You are on page 1of 15

1.

0 PENGENALAN

Perkataan tamadun dari sudut etimologi berasal daripada perkataan maddana dalam
bahasa Arab. Maddana merupakan kata kerja yang merujuk kepada perbuatan membuka
bandar atau kota serta budi pekerti. Perkataan yang sering digunakan dalam bahasa
Inggeris untuk memberi maksud tamadun ialah civilization. Perkataan ini berasal daripada
perkataan civitas dalam bahasa Latin yang bermaksud bandar atau kota (Hunting&
Samuel,1993). Mengikut Kamus Dewan (1991), perkataan tamadun bererti kebudayaan,
kemajuan dan peradaban. Satu lagi perkataan bahasa Melayu hampir sama pengertian
tamadun iaitu perkataan peradaban yang membawa maksud kebudayaan dan kemajuan
(jasmani dan rohani). Tamadun secara umumnya diertikan sebagai pembangunan,
perubahan, kemajuan dan peradaban yang dicapai oleh sesuatu bangsa atau kaum di
dunia. Bagi masyarakat barat, tamadun dikaitkan dengan pembangunan lahiriah
terutamanya dalam hal-hal kebudayaan seperti penulisan, undang-undang, kesenian dan
pembandaran. Pandangan beberapa sarjana barat seperti Gordon Childe, pencapaian
lahiriah adalah kayu ukur kemajuan tamadun dalam sesebuah masyarakat. Darcy Riberio
dan R.A Buchanan pula menolak unsur rohaniah, sebaliknya hanya menekankan
kepentingan dan pembangunan lahiriah dalam proses perkembangan tamadun (Samuel,
1992). Menurut masyarakat timur, tamadun mesti merangkumi pembangunan lahiriah dan
rohaniah. Islam menekankan pembangunan lahiriah dan rohaniah. Kedua-dua unsur ini
penting untuk mengukur tahap ketamadunan sesebuah masyarakat. Misalnya, mengikut
pandangan Syed Naquib al-Attas, tamadun ialah pencapaian tahap tatasusila yang tinggi
dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat. Pandangan sarjana Islam ini turut
disokong oleh sarjana Barat seperti Richard Sullivan yang mengakui bahawa unsur rohaniah
sangat penting dalam konsep tamadun (Siti Hajar Che Man & Ratna Roshida Abd Razak,
2012). Terdapat beberapa tamadun seperti Tamadun Islam, India, Cina, Jepun dan Eropah.
2.0 LATAR BELAKANG DAN PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM, CINA, INDIA,
JEPUN DAN EROPAH
3.0 FAKTOR-FAKTOR KEGEMILANGAN TAMADUN ISLAM DI TANAH MELAYU
a
b
m
P
e
id
K
n
ps
ra
e
P
g
ru
h
To
ly
M
w
k
n nsa
e n
p
u
P
hfA
t-S
kw
a
d
jI
Pn
a
b
im
se
iT a
d
p
e
K
u
b
e
tK
ri dh
n
a
u ko
b
m
a
d
g
l d
M
h yn
a
h
re
ig li-a
b u
S
h
p
m
a e
n
u
sifo
g fi
n
o
r e
a
P
nm

n
g
a
d
rn A
ja
A m
a
g

e a
P
tT a

n n
klu
ifa
S n
u
d
m
k Isla
rb
e rd
P
te
h w
rka
n a
g
a
e
P
y n
m
a
in
n
g

Faktor-Faktor
Kegemilangan
Tamadun Islam

Rajah 1 : Faktor-Faktor Kegemilangan Tamadun Islam Di Tanah Melayu

Antara faktor kegemilangan tamadun Islam di Tanah Melayu adalah ajaran Islam.
Islam telah diterima dengan mudah oleh masyarakat di Tanah Melayu kerana kelebihan
yang terdapat pada agama tersebut serta ajaranya bersesuaian dengan fitrah manusia.
Umpamanya sistem masyarakat Hindu yang serba kompleks dan rumit terutama mengenai
amalan kasta sesama manusia seperti Brahma, Ksyatria, Vaisya. Amalan kasta mempunyai
konsep pilih kasih dalam ajaranya. Islam mengetepikan konsep atasan dan bawahan.
Segala persoalan yang dibincangkan dalam ajaran Islam adalah mudah difahami serta jelas
sepertimana konsep ketuhanan, kenabian, alam ghaib dan lain-lain. Kejayaan sesebuah
tamadun ditentukan oleh kualiti manusia yang menjadi anggota mesyarakat dan umat
tersebut. Oleh itu, al-Quran dan al-Sunnah banyak memberi dorongan ke arah melahirkan
insan yang bertamadun serta ia juga mendorong kepada kegemilangan tamaduan Islam di
Tanah Melayu. Al-Quran dan al-Sunnah adalah pencetus dan pendorong yang sangat
berkesan dalam membina tamadun Islam yang unggul. Hakikat ini terbukti dalam sejarah
tamadun manusia khususnya pada abad ke-6 kerana seluruh tamadun manusia telah
terjejas dari segi nilai kemanusiaan. Namun, apabila turun al-Quran, maka tamadun
manusia mendapat satu inspirasi yang baru dengan kemunculan tamadun Islam yang
berasaskan al-Quran dan al-Sunnah. Oleh itu, tamadun Islam telah mendapat sokongan
serta berkembang pesat.

