You are on page 1of 40

3.

0 SEJARAH BULAN SABIT MERAH

3.1 PENGASAS

Jean Henry Dunant yang lahir pada 8 Mei 1828 di Geneva, Switzerland merupakan pengasas
Palang merah. Jean Henry dibesarkan dalam kemewahan tetapi beliau dilatih berdisiplin dan
kuat beragama. Beliau mempunyai kepercayaan moral yang tinggi. Pada zaman remajanya,
beliau banyak menyertai pergerakan dan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti keagamaan dan
kebajikan. Pergerakan-pergerakan yang disertai oleh Jean ialah Kesatuan Kristian dan
Yahudi dan League of Alms yang bertujuan untuk membantu golongan miskin, sakit dan
menderita. Beliau juga melakukan lawatan ke penjara untuk memulihkan banduan. Di
samping itu, beliau juga melibatkan diri dalam perniagaan. Perniagaan yang diusahakan oleh
Jean Henry Berjaya dan beliau memperoleh banyak keuntungan. Walaubagaimanapun,
Peperangan Solferino mengubah perjalanan kehidupannya.
3.2 PEPERANGAN SOLFERINO

Pada Jun 1859, Jean Henry melawat ke Castiglione delta Pieve di utara Itali. Pada masa yang
sama, Peperangan Solferino sedang berlangsung tidak jauh dari situ. Peperangan ini berlaku
di antara tentera Austria dengan gabungan tenteran Perancis dan Sardinia. Selepas
berlangsung selama 16 jam, medan perang dipenuhi dengan 40 000 askar yang terkorban
dan cedera.

membantu
tentera yang
cedera dan
sakit

menggunakan memberi dan


kempen dan membeli ubat dan
slogan 'Tutti makanan untuk
fratelli' (kitakan diberi kepada
bersaudara) mangsa peperangan
insiatif
Jean
Henry

meminta pertolongan
penduduk setempat menukar rumah
agar memberi dan gereja
pertolongan cemas berdekatan untuk
tanpa mengira agama dijadikan hospital
dan negara tentera sementara
terbabit.
3.3 Buku Kenangan Di Solferino

Kenangan pahit di Solferino itu meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada Jean
Henry. Apabila kembali ke Switzerland beliau mula memikirkan cara-cara mengelakkan
penderitaan dalam peperangan. Pengalamannya di Solferino ditulis dalam sebuah buku yang
diberi judul A Memory of Solferino.

Jean Henry memperuntukkan masa selama tiga tahun menulis buku tersebut dan buku
itu diterbitkan pada November 1862. Buku ini telah dikirim kepada semua ketua kerajaan di
Eropah bagi menyedarkan mereka betapa menderitanya mangsa peperangan tidak kira
tentera, tentera musuh mahupun orang awam yang tidak terlibat. Buku ini berjaya
menyedarkan ramai pihak terutama ketua-ketua kerajaan dan mahu merealisasikan dua
cadangan Jean Henry, iaitu:

Membentuk organisasi kemanusiaan antarabangsa bagi membantu


tentera dan orang awam yang cedera dan menderita semasa
peperangan
Mengadakan perjanjian antara-bangsa agar tentera yang cedera
daripada mana-mana pasukan hendaklah dibantu

3.4 JAWATANKUASA BERLIMA

Pada 17 Februari 1863, tertubuhlah satu jawatankuasa yang dinamakan International


Committe for the Relief of the Wounded in Time of War (Jawatankuasa Antarabangsa untuk
Perawatan Orang-orang CederaSemasa Perang).Jawatankuasa pengasas ini lebih dikenali
dengan nama Committee of Five (Jawatankuasa Berlima) kerana ahli-ahlinya ada lima orang.
Mereka ialah:

General Guillaume-Henry Dufour sebagai Pengerusi

Jean Henry Dunant sebagai Setiausaha

Gustave Moynier

Louis Appia

Theodore Maunoir
Satu persidangan telah diadakan pada 26 Oktober tahun yang sama oleh
jawatankuasa ini, iaitu International Geneva Coference (Persidangan Antarabangsa Geneva)
dan 16 buah negara berserta empat institusi menghantar wakil. Dalam persidangan ini
disuarakan penubuhan persatuan seperti cadangan pertama Jean Henry. Semasa inilah
lambang palang merah mula dicadangkan untuk digunakan. Selepas persidangan ini, banyak
negara mula menubuhkan Persatuan Palang Merah peringkat kebangsaan.

KONVENSYEN GENEVA PERTAMA

Pada tahun 1864, Jawatankuasa Berlima telah menjemput beberapa buah negara untuk
mengadakan pula persidangan antara diplomat bertujuan untuk mewujudkan konvensyen
yang pertama berkenaan undang-undang peperangan seperti cadangan kedua Jean Henry.
Persidangan ini merupakan Persidangan Diplomatik yang pertama. Konvensyen yang terhasil
mengandungi 10 artikel dan dinamakan Geneva Convention for the Amelioration of the
Condition of the Wounded Armies in the Field atau lebih dikenali sekarang sebagai
Konvensyen Geneva Pertama.

TEMPOH SENGSARA

Kurangnya perhatian Jean Henry terhadap perniagaannya akibat terlalu menumpukan kepada
jawatankuasa baharu itu mengakibatkan syarikat syarikatnya di Algeria telah bangkrap seperti
firma kewangan Cridit Genevois akibat satu skandal. Pada 17 Ogos 1868 beliau diisytihar
muflis oleh Mahkamah Perdagangan Geneva kerana amalan mengelirukan. Oleh itu,
masyarakat Calvinist mahu beliau dipinggirkan. Jean meletakkan jawatan Setiausaha pada
25 Ogos 1867 dan pada 8 September 1867 meletakkan jawatan daripada International
Committee of Red Cross (ICRC). ICRC adalah International Committe for the Relief of the
Wounded in Time of War yang telah diberi nama baru. Sejak itu Gustave Moynier telah
menjadi Presiden dan memainkan peranan utama dalam ICRC.

