You are on page 1of 40

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MUAR 2015

1. PENDAHULUAN

Kementerian Pendidikan Malaysia bertekad meningkatkan kualiti kemenjadian murid selaras dengan aspirasi meletakkan sistem pendidikan
Malaysia dalam kelompok sepertiga teratas di dunia. Sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendekatan pendidikan tertumpu
kepada pembangunan murid secara holistik yang menekankan pembangunan intelek, rohani, emosi, dan fizikal, seiring dengan penghayatan
identiti nasional yang kukuh. Kurikulum dan pentaksiran mesti selaras dengan tanda aras antarabangsa bagi memastikan murid di negara ini
memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk berjaya pada abad ke-21 dan seterusnya, seiring dengan semangat
pembelajaran sepanjang hayat.

Rajah 1 : Standard Kemahiran Abad Ke-21

1
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MUAR 2015

Dalam melakukan penambahbaikan ini, perhatian khusus diberikan kepada kumpulan murid yang keperluannya berbeza supaya
mereka berpeluang mengembangkan potensi diri. Menyedari hakikat bahawa sekolah merupakan pusat pembelajaran, maka keupayaan
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) akan diperkasakan bagi memastikan hasrat murni dasar dapat diterjemahkan secara tekal dan realistik,
dalam konteks pengalaman bertaraf dunia di sekolah dan di dalam bilik darjah.

2. LATAR BELAKANG

2.1. Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia merupakan hasil penglibatan masyarakat dan penyelidikan secara luas yang dijalankan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia yang mengkhusus kepada tiga objektif, iaitu:

i. Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia dengan memberi tumpuan terhadap akses kepada pendidikan,
meningkatkan standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), mengukuhkan perpaduan dalam kalangan murid, serta
mengoptimumkan kecekapan sistem;
ii. Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk setiap murid dan sistem pendidikan secara keseluruhan bagi tempoh 13 tahun akan
datang; dan
iii. Menggariskan transformasi sistem pendidikan yang komprehensif merangkumi perubahan penting dalam Kementerian bagi memenuhi
permintaan baharu dan harapan tinggi masyarakat, serta mencetus dan menyokong transformasi perkhidmatan awam.

Pelbagai perspektif daripada kalangan pakar dan agensi antarabangsa telah digarap untuk menilai dan mentaksir prestasi sistem
pendidikan Malaysia. Kementerian juga bekerjasama dengan agensi kerajaan yang lain untuk memastikannya sejajar dengan dasar awam
berkaitan pendidikan. Tambahan lagi, inilah kali pertama Kementerian melibatkan penyertaan rakyat secara besar-besaran. Sepanjang tempoh
setahun, lebih 55,000 pegawai Kementerian, guru, pemimpin sekolah, ibu bapa, murid, dan orang awam di seluruh negara telah menyertai sesi
temu bual, kumpulan fokus, kaji selidik, Dialog Nasional Pendidikan Negara, hari terbuka, dan perbincangan meja bulat. Lebih 200

2
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MUAR 2015

memorandum telah diterima oleh Kementerian dan lebih 3000 artikel termasuk daripada blog telah ditulis tentang isu berkaitan dengan pelan
ini.

Rajah 2 : 5 Aspirasi Sistem, 6 Ciri Murid dan 11 Anjakan bagi Transformasi Sistem bagi PPPM 2013-2025

3
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MUAR 2015

2.2. Membentuk dan Mengaplikasi Pembelajaran Abad Ke-21

Kurikulum yang direka bentuk menuntut kita untuk membuat pilihan tentang elemen penting pada masa kini bagi membantu murid untuk masa
depan mereka.

