You are on page 1of 2

LAPORAN UNTUK AKTIVITI DALAM KUMPULAN (LDK)

KUMPULAN 4

Aktiviti: Negaraku Duniaku

Penyelaras: 1) Mohd Riduan Bin Ismail

2) Mazlinawati Binti Jamaludin

3) Nor Julia binti Abdul Rahim

4) Nor Azaliza binti Abdullah

5) Siti Zurairah Abdul Hamid

6) Azura Mat Kholik

Objektif:

1. Memupuk semangat kerjasama


2. Melahirkan peserta yang dapat berfikir secara kreatif dan kritis.
3. Mewujudkan sifat saling memberi dan menerima pendapat rakan-rakan yang lain
demi membuat keputusan yang terbaik.
4. Peserta dapat memberi pandangan dan pendapat secara bebas.
5. Menguji ketahanan diri apabila berhadapan dengan kritikan daripada orang lain secara
berdepan.

Peralatan:

1. Kertas Mahjong
2. Marker Pen (Merah, Biru, Hitam 7 batang bagi setiap warna)

Cara permainan:

1. Peserta akan dibahagikan kepada tujuh kumpulan.


2. Setiap kumpulan akan diberikan bahan-bahan seperti kertas mahjong dan marker pen
3 warna (merah, biru dan hitam).
3. Setiap kumpulan dikehendaki mewujudkan sebuah negara diatas kertas mahjong yang
telah diberikan. Setiap ahli dalam kumpulan haruslah memainkan peranan yang aktif
bagi mewujudkan negara tersebut. Peserta juga perlu mencipta bendera atau lambang
negara mereka.
4. Setiap kumpulan bebas bagi menentukan apa juga benda atau perkara yang perlu ada
dalam negara mereka.
5. Setiap kumpulan diberi masa 20 minit untuk menyiapkan tugasan tersebut.
6. Kemudian peserta diberi masa selama 15minit bagi setiap kumpulan untuk membuat
pembentangan. Mereka dikehendaki mempromosikan negara mereka kepada pelabur-
pelabur yang berpotensi (kumpulan-kumpulan lain).
7. Para pelabur berhak untuk memberikan sebarang komen sehingga mereka berpuas
hati dengan penerangan setiap ahli kumpulan.

Peraturan:
1) Peserta harus mematuhi had masa yang telah ditetapkan danperlu berhenti sebaik
sahaja masa telah tamat.
2) Peserta tidak dibenarkan menukar kumpulan yang telah ditetapkan.

Langkah keselamatan:
1) Peserta tidak dibenarkan keluar dari kawasan LDK bagi mengelakkan dari perkara-
perkara yang tidak diingini.
2) Mereka juga perlu sentiasa berada dalam kumpulan dan tidak boleh pergi ke
kumpulan lain.

You might also like