You are on page 1of 45

UNDANG-UNDANG

MALAYSIA
CETAKAN SEMULA

Akta 111

AKTA LEMBAGA TEMBAKAU


NEGARA (PEMERBADANAN) 1973
Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

DITERBITKAN OLEH
PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA
DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968
SECARA USAHA SAMA DENGAN
PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD
2006
2 Undang-Undang Malaysia AKTA 111

AKTA LEMBAGA TEMBAKAU NEGARA


(PEMERBADANAN) 1973

Tarikh Perkenan Diraja 15 Jun 1973

Tarikh penyiaran dalam Warta 21 Jun 1973

CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU

Cetakan Semula Yang Pertama 1995


Cetakan Semula Yang Kedua 2000
Lembaga Tembakau Negara (Pemerbadanan) 3

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 111

AKTA LEMBAGA TEMBAKAU


NEGARA (PEMERBADANAN) 1973

SUSUNAN SEKSYEN

BAHAGIAN I

PERMULAAN

Seksyen

1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa


2. Tafsiran

BAHAGIAN II

LEMBAGA DAN FUNGSINYA

3. Penubuhan Lembaga
4. Keanggotaan Lembaga
5. Anggota silih ganti
6. Penjalanan sementara fungsi pengerusi
7. Pelantikan pegawai dan pekhidmat
8. Kewajipan Ketua Pengarah
9. Pekhidmat awam
10. Pejabat
11. Kewajipan dan kuasa pentadbiran Lembaga
11A. Jawatankuasa
11B. Pewakilan
12. (Dipotong)
4 Undang-Undang Malaysia AKTA 111
BAHAGIAN III

PERATURAN DAN PENGAWALAN

Seksyen
13. Pengawalan pembelian tembakau yang diawet
14. Pengawalan penjualan tembakau yang diawet
14A. Ejen
15. Pengawalan perniagaan pengawetan
16. Pengawalan penyimpanan dan pemilikan tembakau yang diawet
17. Pengawalan pemindahan tembakau yang diawet
18. Penalti
19. Pelesenan
20. Daftar
21. Kuasa untuk menggantung, membatalkan atau enggan untuk membaharui
lesen
21A. Kuasa Ketua Pengarah untuk menggantung, membatalkan atau enggan
membaharui perakuan kebenaran
22. Rayuan
23. Musim tutup
24. Kuasa Lembaga untuk membuat kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan

BAHAGIAN IV

KEWANGAN, LAPORAN DAN PENYELIAAN


KEMENTERIAN

25. Kumpulan Wang


26. Levi ke atas penjualan dan pembelian tembakau
27. Kuasa meminjam
28. Kuasa untuk melabur
29. Anggaran tahunan
30. Akaun dan audit
31. Laporan tahunan
32. Kuasa Menteri untuk mengeluarkan arahan
Lembaga Tembakau Negara (Pemerbadanan) 5
BAHAGIAN V

PENGUATKUASAAN

Seksyen
33. Kuasa menangkap
34. Penggeledahan dengan waran
35. Penggeledahan tanpa waran
36. Kuasa untuk memberhentikan dan memeriksa kenderaan
36A. Penyitaan tembakau yang menjadi hal perkara kesalahan
37. Notis penyitaan
38. Tindakan selepas tembakau disita
38A. Pelepasan sementara tembakau atau kenderaan
39. Mahkamah memerintahkan pelepasan atau pelucuthakan
40. Halangan masa untuk pendakwaan
41. Tuntutan terhadap tembakau yang disita atau hasil penjualannya dan
terhadap kenderaan yang disita
42. Harta mengenai tembakau yang dilucuthakkan atau hasil penjualan
tembakau dan mengenai kenderaan yang dilucuthakkan
43. Pelantikan dan perakuan dan laporan penganalisis
44. Pemeriksaan atau ujian berkadar bagi tembakau yang disita
45. Kuasa penyiasatan
45A. Kesalahan berkenaan dengan maklumat, dsb.
45B. Kesalahan yang dilakukan oleh pertubuhan perbadanan
46. Penjalanan pendakwaan
46A. Beban pembuktian
47. Pengenalan pegawai apabila mengambil tindakan
47A. Kuasa untuk mengkompaun kesalahan
47B. Kesalahan kerana menyerang atau menggalang Merinyu Tembakau atau
menyelamatkan tembakau yang telah disita
47C. Pelbagai kesalahan