Pada Februari 1868, ibu Jean Henry meninggal dunia. Pada 1868 juga Jean Henry
disingkir dari YMCA kerana muflis. Pada 1867, Jean Henry meninggalkan Geneva dan
enggan kembali lagi. Gustave Moynier pula merancang agar semua wang insurans tidak
diserahkan kepada Jean Henry. Malah cendera hati 'Sciences Morales' dari Festival Paris
Sedunia tidak diberi kepadanya sebaliknya diserahkan kepada Gustave Moynier dan Dufour
dan wang diserahkan kepada Majlis. Napoleon III setuju membayar separuh hutanghutang
Jean Henry jika kawan-kawannya membayar yang lain. Tetapi usaha ini juga dihalang oleh
Moynier.
Jean Henry berpindah ke Perancis dalam keadaan papa kedana. Namun beliau tetap
meneruskan misi kemanusiaan dan organisasi sukarela. Sepanjang Peperangan Perancis-
Prusia (1870-1871) Jean Henry mengasaskan Persatuan Bantuan Bersama (Common Relief
Society) dan 'Perikatan Bersama untuk Tamadun dan Pemerintahan'. Beliau mencadangkan
rundingan perlucutan senjata dan mengadakan mahkamah antarabangsa bagi
menyelesaikan konflik-konflik antarabangsa. Beliau juga menyokong penubuhan negara
Yahudi di Palestin. Kemudian beliau bekerja di sebuah perpustakaan. Jean Henry masih hidup
bankrap dan terhutang akibat mengabaikan kehidupan peribadi dan tidak mempunyai sumber
pendapatan. Semua kawan dan lawan menjauhkan diri.

Walaupun dia dilantik sebagai ahli kehormat Persatuan Palang Merah Austria,
Belanda, Sweden, Prusia dan Sepanyol tetapi beliau semakin dilupakan. Beliau berpindah-
randah dari Stuttgart, Rome, Corfu, Basel dan Karlsruhe. Di Stuttgart beliau bertemu dengan
Rudolf Muller di Universiti Tubingen, Jerman. Pada 1881 dengan bantuan rakan Jean Henry
kembali ke kampung halamannya di Heiden, Geneva.

Pada 1901, Henry Dunant menerima Hadiah Keamanan Nobel atas jasanya
menubuhkan Palang Merah Antarabangsa dan memulakan Konvensyen Geneva. Moynier
turut dicadang untuk menerima anugerah tersebut.

Hari lahirnya pada 8 Mei diisytihar sebagai Hari Bulan Sabit Merah/ Palang Merah
Antarabangsa. Rumah kebajikan Heiden dijadikan Muzium Henry Dunant. Banyak bangunan,
sekolah, jalan di Geneva dan pelbagai tempat di serata dunia dinamakan sempena nama
Henry Dunant. Pingat Henry Dunant dikurniakan oleh IRCR kepada sesiapa yang berjasa
dalam kerja-kerja kemanusiaan. Filem 'Henry Dunant: Du Rouge Sur La Croix' telah
diterbitkan bagi mengenang jasa-jasa beliau.
3.5 PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

3.5.1 SEJARAH

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) ditubuhkan pada tahun 1948 sebagai
cawangan Persatuan Palang Merah Britain di Sabah dan Sarawak. Pada tahun 1950-an, lebih
banyak cawangan persatuan ditubuhkan di Malaysia bermula di Pulau Pinang pada tahun
1950 dan kemudian di negeri-negeri lain. Ketika kemerdekaan pada tahun 1957, cawangan
di Semenanjung Malaysia dikenali sebagai Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah
Melayu.

Persatuan mendapat pengiktirafan oleh Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada


4 Julai 1963 dan menjadi ahli badan antarabangsa pada 24 Ogos 1963. Berikutan
penggabungan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak serta penubuhan
Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963, suatu penggubalan akta yang dikenali
sebagai Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Penswastaan) Akta 1965 telah bertindak
menggabungkan Persatuan Palang Merah Malaya dan cawangannya Persatuan Palang
Merah di Sabah dan Sarawak di bawah nama baharu iaitu Persatuan Palang Merah Malaysia.

Pada 5 September 1975, Persatuan Palang Merah Malaysia telah ditukar nama
kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia selaras dengan kebenaran penukaran nama
Akta Persatuan Palang Merah Malaysia kepada Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
Akta 1975 oleh Parlimen Malaysia. Kelahiran Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
(PBSMM) mempunyai urutan sejarah sebelum merdeka. Palang Merah telah pun wujud di
Persekutuan Tanah Melayu di bawah penjajahan British sebagai "a branch of the British Red
Cross". Peperangan Dunia Kedua dan waktu pemerintahan Jepun telah memusnahkan
beberapa kawasan di dalam negara kita dan ramai rakyatnya hidup dalam kemiskinan dan
penderitaan.

Bukti-bukti dokumen yang ada dalam arkib Persatuan Palang Merah


Britishmenunjukkan bahawa cawangan pertama Palang Merah adalah di Sabah,iaitu
ditubuhkan pada bulan April 1948.

