibentangkan oleh Pn. Nur Alina Syuhada binti Abd Rahim selaku Ketua
Panitia.
3.2 Minit disahkan oleh En. Ahmad Kamil bin Adnan
3.3 Pengesahan disokong oleh Pn. Nuramira binti Zulkafli

4. PERKARA BERBANGKIT
4.1 Perkara 4.1 : seorang murid Tahun 5/ 2017 iaitu Danish gagal ujian TMK.
Diharapkan pada tahun ini beliau lulus dalam semua ujian TMK.
Tindakan :Guru TMK Tahun 6

5. PERLANTIKAN AJK PANITIA TMK 2018


5.1 Berdasarkan takwim pengurusan & kurikulum, Pn. Nur Alina dilantik sebagai
ketua panitia manakala setiausahanya ialah En. Ahmad Kamil.

6. PERKARA YANG DIBINCANGKAN


6.1 TOV 2018
6.1.1 Markah TOV diambil daripada Ujian 1 2018 bagi Tahun 4, PPT 2017
bagi Tahun 5 dan 6.
6.1.2 Markah TOV dan ETR perlu dilengkapkan dalam SAPS secepat
mungkin.
6.2 GILIRAN TMK/ RBT 2018
6.2.1 Minggu Pertama dimulakan dengan TMK Tahun 6, RBT Tahun 5 dan
RBT Tahun 4.
6.2.2 Minggu Kedua RBT Tahun 6, TMK Tahun 5 dan TMK Tahun 4
Tindakan : Guru TMK & RBT
6.3 KSSR/ PBS
6.3.1 Matapelajaran TMK mengikut KSSR dan Pentaksiran Bilik Darjah mesti
dijalankan sepanjang waktu PdP.
Tindakan : Guru Matapelajaran.
6.4 PERANCANGAN TAHUNAN PANITIA
6.4.1 Takwim panitia adalah seperti Lampiran 1.
Tindakan : Makluman
6.5 PENCERAPAN GURU
6.5.1 Guru akan dicerap pada bila-bila masa sahaja. Oleh yang demikian,
semua guru perlu bersedia dengan PdPC abad ke-21 dan pastikan buku
latihan murid sentiasa disemak.
Tindakan : Guru Matapelajaran
6.6 PBS
6.6.1 Buku Rekod Mengajar (BRM) perlu merekodkan waktu dijalankan
Pentaksiran Bilik Darjah sebagai bukti menjalankan pentaksiran.
6.6.2 Borang transit perlu dibawa setiap kali kelas.
Tindakan : Semua guru

6.7 PENYELARASAN PENULISAN RPH


6.7.1 Rancangan Pengajaran Harian TMK perlu mengandungi:
 Bidang
 Tajuk
 Standard Kandungan
 Standard Pembelajaran
 Objektif Pembelajaran yang boleh diukur.
 Aktiviti
 Refleksi

Tindakan :Semua guru

6.8 PERUNTUKAN KEWANGAN


6.8.1 Peruntuk Kewangan bagi TMK 2018 ialah sebanyak _____________
6.8.2 Guru-guru boleh membeli BBM atau peralatan tetapi perlu melalui Ketua
Panitia.
Tindakan :Semua guru
6.9 PENGGUNAAN PUSAT AKSES & VLE-FROG
6.9.1 Penggunaan Pusat Akses & Vle Frog sangat digalakkan terutamanya
waktu TMK.
Tindakan :Semua guru

6.10 HAL-HAL LAIN


6.10.1 Sebarang program dan aktiviti mesti ada kertas kerja. Program boleh
dilaksanakan selepas mendapat kelulusan daripada Guru Besar.
Tindakan :Setiausaha Program
7. PENUTUP
7.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan berharap semua guru dapat
memberikan komitmen sepenuhnya.
8. PENANGGUHAN MESYUARAT
8.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.00 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

.............................................. ............................................

AHMAD KAMIL BIN ADNAN PN.NUR ALINA SYUHADA ABD RAHIM


Setiausaha Panitia TMK Ketua Panitia TMK
Sekolah Kebangsaan Bikam. Sekolah Kebangsaan Bikam.

Disahkan oleh,

.................................................
PN. MARSITA BINTI ABD RAHMAN
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Bikam
.

You might also like