Seterusnya, sifat Tamadun Islam yang terbuka juga faktor kegemilangan tamadun
Islam di Tanah Melayu. Tamadun Islam bersifat mengambil dan memberi. Mengambil
pengalaman yang berguna dari tamadun-tamadun lain seperti Yunani, Parsi dan sebagainya
disesuaikan dengan unsur-unsur Islam. Maka lahirlah pencapaian yang bercorak dan
berbenuk Islam di Tanah Melayu. Memberi pula bermaksud mempersembahkan kepada
tamadun asing pencapaian-pencapaian yang diperolehi. Sifat terbuka ini menjadikan
temadun Islam sentiasa berkembang dan maju serta menjamin kewujudannya sepanjang
zaman dan membawa kepada kegemilangan tamadun Islam.

Selain itu, perkahwinan juga faktor kegemilangan tamadun Islam di Tanah Melayu.
Perkahwinan merupakan salah satu faktor pemangkin Islam di Tanah Melayu kerana
kebanyakan golongan sufi, pedagang dan pendakwah telah berkahwin dengan anak-anak
gadis tempatan yang beragama Islam, termasuklah puteri-puteri di kalangan istana dan
pembesar negeri ketika itu. Hasil dari pergaulan dalam keluarga tersebut telah menarik
minat ahli keluarga yang lain untuk menerima Islam. Pada zaman pemerintahan Sultan
Mansur Shah, baginda telah mengakwinkan puteri-puteri dari negeri Melaka dengan raja-
raja di Kepulauan Melayu serta Sumatera, Indragiri dan lain-lainnya. Begitu juga Syeik Abu
Bakar salah seorang pendakwah yang mesyur dari Makkah telah berkahwin dengan anak
Raja Sulu, kemudian telah bersama-sama membantu kerajaan tersebut dalam menyusun
sistem pemerintahan mengikut Islam. Selain itu, juga perkahwinan di antara raja Melaka
iaitu Parameswara dengan puteri Pasai pada tahun 414M. dengan berlakunya perkahwinan
tersebut telah mendorong raja Melak memeluk Islan dan bertukar nama kepada Sultan
Muhammad Syah serta tindakannya ini diikuti oleh para pembesar istana dan rakyat jelata.
Dengan mengkahwinkan puteri-puteri tempatan kepada pedagang dan pendatang bukan
Islam telah memberi peluang untuk mereka menakluk agama Islam dan tamadun Islam
terus berkembang maju di Tanah Melayu.

Di samping itu, pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif juga faktor


kegemilangan tamadun Islam di Tanah Melayu. Aspek ekonomi memainkan peranan
dominan dalam usaha memajukan tanah melayu. Pembangunan ekonomi seimbang dan
komprehensif memberikan satu pendekatan yang menggabungkan kepada usaha
memantapkan amalan sekonomi yang berakhlak dengan kemampuan melaksanakan akiviti
ekonomi secara berkesan dengan perkembangan ekonomi di dalam negara dan di peringkat
antarabangsa.
Tambahan pula, perdagangan juga antara faktor kegemilangan tamadun Islam di
Tanah Melayu. Kegiatan perdagangan di antara Arab, Parsi dan India dengan Nusantara
telah berlaku sejak beberapa kurun sebelum masihi hinggalah ke zaman kedatangan Islam
pada abad ke 7M dan 8M. Tugas menyampaikan Islam tidak terhad kepada golongan
tertentu sahaja. Sebaliknya merupakan tugas yang wajib dipikul oleh seluruh umat Islam.
Atas rasa tanggungjawab dan amanah ang dipikul telah menyebabkan pedagang-pedagang
yang datang berniaga di Tanah Melayu telah bertindak menyampaikan dakwah Islamiah
kepada mesayarakat sekeliling walau di mana mereka berada. Sifat mulia dan keperibadian
yang tinggi serta amalan-amalan agama yang dilakukan oleh mereka mempengaruhi raja-
raja dan pembesar-pembesar negeri bagi menyakini kebenaran agama Islam yang dianuti
oleh mereka. Hubungan baik antara mereka dengan pembeli di samping barang dagangan
yang berkualiti seta layanan yang baik berlandaskan Islam telah berjaya menarik minat
ramai pembeli di kalangan masyarakat tempatan untuk mendalami ajaran Islam. Tanpa
perlakuan dan budi yang berasaskan Islam adalah sukar untuk menembusi pasaran si
rantau ini. Aktiviti perdagangan menjadi strategi memperkembangkan tamadun Islam di
rantau Tanah Melayu.