Cawangan Sabah

Bukti-bukti dokumen yang ada dalam arkib Persatuan Palang Merah British menunjukkan
bahawa cawangan pertama Palang Merah adalah di Sabah, iaitu ditubuhkan pada bulan April
1948. Palang Merah wujud di Tanah Melayu semasa penjajahan British. 2 2
Cawangan Sarawak

Palang Merah pertama ditubuhkan dalam bulan April/Mei tahun 1948, walaupun mengikut
rekod satu permohonan rasmi mewujudkan cawangan Palang Merah di Sarawak ialah dibuat
lebih awal, iaitu pada bulan Februari 1948.

Cawangan Semenanjung Malaysia

Unit Palang Merah yang pertama ditubuhkan di Pulau Pinang dalam tahun 1950 yang
kemudiannya menjadi satu cawangan dalam bulan Februari 1951. Cawangan Persekutuan
Tanah Melayu telah ditubuhkan dengan bantuan Miss Jordan dan Miss Johnson serta dua
orang pegawai medan Palang Merah British. Manakala Palang Merah Pahang telah
ditubuhkan pada tahun 1952.

AKTA PERTUBUHAN

Bulan Sabit Merah Malaysia ditubuhkan di bawah Akta Parlimen adalah seperti berikut:

Apabila Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, tidaklah sesuai lagi Persatuan Palang
Merah di Semenanjung bertaraf cawangan sahaja dan ibu pejabatnya jauh di London. Satu Akta Parlimen
telah digubal dan diluluskan pada tahun 1962, iaitu Federation of Malaya Red Cross Society
(Incorporation) Act of Parliment (Act No 4 of 1962) dan dikuatkuasakan pada 16 April 1962.
Apabila Malaya ditukar nama kepada Malaysia dan penggabungan Sabah dan Sarawak dibawahnya
telah diubah dan diluluskan pada tahun 1965, iaitu Malaysian Red Cross Society (Incorporation) atau
Persatuan Palang Merah Malaysia (Perbadanan) (Law of Malaysia Act 540) di seluruh Malaysia pada 1
Julai 1965.
Pada tahun 1975, satu pertukaran nama telah diluluskan, iaitu Malaysian Red Crescent Society (Change
Of Name) atau Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (Pertukaran Nama) Akta ke-162 tahun 1975 (Laws
of Malaysia, Act 162).

OBJEKTIF PERLEMBAGAAN

Di bawah Peruntukan Akta Perbadanan, objektif-objektif PBSMM termasuklah dalam masa


aman atau peperangan, memberi bantuan sukarela kepada orang sakit dan cedera sama ada
dari angkatan tentera atau pihak yang tidak berperang, kepada orang tawanan perang, dan
orang awam yang menderita akibat peperangan, mengikut semangat dan waad-waad
Konvensyen Geneva dan menjalankan segala kewajipan ke atas sesuatu
PersatuanKebangsaan oleh tiap-tiap negara yang telah menjadi suatu pihak kepada
Konvensyen Geneva
4.0 STRUKTUR DAN ORGANISASI UNIT BERUNIFORM BULAN SABIT MERAH

4.1 Struktur dan Organisasi Bulan Sabit Merah Peringkat Antarabangsa

PENGENALAN

Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa adalah sebuah gerakan
kemanusian untuk menyelamatkan nyawa dan kesihatan manusia. Walaupun ia satu
organisasi antarabangsa, pertubuhan ini adalah organisasi persendirian. Tiada kerajaan
yang mengawal Palang Merah/Bulan Sabit Merah.

Palang Merah mempunyai tugas istimewa yang diperuntukkan oleh undang-undang


antarabangsa. Ia merupakan satu-satunya pertubuhan persendirian yang tugasannya
ditetapkan oleh undang-undang antarabangsa.

KOMPONEN PENTING PERGERAKAN

Tiga komponen penting mengenai gerakan ini adalah:

Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (International Committee of the Red Cross,


ICRC) ditubuhkan pada tahun 1863 di Geneva, Switzerland. Tugas jawatankuasa di
bawah undang-undang antarabangsa ini adalah untuk melindungi nyawa dan
kehormatan mangsa perang.
Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah
(International Federation of Red Cross and Red Crescent Societies) diasaskan pada
tahun 1919. Ia berfungsi untuk merapatkan hubungan antara Persatuan Palang Merah
dan Bulan Sabit Merah dalam menjalankan misi kemanusiaan dan kes-kes darurat yang
besar. Sekretariat bagi persatuan ini juga terletak di Geneva, Switzerland.
Setiap negara mempunyai Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah
Kebangsaan.

Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC)

Ditubuhkan pada tahun 1863. Badan berkecuali yang dianggotai rakyat Switzerland dan
telah diberi status pemerhati oleh Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu pada 16
Oktober 1990.
PERANAN ICRC

Penjaga prinsip-
prinsip asas
palang merah.
Merupakan
kepada pihak-
Pembangunan
pihak berkuasa
Konvensyen
yang terlibat
Kemanusiaan
secara terus.
Antarabangsa

Mengiktiraf
Penubuhan
Lawatan-lawatan
Persatuan-
ke kem-kem
tawanan/tahanan
dan melaporkan PERAAN persatuan Palang
Merah/Bulan Sabit
Merah
Kebangsaan

ICRC
Menguatkuasakan
Konvensyen Menghantar
Bantuan kepada bekalan-bekalan
tawanan, orang bantuan bencana.
tahanan awam
dan lain-lain.

Menyediakan
anggota Agensi
perubatan pengesanan
sekiranya berlaku pusat.
peperangan.
Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah

Persekutuan ini merupakan satu persekutuan di peringkat antarabangsa yang menyekutukan


semua Persatuan Palang Merah/Bulan Sabit Merah. Persekutuan ini ditubuhkan dalam tahun
1919, selepas Perang Dunia Pertama.