Rajah 3: Kemahiran Abad Ke-21 Rajah 4: Kemahiran Pembelajaran Abad Ke-21

4
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MUAR 2015

Semua pihak perlu memainkan peranan dalam memastikan keberhasilan dan kemenjadian murid berlaku secara aktif agar tercapai 6 aspirasi
abad ke-21 iaitu berpengetahuan, mempunyai kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, memiliki etika dan kerohanian
serta mempunyai identiti nasional yang diperlukan oleh murid untuk bersaing di peringkat global. Keberkesanan pelaksanaan pembelajaran
abad ke-21 berkait rapat dengan kefahaman guru terhadap ciri-ciri pembelajaran abad ke-21, reka bentuk bilik dan kesediaan guru sebagai
orang yang akan memimpin proses pembelajaran. Buku panduan ini menerangkan ciri-ciri pembelajaran abad ke-21, reka bentuk dan susunan
bilik darjah abad ke-21 dan kesediaan guru bagi membolehkan guru membuat refleksi dan membuat persiapan untuk merealisasikan konsep
pembelajaran abad ke-21 dengan jaya.

Rajah 5 : Keperluan perubahan ke arah pembelajaran abad ke-21

5
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MUAR 2015

3. CIRI-CIRI PEMBELAJARAN ABAD KE-21

Rajah 6: Pembelajaran Abad Ke-20 Rajah 7: Pembelajaran Abad Ke-21

Rajah 6 menunjukkan ciri-ciri pembelajaran abad ke-20 dan rajah 7 menunjukkan ciri-ciri pembelajaran abad ke-21. Transformasi dalam
pendekatan dan pedagogi pembelajaran diperlukan untuk menghasilkan generasi yang menguasai pelbagai kemahiran dalam menghadapi
cabaran abad ke-21.

6
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MUAR 2015

3.1. Huraian Ciri-Ciri Pembelajaran Abad Ke-21

Bil Elemen Maksud Huraian

1 Pembelajaran Pembelajaran akan lebih Sebelum pelaksanaan pembelajaran guru perlu mengenali diri murid, iaitu:
berasaskan berkesan sekiranya i. Tahap kecerdasan (tinggi, sederhana dan rendah)
murid. pembelajaran mengambil kira ii. Tahap kematangan murid
keperluan dan kepelbagaian iii. Kecerdasan pelbagai (multiple intelligence)
murid (Draves & Julie, 2011). iv. Gaya pembelajaran murid (visual, fizikal, audiotori, verbal, logikal, sosial
dan individual).
Murid haruslah belajar melalui
pelbagai aktiviti, kaedah Aktiviti pembelajaran haruslah bersesuaian dengan tahap kecerdasan, tahap
pembelajaran, berdasarkan kematangan murid, kecenderungan, kecerdasan pelbagai dan gaya
kecenderungan dan minat pembelajaran murid.
yang bersesuaian dengan
murid itu sendiri. Murid aktif Contoh:
belajar dan guru sebagai i. Murid yang cenderung pada visual, guru perlu menyediakan bahan
pembimbing pembelajaran. pembelajaran berbentuk grafik yang menyokong pembelajaran.
ii. Murid yang cenderung pada aktiviti fizikal, perlu dilibatkan dalam
aktiviti seperti aktiviti hands-on dan eksperimen.

7
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MUAR 2015

Murid belajar menggunakan bahan visual Murid belajar melalui aktiviti hands -on sesuai
mengembangkan kreativiti dengan kecenderungan mereka

Murid menjalankan aktiviti penerokaan Aktiviti pembelajaran disesuaikan dengan


tahap kematangan murid
8
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MUAR 2015

Bil Elemen Maksud Huraian

Pembelajaran kolaboratif adalah Dalam bilik darjah kolaboratif boleh berlaku dalam dua keadaan
2 Pembelajaran
situasi dua atau lebih manusia
kolaboratif i. Kolaboratif berlaku antara murid dengan guru: Guru dan murid berkongsi
belajar bersama-sama
pendapat, menentukan aktiviti dan membuat keputusan yang akan dilaksanakan.
(Bruffee, 1993). ii. Kolaboratif antara murid: Murid belajar bersama-sama secara aktif, saling
membantu untuk mencapai objektif pembelajaran.
Kolaboratif melibatkan
perkongsian maklumat Kolaboratif juga boleh berlaku di luar bilik darjah dalam pelbagai bentuk. Contohnya
kemahiran dan idea untuk sekolah atau murid yang mempunyai kemudahan ICT yang baik di rumah boleh
kemajuan bersama melibatkan diri dalam kolaborasi secara dalam talian.
(Dillenbourgh, 1999).