BAHAGIAN VI

AM

48. Kerahsiaan
49. Penalti am
49A. Pengecualian daripada liabiliti
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 111
Seksyen

50. Kuasa Menteri untuk membuat kaedah-kaedah


51. Pengesahan perbuatan yang dilakukan pada menjangkakan Akta
52. Pindaan Akta 49 tahun 1965

JADUAL
Lembaga Tembakau Negara (Pemerbadanan) 7
UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 111

AKTA LEMBAGA TEMBAKAU NEGARA


(PEMERBADANAN) 1973

Suatu Akta bagi menubuhkan Lembaga Tembakau Negara untuk


memperbaiki dan menjalankan dengan sepatutnya industri
pengeluaran tembakau, dan bagi membuat peruntukan berkenaan
dengan Lembaga dan industri itu.

[15 Ogos 1973, P.U. (B) 327/1973; kecuali


s. 13-18: 11 Mac 1974, P.U. (B) 110/1974]

MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri


Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan
persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang
dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:

BAHAGIAN I

PERMULAAN

Tajuk ringkas
1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Lembaga Tembakau
Negara (Pemerbadanan) 1973.

(2) Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang
ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta; dan
Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi peruntukan
yang berlainan dalam Akta ini.

Tafsiran
2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna
yang lain

bangsal ertinya sesuatu bangunan atau sesuatu bahagian


daripadanya yang dibina, dipadan, atau digunakan untuk mengawet
tembakau di dalamnya;

kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan ertinya kaedah-kaedah


dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 111

Ketua Pengarah ertinya Ketua Pengarah Lembaga yang dilantik


di bawah seksyen 7;

Kumpulan Wang ertinya Kumpulan Wang Lembaga Tembakau


Negara yang ditubuhkan di bawah seksyen 25;

Lembaga ertinya Lembaga Tembakau Negara yang ditubuhkan


di bawah seksyen 3;

Merinyu Tembakau ertinya seseorang Merinyu Tembakau yang


dilantik di bawah seksyen 7;

musim tutup ertinya sesuatu tempoh yang diisytiharkan sebagai


musim tutup di bawah seksyen 23;

pegawai kastam atau pegawai kanan kastam mempunyai


erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Kastam 1967
[Akta 235];

pegawai penyita ertinya seseorang Merinyu Tembakau atau


pegawai kastam yang telah menyita tembakau di bawah
Bahagian V;

pembeli berlesen ertinya seseorang yang dilesenkan di bawah


seksyen 19 untuk membeli tembakau yang diawet;

penganalisis ertinya seseorang penganalisis yang dilantik di


bawah seksyen 43;

pengawet berlesen ertinya seseorang yang dilesenkan di bawah


seksyen 19 untuk menjalankan perniagaan mengawet tembakau;

pengawetan ertinya suatu proses yang dengannya daun tembakau


atau bahagian lain daripada pokok tembakau dikeringkan bagi
maksud hendak mengekalkan dan mematangkannya, dan termasuklah
proses pengawetan pemanas, pengawetan udara, pengawetan api
dan pengawetan matahari;

pengawetan api ertinya suatu proses pengawetan yang dengannya


tembakau belum diawet didedahkan kepada api dalam bangsal
berganti-udara, bagi membiarkan tembakau itu terkena asap;
Lembaga Tembakau Negara (Pemerbadanan) 9

pengawetan matahari ertinya suatu proses pengawetan yang


dengannya tembakau belum diawet didedahkan kepada sinaran
matahari bagi bahagian utama tempoh pengawetan itu;

pengawetan pemanas ertinya suatu proses yang dengannya


tembakau belum diawet dikenakan kepada udara yang dipanaskan
melalui suatu sumber panas yang boleh dikawal dalam sesuatu
bangunan atau sesuatu bahagian daripadanya yang dibina dengan
sesuatu cara supaya angin dan lembapan tidak dibenarkan masuk
atau keluar lebih daripada yang diperlukan bagi menjayakan proses
itu;

pengawetan udara ertinya suatu proses pengawetan yang


dengannya tembakau belum diawet diganti udara di bawah keadaan
udara semula jadi dengan sedikit atau tiada panas buatan, dalam
bangsal berganti udara seluruhnya;