Peranannya:

menggalakkan dan mempromosikan di tiap-tiap negara, penubuhan dan pembangunan


persatuan kebangsaan.
merupakan badan tetap yang menentukan perhubungan antara persatuan-persatuan
kebangsaan serta penyelarasan dan penyelidikan
bekerjasama dengan persatuan-persatuan kebangsaan dalam semua bidang aktiviti
mereka khasnya untuk tujuan membaiki taraf
bertanggungjawab mengelola dan menyelaras bantuan kecemasan kepada mangsa-
mangsa bencana alam dan juga kepada orang-orang pelarian.
mengawasi pembangunan program bagi belia Palang Merah/Bulan Sabit Merah
memastikan kemajuan cara-cara menyebarkan perangan, maklumat, pengambilan
anggota dan kutipan derma.
Struktur dan Organisasi Bulan Sabit Merah Peringkat Antarabangsa

Negara-Negara
Mentandatangani
Konvensyen Geneva

ICRC PERSIDANGAN ICRC


Jawatankuasa Palang Merah Palang Merah Dan Bulan Sabit Jawatankuasa Palang Merah
Antarabangsa Merah Antarabangsa Antarabangsa

Suruhanjaya
Tetap

Majlis Delegasi

Persatuan-Persatuan
Palang Merah dan
Bulan Sabit Merah

Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit


Merah Antarabangsa
4.2 STRUKTUR DAN ORGANISASI PERINGKAT KEBANGSAAN

Struktur organisasi Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia sepertimana yang telah digariskan
dalam perlembagaan. Penaung persatuan ialah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Presiden persatuan pula dipegang oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Di bawah
Presiden ada lima Naib Presiden yang dipegang oleh:

PENAUNG PERSATUAN

Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong

Sultan Muhammad V

PRESIDEN PERSATUAN

Yang amat berhormat perdana menteri

Dato Seri Haji Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak

TIMBALAN PRESIDEN

Yang amat berhormat timbalan perdana menteri

Dato Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

NAIB PENGERUSI 1 NAIB PENGERUSI 2 NAIB PENGERUSI 3


YB Menteri YB Menteri YB Menteri Luar
Pembangunan Wanita Kesihatan Negeri
Keluarga dan Masyarakat

NAIB PENGERUSI 4
NAIB PENGERUSI 5
YB Menteri Belia dan
YB Menteri Pendidikan
Sukan
Struktur organisasi sebenar PBSMM bermula dengan Majlis Kebangsaan (National
Council). Majlis Kebangsaan merupakan badan yang membuat polisi dan dasar PBSMM.
Majlis Kebangsaan dianggotai oleh 53 orang ahli yang terdiri daripada wakil-wakil cabang,
wakil-wakil kementerian dan agensi kerajaan dan juga ahli-ahli Lembaga Eksekutif
Kebangsaan. Majlis Kebangsaan bermesyuarat dua kali setahun.

Lembaga Eksekutif Kebangsaan (National Executive Board) ialah badan yang


menjalankan polisi dan dasar yang diputuskan oleh Majlis Kebangsaan. Ia melaksanakan
arahan Majlis Kebangsaan dan menjalankan aktivitiaktiviti seharian PBSMM. Badan inilah
yang menggerakkan persatuan ini. Lembaga Eksekutif Kebangsaan bermesyuarat dua bulan
sekali. Lembaga Eksekutif Kebangsaan diketuai oleh Pengerusi Kebangsaan. Di bawahnya
ada seorang Timbalan Pengerusi Kebangsaan, empat orang Naib Pengerusi Kebangsaan,
seorang Bendahari Kehormat Kebangsaan, seorang Setiausaha Agung (Setiausaha Agung
bagi

Lembaga Eksekutif Kebangsaan juga ialah Setiausaha Majlis Kebangsaan), dan


beberapa orang Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan. Jawatankuasa-jawatankuasa
Kebangsaan yang ada boleh berubahubah mengikut keputusan mesyuarat. Pada tahun 2003
terdapat 14 buah jawatankuasa, iaitu Perkhidmatan Ambulans, Pentadbiran dan Perjawatan,
Anugerah, Program Darah, Bangunan, Pengurusan Bencana, Kewangan, Kesihatan dan
Perkhidmatan Masyarakat, Informasi dan Kutipan Derma, Undang-Undang Kemanusian
Antarabangsa dan Hal Ehwal Undang-Undang, Perhubungan Antarabangsa, Tender, Latihan
dan Belia.

JawatankuasaJawatankuasa Kebangsaan melaksanakan programprogram dan


aktiviti-aktiviti masing-masing melalui sokongan daripada 15 Cawangan dan 148 cabangnya.
Setakat 8 Mei 2004, PBSMM mempunyai seramai 290 832 ahliahli yang berdaftar.

VISI
Untuk dikenali seagai organisasi kemanusiaan yang unggul, di peringkat kebangsaan
dan antarabangsa.
MISI
Berkhidmat kepada yang memerlukann berkesan.

MOTO
Inter Arma Carita (dalam peperangan ada kebajikan) dan Per Humanitatem ad
pacamm (melalui kemanusiaan menuju keamanan.
Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Kebangsaan

Jumlah persatuan kebangsaan pada 2009 ialah 210 buah dengan keahlian 97 juta. 65%
sukarelawannya adalah wanita.

Peranannya:

1. Bertindak sebagai khidmat bantuan kepada pihak berkuasa awam.


Persatuan-persatuan kebangsaan menjalankan fungsinya dalam bidang:

a. Memberi bantuan kepada mangsa-mangsa bencana alam.


b. Pencegahan penyakit.
c. Membaiki tahap kesihatan
d. Melatih anggotanya.

2. Peranan semasa dalam masa peperangan:

a. Membantu perkhidmatan perubatan tentera, menjaga yang cedera/ sakit dan


menderita dalam kalangan tentera.
b. Membantu orangorang tawanan dan tahanan-tahanan awam.