Justeru itu, penaklukan juga faktor kegemilangan tamadun Islam di Tanah Melayu.
Kehebatan Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 terutamanya di zaman Sultan
Alauddin Riayat Shah, Sultan Muzaffar Syah dan Sultan Mansur Syah di bawah bendahara
Tun Perak dan Laksamana Hang Tuah misalnya telah meluaskan empayarnya merangkumi
Johor, Pahang dan Terengganu. Kerajaan Melaka juga bertindak menghantar ulama ke
kawasan tersebut untuk mengajar agama Islam. Kerajaan Johor-Riau yang muncul
kemudiannya pula berusaha menawan semula Melaka dari tangan Portugis utuk
mengelakkan daripada menjadi pusat penyebaran agama Kristian. Selepas kejatuhan
kerajaan Melayu Melaka, Aceh memainkan peranan penting sebagai pusat penyebaran
agama Islam pada abad ke 16M dan 17M.

Selanjutnya, keperibadian golongan pendakwah dan ahli-ahli Sufi juga faktor


kegemilangan tamadun Islam di Tanah Melayu. Pendakwah merupakan golongan ulama
yang berwibawa dalam penyebaran agama Islam. Mereka bukan sahaja memiliki berbagai
ilmu Islam secara mendalam bahkan amat bertakwa kepada Allah di samping mempunyai
keperibadian muslim yang sempurna. Keperibadian yang tinggi seperti Ikhlas, jujur,
bertanggungjawab, tidak mencari apa-apa kepentingan diri dalam berdakwah
memyebabkan mesyarakan terpengaruh degan mereka dan tamadun Islam terus
berkembang maju di Tanah Melayu. Golongan Sufi atau ahli-ahli taawuf merupakan orang
yang sangat bertakwa kepada Allah dan berakhlak mulia. Menerusi keperibadian, ketokohan
dan pengorbanan mereka dalam menyebarkan agama dan tamadun Islam menjadikan
golongan raja, pembesar serta rakyat jelata amat terpengaruk dengan Islam. Dikatakan
mereka begitu berpengaruh di zaman kekuasaan Melaka. Melaka diberi kedudukan
istimewa dalam masyarakat dan ada sesetengah dari mereka diberi keutamaan dalam
bidang politik dan pentadbiran.

Tidak ketinggalan, peranan Pusat Kebudayaan di Tanah Melayu juga faktor


kegemilangan tamadun Islam di Tanah Melayu. Sebelum kedatangan Islam, Bahasa Melayu
Kuno yang menggunakan tulisan Pallava merupakan bahasa komunikasi. Ekoran dari
kedatangan Islam, tulisan Arab diperkenalkan untuk memudahkan memahami al-Quran dan
al-Hadith serta kitab-kitab agama yang ditulis dalam Bahasa Arab. Tulisan Arab telah
diubahsuai mengikut lidah pertuturan orang-orang Melayu yang dikenali dengan tulisan jawi.
Terdapat beberapa buah pusat kebudayaan Islam yang penting di Tanah Melayu yang
memainkan peranan sebagai pusat intelektual dan keilmuan seperti di Melaka. Menurut
sejarah Melayu Klasik, Kitabal-Durr al-Manzum pernah dihantar oleh Sultan Mansur Syah
dari Melaka untuk diterjemahkan oleh ulama Pasai. Pada zaman kegemilangan kesultanan
Melayu Melaka, buku-buku kesusasteraan yang dipengaruhi gaya tulisan Arab seperti
Hikayat Muhammad All Hanafiah, Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Nabi Lercukur dijadikan
bacaan umum sebagai cerita rakyat.