Kolaboratif guru dengan murid dalam Kolaboratif murid dengan murid dalam Kolaboratif dengan murid di tempat lain
pembelajaran. pembelajaran. atau dengan orang lain seperti
perbincangan, berkongsi maklumat atau
9 meminta bantuan kepakaran secara dalam
talian.
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MUAR 2015

Bil Elemen Maksud Huraian

Pembelajaran yang berkesan Kemahiran boleh ditunjukkan oleh hasil kerja murid yang boleh diukur atau
3 Kemahiran
membolehkan murid menguasai diperhatikan.
kemahiran yang dipelajari dan
Contoh:
mengaplikasikannya dengan
efisien (Colin, Brown & Newman, i. Murid yang mempelajari teknik menulis akan dapat menulis dengan tulisan yang
1989). kemas dan bentuk yang tepat
ii. Murid yang mempelajari langkah-langkah menjalankan eksperimen akan dapat
menjalankan eksperimen dengan betul dan selamat.
iii. Murid mempelajari teknik melukis graf akan dapat melukis graf yang betul dan
kemas.
iv. Murid mempelajari kemahiran berbahasa dan dapat menulis serta bertutur
dengan tata bahasa yang betul.

Menulis dengan kemas Menggunakan radas dengan betul Cekap menyelesaikan masalah matematik

10
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MUAR 2015

Bil Elemen Maksud Huraian

Semasa belajar:
4 Pembelajaran Pembelajaran adalah proses
i. Murid melakukan pelbagai aktiviti konstruktif seperti berbincang, mengumpul
adalah proses adaptasi antara pengetahuan
maklumat, menganalisis dan membuat kesimpulan di bawah bimbingan guru.
diperolehi melalui transformasi
ii. Guru dan murid membuat refleksi terhadap proses pembelajaran.
pengalaman seseorang
(Kolb,1984). Refleksi membolehkan guru dan murid menilai hasil pembelajaran mereka dan
menerangkan pelbagai kemahiran lain yang di pelajari semasa melakukan aktiviti
Pengalaman dan aktiviti yang pembelajaran.
dilakukan oleh murid adalah
sebahagian daripada proses
pembelajaran.

Aktiviti pembelajaran Pembentangan hasil Refleksi pembelajaran

11
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MUAR 2015

Bil Elemen Maksud Huraian

Kemahiran berfikir aras tinggi Rajah 3 menunjukkan Kemahiran aras tinggi dan rendah dalam Taksonomi Bloom.
5 Pemikiran aras
(KBAT) ialah keupayaan untuk Pemikiran aras tinggi melibatkan empat aras teratas dalam Taksonomi Bloom.
tinggi
mengaplikasikan
pengetahuan,kemahiran dan Mencipta
nilai dalam membuat Kemahiran Menilai
penaakulan dan refleksi bagi aras tinggi Menganalisis
menyelesaikan masalah,
membuat keputusan,berinovasi Mengaplikasi
dan berupaya mencipta sesuatu Memahami Kemahiran
(KPM, 2013). aras rendah
Mengingat
.
Rajah 8: Taksonomi Bloom
Pemikiran aras tinggi berkait rapat dengan pemikiran kreatif dan kritis yang perlu
dikuasai oleh murid dalam pendidikan abad ke-21. Pengintegrasian KBAT, pemikiran
kreatif dan kritis boleh dilakukan dalam beberapa kaedah. Antaranya:
i. Penyelesaian masalah
ii. Penyoalan yang melibatkan pemikiran aras tinggi
iii. Pelaksanaan projek
iv. Integrasi i-think dalam proses pembelajaran