AKTIVITI-AKTIVITI PBSMM

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia meskipun baharu dalam konteks penubuhannya di
seluruh dunia, tetapi pencapaian yang dilakukan melalui aktiviti-aktivitinya cukup
memberangsangkan. Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia telah menyusun atur aktiviti-
aktiviti dalam beberapa kategori, iaitu:

1. Promosi Prinsip-prinsip Asas Pergerakan dan Nilai-


nilai Kemanusiaan
2. Pengurusan Bencana
3. Kesihatan dan Penjagaan dalam Masyarakat
4. Pembangunan Organisasi
Promosi Prinsip-prinsip Asas Pergerakan dan Nilai-nilai Kemanusiaan

Mengiktiraf pelbagai cabaran dan menghadapi situasi yang bertentangan dalam menyebarkan
Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA) dan Prinsip-prinsip Asas, objektif-
objektif strategik berikut telah ditentukan:

1. Memainkan peranan yang utama dan diiktiraf dalam mempromosikan UUKA di dalam
negara ini.
2. Mewujudkan rangkaian kerja yang berdaya tahan dan berkesan dengan JKPM
(ICRC), dengan lain-lain komponen Pergerakan sepertimana yang termaktub di dalam
Perjanjian Seville 1997 dan dengan Kementerian Kerajaan dan lain-lain agensi.
3. Bekerjasama dengan pakar-pakar teknikal tempatan dan antarabangsa dalam
membangunkan garis panduan mekanisma penilaian dalam mempromosi UUKA di
seluruh negara.
4. Mempromosi penulisan perundangan mengenai UUKA dalam kalangan ahli-ahli
Persatuan dan masyarakat umum.

Pengurusan Bencana

Pengurusan Bencana merupakan aktiviti-aktiviti terkehadapan PBSMM. Hal ini adalah


sebagai penanda aras kepada kebolehan dan imej Persatuan. Bagi terus
memperkukuhkan kecekapan dan untuk memberikan perkhidmatan segera, objektif-
objektif berikut harus diwujudkan:

1. Bagi memperkukuhkan dan menyusun semula stuktur Pengurusan Bencana masa kini
kepada respon yang lebih baik dalam mengendalikan tindakan bantuan kemanusiaan,
bagi kedua-duanya di peringkat tempatan dan antarabangsa.
2. Memperbaiki kredibiliti dan kemampuan sukarelawan dan kakitangan sebagai
profesional yang berkesan entitinya berbekalkan dengan kemudahankemudahan
yang canggih.
3. Untuk mewujud dan mengekalkan pasukan bantuan di peringkat cawangan dan
peringkat kebangsaan, respon terhadap bencana di peringkat tempatan dan
antarabangsa.
4. Sama-sama bekerja dengan rakan kongsi lain-lain Persatuan-Persatuan Kebangsaan,
sebagai Pusat Krisis Pengurusan Bencana Serantau dibekalkan lengkap dengan
kemudahan-kemudahan yang canggih.
Perkhidmatan Ambulans

Perkhidmatan Ambulans adalah satu perkhidmatan yang tersangat mustahak dan


perkhidmatan langsung disediakan oleh PBSMM. Sejak tahun 1960 lagi, perkhidmatan asas
disediakan oleh peringkat Ibu Pejabat Kebangsaan dengan bantuan kewangan daripada
kerajaan. Untuk memperkembangkan perkhidmatan yang sama ke seluruh negara, secara
strategiknya perkaraperkara berikut telah dikenal pasti: 1. Untuk meneruskan khidmat yang
berdaya tahan dan mengembangkan perkhidmatan ke seluruh negara untuk orang awam
dengan percuma dan mempunyai sukarelawan dan kakitangan yang terlatih dengan lebih
berkesan dan profesional. 2. Mempastikan agar kelengkapan dan peralatan sentiasa
dipertingkatkan selaras dengan kehendak-kehendak peraturan perundangan, bertujuan
mempertingkatkan Status Perkhidmatan Ambulans dari Kelas 'B' kepada Perkhidmatan
Ambulans Kelas 'A' diseluruh negara.

Kesihatan dan Penjagaan dalam Masyarakat

Pentingnya gaya hidup sihat dan kehidupan masyarakat yang berkualiti begitu kuat difahami
oleh semua orang. Ini adalah selaras dengan tujuan Pergerakan ini di mana memberi
perlindungan kepada maruah manusia dan kepada mereka yang memerlukan kesan daripada
tindak-tanduk kemanusiaan di seluruh dunia.

Berikut adalah objektif-objektif strategik yang digariskan:

1. Mewujudkan program kesihatan masyarakat yang berdaya tahan kepada mereka yang
memerlukan terutamanya kepada pendudukpenduduk yang berpendapatan rendah
dan miskin di bandar dan di luar bandar.
2. Menjangkau sampai kepada mereka yang memerlukan terutamanya di kawasan yang
dilanda
bencana, khususnya dalam ProgramProgram Pemulihan Kesihatan dan pelbagai
kecemasan dan Program penstrukturan semula.

Program Darah

Peruntukan mendapatkan darah secara percuma kepada mereka yang memerlukan


adalah merupakan satu aktiviti yang tidak kurang pentingnya kepada Pergerakan ini.
Pusat Darah Negara (PDN) merupakan badan untuk mengagihkan darah, sementara
itu PBSMM masih bertahan sebagai sebuah organisasi yang merekrut dan
memberikan perkhidmatan kepada penderma-penderma darah. Masyarakat harus
mengamalkan gaya hidup sihat.
Objektif strategik persatuan adalah seperti berikut:-

1. Menjadi sebuah pertubuhan yang mempromosikan tentang darah yang selamat.

2. Mempastikan bekalan darah yang selamat sentiasa dikoordinasikan dengan baik dan

berterusan dengan kerjasama Pusat Darah Negara.

