You are on page 1of 7

Minit Curai

Kepada : Pn. Hjh. Hasnah A. Hamid


Guru Besar Sk Sungai Rusa
Daripada : Battiar Bin Tause

Kursus : Pemantapan Pedagogi Guru Matematik (Kreativiti Dalam Pengajaran


Dan Pembelajaran) Untuk Jurulatih Negeri Pulau Pinang
Tarikh : 22 hingga 23 Mei 2012 ( Selasa dan Rabu)
Tempat : SK Bayan Lepas 2, Bayan Lepas
Anjuran : Sektor Pengurusan Akademik, JPN Pulau Pinang

1. LATAR BELAKANG
1.1 Kursus ini dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang.
1.2 Tujuan utama kursus ini adalah memantapkan pedagogi guru matematik yang
memberi fokus kepada kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran.
1.3 Setiap sekolah menghantar seorang guru matematik tahap 2.
1.4 Seramai 10 jurulatih matematik sekolah rendah yang dilantik oleh JPN.

2. ISU ATAU MAKLUMAT PENTING

SELASA 22 Mei 2012


Taklimat urus setia

1. Taklimat urus setia disampaikan oleh Jurulatih Utama, En. Ng Yoon Meng.
2. Intipati taklimat
a. Mematuhi jadual berkursus yang telah disediakan.
b. Pakaian rasmi semasa sesi kursus dijalankan
c. Pengisian maklumat diri guru dalam borang yang disediakan.
d. Pengagihan modul kepada setiap peserta kursus.

SLOT 1 : Kreativiti Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik


Sekolah Rendah
Penceramah : Pn. Shafini bt Abdul Kadir
Masa : 8.00 9.00 pagi
1. Pn. Shafini menerangkan tentang objektif kursus. Antaranya:
a) memahami kepentingan perkaitan proses kreatif terarah dengan model
pembelajaran berasaskan masalah dalam pengajaran dan pembelajaran.
b) mengaplikasikan proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran
model pembelajaran berasaskan masalah.

2. Beliau turut mengupas tentang model proses kreatif terarah, model pembelajaran
berasaskan masalah, perkaitan proses kreatif dengan model pengajaran dan
pembelajaran contoh persediaan mengajar yang mengaplikasikan proses kreatif
terarah dalam pengajaran dan pembelajaran.

1
SLOT 2 : Pembelajaran Berasaskan Kontruktivisme
Penceramah : Pn. Hapizah bt Tahir
Masa : 8.30 9.30 pagi

1. Pembelajaran Konstruktivisme ialah satu fahaman dimana individu membina


pengetahuan sendiri. Murid-murid membina pengetahuan baru secara aktif
berdasarkan pengetahuan sedia ada
2. Pengetahuan sedia ada + Pengalaman Baru = Pengalaman Baru
3. Seseorang guru perlu mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada murid
untuk membentuk murid dalam membina konsep
4. Terdapat 2 jenis konstruktivisme:
- Konstruktivisme individu
- Konstruktivisme sosial
5. Kelebihan konstruktivisme:
- Murid lebih berfikir
- Murid lebih seronok
- Murid lebih faham
- Murid lebih berkemahiran sosial

SLOT 3 : Pembelajaran Berasaskan Inkuiri Penemuan


Penceramah : Pn. Azawati bt Mansor / Pn. Nor Azlin bt. Mohamed Ariff
Masa : 9.30-10.00 pagi
1. Dua jenis inkuiri penemuan iaitu inkuiri terbimbing dan inkuiri terbuka.
2. Sekolah rendah menggunakan inkuiri terbimbing di mana guru bimbing murid dari
awal - akhir
3. Pendekatan inkuiri penemuan:
-Penglibatan murid untuk menghasilkan kefahaman
-Murid cuba menemui sesuatu yang baru
-Kaedah semulajadi untuk kanak-kanak membina pengetahuan baru
-menekankan penerokaan, dan berpusatkan murid.

