You are on page 1of 1

Peringatan Peraturan Sekolah

Penampilan Diri

1) Memakai pakaian sekolah mengikut peraturan dan baju dimasukkan kedalam seluar
bagi lelaki.
2) Memakai tanda nama, lencana sekolah, tali leher dan tali pinggang yang dibenarkan
sahaja.
3) Songkok berwarna hitam sahaja dibenarkan.
4) Pakaian PJ hanya pada hari yang ada PJ sahaja dan SOPAN.
5) Rambut lelaki hendaklah pendek dan kemas.
6) Murid perempuan rambut perlu diikat dan didandan dengan kemas bagi bukan
islam. Pelajar islam perlu memakai tudung sekolah.
7) Rambut fesyen dan berwarna tidak dibenarkan.
8) Tidak dibenarkan memakai sebarang jenis rantai, gelang, alat solek, atau apa sahaja
bentuk perhiasan.
9) Murid lelaki tidak dibenarkan menyimpan misai dan janggut.

Kehadiran

1) Wajib hadir sekolah sekolah setiap hari sebelum jam 7.30 pagi. Pelajar lewat akan
diambil tindakan.
2) Tidak hadir tanpa sebab, anda dianggap sebagai ponteng dan boleh dikena tindakan
termasuk buang sekolah.

Peraturan dalam kelas

1) Murid perlu sentiasa berdisiplin sama ada guru ada dikelas atau pun tidak.
2) Menjaga kebersihan kelas.
3) Menjaga kemudahan dalam kelas.
4) Mendapat izin guru sebelum keluar kelas.

Lalulintas

1) Memastikan kenderaan anda selamat.


2) Mematuhi peraturan jalan raya.
3) Penunggang motosikal dan basikal hendaklah menuntun motosikal dan basikal
masing-masing dalam kawasan sekolah.

Larangan Keras

1) Merokok, menyalahgunakan dadah, mencuri, berjudi


2) Membuli sama ada fizikal atau mental
3) Merosak harta benda orang

Unit Disiplin SMKSGTS

You might also like