You are on page 1of 2

BAHAGIAN AKAUN

Laporan Pelaksanaan EKSA Bahagian Akaun : Oktober 2014

Aktiviti EKSA Bahagian Akaun bagi bulan Oktober 2014 adalah pengauditan
EKSA oleh juruaudit dalaman Bahagian Akaun dan juruaudit Kementerian.
Penguditan dalaman Bahagian Akaun telah diadakan pada 3 Oktober 2014
manakala pengauditan oleh juruaudit Kementerian adalah pada 9 Oktober
2014 oleh Encik Zulkifli dan Sarjan Kamariah.

Pengauditan oleh juruaudit kementerian dimulai dengan kata-kata aluan


daripada Timbalan Ketua Akauntan, Bahagian Akaun dan seterusnya
pengauditan kepada fail-fail zon dan kawasan seliaan zon-zon. Semua
Fasilitator dan Ketua Zon telah memberikan kerjasama kepada pengauditan
tersebut. Untuk pengauditan kali ini, Bahagian Akaun telah berjaya mendapat
3 Best Practises iaitu di Sudut Go Green Induk, Sudut Rohani di surau wanita dan
kotak bagi inventori alat tulis.

Pengauditan tersebut berakhir pada jam 5.30 petang dengan penerangan


ringkas berkaitan dengan penemuan-penemuan audit yang turut dihadiri oleh
semua Ketua Zon dan wakilnya. Penemuan-penemuan audit tersebut telah
diedarkan kepada semua warga Bahagian Akaun untuk diambil tindakan
pembetulan.
GAMBAR AKTIVITI BULAN OKTOBER 2014

Pengauditan EKSA oleh Juruaudit Kementerian Pertahanan pada 9 Oktober 2014

You might also like