Pengelas ertinya seseorang yang dilantik sebagai Pengelas di


bawah seksyen 7;

Pengerusi ertinya Pengerusi Lembaga dan termasuklah mana-


mana orang yang menjalankan fungsi pengerusi dan yang disifatkan
sebagai Pengerusi di bawah seksyen 6;

pengilang ertinya seseorang yang mengilang tembakau hingga


menjadikannya suatu keadaan yang dalamnya tembakau itu layak
untuk digunakan serta-merta secara dihisap atau selainnya dan
termasuklah sesuatu pertubuhan subsidiari bagi sesuatu pertubuhan
perbadanan yang adalah suatu pengilang;

perakuan kebenaran ertinya suatu perakuan kebenaran yang


dikeluarkan di bawah subseksyen 19(2A);

tembakau ertinya mana-mana pokok daripada jenis Nicotiana


tabacum, dan mana-mana bahagian pokok itu sama ada dalam
keadaan belum diawet atau sudah diawet, tetapi tidak termasuk
tembakau yang telah dikilang hingga menjadikannya suatu keadaan
yang dalamnya tembakau itu layak untuk digunakan serta-merta
secara dihisap atau selainnya;

tembakau yang diawet ertinya tembakau yang telah melalui


proses pengawetan.
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 111

BAHAGIAN II

LEMBAGA DAN FUNGSINYA

Penubuhan Lembaga

3. (1) Suatu pertubuhan perbadanan bernama Lembaga Tembakau


Negara hendaklah ditubuhkan yang kekal turun-temurun dan
mempunyai suatu meterai perbadanan dan kuasa bagi memperoleh
dan memegang harta alih dan harta tak alih dan bagi melupuskannya
atau dengan cara lain membuat apa-apa urusan mengenainya, dan
boleh membawa guaman dan dibawa guaman atas nama
perbadanannya.

(2) Jadual kepada Akta ini hendaklah terpakai bagi Lembaga.

Keanggotaan Lembaga

4. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), Lembaga hendaklah


terdiri daripada anggota yang berikut yang, kecuali Ketua Pengarah,
hendaklah dilantik oleh Menteri mengikut nama:
(a) seorang Pengerusi;
(b) seorang wakil Kementerian yang pada masa ini
bertanggungjawab bagi industri pengeluaran tembakau;
(c) seorang wakil Kementerian yang pada masa ini
bertanggungjawab bagi pertanian;
(d) seorang wakil Perbendaharaan;
(e) seorang wakil Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana
Menteri;
(f) dua orang untuk mewakili kepentingan pengilang tembakau;
(g) dua orang untuk mewakili kepentingan pengawet tembakau;
(h) seorang untuk mewakili kepentingan penanam tembakau;
(i) seorang wakil daripada Lembaga Pertubuhan Peladang;
dan
(j) Ketua Pengarah.
Lembaga Tembakau Negara (Pemerbadanan) 11

(2) Sebagai tambahan kepada orang yang disebut dalam


subseksyen (1), Menteri boleh melantik sebagai anggota Lembaga
tidak lebih daripada tiga orang lain yang difikirkan patut oleh
Menteri.

(3) Apabila jawatan Ketua Pengarah kosong, subseksyen (1)


hendaklah dibaca seolah-olah perenggan (j) telah dipotong.

Anggota silih ganti

5. (1) Menteri boleh, berkenaan dengan setiap anggota yang dilantik


di bawah perenggan 4(1)(b) hingga (j), melantik seorang sebagai
anggota silih ganti untuk menghadiri, sebagai ganti anggota itu,
mesyuarat Lembaga atau mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan
oleh Lembaga yang tidak dapat dihadiri oleh anggota itu oleh
kerana apa-apa sebab.

(2) Apabila menghadiri mesyuarat Lembaga atau mana-mana


jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Lembaga, seseorang anggota
silih ganti hendaklah disifatkan sebagai seorang anggota Lembaga
bagi segala maksud.

(3) Seseorang anggota silih ganti hendaklah, melainkan jika dia


berhenti menjadi anggota terlebih dahulu atau pelantikannya ditarik
balik terlebih dahulu, terhenti menjadi seorang anggota silih ganti
apabila anggota yang baginya dia menjadi anggota silih ganti itu
terhenti menjadi seorang anggota Lembaga.

