You are on page 1of 7

PANDUAN PENYEDIAAN LAPORAN

PENYELIDIKAN TINDAKAN
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
25 Mei 2010

1.0 PENDAHULUAN

Garis panduan ini adalah untuk kegunaan pelajar Institut Pendidikan Guru, Kementerian
Pelajaran Malaysia (IPG-KPM) yang perlu menyediakan laporan penyelidikan tindakan sebagai
memenuhi keperluan kurikulum Ijazah Sarjana Muda Perguruan.

2.0 KERTAS
2.1 Saiz : A4 (berkualiti tinggi; 210 mm x 297 mm, 80gsm)
2.2 Warna: Putih

3.0 PENAIPAN
3.1 Jenis Huruf: Times New Roman bersaiz 12 yang ditaip justify
3.2 Selang Baris: DUA (2) langkau double spacing bagi teks am.
Manakala SATU (1) langkau digunakan untuk Abstrak dan
Terjemahan Abstrak dan Rujukan
3.3 Ukuran: Ukuran Muka Surat seperti berikut:
Atas : 2.5 cm daripada jidai atas
Bawa : 2.5 cm daripada jidai bawah
Kanan: 2.5 cm daripada jidai kanan
Kiri : 4.0 cm daripada jidai kiri

Peringatan:

i. Setiap permulaan tajuk hendaklah ditaip 5.0 cm daripada


birai atas kecuali tajuk laporan penyelidikan, rujukan dan lampiran.

ii. Pada setiap perenggan terakhir dalam sesuatu halaman


mengandungi sekurang-sekurangnya DUA baris teks bertaip. Sekiranya
tidak, pindahkan teks tersebut ke halaman berikutnya sebagai perenggan
baru.

iii. Perkataan terakhir sesuatu halaman tidak boleh


menggunakan tanda sempang.

1
iv. Sesuatu halaman yang baru hendaklah mengandungi
sekurang-kurangnya DUA baris teks.

3.4 Format Am : Semua tajuk ditaip dengan huruf besar kecuali subtajuk.
3.5 Nombor Halaman :

i. Kedudukan nombor halaman bagi teks am adalah


1.5 cm daripada birai bawah dan 2.5 cm daripada birai kanan. Gunakan
huruf yang sama dengan huruf teks, tanpa hiasan.

ii. Pada halaman permulaan (bermula daripada


halaman judul) hendaklah dinomborkan dengan angka kecil roman secara
berturut-turut sepertimana berikut: i, ii, iii, iv .

Peringatan: halaman permulaan dianggap sebagai halaman (i), tetapi tidak


ditaip pada halaman pertama.

iii. Manakala pada halaman teks am hendaklah


menggunakan angka numerik iaitu: 1, 2, 3, 4 .

Peringatan: halaman pertama teks dianggap sebagai halaman (1), tetapi tidak
ditaip sebagai (1). Begitu juga bagi halaman permulaan setiap bab yang
tidak perlu ditulis nombor halamannya, tetapi diambil kira ketika
menomborkan halaman berikutnya.

4.0 CETAKAN

Cetakan pada sebelah halaman sahaja iaitu semasa menjilid hendaklah pada sebelah
kanan.

5.0 PENJILIDAN

5.1 Serahan : Menyediakan LIMA (5) naskhah tesis. Naskah untuk


pemeriksaan (penyelia/penilai kedua) hendaklah dijilid menggunakan kulit keras
jenis biasa SAHAJA.

Nota: Sebelum dijilid, calon hendaklah terlebih dahulu memastikan setiap


pembetulan telah diuruskan selepas melaksanakan pembentangan dalam
seminar penyelidikan.

5.2 Penduaan : Bagi salinan berikutnya, calon hendaklah menggunakan kertas


mempunyai mutu yang baik sekurang-kurangnya 80 g dan ke atas sahaja.

5.3 Warna : Tesis hendaklah dijilid kekal berkulit keras dengan kulit jenis
buckram dan bertulisan emas. Warna kulit adalah Merah Tua (maroon).

6.0 KETERANGAN PADA KULIT LAPORAN KAJIAN

6.1 Kulit Laporan mestilah mempunyai maklumat yang disusun mengikut urutan
berikut:

Judul lengkap penyelidikan

Nama penuh penulis seperti dalam kad pengenalan


Nama Institut Pendidikan Guru (IPG) tempat penulis berdaftar
Bulan dan Tahun diserahkan

2
Maklumat yang tersebut di atas hendaklah ditaip bermula dengan Tajuk
Penyelidikan (dalam bentuk piramid terbalik) dengan ukuran 5.0 cm daripada
birai atas dan berakhir dengan Tahun 5.0 cm daripada birai bawah.

