You are on page 1of 2

Sejarah Penubuhan Bulan Sabit Merah (Red Cross Society)

Bulan Sabit Merah diasaskan oleh Sir Jean Henry Dunant pada 8 MEI 1828 di Geneva,Switzealand. Disebabkan tarikh penubuhan ini maka Hari Bulan Sabit Merah diadakan pada 8 MEI setiap tahun.

Sejarah Kehidupan Sir Jean Hunrey Dunnant


Sir Jean Hunrey Dunnant menjadi salah seorang ahli League of Alms di Geneva dengan objektif untuk membantu penduduk miskin. Beliau juga membantu menubuhkan Perikatan Sedunia Young Mens Christian Association (YMCA). Beliau telah menjawat jawatan Pengurus Besar di sebuah bank di Algeria. Pada tahun 1859, beliau bertolak ke Solferino yang terletak di Utara Itali untuk mendapatkan sokongan Maharaja Perancis pada waktu itu iaitu Napoleon III. Pada tahun 1862, beliau kembali ke Geneva dan menerbitkan buku The Memory of Solferino. Buku itu telah menyarankan penubuhan pasukan penyelamat yang terdiri daripada sukarelawan terlatih di semua negara unutk merawat mereka yang cedea semasa peperangan. Satu perjanjian antarabangsa diadakan untuk melindungi mereka yang cedera dalam peperangan. Buktinya dapat dilihat melalui penubuhan Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa atau Konvesyen Geneva.Pada tahun 1863, Sir Henry Durnant telah menghadiri mesyuarat kebajikan awam Geneva. Jawatankuasa Berlima (Committee of Five) dibentuk untuk mempertimbangkan idea Durnant. Committee of Five terdiri daripada Henri Dufour sebagai pengerusi, Gustavo Moynier, Henry Dunant, Dr. Theodore Mounoir dan Dr. Louis Appia. Dalam Committee of Five ini Henry Dunant memegang jawatan sebagai setiausaha dan beliau dijemput oleh Gustavo Moynier untuk melibatkan diri dalam penubuhan ini. Pada Oktober 1863, persidangan diadakan di Geneva dan Persatuan Palang Merah ditubuhkan. Sebanyak 16 negara telah menghadiri persidangan ini. Pada tahun 1867, perniagaan Dunant jatuh muflis. Semasa peperangan berlaku antara Perancis dan Prussian (Jerman) Henry Dunant telah datang dan turut membantu mereka yang memerlukan. Pada tahun 1875, merintis kongres antarabangsa bagi menghapuskan perdangangan hamba dari kalangan orang-orang Negro yang dilakukan secara terbuka di Indonesia. Pada tahun 1892, Henry Dunant dimasukkan ke hospital kerana jatuh sakit. Pada tahun 1895, seorang wartawan George Baumberger ke satu pergunungan berhampiran Heiden. Beliau terdengar kisah Henry

Dunant yang menginap di siru lalu menemuramah Henry Dunant. Seluruh Geneva kemudiannya mengetahui bahawa Henry Dunant masih hidup.. Pada tahun 1901, Henry Dunant menerima anugerah Hadiah Keamanan Nobel yang pertama.Henry Dunant meninggal dunia pada tahun 1910 pada umur 82 tahun.

You might also like