You are on page 1of 6

Puding Roti

Bahan bahan:
6 keping roti Gardenia
1/2 cawan kismis - opsyenal
4 biji telur - pukul
1 tin susu cair - boleh ganti 2 cawan susu segar
3/4 cawan gula pasir
1 sudu kecil serbuk kayu manis
1 sudu kecil vanilla extract
2 sudu besar butter

Cara cara:
Panaskan oven pada suhu 170C. Potong roti kecil kecil atau potong 2 sahaja.
Sapukan butter pada roti. Atau jika suka, butter boleh juga dicairkan dan dituangkan
ke atas roti yang telah disusun dalam loyang.
Susun roti dalam loyang yang telah
dilenser dengan butter dan tabur
kismis. Susun roti dan tabur kismis
lagi sehingga habis

Di dalam bekas lain, satukan telur


yang telah dipukul dengan susu,
gula, serbuk kayu manis dan vanilla
extract. Pukul sebati dan tuang ke
dalam loyang.

Tekan tekankan roti dengan


menggunakan garfu supaya ianya
terendam di dalam adunan telur
dengan sepenuhnya.

Bakar selama 45 minit atau


sehingga masak. Sedap dimakan
semasa suam suam
AGAR-AGAR SANTAN GULA MELAKA

Bahan-Bahan

Bahan A
4 cawan air
250gm gula melaka - cincang
sedikit gula pasir (jika perlu)
1 helai daun pandan (disimpul)

Bahan B
10gm atau 11g serbuk agar-agar
Bahan C
1 cawan santan @ satu kotak kecil santan KARA [200g] (lyza gunakan 1 cawan
air + satu kotak santan KARA [200g]).
1 biji telur
secubit garam

Cara-Cara
Masak bahan A hingga gula larut dan tapiskan.

Masak semula bahan A dan masukkan bahan B hingga agar-agar larut dan
mendidih (sentiasa kacau).

Pukul bahan C dengan whisk.

Kecilkan api dan tuangkan bahan C kedalam adunan agar-agar yang


mendidih tadi dan kacau seketika. (biarkan adunan betul2 menggelegak ye..)

Tutup api dan tuang adunan kedalam loyang 8x8 yang telah dibasahkan
terlebih dahulu.

Biar beku. Setelah sejuk masukkan kedalam peti ais. Sedap dinikmati sejuk-
sejuk...

Tips:
Selepas memasukkan santan ke dalam periuk, biar adunan menggelegak lama
sikit dalam 1 minit atau lebih. Ataupun, selepas masukkan santan, bila adunan
mula mengelegak, kuatkan api dapur hingga adunan mengelegak kuat. Tapi
kena hati-hati jangan sampai adunan membuak dan melimpah keluar dari
periuk. Kacau-kacau adunan dalam 1 minit.
Bahan-bahan

125gm gula pasir (lyza letak 100gm je)


125gm gula Melaka - dipotong kecil2

150ml air

250 gm tepung gandum

sudu teh soda bikarbonat

sudu teh yis (bancuh dengan sedikit air suam)

1 biji telur

100 ml minyak masak

Cara-cara

1. Sediakan acuan dan panaskan kukusan.

2. Masak air bersama gula pasir dan gula Melaka hingga hancur. Tapis dan
sejukkan.

3. Ayakkan tepung gandum ke dalam bancuhan air gula. Gaul hingga sebati dan
rata.

4. Masukkan soda bikarbonat, yis dan telur. Kacau hingga sebati.

5. Tuang minyak sedikit demi sedikit sambil dikacau rata.

6. Tuang adunan ke dalam acuan dan kukus selama lebih kurang 15 minit atau
hingga masak (bergantung kepada saiz acuan).
Puding Karamel - Resepi II
Bahan bahan:
1 tin susu pekat manis (guna 3/4 tin, jika tak suka manis)
1 tin susu cair
1 tin air
5 - 6 biji telur - buang mata
Esen vanilla

Gula Hangus:
1 1/2 cawan gula pasir
3 cawan air

Cara cara:
Goreng gula hingga perang. Bila gula bertukar warna, baru masukkan air. Masak
sehingga menggelegak dan gula hangus menjadi cair semula.

Tutup api dan biarkan sejuk sebelum disimpan dalam peti ais. Esok pagi, masukkan
ke dalam bekas bekas kecil, jika tidak mahu terus digunakan.

Telur dibuang mata dan dipukul perlahan supaya adunan tidak berbuih. Masukkan
semua bahan lain. Kacau sehingga sebati. Kacau adunan terlebih dahulu sebelum
setiap kali dituangkan dalam bekas kecil.
Tuang ke dalam bekas kecil yang telah diisi dengan air gula hangus.

Panaskan periuk pengukus sehingga air mendidih. Kukus selama 10 - 15 minit atau
sehingga masak. Sentiasa di lap penutup pengukus supaya permukaan karamel
menjadi cantik.

Nota:
Saya akan buka penutup pengukus dan terus mengukus tanpa penutup untuk
selama beberapa minit bagi mengeringkan air di permukaan.

You might also like