You are on page 1of 3

Rumusan dan dapatan ujian Segak

Secara keseluruhan ujian melalui data yang dianalisis didapati bahawa tidak terdapat
berbezaan yang ketara antara skor murid lelaki dan murid perempuan. Keadaan ini boleh
didapati melalui kesemua skor ujian naik turun bangku, tekan tubi dan ringkuk tubi. Namun
begitu ujian jangkauan melunjur mendapati sedikit perbezaan antara pencapaian skor
antara murid lelaki dan murid perempuan. Terdapat seorang murid lelaki mendapat skor 1
semasa melakukan jankauan melunjur. Keadaan ini telah menyebabkan peratusan skor
ujian jangkauan melunjur murid lelaki sedikit berbeza berbanding dengan murid perempuan.
Oleh itu, keadaan ini membuktikan bahawa murid Tahun 6 SK Rapat Setia tidak terdapat
perbezaan skor yang amat ketara.

Analisis Ujian Naik Turun Bangku

Ujian Naik Turun Bangku bertujuan untuk menilai daya tahan kardiovaskular murid
lelaki dan perempuan Tahun 6. Dapatan kajian ujian ini menunjukkan min 79.80, mod ialah
80.00, median 81.00, dan sisihan lazim 8.50. Dengan itu, keadaan ini bermakna tidak
berlaku ketara perbezaan skor antara murid lelaki dan murid perempuan sekolah tersebut.

Analisis Ujian Tekan Tubi

Dapatan Ujian Tekan Tubi menunjukkan min 16.30, mod 14.00, median 16.00 dan
sisihan lazim 3.80. Ujian Tekan Tubi ini dijalankan bertujuan untuk menilai keupayaan daya
tahan dan kekuatan otot tangan serta otot bahu. Bagi pencapaian skor ini, didapati bahawa
murid lelaki mempunyai pencapaian yang lebih tinggi berbandingan dengan murid
perempuan. Analisis Ujian Ringkuk Tubi Separa

Sko bagi ujian Ringkuk Tubi Separa ialah min 15.75, mod 14.00, median 15.00 dan
sisihan lazim 2.12. Skor bagi ujian ini tidak terdapat perbezaan yang amat ketara antara
murid lelaki dan murid perempuan Tahun 6. Kedua-dua jantina ini secara puratanya dapat
menunjukkan skor yang terbaik iaitu hampir lapan puluh peratus murid dapat mencapai skor
yang cemerlang iaitu lima.

Analisis ujian Jangkauan Melunjur

Berdasarkan hasil skor dalam ujian Jangkauan Melunjur ini, didapati bahawa min 31.05,
mod 35.00, median 34.00 dan sisihan lazim 7.30.Ujian ini dijalankan bertujuan untuk
mengukur fleksibiliti antara murid lelaki dan perempuan. Terdapat perbezaan yang ketara
fleksibiliti antara murid lelaki dan murid perempuan. Berdasarkan hasil daripada ujian
tersebut, murid perempuan mencatat skor yang lebih tinggi berbanding dengan murid lelaki.
Hampir kesemuaan murid perempuan mencapai skor 5 dalam ujian ini berbanding dengan
murid lelakiyang hanya beberapa orang sahaja mencapai skor 5.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Sepanjang menjalankan ujian SEGAK ini, terdapat beberapa penambahbaikan yang


perlu dilakukan oleh guru pada masa akan datang. Antara penambahbaikannya ialah, guru
perlulah menyediakan ruang yang mencukupi semasa menjalankan ujian. Keadaan ini
memudahkan guru dan murid untuk melakukan pergerakan ke setiap stesen yang telah
ditetapkan. Dengan jumlah murid seramai dua puluh orang, ruang untuk melakukan ujian ini
juga perlulah diperluaskan lagi terutama semasa melakukan ujian Tekan Tubi. Dengan
adanya ruang mencukupi, guru dan murid selesa untuk melakukan ujian. Dengan itu, sedikit
sebanyak situasi ini akan mempengaruhi skor murid dalam Ujian Segak.

Selain itu, kemudahan peralatan juga perlulah dipertingkatkan. Semasa menjalankan


ujian Jangkauan Melunjur dan peralatn seperti pengukur jangakauan melunjur didapati
hampir rosak menyukarkan guru yang mentadbir ujian tersebut sukar untuk membaca sjor
yang terdapat pada pengukur tersebut. Selain itu, kekurangan bangku untuk melakukan
ujian NaiK Turun Bangku menyebabkan murid terpaksa menunggu giliran dalam beberapa
minit. Keadaan ini telah menyebabkan berlakunya pembaziran masa semasa melakukan
ujian tersebut. Oleh itu, pada masa akan datang, guru perlulah mengusahakan untuk
mempertingkatkan kemudahan peralatan SEGAK agar memudahkan Ujian Segak di sekolah
ini diekndalikan.

Di samping itu, pada masa akan datang, setiap stesen perlulah dilabelkan agar
memudahkan pergerakan murid untuk melakukan ujian. Semasa melakukan ujian ini
tempoh hari, stesen-stesen ujian Segak tidak dilabel dengan kemas menyebabkan murid
tidak tahu ke mana arah tuju. Keadaan ini telah menyebabkan keadaan menjadi huru-hara.
Bagi memudahkan ujian ini dikendalikan pada masa akan datang, guru perlulah melabelkan
setiap stesen agar murid tidak keliru dan pergerakan juga berjalan dengan lancar.

Justeru, guru juga perlulah memberikan arahan yang jelaskan kepada murid
berkaitan dengan prosedur menjalankan ujian. Semasa menjalankan ujian Tekan Tubi, ramai
murid perempuan masih melakukan perlakuan yang silap menyebabkan perkara tersebut
mempengaruhi skor mereka. Dengan itu, pada masa akan datang, guru mestilah
memberikan arahan yang jelas kepada murid secara terperinci agar murid faham dengan
arahan tersebut.

You might also like