Penyelesaian masalah 12
Integrasi program i-Think Penyoalan
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MUAR 2015

Bil Elemen Maksud Huraian

Pembelajaran akan menjadi lebih Guru harus membimbing murid supaya dapat:
6 Praktikal
berkesan sekiranya teori yang
i. Mengaitkan teori dengan amali
berbentuk abstrak boleh
ii. Belajar melalui pelbagai aktiviti konstruktif
dipelajari oleh murid secara
iii. Mengaplikasi teori secara praktikal
praktikal dan kontekstual (Abell &
iv. Menjalani pembelajaran secara kontekstual
Lederman, 2007).
Antara strategi pembelajaran yang boleh dijalankan ialah:

Inkuiri penemuan
Projek
Penyelesaian masalah
Kerja lapangan
Eksperimen
Simulasi
Main peranan
Aktiviti hands- on

Penyelesaian masalah Kerja lapangan Eksperimen


13
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MUAR 2015

Bil Elemen Maksud Huraian

7 Kemahiran Pembelajaran tidak terbatas Kemahiran yang dipelajari di sekolah seharusnya meningkatkan kemahiran murid
untuk kepada penguasaaan isi menjalani dan menguruskan kehidupan mereka dengan lebih berkesan. Oleh itu,
kehidupan kandungan kurikulum sahaja aktiviti pembelajaran haruslah:
tetapi melibatkan penguasaan
pelbagai kemahiran untuk i. sentiasa releven dengan perkembangan terkini.
kehidupan (Draves & Coates, ii. melibatkan integrasi kecerdasan pelbagai (multiple intelligence).
2011). iii. membolehkan kemahiran yang dipelajari boleh diaplikasikan dalam kehidupan
murid.
iv. menggunakan maklumat, sumber pembelajaran, peralatan dan teknologi
terkini.

Pendidikan berkualiti menghasilkan murid yang kreatif, kritis, inovatif dan dapat
mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari untuk mencapai kejayaan dalam
kehidupan mereka.

Lawatan sambil belajar Aktiviti jual beli


14
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MUAR 2015

Bil Elemen Maksud Huraian

Pembelajaran berkumpulan Terdapat pelbagai kaedah pembelajaran berkumpulan yang boleh diaplikasikan.
8 Berkumpulan
melibatkan sekumpulan murid- Antaranya termasuklah pembelajaran koperatif. Terdapat beberapa teknik
murid belajar dan menyelesaikan pembelajaran koperatif yang boleh dijalankan. Antaranya ialah: Jigsaw, Think-
tugasan bersama-sama (Muijs & Pair-Share, Round Robin, Numbered Heads dan sebagainya.
Reynolds, 2011).
Pembelajaran berkumpulan
memberi peluang kepada murid
untuk meningkatkan kemahiran
interpersonal, berkomunikasi
penyelesaian masalah,
kemahiran berfikir dan menilai
kekuatan serta kelemahan
mereka (Amstrong, 2012;
ODonnell, 2006).

15
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MUAR 2015

Bil Elemen Maksud Huraian

9 Komuniti Terdapat beberapa bentuk kerjasama pihak sekolah dengan masyarakat


Sekolah adalah satu komuniti setempat.untuk meningkatkan kualiti pendidikan, antaranya:
kecil tempat murid belajar
pelbagai pengetahuan dan i. Sumbangan kepakaran golongan profesional dalam masyarakat setempat
kemahiran melalui interaksi murid kepada sekolah
dengan rakan, guru dan warga ii. Program sekolah angkat atau kerjasama sektor awam,sektor swasta dan
sekolah. Seterusnya sekolah persatuan bukan kerajaan
perlu membina jaringan iii.
kerjasama dengan komuniti
setempat, sektor awam dan
sektor swasta dalam
pembelajaran murid.

