You are on page 1of 1

TAHUN 4: SEJARAH HIDUP JEAN HENRY DUNANT (1828-1910)

Jean Henry Dunant, terkenal sebagai bapa Palang Merah. Beliau dilahirkan pada 8 Mei
1828, di Geneva, Switzerland.

Beliau merupakan anak kepada seorang peniaga yang berjaya dan ibunya adalah seorang
yang penyayang dan patuh pada agama.

Beliau juga telah menikmati segala kesenangan sehingga dewasa hasil daripada kedudukan
sosial dan ekonomi keluarganya.

Sejak awal usianya lagi, beliau telah terlibat dengan aktif dalam pelbagai pergerakan dengan membabitkan diri dalam aktiviti-
aktiviti amal dan agama.

Beliau juga bergerak aktif dlm pergerakan yg menyatukan orang-orang Kristian dan Yahudi. Beliau juga menjadi ahli sebuah
organisasi yang dikenali sebagai “League of Aims” di Geneva. Beliau juga sering melawat penjara-penjara untuk berusaha
membantu menukarkan sikap dan perangai para banduan.

Dalam suatu perjalanannya untuk menguruskan perniagaannya di Itali, Dunant telah sampai Castiglione delle Pieve pada Jun
1859, iaitu pada tarikh yang sama tatkala meletusnya Pertempuran Solferino. Apabila didapatinya bahawa bandar kecil
tersebut dipenuhi dengan mangsa-mangsa kematian dan kecederaan serta perkhidmatan tentera yang ada tidak mencukupi,
beliau cuba untuk membantu mereka yang sakit dan cedera dengan sedaya upaya.

Pengalaman tersebut telah menukarkan tujuan hidupnya. Beliau mula menumpukan pemikirannya untuk mencari jalan
bagaimana untuk penderitaan boleh dielakkan. Sebuah buku kenangan dan pengalamannya Kenangan di Solferino' telah
dicetak dan dihadiahkan kepada semua ketua-ketua negara di Eropah.

Buku tersebut telah berjaya menyedarkan ketua-ketua kerajaan di Eropah. Dalam buku tersebut, beliau telah mencadangkan:
Pertama: membentuk organisasi kemanusiaan antarabangsa bagi membantu tentera dan orang awam yang cedera dan
menderita semasa peperangan.
Kedua : mengadakan perjanjian antarabangsa agar tentera yang cedera dari mana-mana pasukan hendaklah dibantu .

Dunant mendapati bahawa Geneva merupakan tempat yang sesuai untuk memulakan kegiatan kemanusiaan.

The Societe Genevoise d’Utilite Publigue yang dipengerusikan oleh Gustave Moynier, telah menunjukkan minatnya terhadap
saranan yang dikemukakan oleh Dunant.

Bersama-sama Dunant, Guillaume-Henri Dufour, Louis Appia dan Theodore Mounier, Gustave Moynier dengan tidak berlengah
lagi mula menubuhkan Jawatankuasa Antarabangsa.

Jawatankuasa ini kemudiannya dikenali sebagai Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (International Committee of the
Red Cross – ICRC).

Delegasi tidak rasmi daripada 16 buah negara telah bermesyuarat di Geneva daripada 26 hingga 29 Oktober 1863 dan
bersetuju meluluskan Resolusi jawatankuasa Geneva..

Tahun 1867 merupakan tahun yang malang bagi Dunant kerana urusan perniagaan yang diabaikannya sebelum ini,
menghadapi kemerosotan. Akhirnya, beliau terpaksa menyerahkan segala hartanya untuk melangsaikan hutnag-hutangnya.
Beliau telah meninggalkan Geneva buat selama-lamanya ketika beliau berusia 39 tahun

Pada tahun 1887, beliau tinggal di Hidden, Switzerland. Pada tahun 1895, seorang wartawan muda dalam ekspidisinya di
pergunungan berdekatan Hidden, telah mewawancara beliau.. Pada tahun 1897, kerana gangguan kesihatan dan keadaan
usianya yang saemakin lanjut, beliau telah dimasukkan ke hospital tempatan.Di situlah beliau tinggal selama 18 tahun.

Pada tahun 1901, Jawatankuasa Nobel menganugerahkan beliau dengan Hadiah Keamanan (Peace Prize) yang pertama;
yang dikongsi bersama dengan Frederic Passy, seorang warganegara Perancis. Pada hari Ahad, 30 Oktober 1910, Jean Henry
Dunant telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hidden.

You might also like