Akhirnya, peranan pedagang juga faktor kegemilangan tamadun Islam di Tanah


Melayu. Ramai ahli sejarah bersetuju yang agama Islam telah diperkenalkan di Tanah
Melayu melalui perdagangan. Para pedagang dari Arab, India dan Parsi telah menumpukan
kegiatan perdagangan di rantau Tanah Melayu semenjk abad ke-8 atau ke-9 lagi. Manakala
menurut catatan China, pedagang-pedagang Islam seudah ada di kawasan perairan melayu
semenjak pertengahan abad ke-7 lagi. Diantara barang-barang tersebut ialah lada, rempah
ratu dan sebagainya dekehendaki oleh orang Arab dan Barat. Selain menjadi pedagang,
masyarakat Islam juga menjalankan kegiatan dakwah di kawasan-kawasan yang disinggah
oleh pedagang asing. Ada antara mereka yang tidak menjalankan kegiatan dakwah tetapi
telah memberikan kemudahan kepada golongan pendakwah menaiki kapal=kapal mereka
bagi menyebarkan dakwah dari satu pelabuhan ke pelabuhan yang lain. Dengan cara ini
Tanah Melayu menjadi sebuah negara kemilang dari segi ekonomi dan perhubungan
antarabangsa.
4.0 FAKTOR-FAKTOR KEMUNDURAN TAMADUN ISLAM DI TANAH MELAYU

Matlamat
Kebendaan

Kurang
Budaya
Penghayatan
Hiburan
Terhadap
(hedonisme)
Tamadun

Faktor-Faktor
Kemunduran

Ancaman
Globalisasi
Luar

Media Massa

Rajah 1 : Faktor-faktor Kemunduran Tamadun Islam di Tanah Melayu

Antara faktor kemunduran tamadun Islam di Tanah Melayu ialah matlamat


kebendaan. Pada dunia materialistik ini, manusia sibuk mencari rezeki untuk kehidupan
yang mewah sehingga mengabaikan tanggungjawabnya dalam membentuk generasi akan
datang. Sikap masyarakat Tanah Melayu yang mengejar kemewahan menyebabkan orang
dewasa tidak dapat meluangkan masa bersama keluarganya. Keadaan ini menyebabkan
remaja membawa cara hidup sendiri tanpa panduan, teladan dan pengawasan yang betul.
Remaja adalah antara golongan yang paling memerlukan panduan hidup pada zaman
remajanya. Hal ini kerana zaman remajalah zaman titik permulaan untuk menentukan
sasaran kehidupan yang tepat. Oleh itu, matlamat kebendaan ibu bapa, mengabaikan
peranan mereka dalam membentuk generasi yang berakhlak mulia. Kesannya, remaja di
Tanah Melayu akan memiliki sikap yang tidak moral dan akhlak tidak baik. Perkara ini
mendorong kepada keruntuhan tamadun Islam di Tanah Melayu.

Selain itu, budaya hiburan (Hedonisme) merupakan salah satu faktor kemunduran
tamadun Islam di Tanah Melayu. Budaya hedonisme adalah salah satu budaya yang boleh
nampak secara meluas dalam kalangan masyarakat kini. Hedonisme ialah pegangan atau
pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup. Budaya ini
juga berkait rapat dengan sikap suka berhibur dan suka kepada perkara-perkara hiburan
yang boleh melalaikan seseorang daripada tujuan utama mereka diutuskan di atas muka
bumi. Sekiranya pemikiran-pemikiran ini tidak dikawal, ia mampu merosakkan akhlak
seseorang manusia di Tanah Melayu. Perkara ini juga menyebabkan masyarakat Tanah
Melayu sebagai masyarakat kelas ketiga yang mempunyai mentaliti yang rendah. Jelaslah
bahawa mereka akan menjadi rakyat kurang berfikir dan ini pasti akan memberi kesan
kepada tamadun Islam di Tanah Melayu.

Seterusnya, globalisasi juga faktor kemunduran tamadun Islam di Tanah Melayu.


Globalisasi juga disebut sebagai Dunia tanpa sempadan. Kecanggihan teknologi maklumat
yang dipelopori oleh Barat menyebabkan mereka mampu menguasai segala-segalanya di
dunia ini. Penguasaan tersebut bukan sahaja dari segi ekonomi dan politik, tetapi termasuk
juga sosio-budaya. Misalnya, budaya pakaian yang mendedahkan aurat dalam kalangan
kaum wanita. Tamadun Islam menekankan budaya pakaian tutup aurat dalam kaum wanita
berdasarkan ajaran agamanya. Namun, di Tanah Melayu kelihatan semuanya bertukar
kepada pakaian ala barat yang mendedahkan aurat. Hal ini dapat dilihat melalui kebanyakan
remaja wanita lebih berminat memakai dan seluar jeans yang ketat dan menampakkan
susuk badan. Kesannya adalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja yang semakin
mendadak mendorong kepada keruntuhan tamadun Islam di Tanah Melayu.

