You are on page 1of 4

UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Pembentukan perlembagaan Malaysia telah melalui satu proses sejarah yang panjang.

Merupakan adunan unsur-unsur yang terdapat dalam system pemerintahan Melayu lama dan juga
penjajah Inggeris.

Kesan peninggalan Inggeris di Tanah Melayu, antaranya ialah perlembagaan. Beberapa unsur
pemerintahan Inggeris yang pernah diamalkan telah diserap masuk ke dalam perlembagaan seperti jentera
Kerjaan, Parlimen, dan kewarganegaraan Unsur Moden

Institusi raja, bahasa Melayu, hak istimewa, dan agama Islam dikekalkan- unsur-unsur tradisi iaitu
amalan pra-British

Terdapat 4 unsur-unsur tradisi dalam perlembagaan iaitu:

Bahasa Kebangsaan
Agama Persekutuan
Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak
Pemerintahan beraja

Unsur-unsur ini telah wujud ratusan tahun sebelum Perlembagaan diwujudkan pada 1975.

Fungsi : Menstabilkan sistem politik negara.

Suruhanjaya Reid menekankan betapa pentingnya Perlembagaan mengambil kira faktor


sejarah,tradisi,ekonomi dan sosial yang wujud sebelum 1975.

Unsur-unsur tradisi menjadi prasyarat dan permuafakatan yang diterima oleh orang Melayu dan bukan
Melayu.

Hak istimewa orang Melayu,Islam sebagai agama persekutuan dan Bahasa Melayu diterima sebagai
bahasa kebangsaan menjadi prasyarat penerimaan hak kewarganegaraan oleh etnik bukan Melayu.

Prasyarat ini menunjukkan bahawa pemimpin terdahulu telah menerima satu formula bagi menyelesaikan
masalah yang wujud tanpa melibatkan konflik antara etnik.

Kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak diberi status yang sama seperti orang Melayu.

Bahasa Kebangsaan

Perkara 152 iaitu kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan tanpa menafikan hak-hak bangsa
lain menggunakan bahasa mereka

Namun, perkara ini juga melindungi bahasa-bahasa lain dan seterusnya memperuntukkan bahawa tiada
sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (selain daripada maksud rasmi) atau
mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain.

Begitu juga kerajaan berhak mengekalkan penggunaan dan pembelajaran bahasa lain dalam persekutuan.
Rasional Perkara 152

Bahasa kebangsaan sebagai alat perpaduan tanpa menggugat bahasa ibunda lain
Menjadi bahasa lingua franca
Zaman penjajah telah dijadikan bahasa rasmi
Pegawai Eropah perlu belajar dan lulus bahasa Melayu
Bahasa Melayu diterima sebagai bahasa kebangsaan sebagai pra-syarat penerimaan hak
kewarganegaraan oleh etnik bukan Melayu.
Pra-syarat ini menunjukkan bahawa pemimpin terdahulu telah menerima satu formula bagi
menyelesaikan masalah yang wujud tanpa melibatkan konflik antara etnik di Tanah Melayu pada
ketika itu.

Agama Persekutuan

Dalam perlembagaan Malaysia, orang Melayu didefinasikan sebagai orang beragama Islam dan
mengamalkan cara hidup dan budaya Melayu serta bertutur dalam bahasa Melayu.

Orang Melayu telah mengenali dan mengamalkan Islam sejak lebih 500 tahun yang lalu. Antara faktor
penting agama Islam cepat diterima oleh orang Melayu kerana sultan pada waktu itu beragama Islam.
Orang Melayu yang terkenal sebagai taat dan pantang derhaka kepada sultan begitu mudah menerima
Islam sebagai agama baru mereka, lebih-lebih lagi kedudukan sultan sebagai ketua agama.

Kedudukan Sultan sebagai ketua agama telah dikukuhkan lagi apabila Inggeris campur tangan di negeri-
negeri Melayu pada tahun 1870-an. Bermula dengan Perjanjian Pangkor 1874, kuasa Raja-Raja Melayu
telah dihadkan dalam adat istiadat dan agama Islam sahaja. Selain daripada itu, Sultan hendaklah
menerima nasihat daripada seorang penasihat Inggeris.

Setelah merdeka, Islam telah dijadikan agama rasmi persekutuan dan kerajaan. Sebagai agama rasmi
negara, kerajaan mempunyai kuasa untuk memperuntukkan sebahagian daripada perbelanjaan untuk
pembangunan dan kemajuan berkaitan dengan agama Islam, seperti perbelanjaan mengurus, membina
masjid dan sekolah agama.

Bagaimanapun, sesuai dengan negara demokrasi, agama lain bebas untuk diamalkan tetapi dilarang untuk
menyebarkannya kepada penganut agama islam.

