You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

SK LENGKUAS, 32800 PARIT PERAK.

BIL 1/ 2016

TARIKH : 19.1.2016

MASA : 1.45 tengahari

TEMPAT : Bilik Mesyuarat Sekolah

KEHADIRAN :

1. En. Abd. Rani bin Abdul Rahman


2. En. Asyraf bin Abd. Latif
3. En. Anuar bin Osman
4. En. Yusaini bin Tajudin
5. En. Idris bin Mohd. Hassim
6. En. Chooi Wen Hui
7. En. Megat Azimuddin
8. En. Mohd Yusof bin Re

1 KATA ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan ucapan terima kasih atas kehadiran semua AJK
Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
1.2 AJK dimaklumkan agar meningkatkan lebih usaha dalam meningkatkan kualiti
proses pengajaran dan pembelajaran.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT PEND. JASMANI DAN KESIHATAN BIL. 1/2014

2.1 Minit mesyuarat Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Bil. 4/2015 telah disahkan
tanpa pindaan .
Pencadang : En. Asyraf bin Abd Latif
Penyokong : En Yusaini bin Tajudin

3 ISU-ISU YANG DIBINCANGKAN.

3.1 Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentakisran ( DSKP ) dan Kurikulum


Standard Sekolah Rendah ( KSSR ).
3.1.1 Semua guru tahun 1 hingga tahun 6 diminta muat turun DSKP sendiri di Laman web
BPK.

3.2 Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Jasmani.

3.2.1 RPH mestilah berdasarkan DSKP . Aktiviti yang dirancang hendakah


berfokuskan kepada murid dan mesti ada penilaian daripada guru.

3.3 Rancagan Pengajaran Harian Pendidikan Kesihatan.


3.3.1 Semua guru diminta merujuk atau memuat turun RPH di lama Web BPK.

3.4 Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia


( SEGAK ).

3.4.1 Program segak berfokuskan kepada murid tahap 2 terutama yang mengalami obesiti.
3.4.2 Program SEGAK akan dilaksanakan pada 18.4.2016 untuk tahun 4 , 25.4.2016 untuk
tahun 5 dan 8.5.2016 untuk tahun 6 .

3.5 Pentaksiran Berasaskan Sekolah ( PBS ).

3.5.1 semua guru hendaklah merujuk buku teks untuk membuat PBS. Penilaian boleh dibuat
bila-bila masa.

3.6 Penilaian ( Peperiksaan ).

3.6.1 Pada tahun 2016, pembahagian markah untuk pendidikan jasmani akan
dipecahkan kepada 50% peperiksaan dan 50% dipadang, manakala
pendidikan kesihatan pula 100 % peperiksaan. Penggubal soalan diminta
menghantar satu salinan beserta dengan skema jawapan kepada KP dan
SU peperiksaan.

3.7 Stor, peralatan dan keceriaan.

3.7.1 Semua peralatan yang akan digunakan akan direkodkan di


dalam buku yang disediakan.
3.7.2 Semua guru mestilah mengutamakan keselamatan semasa
mengambil peralatan di dalam stor sukan. Pastikan guru
mengiringi murid semasa mengambil dan menghantar peralatan
stor sukan. Hanya 2 orang murid sahaja yang boleh mengambil
dan menghantar alatan .
3.7.3 Semua guru hendaklah memastikan peralatan sukan disimpan
dengan baik dan ditempat yang sepatutnya setelah digunakan.

3.8 Pakaian semasa Pendidikan Jasmani.


3.8.1 Semua guru dan murid diminta memakai pakaian sukan yang lengkap ssemasa proses
pengajaran dan pembelajaran pendidikan Jasmani di padang.

4 HAL-HAL LAIN

4.1 Pembinaan soalan peperiksaan bagi pertengahan tahun dan akhir tahun
perlu diagihkan dan dibincangkan bersama guru mengikut aliran.
4.2 Semua guru boleh memohon untuk membeli barang atau peralatan PJK.
Jumlah Peruntukan belum dimaklumkan .

5 PENANGGUHAN MESYUARAT
5.1 Pengerusi menangguhkan mesyuarat pada pukul 2.30 petang dengan
ucapan terima kasih kepada semua yang hadir.

Disediakan oleh , Disemak oleh ,

( EN. ANUAR BIN OSMAN) ( EN. ABD RANI BIN ABD. RAHMAN )

Setiausaha, Guru Besar,


Panitia Pend. Jasmani dan kesihatan. SK Lengkuas, Perak
SK Lengkuas, Perak

You might also like