Bantuan latihan sukan oleh masyarakat Ceramah pengurusan jenzah

16
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MUAR 2015

Bil Elemen Maksud Huraian


Pentaksiran formatif adalah Ciri-ciri pentaksiran formatif:
10 Pentaksiran pentaksiran yang dijalankan
formatif untuk mendapat maklumat i. Maklumat yang diperoleh daripada penilaian ini digunakan secara terus menerus.
pencapaian murid, pengetahuan ii. Dijalankan sepanjang pembelajaran berlangsung.
dan kemahiran, Maklumat yang iii. Contoh instrumen: Latihan, sesi soal jawab, kuiz, hasil kerja murid,
diperoleh digunakan untuk pembentangan dan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS).
memberi maklum balas kepada
murid, membuat pemulihan dan
menambah baik pembelajaran
(Muijs & Reynolds, 2011).

Ujian ringkas Latihan Murid

Buku skrap Pembentangan Rajah 9 : Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS)

17
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MUAR 2015

Bil Elemen Maksud Huraian

11 Belajar untuk Pendidikan di Malaysia adalah Pembelajaran seharusnya tidak difokuskan hanya kepada pencapaian akademik
kehidupan berlandaskan Falsafah tetapi merupakan proses pembangunan insan secara menyeluruh.
Pendidikan Negara yang
bertujuan membangunkan insan Pembelajaran di sekolah harus menyediakan murid untuk:
secara menyeluruh dan i. kerjaya dan masa depan mereka
seimbang dari aspek jasmani, ii. generasi bagi kemajuan negara.
emosi, rohani dan intelek untuk
menjadi manusia yang sejahtera Aktiviti pembelajaran perlu berteraskan falsafah pendidikan negara dan
dan dapat menyumbang kepada mengintegrasikan elemen-elemen kemahiran abad ke-21 (kreatif, kritis, komunikasi
pembangunan negara. dan kolaboratif).

Amali menunaikan fardhu haji Jual beli dalam hari keusahawanan

18
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MUAR 2015

4. BILIK DARJAH PEMBELAJARAN ABAD KE-21

4.1. Konsep Bilik Darjah

Bilik darjah merupakan tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Konsep bilik darjah yang ideal mestilah berubah
mengikut perkembangan pendidikan semasa. Kewujudan bilik darjah dalam usaha merealisasikan proses pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan sangat berkait rapat dengan kesediaan guru mengurus ruang pembelajaran tersebut secara optimum. Richards (1990), mentafsirkan
bilik darjah sebagai organisasi dan kawalan guru pada tingkah laku, pergerakan serta interaksi murid semasa pembelajaran berlangsung
supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. Menurut Guy (1999), sesuatu konsep yang komprehensif untuk pelbagai aktiviti guru
yang dirancang dengan tujuan memudahcarakan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, merangkumi tindakan disiplin, rutin harian,
penyusunan tempat duduk dan memperuntukkan masa pelajaran. Oleh itu, konsep bilik darjah dapat ditafsirkan mengikut fungsi pendidikan
atau ciri penyusunan fizikalnya. Bilik darjah boleh berupa sebuah bilik, padang, makmal sains, dewan, atau makmal komputer tetapi
keberkesanan fungsinya sangat bergantung kepada pengurusannya.

4.2. Ciri-Ciri Bilik Darjah Abad ke-21

Bil Elemen Maksud Huraian


1 Bilik Khas Bilik mengikut keperluan seperti Bilik darjah berasaskan mata pelajaran teras atau kritikal.
Makmal Sains, Kerusi meja disusun mengikut kumpulan.
Bilik Kemahiran Hidup, Pelbagai peralatan yang berkaitan dengan mata pelajaran .
Bilik Media, Bahan Bantu Mengajar (BBM)
Bilik Tayang
2 Bilik Khas Mata Bilik mengikut mata pelajaran Bilik darjah berasaskan mata pelajaran teras.
Pelajaran seperti Kerusi meja disusun mengikut model kumpulan.
Bahasa Melayu, Bahan Bantu Mengajar (BBM)
Bahasa Inggeris, Media cetak seperti buku, kamus, majalah untuk bahan bantu
Matematik mengajar dan bahan bantu belajar.
Jadual penggunaan bilik disediakan
Bilik khas untuk guru mata pelajaran berkenaan