Sila lihat contoh di Lampiran A1.

6.2 Tulang Kulit

Maklumat pada ruang tulang laporan penyelidikan hendaklah dicetak dengan


jenis dan saiz huruf yang sama sepertimana pada muka hadapan laporan dan
hendaklah mengikut susunan yang berikut:

Nama IPG (singkatan)


Nama Calon
Ijazah
Tahun

Contoh:

5.0 cm
IPG-KBA MOHD. KAHIRUL BIN IDZHAR PISMP 2010
5.0 cm

7.0 FORMAT LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN


Laporan penyelidikan ini mengandungi beberapa bahagian yang disusun mengikut format
Penyelidikan Tindakan.

8.0 SUSUNAN DAN URUTAN KANDUNGAN LAPORAN

Laporan penyelidikan hendaklah disusun mengikut urutan seperti yang berikut:


8.1 Kertas Kosong
8.2 Halaman Judul (Rujuk Lampiran A2)
8.3 Abstrak
Abstrak hendaklah ditulis dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan diikuti
terjemahannya dalam bahasa Inggeris atau bahasa yang digunakan dalam
kursus major di muka surat yang berikutnya. Abstrak mestilah ringkas, ditulis
dalam satu perenggan serta tidak melebihi 250 patah perkataan dalam satu
muka surat sahaja. Ia hendaklah menyatakan dengan ringkas tujuan
penyelidikan, kumpulan sasaran (sampel), instrumen penyelidikan, tindakan yang
dijalankan, keputusan yang diperoleh dan tindakan susulan. Sila lihat contoh
pada Lampiran F dan G.

8.4 Pengesahan Penyelia


Laporan penyelidikan yang hendak diserahkan untuk tujuan penilaian hendaklah
mendapat pengesahan penyelia terlebih dahulu. Sila lihat contoh pada Lampiran
B.

8.5 Halaman Pengakuan Penulis


Halaman ini mengandungi pengakuan penulis tentang keaslian penyelidikan. Ia
hendaklah ditandatangani oleh penulis. Sila lihat contoh pada Lampiran C.

8.6 Halaman Dedikasi (Pilihan)

3
Penyataan dedikasi hendaklah ringkas, iaitu tidak lebih daripada satu perenggan
dan tidak mengandungi sebarang nombor, carta atau gambar. Sila lihat contoh
pada Lampiran D.

8.7 Halaman Penghargaan (Pilihan)


Halaman ini hendaklah ditulis tidak melebihi dua muka surat. Penghargaan
dirakamkan kepada orang perseorangan atau organisasi yang telah memberikan
sebarang bantuan dalam penyediaan kajian. Sila lihat contoh pada Lampiran E.

8.8 Halaman Kandungan


Halaman kandungan hendaklah dimulakan pada halaman baru dan mengandungi
senarai tajuk dan pecahan-pecahan utama daripada tajuk yang terdapat dalam
penyelidikan. Sila lihat contoh pada Lampiran H.

8.9 Halaman Senarai Jadual


Senarai ini mengandungi semua tajuk jadual yang dimuatkan dalam penyelidikan
ini. Sila lihat contoh pada Lampiran I.

8.10 Halaman Senarai Rajah


Rajah merangkumi gambarajah, fotograf, lukisan, graf, carta dan peta. Senarai
rajah mengandungi tajuk rajah dan muka surat yang memuatkan rajah tersebut.
Sila lihat contoh pada Lampiran J.

8.11 Halaman Senarai Lampiran


Senaraikan semua lampiran yang dimuatkan dalam penulisan penyelidikan
dengan memberi perhatian kepada perkara berikut:
a. Laporan penyelidikan tidak semestinya mengandungi lampiran.
Sekiranya diperlukan seperti data penyelidikan, jadual, soal-selidik, peta,
gambar dan sebagainya yang terlalu panjang untuk dimasukkan ke
dalam teks atau yang tidak diperlukan secara langsung bagi menjelaskan
perkara yang dibincangkan dalam teks bolehlah dimasukkan ke dalam
lampiran.
b. Lampiran boleh diberi nama seperti Lampiran A, Lampiran B dan
seterusnya bergantung kepada jenis dan banyaknya bahan yang
disertakan sebagai lampiran. Lampiran juga boleh diberi tajuk-tajuk
tertentu. Sila lihat contoh pada Lampiran K.

8.12 Teks
a. Teks dalam penulisan laporan penyelidikan hendaklah mengandungi
tajuk/judul yang membayangkan kandungannya berdasarkan format
penulisan Penyelidikan Tindakan. Setiap tajuk/judul boleh dipecahkan
kepada sub tajuk/judul dan dinomborkan, jika perlu.
b. Teks ditulis dalam perenggan demi perenggan. Elakkan menulis
perenggan yang panjang. Setiap perenggan sebaiknya dapat
menerangkan satu isu atau perkara yang ada kesinambungan dengan
perenggan berikutnya.
c. Berikut adalah tajuk teks dalam laporan Penyelidikan Tindakan.