Di samping itu, media massa juga salah satu faktor kemunduran tamadun Islam di
Tanah Melayu. Penciptaan televisyen nyata banyak mempengaruhi kehidupan seharian
manusia. Siddiq Fadhi (2006), menyatakan bahawa pengaruh media massa ke atas
kemunduran tamadun Islam amat ketara. Di Tanah Melayu, majalah-majalah barat yang
memaparkan gejala-gejala negatif seperti keganasan, pornografi dan budaya hidup yang
tidak sihat seperti black metal, punk dan sebagainya. Semua bahan ini menjadi bahan
bacaan dan tontonan yang amat digemari oleh remaja. Kebudayaan barat yang
membimbangkan kini, melimpah-ruah di Malaysia melalui media baru ataupun lama. Tidak
dinafikan tamadun Islam di Tanah Melayu diancam oleh imperialisme budaya barat. Filem
dan siri televisyen barat mengutamakan gaya moden menjadi ikutan rakyat Tanah Melayu
terutama remaja dan belia yang menyebabkan kemunduran tamadun Islam.

Tambahan pula, ancaman luar merupakan salah satu faktor kemunduran Islam di
Tanah Melayu. Ancaman luar seperti penjajahan Portugis, Belanda dan British juga
menjadikan tamadun Islam semakin merosot. Pihak penjajah telah menerapkan fahaman
anti-agama (sekularisasi) dan memperkenalkan sistem pendidikan Barat di dalam
masyarakat tamadun Islam di Tanah Melayu. Kuasa penjajah British di Tanah Melayu telah
menjalankan dasar tidak campur tangan dalam soal agama dan adat resam. Secara
realitinya, pihak British turut mencampuri kedua-dua bidang ini dan cuba menghapuskan
potensi dan mekanisme pengerak yang terdapat dalam tamadun Islam. Dasar penjajahan
British dan Belanda yang begitu membimbangkan peranan Institusi Haji dan Pendidikan
Islam. Hal ini menyebabkan ajaran agama dan sistem pendidikan dalam tamadun Islam di
Tanah Melayu tidak diberi kepentingan lagi dan mendorong tamadun Islam untuk merosot.

Justeru itu, kurang penghayatan terhadap tamadun juga salah satu faktor
kemunduran tamadun Islam di Tanah Melayu. Kurangnya rasa cinta kepada negara dalam
kalangan masyarakat melemahkan sesuatu tamadun. Masyarakat tamadun Islam di Tanah
Melayu hanya mementingkan diri sendiri dengan mengabaikan kepentingan tamadunnya.
Masyarakat tamadun Islam mengabaikan isu berkaitan tamadun Islam seperti isu agama,
adat resam dan sebagainya. Kurang penghayatan terhadap tamadun Islam di Tanah Melayu
menyebabkan masyarakat melakukan apa-apa sahaja yang memundurkan lagi tamadun
untuk kepentingan dan kepuasan sendiri tanpa menghiraukan kesan kepada orang lain.
Kurang penghayatan juga menyebabkan masyarakat tamadun Islam di Tanah Melayu
melakukan kegiatan aktiviti yang mencemarkan nama dan imej baik tamadun. Hal ini
menjadikan masyarakat di tamadun Islam runtuh akhlak dan mendorong kepada
kemunduran tamadun Islam di Tanah Melayu.
5.0 TAMADUN ISLAM MENJADI PEMANGKIN KEPADA PEMBENTUKAN TAMADUN
MALAYSIA

Tidak dapat dinafikan bahawa Tamadun Islam menjadi pemangkin kepada


pembentukan tamadun Malaysia. Antara peranan tamadun Islam sebagai pemangkin
kepada pembentukan Malaysia ialah pembinaan nilai seni dan budaya. Tamadun Islam
telah banyak mempengaruhi Tamadun Malaysia dalam aspek seni seperti seni lagu, seni
tari, seni ukiran, seni bina, seni hias dan seni drama. Sebagai contohnya, seni bina masjid
dalam Tamadun Malaysia telah dipengaruhi oleh seni tampak dan seni reka Islam, walaupun
pembinaan masjid terdapat beberapa pengaruh luar. Selain seni bina masjid, seni ukiran
Islam juga dapat dilihat pada seni ukir batu-batu nisan di kawasan perkuburan orang-orang
Islam. Warisan kesenian tamadun Islam ini dapat diterjemahkan dalam bentuk hasil seni
orang tamadun Malaysia seperti tenunan, ukiran dan barang-barang hiasan rumah. Seni
lagu dan muzik tamadun Malaysia juga tidak terkecuali menerima pengaruh tamadun Islam.
Pada peringkat awal, seni lagu dan muzik di Malaysia bercorak dakwah dengan seni kata
dan antonasi dalam bentuk meningkatkan imej dan keperibadian diri agar mendekati kepada
nilai-nilai murni. Seni lagu dan muzik dalam pengaruh ini lebih dikenali sebagai nasyid,
qasidah, sajak, gurindam, syair, seloka dan pantun. Antara peralatan muzik yang
mempengaruhi nilai tamadun Islam adalah rebana, kompang, kecapi, seruli, gambus dan
sebagainya. Seni tulis tamadun Malaysia juga tidak terlepas daripada nilai budaya tamdun
Islam. Hal ini dapat dilihat daripada seni khat dan kaligrafi tamadun Malaysia yang
menggunakan ayat al-Quran atau hadis-hadis sebagai sumber ilham bagi menghasilkan
ukiran atau tulisan. Terdapat juga pengaruh tamadun Islam dalam puisi-puisi seperti ghazal,
masnawi, nazam, rubai dan kitan. Perkara-perkara ini membuktikan pengaruh tamadun
Islam dalam tamadun Malaysia.