19
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MUAR 2015

4.3. Susun Atur Meja dan Kerusi Murid

Bil Elemen Maksud Huraian


1. Meja dan kerusi Kerusi dan meja murid disusun Disusun mengikut kumpulan antara 4 hingga 5 orang mengikut
secara berkumpulan kebolehan masing-masing atau pelbagai kebolehan dan
menjalankan aktiviti berkumpulan secara kolaboratif. Guru
sebagai pemudahcara.

2 Komputer Sebuah komputer untuk setiap Mengakses maklumat atau pembelajaran secara dalam talian.
kumpulan murid Melaksanakan tugasan kumpulan atau digunakan untuk
pembelajaran melalui proses komunikasi, kolaboratif dan
persaingan sihat antara kumpulan.

Susunan meja dalam kumpulan 4 orang Mengakses maklumat semasa pembelajaran

20
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MUAR 2015

4.4. Peralatan Tambahan

Bil Elemen Maksud Huraian


1 Komputer Komputer untuk kegunaan guru Untuk proses pengajaran dan pembelajaran:
mengakses maklumat;
menyempurnakan tugasan;
pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian melalui
komunikasi secara maya.
2 IQ-Board, Smart Papan interaktif Layar paparan interaktif menggunakan teknologi maklumat dan
Board komunikasi.
Proses pengajaran dan pembelajaran bersifat interaktif antara guru
dengan murid, dan murid dengan murid.
3 Papan putih dan Papan putih di hadapan bilik Papan putih lebih praktikal.
Papan kenyataan darjah dan Papan kenyataan untuk menampal hasil-hasil kerja ,
Papan kenyataan di perbincangan dan bahan bantu mengajar.
sekeliling bilik darjah

IQ-Board Smart-Board Hasil kerja murid dipamerkan


21
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MUAR 2015

4.5. Model Bilik Darjah Abad Ke-21

Rajah 10: Model 1 Rajah 11: Model 2


22
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MUAR 2015

Rajah 12: Model 3 Rajah 13: Model 4


23
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MUAR 2015

Rajah 9: Model 2

LOKAR BUKU

Rajah 14: Model 5 Rajah 15: Model 6


24
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MUAR 2015

4.6. Contoh Suasana Bilik Darjah Abad Ke-21

25
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MUAR 2015

5.0 KESEDIAAN GURU

Guru ialah sumber kepada keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberkesanan pendidikan adalah berhubung rapat dengan kesedaran
para guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan keilmuan dan keluruhan peribadi. Hal ini merupakan kriteria peribadi pendidik yang boleh
menjadi contoh yang berkesan. Sesungguhnya, peranan guru dapat dianggap sebagai elemen terpenting dalam usaha sesebuah negara
mencapai kecemerlangan pendidikannya.

5.1. Lima Minda Pendidik Abad Ke-21 :

Keterangan
Bil Elemen

1. Minda Berorientasikan Disiplin Ilmu Menguasai subjek kepakaran dan mempunyai pengetahuan tentang subjek lain.
( The Disciplined Mind) Mempraktikkan cara berfikir yang berbeza dalam menyampaikan ilmu.
2. Minda Mensintesis Mempunyai kebolehan untuk menggunakan ilmu dan maklumat sedia ada untuk
(The Synthesizing Mind) menjanakan idea baharu.
3. Minda Mencipta
Berfikir di luar kotak bagi meneroka idea dan membina kefahaman baharu.
(The Creating Mind)
4. Minda Menghormati Memahami, menghormati dan menerima perbezaan individu serta bertoleransi dalam
(The Respectful Mind) membina perhubungan.
5. Minda Beretika (The Ethical Mind) Peranan individu dan warganegara yang menjadi teladan melalui penghayatan nilai-nilai
serta amalan terbaik dalam masyarakat.