1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

4
1.3 Pengumpulan Data Awal

2.0 FOKUS KAJIAN


2.1 Huraian Fokus Kajian
2.2 Tindakan/Intervensi

3.0 OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN

4.0 KUMPULAN SASARAN

5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN


5.1 Prosedur Pelaksanaan
5.2 Cara Mengumpul Data

6.0 DAPATAN: ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

7.0 PERBINCANGAN DAN REFLEKSI

8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

9.0 SENARAI RUJUKAN

LAMPIRAN

8.12 Sistem Rujukan


8.12.1 Menulis Rujukan Dalam Teks
Bagi maklumat atau idea yang diambil daripada sesuatu sumber, penulis
hendaklah menyatakan sumber tersebut dalam teks. Rujukan dalam teks dan
dalam Senarai Rujukan hendaklah ditulis mengikut sistem American
Psychological Association (APA) yang terkini. Contoh rujukan dalam teks adalah
seperti yang berikut:

(a) Menyatakan hasil karya seorang pengarang:

Sepanjang kajiannya, Wong (2000) telah menunjukkan

Sistem pendidikan di Malaysia menggalakkan perkembangan


individu yang menyeluruh (Choy, 2006).

(b) Menyatakan hasil karya dua orang pengarang:

Laporan Harton dan Smith (1995) menyatakan

Pelajar IPG didapati mempunyai bakat yang pelbagai (Lee & Boon, 2005).

(c) Menyatakan hasil karya beberapa orang pengarang:

Goromon (2003), Hector (2001) dan Victor dan Michael (2006)


menyatakan

Banyak kajian yang lepas (contoh, Francis, 1995; Garmon, 1998; Goon &
Koh, 2003) telah menunjukkan

(d) Menyatakan hasil karya sumber sekunder:

5
Sistem pendidikan di Malaysia terlalu mementingkan peperiksaan (Man,
1982, seperti dinyatakan dalam Lim, 1990).

Mengikut Man (1982, seperti dinyatakan dalam Lim, 1990), sistem


pendidikan di Malaysia terlalu mementingkan peperiksaan.

8.12.2 Menulis Rujukan dalam Senarai Rujukan


Contoh rujukan dalam Senarai Rujukan adalah seperti yang berikut:
(a) Buku

Kleeman, G. (1995). Kemahiran pemetaan topografi. Sydney: Hodder Headline.

(b) Jurnal

Lindsay, A. W. (1982). Institutional performance in higher education: The


efficiency dimension [Prestasi institusi dalam pendidikan tinggi: Dimensi
kecekapan.] Review of Educational Research, 2, 175-199.

(c) Surat khabar

Ball, S. (1986, February 27). Tiada hadiah bagi HSC. Utusan Malaysia, hlm. 15.

(d) Tesis tidak diterbitkan

Aeria, L. A. (1980). Burnout dalam kalangan guru-guru Wilayah Persekutuan.


Tesis tidak diterbitkan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.

(e) Media elektronik

Fatimah Buang. (2006). Komputer dan saya. Diperoleh Jan 15, 2007 dari
http://www.gvu.gatech.edu/user_surveys/survey-1997-10/

(f) Media elektronik (tiada tarikh, tiada pengarang)

GVU's 8th WWW user survey. (n.d.). Diperoleh Mac 30, 2004 dari
http://www.gvu.gatech.edu/user_surveys/survey-1997-10/

8.12.3 Menulis Rujukan untuk Nama Pengarang Asia


Dalam Teks

Pengarang Melayu Mohd. Ali (2005) menyatakan

Pengarang Cina Lim (2006) menyokong

Pengarang India Krishnan (2003) menerangkan

Dalam Senarai Rujukan Mohd. Ali b. Mohd. Bakar. (2005).


Merdeka. Kuala Lumpur: Penerbit
Dalam senarai rujukan, tulis nama Taufik Intelek Sdn. Bhd.
penuh pengarang yang tidak
mempunyai nama keluarga. Lim, C. B. (2006). Politik dan saya.
Kuala Lumpur: Azrizad Sdn. Bhd.

Krishnan a/l Thambipillay. (2003).


Dunia politik. Kuala Lumpur:
Tasha Publications.

6
9.0 Had Maksimum
Had panjang laporan Projek Ijazah Sarjana Muda Perguruan tidak melebihi 10 000 patah
perkataan (50 55 muka surat tidak termasuk lampiran).

You might also like