Seterusnya, tamadun Islam telah mempengaruhi pembinaan nilai politik dan


perundangan tamadun Malaysia. Pengaruh tamadun Islam ini dapat dilihat pada masa
pemerintahan Kerajaan Melayu Melaka. Sistem perundangan tamadun Islam yang
dilaksanakan oleh Kesultanan Melaka. Hal ini dibuktikan dengan adanya naskhah Melayu
dalam perundangan seperti Hukum Kanun Melaka. Undang-undang Kanun Melaka tidak
mengenakan qisas bagi kesalahan tersebut. Undang-undang Kanun Melaka juga
mengandungi penjelasan hudud yang meliputi kesalahan zina, qazaf, mencuri, merompak,
murtad, dan minum arak. Undang-undang ini juga memasukkan kesalahan melakukan
hubungan jenis sesama lelaki (liwat) dan hubungan jenis dengan binatang yang menepati
pendapat mazhab Syafie. Undang-undang Malaysia masih dipengaruhi oleh undang-undang
Islam. Perkara ini dapat dilihat pada kedudukan agama Islam, bidang kuasa dan
pentadbirannya dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Perkara 3 Perlembagaan
Persekutuan telah menetapkan Islam adalah agama bagi persekutuan; tetapi agama-agama
lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.
Perlembagaan Persekutuan turut memperuntukkan kuasa mentadbir undang-undang Islam
pada pihak berkuasa negeri selaku ketua agama di sesebuah negeri atau wilayah. Ketua
agama di negeri masing-masing dipertanggungjawab melaksanakan tugas dengan nasihat
Majlis Agama Islam yang mempunyai kuasa. Undang-undang Islam di negeri-negeri di
Malaysia ditadbirkan menurut Enakmen atau Ordinan Pentadbiran Agama negeri masing-
masing. Enakmen atau ordinan tersebut memberi peruntukan mengenai penubuhan Majlis
Agama Islam, penubuhan Mahkamah Syariah, sumber kewangan, perkahwinan dan
perceraian, nafkah tanggungan, kesalahan-kesalahan sivil dan jenayah serta mualaf.

Selain itu, tamadun Islam juga memainkan peranan sebagai pemangkin kepada
pembentukan Malaysia dalam pembinaan institusi kewangan. Tamaddun Islam turut
mempengaruhi aktiviti ekonomi masyarakat di Tanah Melayu. Penggubalan dasar dan
perubahan dalam perundangan ekonomi membawa kepada penubuhan institusi-institusi
Islam yang memainkan peranan penting dalam ekonomi dan perniagaan Islam di Malaysia.
Praktis ini semakin serius dilakukan dalam amalan institusi kewangan. Pada era 1980-an
menampilkan satu perkembangan yang memberangsangkan di mana usaha pemerintah
menjadikan wawasan ekonomi berteraskan tamadun Islam dapat dilaksanakan. Akta
perbankan telah dirombak bagi membolehkan pihak kerajaan menubuhkan satu institusi
yang menjalankan amalan perniagaan berdasarkan syariat Islam. Justeru melalui
perubahan terhadap akta perbankan, penubuhan institusi kewangan Islam telah diluluskan.
Ekoran itu, wujud Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang menjadi pelopor perbankan
Islam. Penubuhan institusi ini dilanjutkan dengan wujudnya Bank Muamalat yang juga
menjalankan operasi berdasar sistem muamalat Islam. Pengurusan perbankan yang
berpandukan kaedah syarak dan ditadbir urus oleh golongan profesional Islam telah
memberi sinar baru kepada institusi kewangan di Malaysia. Kewujudan institusi perniagaan
Islam ini telah memberi pilihan kepada masyarakat di Tanah Melayu untuk memberi
sumbangan dan turut sama dalam usaha memajukan ekonomi. Institusi kewangan Islam ini
juga tidak menghalang masyarakat bukan Islam sama-sama menganggotai institusi
kewangan ini.