4. Melaksanakan pembelajaran berasaskan pendekatan inkuiri penemuan dalam


matematik

2
SLOT 4 : Pembelajaran Berasaskan Membuat Keputusan
Penceramah : En. Ng Yoon Meng / En. Ng Chee Hoe
Masa : 10.20 11.00
1.
1. Takrif: Proses mental yang melibatkan seseorang bertindak untuk memilih
satu pilihan untuk menyelesaikan masalah.
2. Terdapat 3 situasi membuat keputusan:
- Situasi mudah
- Situasi sederhana
- Situasi rumit
3. Fokus pada masalah
4. Memecahkan masalah kepada komponen-komponen yang lebih kecil
5. Kaedah penyelesaian dipelbagaikan.
6. Murid memilih kaedah yang sesuai dengan tahap pemikiran mereka.
7. Rujuk modul mukasurat 57.

Dua jenis inkuiri penemuan iaitu inkuiri terbimbing dan inkuiri terbuka
2. Sekolah rendah menggunakan inkuiri terbimbing di mana guru bimbing murid dari
awal - akhir
3. Pendekatan inkuiri penemuan:
-Penglibatan murid untuk menghasilkan kefahaman
-Murid cuba menemui sesuatu yang baru
-Kaedah semulajadi untuk kanak-kanak membina pengetahuan baru
-menekankan penerokaan, dan berpusatkan murid.
4. Melaksanakan pembelajaran berasaskan pendekatan inkuiri penemuan dalam
matematik

SLOT 5 : Pembelajaran Berasaskan Masalah


Penceramah : En. Helmi b Nayan / Pn. Shafini AbdulKadir
Masa : 11.00 11.30 pagi
1. Ciri-ciri pembelajaran berasaskan masalah ialah:
a) berpusatkan murid.
b) Menyelesaikan masalah sebagaimana yang berlaku di dunia sebenar.
c) Guru berperanan sebagai fasilitator.
d) Menekankan konsep kerjasama.
e) Memberi tumpuan kepada metakognitif.
f) Menggunakan penilaian alternative.
2. Kaedah pembelajaran ini boleh digunakan untuk:
a) merangsang perasaan ingin tahu dan minat terhadap tajuk yang diberikan.
b) mengintegrasikan pengetahuan dan kemahiran berdasarkan modul yang
pelbagai disiplin.
c) mengalakkan motivasi kendiri, rasa ingin tahu dan berfikir.
d) membuat proses P & P itu sesuatu yang menyenorokkan.

SLOT 6 : Pembelajaran Berasaskan Projek

3
Penceramah : Pn. Hairul Hazlina bt. Abdul Ghani
Masa : 11.30 pg 12.00 tgh hari
1. John Dewey (1897) - The teacher is not in the school to impose certain ideas or to
form certain habits in the child, but is there as a member of the community to select
the influences which shall affect the child and to assist him in properly responding to
these influences

2. Contoh Project Based Learning:


- Lawatan sambil belajar
- Aktiviti di dalam makmal
- Menghasilkan Prototaip

3. Penerangan 4 Fasa dalam PBL iaitu Fasa Persediaan, Fasa Imaginasi, Fasa
Perkembangan dan Fasa Tindakan.
4. Pembentangan rancangan mengajar

4
RABU 23 Mei 2012

SLOT : Pembentangan oleh peserta secara berkumpulan

PEMBENTANGAN DAERAH BARAT DAYA

KUMPULAN : 1
PEDAGOGI : Kontruktivisme
TAJUK : Peratus
KEMAHIRAN : Menukar peratusan kepada pecahan termudah

KUMPULAN : 2
PEDAGOGI : Inkuiri Penemuan
TAJUK : Isipadu Cecair
KEMAHIRAN : Menukar unit isipadu meliputi pecahan dan perpuluhan dalam liter
dan mililiter

KUMPULAN : 3
PEDAGOGI : Membuat keputusan
TAJUK : Timbangan Berat
KEMAHIRAN : Mengukur dan merekod berat objek dalam kg dan g

KUMPULAN : 4
PEDAGOGI : Berasaskan Masalah
TAJUK : Bentuk dan ruang 3D
KEMAHIRAN : Mengira isipadu gabungan bentuk-bentuk kiub dan kubus