Latihan Pertolongan Cemas

PBSMM menjalankan pelbagai kategori Kursus Pertolongan Cemas daripada Asas kepada
Peringkat Lanjutan, termasuklah Kursus Kaedah Pemulihan Jantung dan Paru-Paru (Cardio-
Pulmonary Resuscitation) atau CPR. Keutamaan untuk mempromosi Program "Seorang
Pertolongan Cemas Dalam Setiap Rumah" untuk melahirkan Penolong Cemas yang terlatih
dalam setiap keluarga di Malaysia pada tahun 2010, dan menumpukan program Pertolongan
Cemas kepada pekerja-pekerja Industri adalah sejajar dengan kehendak Akta Kesihatan dan
Keselamatan Pekerja atau the Occupational Safety and Health Act (OSHA).

Pembangunan Organisasi

Pembangunan Organisasi adalah satu proses yang berterusan untuk memperkukuhkan


keupayaan dan kebolehan PBSMM untuk meneruskan aktiviti-aktiviti kemanusiaannya. Ini
melibatkan sumber-sumber kewangan dan modal insan untuk perkara yang memberikan
faedah yang berkesan.

Strategik objektif-objektif adalah seperti berikut:-

1. Mencapai kebebasan daripada cengkaman kewangan.

2. Mencapai Standards ISO di semua peringkat pengurusan, menyatupadukan sistem-sistem


pencapaian berindikator dan memantau pemberian perkhidmatan serta tujuan-tujuan
persatuan.

3. Membangun dan mengekalkan sumber-sumber kecekapan dan berdaya saing dengan


sukarelawan-sukarelawan dan kakitangan PBSMM untuk melahirkan perkhidmatan yang
lebih baik.

4. Menyumbang dalam memperkukuhkan pergerakan dengan bekerjasama dengan lain-lain


Persatuan Kebangsaan, Persekutuan dan JPMA.
Kewangan

PBSMM memperoleh kewangan melalui:

1. Peruntukan Kerajaan
2. Million Dollar Club
3. Pertunjukan Amal
4. Hari Bendera
5. Charity Bonanza
6. Sumbangan Ikhlas Masyarakat
7. Sumbangan Persatuan-Persatuan Kebangsaan yang lain
8. Perbelanjaan perkhidmatan ambulans di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya dibiayai
sepenuhnya oleh kerajaan.
9. Pada tahun 1986, Persatuan Palang Merah Sweden telah memberi sumbangan derma
sebanyak RM82 000 dan sumbangan ini telah digunakan untuk menjalankan kursus-kursus
latihan persediaan bantuan bencana alam.
10. Persatuan Palang Merah Norway telah menyumbangkan kewangan untuk projek kesihatan
di Kampung Tebuan Melayu (Sarawak) dan Kampung Sayung Hulu di Perak.
11. Pada tahun 1989, Persatuan Palang Merah Australia telah menderma kewangan untuk
membantu mangsa-mangsa banjir.

Institut PBSMM

Keperluan melatih modal insan yang terlatih dan berkualiti adalah merupakan satu proses
yang berterusan bagi melaksanakan program-program dan aktiviti-aktiviti PBSMM. Berikut
adalah objektif-objektif strategik:

1. Program-program latihan akan diinstitusikan dengan mewujudkan Institut Latihan PBSMM


dan diakreditasikan sepenuhnya oleh LAN (Lembaga Ekreditasi Negara).

2. Bekerjasama dengan lain-lain Institusi Pengajian Tinggi dan agensi-agensi kerajaan


dalam menyediakan kursus-kursus yang berkredibiliti.

3. Menyediakan "focal point" dalam pembangunan kecekapan dan pusat penyelidikan dalam
mempromosi nilai-nilai kemanusiaan.
4.3 CARTA ORGANISASI BSMM PERINGKAT KEBANGSAAN

SENAT

MAJLIS
URUS SETIA

KEBANGSAAN

JAWATANKUASA
EKSEKUTIF
KEBANGSAAN

JAWATANKUASA
CAWANGAN

UNIT SETIA
CAWANGAN
JAWATANKUASA
DAERAH

UNIT SETIA
DAERAH

JAWATANKUASA
DAERAH KECIL
UNIT SETIA
DAERAH KECIL

UNIT KANAK
KANAK UNIT BELIA
UNIT PBS
(SEKOLAH (SEKOLAH MENENGAH)
RENDAH)
4.3.1 SENAT PBSM

badan tertinggi
SENAT PBSM

tidak mempunyai kausa eksekutif

25 senator pada suatu masa

pelantikan senator ditentukan atas budi bicara majlis kebangsaan & dilantik di
kalangan ahli - ahli PBSM

peranan utama adalah meningkatkan imej & matlamat persatuan sejajar dengan
prinsip - prinsip pergerakan
4.3.2 JAWATANKUASA EKSEKUTIF KEBANGSAAN

pengurusan berkenaan hal ehwal persatuan


JAWATANKUASA EKSEKUTIF
KEBANGSAAN

pemegang jawatan utama(pengerusi &timbalan kebangsaan, naib -


naib pengerusi & bendahari kehormat kebangsaan

wakil daripada setiap 5 zon

pengerusi kebangsaan adalah pengerusi jawatankuasa eksekutif


kebangsaan yang mengadakan mesyuarat sekurang - kurangnya sekali
dalam setiap bulan
4.4 STRUKTUR DAN ORGANISASI PERINGKAT IPG