26
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MUAR 2015

5.2. Ciri-ciri Pendidik Abad ke-21

Keterangan
Bil Elemen

1. Menyesuaikan Diri Pemudahcara yang menyampaikan pengajaran dengan penuh kreativiti dan kebebasan
Menyesuaikan segala perisian dan perkakasan.
Mengupayakan pengajaran yang dinamik
Menggunakan teknik pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai.
2. Pembelajaran Sepanjang Hayat Mengamalkan prinsip Pembelajaran Sepanjang Hayat sebagai misi dan objektif
pembelajaran.
Kesediaan untuk berubah dan mempelajari sesuatu yang baharu ke arah pembelajaran
abad ke-21.
3. Berkomunikasi Mahir berkomunikasi dan berkolaboratif menggunakan TMK.
Menjadi pengguna, pemudahcara, pengantara dan pengurus yang baik.
4. Mempunyai Visi Mempunyai imaginasi, kreativiti serta berwawasan dalam menyediakan murid
menghadapi dunia sebenar.
Mengadaptasi , menghubung kait dan menggabung jalin sumber.
5. Kepimpinan
Pemimpin yang berketrampilan sebagai peneraju perubahan.

6. Model Teladan Model teladan kepada murid melalui amalan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian
secara realiti dan maya.
7. Berkolaboratif Pemudahcara berkolaboratif, berkongsi, memberi sumbangan, mengadaptasi dan
mereka cipta melalui pelbagai media elektronik untuk meningkatkan kualiti dan jaringan
pembelajaran.
8. Mengambil Risiko Berani menghadapi cabaran dan bersedia untuk menerima sebarang kemungkinan.
Meletak kepercayaan yang tinggi kepada keupayaan murid.

27
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MUAR 2015

5.3. Kemahiran Abad Ke- 21

Keterangan
Bil Elemen

1. Cara Berfikir Kreativiti dan Inovasi berfikir secara kreatif, bekerja secara kreatif dengan rakan sekerja dan
melaksanakan inovasi.
Pemikiran Kritikal, Penyelesaian Masalah dan membuat keputusan menyatakan sebab secara berkesan
dalam penilaian keputusan. Menyelesaikan masalah dan menyatakan dapatan secara efektif.
Belajar untuk belajar dan metakognitif motivasi kendiri, berpandangan positif dan kemampuan untuk
menyesuaikan diri dalam menghadapi perubahan.

2. Alat Berfikir Literasi Maklumat mempunyai akses dan menilai maklumat. Menggunakan teknologi secara berkesan.
Literasi TMK berfikiran terbuka kepada idea baharu, informasi dan cara berfikir. Menggunakan TMK
secara betul, kreatif, dan beretika. Mengetahui dan memahami perbezaan budaya dan sosial.

3. Cara Bekerja Komunikasi Kemahiran lisan dan bertulis. Berfikiran terbuka dan kesediaan untuk mendengar. Sensitif
terhadap perbezaan budaya ketika berkomunikasi.
Kolaboratif dan Kerja Sepasukan berkomunikasi dengan efektif dengan rakan. Bekerja dengan kumpulan
yang pelbagai. Dapat menyatakan kepentingan, rancangan dan mengurus projek.

4. Nilai Jatidiri peka dan faham tuntutan dan tanggungjawab sebagai seorang warganegara Malaysia.
Menghormati nilai dan hak orang lain.
Tanggungjawab peribadi dan sosial membina hubungan komunikasi merentas situasi sosial berbeza.
Memahami pandangan dan perspektif berbeza.
Kehidupan dan Kerjaya Dapat menyesuaikan diri dalam menghadapi perubahan. Dapat mengurus masa
dan matlamat. Menjadi seorang individu yang mempunyai arah serta dapat berkomunikasi secara berkesan
dengan orang lain.

