You are on page 1of 1

Pelaksanaan aktiviti seni kreatif dalam pendidikan prasekolah malaysia

Abstrak

Kertas konsep ini membincangkan aktiviti seni kreatif merupakan aktiviti


berbentuk arahan yang menggabungkan seni visual, muzik dan persembahan seni bagi
meningkatkan kreativiti dan perkembangan murid. Kajian ini adalah bagi
mengenalpasti persepsi ibu bapa dan guru prasekolah mengenai kepentingan seni
kreatif dalam pendidikan pra sekolah, tahap persepsi mereka terhadap kedudukan asas
sekolah atau tempat serta kefahaman guru prasekolah terhadap aktiviti seni kreatif.
Satu set instrumen kajian telah diedarkan kepada 53 orang guru prasekolah manakala
satu set lagi diberikan kepada 253 ibu bapa murid yang bersekolah di prasekolah
kerajaan dan swasta di Sibu, Sarawak. T-test dan percubaan ANOVA sebanyak 2 kali
telah digunakan untuk membanding skor min bagi 2 atau lebih kumpulan. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa penglibatan dalam seni kreatif merupakan elemen yang
penting bagi ibu bapa dan guru prasekolah. Bagaimanapun, tahap kefahaman mereka
tidak setinggi persepsi dan tidak memberi sumbangan kepada tahap kefahaman
aktiviti seni kreatif. Oleh itu, pentingya untuk mewujudkan lebih banyak bengkel seni
kreatif dalam meningkatkan tahap kefahaman guru - guru prasekolah.

You might also like