PENAUNG PERSATUAN

PENGERUSI PERSATUAN

LEE VIN LEONG

NAIB PENGERUSI

RAJESWARY A/P SIVAKUMAR

SETIAUSAHA 1 SETIAUSAHA 2 BENDAHARI


IMANIE SYAHIRAH BINTI CHEW FUNG LING NURUL SHAHIRAH
KAMARUDIN BINTI MAT MUNI

AHLI JAWATANKUASA

1. PIREMALASHINI NILAVEZHILAN

2. NURUL ASYIKIN BINTI RAHIM

3. ADAM MOH SIAN LUN

4. PRITVI RAJU MARATHA MUTHU


4.5 STRUKTUR DAN ORGANISASI PERINGKAT SEKOLAH RENDAH

GURU BESAR

GURU PENASIHAT
(PKK)

PENGERUSI (PELAJAR)

NAIB PENGERUSI
(PELAJAR)

SETIAUSAHA BENDAHARI AJK

NAIB SETIAUSAHA NAIB BENDAHARI

PENGENALAN
Penubuhan persatuan ini adalah berorientasikan bagi meningkatkan kesedaran dalam
kalangan pelajar tentang bagaimana untuk menjadi ahli sukarelawan yang berilmu dan
berdisiplin. Melalui PBSMM, pelajar akan didedahkan tentang cara-cara menjalankan rawatan
ke atas seseorang mangsa sama ada semasa tenang atau ketika suasana cemas.

1. Melatih para pelajar supaya memahami prinsip-prinsip pertolongan cemas untuk


kegunaan diri, keluarga dan masyarakat.

2. Melatih para pelajar supaya mempunyai kemahiran berkaitan dengan perkhidmatan


pertolongan cemas dan bantuan bencana alam pada peringkat lanjutan.

3. Melahirkan ramai pelajar atau jurulatih bagi pihak pasukan bantuan sukarela, PBSM
yang mampu mengembang, membentuk, memimpin dan merancang kegiatan
kesukarelawan melalui kegiatan dan aktiviti persatuan di dalam kampus dan juga luar
kampus khususnya setelah tamat pengajian.
5.0 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN BULAN SABIT MERAH

Pendaftaran Ahli & Kumpulan

Keahlian persatuan terbuka kepada semua tanpa mengira bangsa, agama, jantina, dan politik.
Ahli dan sukarelawan dating daripada pelbagai golongan, memberi sumbangan perhidmatan
bagi mewujudkan hasrat dan prinsip persatuan. Terdapat beberapa komposisi keahlian
seperti berikut :

Ahli kanak kanak (9-12tahun)


ahli belia (13-18 tahun), ahli belia terbuka ( 13-17)
ahli bantuan sukarela berpakaian seragam/tidak berpakaian seragam (18
tahun)
ahli seumur hidup
ahli kehormat seumur hidup (anugerah kepada individu yang beri sumbangan)

Para ahli juga mesti membuat bayaran sebagai ahli bulan sabit merah mengikut
komposisi keahlian. Bagi ahli biasa yuran tahunan ialah RM2 setahun. Bayaran dibuat kepada
setiausaha cawangan atau cabang. Resit pembayaran akan dikeluarkan oleh setiausaha
cawangan atau cabang. Begitulah kepada semua jenis ahli yang perlu membayar yuran
masing masing untuk menjadi ahli BSMM.

Pendaftaran ahli BSMM disimpan dalam sistem database di Ibu Pejabat Kebangsaan.
Setiap cabang, cawangan dan unit akan menyimpan rekod keahlian masing masing. Bagi
cawangan yang tiada unit di bawah pentadbiran rekod boleh disimpan oleh Jawatankuasa
Eksekutif Cawangan. Kad keahlian telah diberi nombor bersiri dan diperoleh dari ibu pejabat
kebangsaan melalui cawangan, pengeluaran kad kepada ahli perlu didaftarkan. Kad yang
lama perlu digantikan dengan yang baru melalui secretariat cawangan atau cabang. Borang
keahlian haruslah lengkap dengan gambar. Apabila permohonan telah diluluskan oleh pihak
cawangan maka borang berkenaan hendaklah diserahkan kepada.

salinan asal kepada salianan kedua


ibu pejabat disimpan oleh
kebangsaan cawangan

salinan ketiga kad keahlian


diserahkan kembali kepada ahli biasa
kepada cabang atau atau ahi seumur
unit hidup
Terdapat juga pendaftaran bagi kumpulan. Pendaftaran kumpulan boleh dibuat
mengikut kategori masing masing. Terdapat beberapa kumpulan seperti pasukan kanak
kanak, pasukan belia, pasukan belia terbuka, pasukan bantuan sukarela berpakaian seragam,
pasukan bantuan sukarela tidak berseragam dan pasukan bantuan sukarela di ipt. Contohnya,
pendaftaran bagi pasukan kanak kanak dan belia ialah, setiap sekolah hanya dibenarkan
menubuhkan satu pasukan BSMM.

Pihak sekolah menghantar borang pendaftaran kepada setiausaha cabang dan


disemak oleh pihak cabang barulah permohonan dimajukan kepada setiausaha cawangan.
Cawangan perlu mengangkat permohonan tersebut ke ibu pejabat kbangsaan untuk
kelulusan dan pendaftaran jika tepati syarat. Sijil pendaftaran pasukan akan dikeluarkan oleh
IPK dihantar ke sekolah. Borang semakan pendaftaran keahlian tahunan perlu diperbaharui
setiap tahun sebelum Februari disertai dengan yuran tahunan ahli.