28
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MUAR 2015

5.4. Cabaran

Rajah 16: Model F.R.E.S.H

Keterangan
Bil Elemen

1. Flexible Menyesuaikan diri dengan perubahan ( Adapt To Change )


(Luwes) Menerima perubahan dengan hati yang terbuka ( Embrace Change )

2. Resourceful Memiliki dan meluaskan jaringan maklumat berkaitan sumber dan kaedah pengajaran.
(Bermaklumat) Sentiasa peka pada perkembangan terkini dalam dunia pendidikan.

3. Enthusiastic Bersemangat untuk melaksanakan transformasi pendidikan.


(Bersemangat) Bersikap positif dan terbuka menerima perubahan.
Model kepada pelajar.

4. Supportive Khidmat sokongan kepada rakan sejawat menelusuri transisi pendidikan abad ke-21.
(Sokongan) Berkongsi pengetahuan dan kemahiran.
Mewujudkan persekitaran yang positif.

5. Harmonious Kerja sepasukan melangkaui sempadan sekolah.


(Harmoni) Mewujudkan kumpulan guru yang sudi berkongsi dan belajar bersama-sama.
Mewujudkan kesamarataan dalam komunikasi.

29
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MUAR 2015

6. KETERAMPILAN PEDAGOGI

30
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MUAR 2015

31
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MUAR 2015

32
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MUAR 2015

33
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MUAR 2015

34
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MUAR 2015

35
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MUAR 2015

36
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MUAR 2015

37
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MUAR 2015

38
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MUAR 2015

7. KESIMPULAN

Pembelajaran pada abad ke-21 memerlukan guru untuk menjadi pembimbing kepada murid supaya mereka mempunyai kemahiran berfikir,
menyelesaikan masalah, berkomunikasi dan berkolaboratif. Sehubungan dengan itu, guru perlu melengkapkan diri dengan minda serta ciri-ciri
pendidik abad ke-21, di samping bersedia untuk menghadapi cabaran dalam sistem pendidikan. Perubahan pedagogi perlulah melalui satu
transformasi agar dapat menghasilkan kemenjadian murid yang lebih bermakna untuk kehidupan dan kemajuan negara.

39
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MUAR 2015

RUJUKAN

Abell,K.A. & Lederman,N.G. (2007). Handbook of research on science. New York: Lawrence Erlbaum Associates.

Armstrong, J.S. (2012). Natural learning in higher education. Encyclopedia of the sciences of learning.

Bruffee, K. (1993). Collaborative learning. Baltimore: The Johns Hopkins University Press.
Collins, A., Brown, J.S., & Newman, S.E. (1989). Cognitive apprenticeship: Teaching the craft of reading, Writing and mathematics! In L.B.
Resnick (ed.) Knowing, learning, and instruction: Essa in Honor of Robert Glaser Hillsdale, NJ: Erlbaum.

Dillenbourg, P. (1999). Collaborative learning: Cognitive and computational approaches. Advances in learning and instruction series. New York,
NY: Elsevier Science, Inc.

Draves, W.A. & Coates, J. (2011).The pedagogy of the 21st century. Wisconsin: LERN.

Gardner, H. (2006). Five minds for the future. Boston: Harvard Business School Press.

Guy,R.L.(1999). Psychology for teaching. California: Wadsworth Thomson Learning.

Kolb, D. A. (1984). Experiential learning: Experience as the source of learning and development. Englewood Cliffs: Prentice Hall.

ODonnell, A.M. (2006). The role of peers and group learning . In P. Alexander and P. Winnie(eds). Handbook of educational psychology (2nd
ed.). Mahwah, NJ: Lawrence Erlbaum.

Richards, J.C. (1990). Conversationally speaking: Approaches to the teaching of conversation. New York: Cambridge University Press.

40

You might also like