Selanjutnya, tamadun Islam juga memainkan peranan sebagai pemangkin kepada


pembentukan Malaysia dalam pembinaan institusi pendidikan. Sebelum kewujudan
tamadun Islam di Tanah Melayu bahasa Melayu ditulis dengan menggunakan huruf Kawi
dan Nagari yang berasal dari Pallava, India. Manakala, tulisan Jawi mulai terkenal selepas
tamadun Islam. Tamadun Islam turut berjaya mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa
Lingua Franca atau bahasa perantaraan dalam menjalin hubungan dengan masyarakat luar.
Tamadun Islam telah memperkenalkan pengetahuan bercorak falsafah, rasional dan
intelektual di Tanah Melayu. Perlembagaan Malaysia melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan
telah memperuntukkan hak kepada semua rakyat untuk mendapat pendidikan formal
semenjak di peringkat awal lagi. Golongan pendidik Islam telah mempergunakan ruang ini
dengan menubuhkan institusi pendidikan dan pusat-pusat keilmuan Islam. Institusi ini
menjadi tempat masyarakat Tanah Melayu mendalami pelbagai bidang ilmu pengetahuan.
Penubuhan institusi ini memberi kesan kepada perkembangan pendidikan agama di
Malaysia. Pendidikan agama mengalami perubahan pesat, di mana sebahagian besar
sekolah-sekolah agama rakyat mula di kendalikan oleh Kementerian Pelajaran dengan
bantuan dan sokongan pemerintah. Kesan pengambil alihan ini, ramai di kalangan pelajar-
pelajar di Tanah Melayu telah berjaya meneruskan pengajian mereka hingga ke peringkat
universiti sama ada di dalam mahupun luar negara. Pengisian kurikulum yang bersifat
semasa dan penerapan asas-asas ajaran Islam telah menarik minat ramai kalangan ibu
bapa untuk menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah-sekolah aliran agama di
bawah kelolaan Kementerian Pelajaran. Kini, ibu bapa yakin dengan kemampuan dan
peluang yang disediakan oleh pemerintah di sekolah-sekolah agama. Lulusan aliran ini
bukan sahaja dapat menguasai ilmu agama, malah anak-anak mereka turut menguasai
ilmu-ilmu sains dan teknologi di samping pelbagai kemahiran.

Kesimpulannya, jelas memperlihatkan Tamadun Ialam adalah paksi kepada


pembinaan Tamadun Malaysia. Beberapa aspek yang perlu dilihat dalam kita menentukan
peranan Tamadun Islam dalam membina Tamadun Malaysia adalah bersandarkan kepada
latar belakang asas pembinaan Tamadun Islam. Tamadun Islam telah menjadi landasan
perkembangan tamadun Malaysia yang bertunjangkan kepada nilai keagamaan, nilai seni
dan budaya dan nilai politik dan perundangan. Kesemua nilai ini mempunyai peranan
penting dan dijadikan asas pembinaan Tamadun Malaysia. Asas-asas ini menjadi acuan
kepada rangka kerja pembinaan Tamadun Malaysia.
6.0 REFLEKSI

Ribuan terima kasih ingin saya mendahulukan kepada pensyarah TITAS, En. Hadi
yang memberi peluang kepada saya untuk melaksanakan tugasan Tamadun Islam dan Asia
(TITAS) di samping memberi tunjuk ajar semasa menjalankan tugasan. Sepanjang
melaksanakan tugasan, saya telah mengkaji tentang beberapa tamadun seperti tamadun
Islam, Cina, India, Jepun dan Eropah. Saya juga mengkaji tentang faktor-faktor
kegemilangan dan kemunduran tamadun Islam di Tanah Melayu dan pemangkin kepada
pembentukan tamadun Malaysia. Selepas menyiapkan tugasan individu ini, saya telah
mengetahui latar belakang dan perkembangan setiap tamadun secara terperinci dan
mendalam. Hal ini menyebabkan saya dapat membezakan keistimewaan dan perbezaan
yang tersendiri dalam setiap tamadun. Melalui tugasan ini saya juga dapat memahami
konsep tamadun dan dapat mengetahui pengertian tamadun mengikut beberapa tokoh
terkenal.