Penjalanan sementara fungsi pengerusi

6. (1) Menteri boleh melantik mana-mana anggota Lembaga untuk


menjalankan fungsi pengerusi dalam tempoh Pengerusi tidak
berupaya, kerana sesuatu sebab, bagi menjalankan fungsinya atau
dalam tempoh sesuatu kekosongan dalam jawatan pengerusi; dan
anggota itu hendaklah, dalam tempoh dia menjalankan fungsi
pengerusi di bawah subseksyen ini, disifatkan sebagai Pengerusi.

(2) Sehingga suatu pelantikan dibuat di bawah subseksyen (1)


atau jika pelantikan itu tidak dibuat, anggota yang dilantik di
bawah perenggan 4(1)(b) hendaklah menjalankan fungsi pengerusi
dan disifatkan sebagai Pengerusi; dan jika kerana apa-apa sebab
anggota itu tidak berupaya untuk bertindak di bawah subseksyen
ini, anggota yang dilantik di bawah perenggan 4(1)(c) hendaklah
menjalankan fungsi pengerusi dan disifatkan sebagai Pengerusi.
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 111
Pelantikan pegawai dan pekhidmat

7. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), Lembaga boleh melantik


seorang Ketua Pengarah, dan apa-apa bilangan pegawai dan
pekhidmat yang lain, termasuk Merinyu Tembakau dan Pengelas,
sebagaimana yang difikirkan suai manfaat oleh Lembaga bagi maksud
Akta ini.

(2) Pelantikan Ketua Pengarah hendaklah dibuat dengan mendapat


kelulusan Menteri terlebih dahulu.

(3) Pelantikan Merinyu Tembakau dan Pengelas hendaklah


disiarkan dalam Warta.

(4) Sebelum mengadakan atau mengubah suai sesuatu skim


perkhidmatan bagi pegawai dan pekhidmat Lembaga atau bagi
mana-mana kelas daripada mereka, termasuk terma dan syarat
perkhidmatan dan gaji, elaun, dan saraan lain yang kena dibayar,
Lembaga hendaklah mendapatkan kelulusan Menteri bagi skim
atau ubah suaiannya itu.

Kewajipan Ketua Pengarah

8. (1) Ketua Pengarah hendaklah


(a) bertanggungjawab bagi melaksanakan keputusan dasar
Lembaga dan bagi pentadbiran am hal-ehwal Lembaga;
(b) menjalankan penyeliaan dan pengawalan ke atas semua
pegawai dan pekhidmat Lembaga; dan
(c) melakukan apa-apa kewajipan lain sebagaimana yang
ditentukan oleh Lembaga dari semasa ke semasa atau
tertakluk kepada apa-apa arahan Menteri, atau sebagaimana
yang diarahkan oleh Pengerusi dari semasa ke semasa
tertakluk kepada apa-apa ketetapan Lembaga.

(2) Ketua Pengarah hendaklah hadir pada dan sepanjang tiap-


tiap mesyuarat Lembaga melainkan jika
(a) dia terhalang daripada berbuat demikian oleh sebab sakit
atau berada di luar Persekutuan; atau
(b) dia dimaafkan daripada berbuat demikian oleh Pengerusi
atau orang yang mempengerusikan mesyuarat itu.

(3) (Dipotong oleh Akta A314).


Lembaga Tembakau Negara (Pemerbadanan) 13

Pekhidmat awam

9. Semua anggota, pegawai dan pekhidmat Lembaga hendaklah


disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun
Keseksaan [Akta 574].

Pejabat

10. Lembaga hendaklah mempunyai suatu pejabat utama di


Malaysia di suatu tempat sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga,
dan boleh menubuhkan apa-apa pejabat cawangan lain sebagaimana
yang difikirkan suai manfaat oleh Lembaga.

Kewajipan dan kuasa pentadbiran Lembaga

11. (1) Kewajipan Lembaga ialah


(a) mengadakan peraturan mengenai, mengawal, dan
menyelaraskan segala aktiviti berhubung dengan
penanaman, pengawetan, penjualan, pembelian,
penyimpanan, pengeksportan dan pemindahan tembakau;
(b) menimbangkan dan menggalakkan langkah untuk
memperbaiki aktiviti itu;
(c) menimbangkan, menggalakkan dan mengambil langkah
untuk mencegah berlakunya dan merebaknya penyakit
yang menyentuh tembakau; dan
(d) pada amnya untuk melakukan apa-apa jua perkara untuk
memperbaiki dan menjalankan dengan sepatutnya industri
pengeluaran tembakau.