Kedudukan Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera Sabah Dan Sarawak

Hak istimewa bukan perkara asing bagi orang Melayu. Tidak timbul soal diskriminasi, persaingan dan
konflik antara kaum pada waktu itu. Apabila Inggeris membawa masuk pekerja dalam sektor getah dan
bijih timah dengan jumlah yang ramai sebagai tenaga kerja, maka soal yang tidak pernah dipersoalkan
selama ini telah timbul.
Orang Melayu merasa terancam dan dianak ditirikan apabila melihat jumlah pendatang semakin ramai.
Tambahan pula dengan kejayaan mereka menguasai ekonomi negara telah memaksa kerajaan memikirkan
supaya orang Melayu tidak terlalu ketinggalan jauh dari kaum pendatang.

Hak istimewa orang Melayu telah diperkenalkan dalam perlembagaan supaya pembelaan dan bantuan
dapat diberikan kepada orang Melayu sebagai penduduk peribumi. YDA (Yang Dipertuan Agong) telah
diberi kuasa untuk memelihara kedudukan hak istimewa orang Melayu di Semenanjung.

Sabah dan Sarawak bila menyertai Malaysia pada tahun 1963. Antara perkara yang terkandung dalam hak
istimewa orang Melayu ialah kuota kemasukan ke institusi pengajian tinggi, biasiswa, kemudahan
mendapat lessen dan permit perniagaan. Bagaimanapun YDA tidak boleh mengganggu atau menarik balik
apa-apa keistimewaan kaum lain untuk diberi kepada peribumi.

Pemerintahan Beraja

Pemerintahan beraja telah wujud sejak dalam sistem sosial di NNM sejak berabad2 lamanya.

Menurut sistem beraja ini, raja mempunyai kuasa mutlak dalam setiap pemerintahan dan pentadbiran
negeri.

Raja dibantu oleh pembesar2 yang dilantik (sebelum penjajahan British)

Semasa penjajahan British, kuasa mutlak raja mulai terhad.

Raja mesti terima nasihat Residen British dalam semua perkara kecuali hal adat istiadat Melayu dan
agama Islam.

Hal ini juga berlaku semasa Malayan Union diperkenalkan yg menghapuskan kuasa Raja2 Melayu.

Kuasa raja2 Melayu dikembalikan apabila Persekutuan Tanah Melayu diperkenalkan setelah MU mendpt
tentangan hebat dari org Melayu.

Setelah negara mncapai kemerdekaan, institusi beraja dikekalkan di bawah konsep raja berpelembagaan.

Ini selaras dgn sistem demokrasi yang diamalkn di Malaysia.

Menurut konsep Raja Berperlembagaan, raja2 bertindak mengikut lunas2 perlembagaan yang telah
ditetapkan.

PERANAN UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN


Unsur-unsur tradisi yang terdapat didalam perlembagaan Negara unik kerana ia menggabung unsur lama
dan baru.

Unsur-unsur tradisi ini boleh menjadikan orang Melayu standing dengan kaum lain. Orang Melayu yang
ketinggalan dalam semua bidang jika disbanding dengan kaum bukan Melayu.

Peruntukan yang terkandung dalam hak istimewa orang Melayu membolehkan kerajaan membantu orang
Melayu supaya mereka tidak ketinggalan terlalu jauh atau terpinggir di Negara sendiri.

Hak istimewa ini juga dapat mengimbangi kedudukan mereka yang hilang semasa penjajahan Inggeris.

Orang Melayu dipinggirkan dari segi ekonomi perdagangan yang menguntungkan. Sebaliknya orang
bukan Melayu telah dibawa masuk sebagai tenaga kerja dalam sector tersebut.

Dasar penjajah Inggeris ini seolah-olah menafikan hak orang Melayu dan memberikan dasar ekonomi
baru kepada pendatang asing dalam tempoh yang lama.

Konsep Raja Berpelembagaan yang diamalkan sekarang bertujuan mengekalkan ketuanan Melayu sesuai
sebagai penduduk peribumi Negara ini. Orang Melayu yang menduduki negara ini sejak sekian lama
memeng telah sebati dengan system pemerintahan beraja.

Raja bagi orang Melayu adalah lambing tempat menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bagi. Raja
boleh berfungsi sebagai unsure penyatuan kepada orang Melayu dan penduduk Malaysia yang berbagai
kaum supaya bersatu-padu dengan memberikan taat setia yang tidak berbelah bagi.

Semua unsur tradisi yang terdapat didalam perlembagaan Malaysia telah dipersetujui bersama oleh
komponen parti Perikatan semasa merangka perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.

UMNO telah melonggarkan syarat kerakyatan yang diberikan kepada kaum bukan Melayu, sebagai ganti
kepada persetujuan M.C.A dan M.I.C untuk mengekalkan unsure tradisi didalam perlembagaan.
Persetujuan dan tolak ansur ini dikenali sebagai pakatan murni atau quid pro quo.

Untuk memelihara keharmonian kaum di negara ini, orang ramai dilarang mengungkit atau
memperkatakan perkara yang telah dipersetujui melalui Akta Hasutan 1948 yang dipinda. Pindaan itu
melarang menggolongkan perkara yang telah dipersetujui semasa mencapai kemerdekaan sebagai perkara
sensitif.

You might also like