KUMPULAN : 5
PEDAGOGI : Berasaskan Projek
TAJUK : Pecahan
KEMAHIRAN : Menolak dua nombor bercampur dengan penyebut berbeza
sehingga 10

KUMPULAN : 6
PEDAGOGI : Kontruktivisme
TAJUK : Bentuk dan Ruang 2D
KEMAHIRAN : Mengukur luas gabungan bentuk-bentuk segiempat sama dan
segiempat tepat

KUMPULAN : 7
PEDAGOGI : Membuat Keputusan
TAJUK : Perwakilan Data
KEMAHIRAN : Membina graf palang berpandukan set data yang diberikan

5
KUMPULAN : 8
PEDAGOGI : Berasaskan Masalah
TAJUK : Wang
KEMAHIRAN : Darab wang dalam ringgit dan sen dengan pecahan dengan hasil
sehingga RM100 000

KUMPULAN : 9
PEDAGOGI : Berasakan Projek
TAJUK : Masa
KEMAHIRAN : Menukar masa daripada sistem 24jam kepada sistem 12 jam dan
sebaliknya.

PEMBENTANGAN DAERAH TIMUR LAUT

KUMPULAN : 1
PEDAGOGI : Kontruktivisme
TAJUK : Peratus
KEMAHIRAN : Menukar peratus kepada pecahan termudah

KUMPULAN : 2
PEDAGOGI : Inkuiri Penemuan
TAJUK : Isipadu Cecair
KEMAHIRAN : Menukar Unit-unit isipadu meliputi pecahan dan perpuluhan dalam
liter

KUMPULAN : 3
PEDAGOGI : Membuat Keputusan
TAJUK : Timbangan Berat
KEMAHIRAN : Mengukur dan merekod berat objek dalam kg dan g

KUMPULAN : 4
PEDAGOGI : Pembelajaran Berasakan Masalah
TAJUK : Pecahan
KEMAHIRAN : Membandingkan nilai dua pecahan tidak wajar

KUMPULAN : 5
PEDAGOGI : Pembelajaran Berasaskan Projek
TAJUK : Nombor Bulat
KEMAHIRAN : Mengira Operasi Bergabung Dalam Nombor Bulat meliputi operasi
darab dan bahagi

KUMPULAN : 6
PEDAGOGI : Kontruktivisme
TAJUK : Perpuluhan
KEMAHIRAN : Darab nombor perpuluhan sehingga tiga tempat perpuluhan dengan
nombor satu digit

6
KUMPULAN : 7
PEDAGOGI : Membuat Keputusan
TAJUK : Wang
KEMAHIRAN : Operasi bergabung darab dan bahagi meliputi wang dalam ringgit
dan sen sehingga RM100 000

KUMPULAN : 8
PEDAGOGI : Berasaskan Masalah
TAJUK : Perwakilan Data
KEMAHIRAN : Mengenalpasti kekerapan, mod, julat, nilai tertinggi dan nilai
terendah daripada graf palang.

KUMPULAN : 9
PEDAGOGI : Berasaskan Projek
TAJUK : Peratus
KEMAHIRAN : Menyatakan pecahan perseratus dalam peratus

Rumusan dan Majlis Penutupan

1. Majlis penutup dipengerusikan oleh Pn. Hairul Hazlina bt Abdul Ghani.


2. Ucapan dan perasmian penangguhan majlis oleh Pn. Norfaizah binti Abdullah,
Penyelia Matematik, Sektor Pengurusan Akademik JPN Pulau Pinang.
3. Tindakan oleh peserta kursus sekembalinya ke sekolah
3.1 menyerahkan minit curai kepada Guru Besar
3.2 mempraktikkan pedagogi yang dipelajari dalam pdp di kelas
3.3 melaksanakan kursus dalaman di peringkat sekolah
3.4 menyerahkan laporan pelaksanaan kursus dalaman ke JPN untuk perhatian
Pn. Norfaizah Abdullah, Penyelia Matematik di Sektor Pengurusan Akademik
sebelum 28 Jun 2012
4. Majlis bersurai.

You might also like