Selain itu, saya juga telah mengenalpasti ciri-ciri tamadun Islam, Cina, India, Jepun
dan Eropah dari segi keagamaan, penduduk, Kota Raya, pemerintahan, undang-undang,
pengkhususan kerja, teknologi, ilmu pengetahuan dan perdagangan. Di sini saya telah
dapat mengenali perbezaan yang wujud antara tamadun-tamadun daripada ciri-cirinya.
Dalam tugasan pertama dapat mengetahui kegunaan peta i-think untuk menyampaikan
maklumat secara ringkas. Saya juga telah memilih peta i-think yang bersesuai mengikut isi
dan huraian tugasan. Hal ini menyebabkan saya dapat melatih saya untuk menggunakan
peta i-think yang bersesuaian mengikut kegunaannya. Saya dapat memahami bahawa peta
i-think adalah salah satu alat yang menyampaikan maklumat secara ringkas dan
berorganisasi.

Saya telah mengenalpasti faktor-faktor kegemilangan dan kemunduran tamadun


Islam di Tanah Melayu dan pemangkin kepada pembentukan tamadun Malaysia. Saya telah
memahami kedudukan strategik, agama, peranan rakyat, peranan pemerintah adalah aspek
yang penting dalam kegemilangan sesuatu tamadun. Antara faktor kegemilangan tamadun
Islam adalah . Perkara ini menjelaskan bahawa peranan keagamaan adalah salah satu
faktor yang untuk kegemilangan tamadun Islam di Tanah Melayu. Faktor kemunduran
tamadun Islam yang penting adalah sikap manusia yang mementingkan diri sehingga
runtuhnya akhlak mulia dalam dirinya. Saya dapat mengenalpasti terdapat beberapa faktor
yang menyebabkan akhlak manusia runtuh.
Saya juga telah mengetahui tentang kepentingan tamadun Islam dan peranannya
dalam mempengaruhi kehidupan masyarakat dahulu. Saya juga dapat mengenali bentuk-
bentuk perubahan yang berlaku di Tanah Melayu dan perbezaan cara hidup penduduk
Tanah Melayu sebelum dan selepas kedatangan Islam. Saya juga dapat memahami
kepentingan pedagang dan pendakwah dari China dan India dalam membawa masuk Islam
ke Tanah Melayu. Tamadun Islam telah memberi kesan yang besar terhadap pembentukan
tamadun Malaysia. Kesannya adalah seperti agama dan kepercayaan, pendidikan, bahasa
dan kesusasteraan, perundangan, politik serta pemerintahan. Saya juga dapat mengetahui
secara mendalam tentang kesan tamadun Islam dalam pembinaan nilai politik dan
perundangan, pengaruh Islam dalam Institusi kewangan, pembinaan Institusi pendidikan
dan pembinaan nilai seni dan budaya. Perubahan-perubahan yang telah berlaku ini
memang banyak memanfaat tamadun Malaysia.

Justeru itu, saya juga dapat mengenalpasti fakta-fakta palsu tentang tamadun-
tamadun dalam sumber internet. Dengan membuat kajian banding silang sumber iaitu
menentukan kebenaran sesuatu maklumat dengan merujuk pelbagai sumber saya dapat
mengenalpasti maklumat yang betul dan palsu. Hal ini menjadi pengajaran kepada saya
supaya tidak terlalu bergantung kepada sumber internet dan perlu mempelbagaikan sumber
rujukan untuk mendapat maklumat yang betul dan nyata. Setelah selesai menyiapkan
tugasan ini, inilah antara pengetahuan baru dan penting yang dapat saya senaraikan. Tidak
dapat dinafikan bahawa tamadun Islam di Tanah Melayu membawa banyak perubahan
kepada masyarakat dan pembentukan tamadun Malaysia.

.
7.0 RUJUKAN

Samuel P. Huntington (1992).Pertembungan Peradaban. (terjemahan) Kuala Lumpur : ISIS


Malaysia, 1992, hlm4-6

Siti Hajar Che Man Dan Ratna Roshida Abd Razak. (2012). Penawaran Kursus Tamadun
Islam Dan Tamadun Asia Di Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia: Platform Utama Ke
Arah Memperkenalkan Tamadun Cina. Journal Sosiohumanika, 5(1).

Hunting, Samuel. (1993).The Clash of Civilization and the Remaking of World Order. dlm
Foreign Aairs, 72(3) :22-49

Siddiq Fadhil. 2006. Krisis Kependidikan Masa Kini, Cabaran Membina Generasi Berjiwa
Merdeka. Madaniyat: Akademi Kajian Ketamadunan.

Yusuf al-Qaradawi (2005), Priorities of the Islamic Movement in the Coming Phase, UK:
Awakening Publications.

You might also like