You are on page 1of 2

SOALAN UJIAN [ 10 PERATUS]

Berikut ialah maklumat mengenai enrolmen pelajar di Sekolah Menengah Benta Pahang
pada 1 Oktober 2015 :

Tingkatan Jumlah
Tkn. Satu - Tiga 700
Tkn. 4 294
Tkn. 5 230
Jumlah 1224

a) Maklumat Tambahan :

i) Semua pelajar Tingkatan Empat dan Lima mengambil mata pelajaran Fizik,
Kimia, Biologi, dan Matematik Tambahan.

ii) Selain daripada itu, seramai 50% daripada pelajar Tingkatan Empat dan Lima
mengambil mata pelajaran Prinsip Perakaunan, 30% Teknologi Maklumat dan
bakinya Lukisan Kejuruteraan.

iii) Kesemua pelajar sekolah ini dikehendaki mengambil Bahasa Asing sama ada
Bahasa Arab Komunikasi, Bahasa Jerman atau Bahasa Mandarin.

iv) Seramai dua belas orang pelajar Tingkatan Lima telah mengambil mata pelajaran
Pendidikan Seni Visual. Pembelajaran dibuat secara persendirian.

v) Seramai 120 orang pelajar Tingkatan Satu hingga Tiga mengambil mata
pelajaran Pendidikan Muzik. Manakala 60 orang lagi adalah pelajar Tingkatan
Empat.

vi) Pada bulan Januari 2016, tambahan seramai 50 orang pelajar Tingkatan Satu
telah diterima belajar di sekolah ini. Semua pelajar ini mengambil Bahasa Arab
Komunikasi dan Bahasa Jerman sebagai Bahasa Asing.

b) Baki-baki Akaun Wang Kerajaan pada 1 Mac 2016 adalah seperti berikut :
RM
i) Teras 3,200.00
ii) Wajib 1,300.00
iii) Elektif 2,200.00
iv) Bimbingan & Kaunseling 300.00
v) Pusat Sumber Sekolah 600.00
vi) Pelbagai 1,200.00

c) Penerimaan yang berlaku di sepanjang bulan Mac 2016 ialah :

i) 05 Mac - Menerima semua peruntukan yang dipohon.


ii) 15 Mac - Menerima Biasiswa Kecil Persekutuan RM53,000.00.
e) Pembayaran yang dibuat di sepanjang bulan Mac 2016 ialah :

Tarikh Urusniaga
i. 01 Mac Membayar Pustaka Harmoni RM3,500.00 kerana membekalkan buku-buku
dan majalah.
ii. 02 Mac Membayar Kantin Sekolah RM400.00 kerana menyediakan makanan
kepada penceramah-penceramah Kursus Motivasi PMR.
iii. 10 Mac Membayar Koperasi Sekolah RM240.00 kerana membekal buku
Latihan Bahasa Perancis Tingkatan Dua.
iv. 14 Mac Menjelaskan semua bil air, elektrik, telefon dan Astro RM2,200.00
v. 18 Mac Membayar Syarikat Bas Seri Mogah RM600.00 kerana menghantar
pelajar ke Pertandingan Kuiz Sains Peringkat Daerah.
vi. 20 Mac Membayar biasiswa kepada semua pemegang biasiswa.
vii. 22 Mac Menyelesaikan invois RM7,700.00 kepada Syarikat Bio Sains kerana
membekal peralatan Sains kepada sekolah.
viii 26 Mac Membayar saguhati wang petrol RM50.00 kepada Cikgu Lim kerana
menghantar pelajar sakit pulang ke rumah.
ix. 28 Mac Menjelaskan invois membaiki kebocoran siling RM700.00 kepada
Syarikat Penyelenggaran Tiagarajah.
x. 30 Mac Rekupmen sebanyak RM50.00 kepada Panjar Wang Runcit kerana
membeli bahan habis guna bagi Kemahiran Hidup dengan menggunakan
wang peruntukan panitia.

DIKEHENDAKI:

a) Sediakan Akaun Wang Kerajaan bagi bulan Mac 2016 dengan mengambilkira semua
urusniaga di atas.

a) Hitung jumlah peruntukan tambahan. (Tunjukkan semua jalan kerja).

b) Bincangkan prosedur serta tarikh pelarasan Akaun Wang Kerajaan berkaitan


permohonan peruntukan tambahan dan pengembalian peruntukan lebihan dalam Akaun
Wang Kerajaan.

(Tips: Bundarkan kiraan orang dan bagi nilai RM ikut pada 2 titik perpuluhan).

SOALAN TAMAT

Dr. Syed Ismail bin Syed Mohamad

You might also like