You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK KUMBAR

11920 BAYAN LEPAS


PULAU PINANG. TEL / 04-6491952

MINIT MESYUARAT PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH


SK TELOK KUMBAR, BIL 1/2015

TARIKH : 10 Mac 2015


HARI : Selasa
MASA : 12.00 tengah hari
TEMPAT : Bilik Gerakan

Kehadiran:

Semua guru Sk Telok Kumbar

1. Ucapan Aluan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengucapkan salam dan merakamkan ucapan ribuan terima kasih
kepada semua guru yang hadir .

1.2 KSSR adalah tahun ke 5 pada tahun ini iaitu dari tahun 1-5.

1.3 Pengerusi berharap semua guru dapat menjalankan tanggungjawab yang telah
diamanahkan serta memberi kerjasama dalam membuat pentaksiran terhadap
murid yang diajar.

1.4 Pengerusi berharap pentaksiran dapat dijalankan mengikut jadual yang


dirancang, penggunaan rekod transit perlu digunakan dalam semua disiplin
ilmu/matapelajaran.
Tindakan : Pengerusi

2. Konsep KSSR dan Pelaksanaan PBS terutamanya tahun 5

2.1 Pelaporan diisi secara offline mengikut disiplin ilmu/mata pelajaran. Pada tahun
2014 telah ada penambahbaikan.
2.2 Pengerusi berharap semua guru telah memahami konsep KSSR dan jalankan
tugas dengan sebaik mungkin.
Tindakan : Semua Guru

3. Agihan tugas jawatankuasa KSSR dan PBS

3.1 Semua guru telah disediakan dengan carta organisasi PBS, carta organisasi
pemantauan dalaman , carta organisasi kes-kes khas dan carta organisasi setiap
panitia.

3.2 Semua carta organisasi hendaklah disimpan di dalam fail panitia, fail individu dan
dipamerkan di papan kenyataan dan di bilik PBS/KSSR.

3.3 Ketua Panitia setiap disiplin ilmu hendaklah memberi kerjasama dan bantuan
untuk melancarkan lagi perjalanan dan pelaksanaan PBS/KSSR sekolah.
Tindakan : Ketua Panitia

4. Jadual kerja pelaksanaan PBS

4.1 Semua guru disediakan takwim pelaksanaan PBS sepanjang tahun 2015.

4.2 Pelaksanaan pemantauan bukan sahaja dilakukan oleh pentadbir sekolah malah
melibatkan ketua panitia setiap disiplin ilmu.

4.3 Borang 4P hendaklah dilengkapkan dan diserahkan kepada setiausaha PBS.

4.4 Penggunaan rekod transit adalah untuk rekod guru.

Tindakan : Semua Guru

5. Pengurusan Evidens

5.1 Selepas penambahbaikan PBS eviden tidak lagi disimpan di dalam fail. Buku
kerja murid boleh dijadikan sebagai eviden.

5.2 Eviden disimpan terpulang mengikut inisiatif guru.

Tindakan : Semua Guru

6. Pelaksanaan PBS bagi kes-kes khas


6.1 Kes-kes khas melibatkan guru-guru tertentu sahaja mengikut carta organisasi
yang dilantik oleh pihak sekolah.

6.2 Murid yang terlibat dengan kes-kes khas ialah murid LINUS tegar yang tidak
mencapai mana-mana band dan murid yang ada masalah komunikasi.

6.3 Setiap murid yang terlibat dengan kes-kes khas hendaklah dibincangkan
penyelesaian dan membuat laporan membuktikan murid ini bermasalah atau
termasuk kes-kes khas.
Tindakan : Semua Guru

7. Hal-hal Lain

7.1 Setiausaha PBS memaklumkan kepada semua guru tentang beberapa perkara
iaitu :
i. Mengisi surat akuan penerimaan lantikan sebagai pentaksir.
ii. Ujian/PKSR untuk murid KSSR dijalankan mengikut perjalanan pada
tahun 2014.
iii. Dokumen standard hendaklah diserahkan kepada semua Ketua Panitia
untuk fail panitia setiap disiplin ilmu.
7.2 Fail panitia hendaklah dikemaskini dari semasa ke semasa.
7.3 4P hendaklah dijalankan.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang.

Minit Dicatat oleh, Minit Disahkan oleh,

___________________________ _________________________
( IMAN BINTI OTHMAN )
Setiausaha,
Pentaksiran Berasaskan Sekolah,
SK Telok Kumbar.

You might also like