You are on page 1of 4

KEMASAN

Dalam proses pembinaan bangunan,kemasan merupakan kerja-kerja terakhir yang


Menentukan kecantikannya.Terdapat be kemasan mempunyai cirri-ciri tersendiri.
berapa jenis kemasan yang boleh dilakukan
Pada setiap bangunan berdasarkan kepada bahan-bahan yang digunakan.Pemilihan
Jenis kemasan hendaklah dilakukan dengan cermat supaya mutu kemasan terjamin
Dan dapat menjimatkan kos.Tiap-tiap jenis
15.0.1 FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN KEMASAN
Harga:
Kemasan yang dipilih mestilah merupakan bahan yang tidak mahal tetapi
mempunyai mutu yang tinggi.
Kelasakan:
Kemasan yang dipilih mestilah tahan lama iaitu tidak mengalami kecacatan
Pada permukaannya. Ia juga mestilah tahan lasak terhadap kelembapan, suhu,
Dan tidak mudah reput.
Rupa:
Pemilihan rupa bentuk yang sesuai memainkan peranan penting dalam menentukan
kemasan lantai. Ini bertujuan supaya rekabentuk kemasan lantai
dapat dipilih bersesuaian dengan tempat yang hendak dipasang.
Rintangan api:
Ia mestilah bahan yang tidak mudah terbakar seperti jubin bata, jubin seramik,
konkrit dan lain-lain.
Penyerapan Bunyi:
Kemasan yang dipilih juga seharusnya dapat menyerap bunyi supaya dapat memberikan
keselesaan kepada pemilik dan penghuni.
Keselamatan:
Kemasan yang dipilih mestilah dapat menyerap bunyi, tidak licin, rata dan merupakan
penebat haba yang baik.
Keselesaan:
Biasanya digunakan pada karpet, kemasan vinil, jubin gabus dan sebagainya.

15.0.2 KEMASAN LANTAI


15.0.3 JENIS-JENIS KEMASAN LANTAI
Lepa Simen:
Kemasan lepasan simen Portland biasa ataupun simen berwarna pada dasar
konkrit merupakan sejenis kemasan lantai yang biasa digunakan dalam pembinaan
bangunan perusahaan dan rumah-rumah kos rendah.

Terazzo:
Ia digunakan sebagai kemasan lantai atau tembok. Lantai terazzo biasanya digunakan
di bilik tamu, bilik tidur, pejabat dan lain-lain. Ia tidak sesuai digunaka ditempat yang
lembab seperti bilik air dan dapur.
Jubin:
Terdapat banyak jenis jubin yang boleh didapati di pasaran tempatan dan banyak
kegunaannya.Jubin diperbuat daripada tanah liat, pasir, dan bahan
tambahan melalui proses pembakaran. Selain itu juga, jubin mempunyai
kegunaan khas seperti jubin rintangan gelincir, jubin tahan lasak dan sebagainya.
Mozek:
Mozek diperbuat daripada tanah liat dan bahan-bahan tambahan melalui
proses pembakaran.Ia merupakan kepingan jubin yang disusun dengan berbagai-bagai
rekabentuk.Pembinaanya biasa dilakukan dengan menggunakan adunan simen untuk
melekatkan mozek di dasar konkrit.
Bata Marmar:

Kepingan batu marmar yang berupa tapak sekata ataupun tapak tak sebentuk
dilekatkan di dasar konkrit dengan menggunakan adunan simen. Permukaan
lantai perlu diasah dengan mesin canai menggunakan batu asah gred kasar dan gred
halus sehingga rata, licin dan dikemaskan dengan lilin.

Jalur kayu:

Kemasan ini terdiri daripada papan jalur sama ada dipakukan pada beluti kayu
yang ditanam didalam lapisan konkrit ataupun pada gelagar lantai kayu. Lantai jalur
kayu boleh dikemaskan dengan sampar atau lekar.

Parquet:
Dihasilkan daripada kayu keras terpilih dan kemudian dipotong mengikut pelbagai
saiz , bentuk dan corak yang menarik. Blok parkey boleh diletakkan
terus pada lantai dengan syarat permukaan aras yang rata, secara disematkan atau
diglu dalam keadaan panas. Kemasan ini dianggap sebagai salah satu jenis. Kemasan
jenis ini merupakan kemasan lantai yang paling menarik dan boleh diaturkan dengan
corak yang dikehendaki.

You might also like