Tanggunjawab Kuasa Penganjur

Tanggungjawab kuasa penganjur ialah meluluskan pendaftaran tahunan unit BSMM


dengan ibu pejabat BSMM. Penganjur juga merupakan salah seorang dari dua penurun
tandatangan rasmi , seorang lagi ialah pemimpin kumpulan bagi akaun simpanan atau
semasa untuk BSMM. Beliau juga mengesahkan penyata akaun unit yang disediakan oleh
pemimpin BSMM. Tambahan pula, penganjur juga mengesahkan sebarang persuratan rasmi
yang berkaitan dengan unit BSMM di mana perlu meluluskan permohonan untuk aktiviti
aktiviti luaran seperti rombongan, perkhemahan dan sebagainya.
Struktur Unit

Carta organisasi persatuan

PENAUNG

PEN.KANAN
KOKURIKULUM

PENYELERAS
KELAB/
PERSATUAN

GURU
PENASIHAT

PENGERUSI

GURU PENASIHAT

PENGERUSI PEN. PENGERUSI

SETIAUSAHA PEN. BENDAHARI


SETIAUSAHA

AHLI JAWATANKUASA
Tugas jawatankuasa

JAWATAN TUGAS

PENGERUSI menjadi pengerusi persatuan


menjalankan tugas yang diberikan oleh guru dan mengerakkan
persatuan
menyertai setiap aktiviti yang dijalankan.

TIMBALAN menjalankan tugas tugas pengerusi sekiranya pengerusi tidak


PENGERUSI hadir

SETIAUSAHA menulis minit mesyuarat


menulis laporan aktiviti mingguan

BENDAHARI menerima wang bagi pihak persatuan


menyimpan buku kira - kira

AJK KECIL sebagai wakil untuk memberitahu ahli ahli persatuan


mengenai aktiviti atau mesyuarat yang akan dijalankan.

Pengurusan folio/buku log/laporan aktiviti

Buku log mengandungi catatan rekod yang boleh dijadikan panduan atau laporan dan
mengesahkan penglibatan seseorang. Ia juga mengandungi rakaman suatu peristiwa yang
berlaku dan catatan harian sesuatu aktiviti. Buku log yang baik mempunyai sekitar 200 hingga
300 helaian muka surat. Saiz buku log (21cm x 32cm). kulit luar dibalut dengan pembalut
plastic agar tidak mudah rosak. Berikut ialah contoh buku log BSMM.

Seterusnya, laporan mingguan ialah satu cara pelaksanaan komunikasi atau


penyampaian dari sesuatu pihak ke pihak yang lain. Ia mengandungi catatan rekod yang boleh
dijadikan panduan atau laporan dan mengesahkan sesuatu perkara atau sesuatu aktiviti. Ia
juga boleh dikenali sebagai rakaman suatu peristiwa yang berlaku dan catatan mingguan
sesuatu aktiviti. Berikut gambar adalah contoh laporan mingguan BSMM.
TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN

Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik AJK baru

Memastikan ada perlembagaan atau peraturan


Memastikan aktiviti dijalankan adalah selaras dengan objektif sekolah
Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar
Memastikan bahawa pasukan yang guru angg!tai sebagai penasihat adalah berda"tar
dan diluluskan !leh pihak pentadbiran
Mengurus penyertaan ahli sama ada di peringkat sek!lah# daerah# bahagian atau
yang lebih tinggi
Mem!h!n kebenaran daripada ibu bapa$penjaga pelajar melalui pengurusan sek!lah
jika khidmat$kepakaran$keb!lehan mana%mana pelajar diperlukan di luar sekolah
Bersedia menjadi guru pengiring bagi sebarang penyertaan pelajar tanpa mengira
peringkat pertandingan/pengelolaan/anjuran/projek/lawatan dan sebagainya

PAKAIAN SERAGAM

Pakaian BSMM terbahagi kepada dua iaitu kategori pakaian pelatih atau pelajar dan pakaian
pemimpin. Perbezaan antara pelatih dan pemimpin hanyalah dari segi bush jaket dan
pangkat. Berikut adalah contoh gambar gambar baju seragam dan aksesori yang terdapat
pada pakaian pelatih atau pelajar.
Berikut adalah contoh gambar gambar pakaian dan kategori pangkat bagi pemimpin
PBSM :
PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN

Pakaian Kanak-kanak (LINK) Perempuan Pakaian Kanak-kanak (LINK) Lelaki

Pakaian kerja PBS/ Belia wanita Pakaian kerja PBS/ Belia lelaki
Pakaian Kerja Pegawai Wanita Pakaian Kerja Pegawai Lelaki

Pakaian istiadat pegawai wanita sarong Pakaian istiadat pegawai lelaki


Pakaian Petugas Bantuan Bencana Alam Pegawai/ Anggota Biasa

Pakaian Kanak-kanak (LINK) Perempuan Pakaian Kanak-kanak (LINK) Lelaki


Pakaian kerja PBS/ Belia wanita Pakaian kerja PBS/ Belia lelaki

Pakaian Kerja Pegawai Wanita Pakaian Kerja Pegawai Lelaki


Pakaian istiadat pegawai wanita sarong Pakaian istiadat pegawai lelaki

Pakaian Petugas Bantuan Bencana Alam Pegawai/ Anggota Biasa


Pakaian Kanak-kanak (LINK) Perempuan Pakaian Kanak-kanak (LINK) Lelaki

Pakaian kerja PBS/ Belia wanita Pakaian kerja PBS/ Belia lelaki
Pakaian Kerja Pegawai Wanita Pakaian Kerja Pegawai Lelaki

Pakaian istiadat pegawai wanita sarong Pakaian istiadat pegawai lelaki


Pakaian Petugas Bantuan Bencana Alam Pegawai/ Anggota Biasa

You might also like