(2) Lembaga hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan segala


perkara yang semunasabahnya perlu untuk, atau yang suai manfaat
untuk atau bersampingan dengan, menyempurnakan kewajipannya,
dan khususnya, tetapi tanpa menyentuh keluasan makna subseksyen
ini
(a) untuk membuat apa-apa rundingan dan kontrak sebagaimana
yang difikirkan perlu oleh Lembaga bagi kemajuan
kepentingan am industri pengeluaran tembakau;
(b) untuk menubuhkan dan menyenggarakan apa-apa badan
atau premis sebagaimana yang difikirkan perlu oleh
Lembaga untuk menjalankan kewajipannya; dan
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 111
(c) untuk memberikan apa-apa bentuk bantuan atau
perkhidmatan kepada orang yang terlibat dalam industri
pengeluaran tembakau bagi maksud memperbaiki aktiviti
yang mereka terlibat sedemikian.
(d) (Dipotong oleh Akta A701).

Jawatankuasa

11A. (1) Lembaga boleh, dari semasa ke semasa, menubuhkan


jawatankuasa untuk menasihati atau membantu Lembaga dalam
apa-apa perkara yang berkaitan dengan fungsi Lembaga sebagaimana
yang difikirkannya patut.

(2) Lembaga boleh, dari semasa ke semasa, melepaskan tugas,


mengubah, meneruskan atau menubuhkan semula mana-mana
jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1).

(3) Mana-mana orang yang boleh dilantik menjadi seorang anggota


suatu jawatankuasa walaupun dia bukan seorang anggota Lembaga.

(4) Hendaklah dibayar apa-apa elaun kepada mana-mana anggota


jawatankuasa sebagaimana yang diputuskan oleh Menteri dengan
kelulusan Menteri Kewangan.

(5) Tertakluk kepada apa-apa arahan yang diberikan oleh Lembaga,


tiap-tiap jawatankuasa boleh mengadakan peraturan mengenai
tatacaranya sendiri.

Pewakilan

11 B . (1) Lembaga boleh, sama ada secara am atau selainnya


sebagaimana yang diperuntukkan oleh surat cara pewakilan secara
bertulis di bawah meterai perbadanannya, mewakilkan mana-mana
orang atau suatu jawatankuasa yang dilantik di bawah seksyen
11A, mana-mana kuasa atau fungsinya di bawah Akta ini, melainkan
kuasa perwakilan ini dan kuasa untuk membuat kaedah-kaedah
atau peraturan-peraturan.

(2) Sesuatu kuasa atau fungsi yang diwakilkan di bawah


subseksyen (1) kepada mana-mana orang bolehlah dijalankan oleh
orang itu mengikut surat cara perwakilan dan, bila dijalankan
sedemikian, hendaklah, bagi maksud Akta ini, disifatkan telah
dijalankan oleh Lembaga.
Lembaga Tembakau Negara (Pemerbadanan) 15

(3) Sesuatu pewakilan di bawah seksyen ini boleh dibatalkan


pada bila-bila masa dan tidak menghalang perjalanan suatu fungsi
atau kuasa oleh Lembaga.

12. (Dipotong oleh Akta A314).

BAHAGIAN III

PERATURAN DAN PENGAWALAN

Pengawalan pembelian tembakau yang diawet

13. (1) Tiada seorang pun boleh membeli tembakau yang diawet
melainkan jika dia seorang pembeli berlesen.

(2) Tiada seorang pun pembeli berlesen boleh membeli tembakau


yang diawet melainkan daripada seorang pengawet berlesen.

(3) Tiada seorang pun boleh membeli tembakau, dengan


mengetahui atau ada sebab bagi mempercayai bahawa tembakau
itu dimaksudkan untuk diawet, melainkan jika dia seorang pengawet
berlesen.

Pengawalan penjualan tembakau yang diawet

14. (1) Tiada seorang pun boleh menjual tembakau yang diawet
melainkan jika dia seorang pengawet berlesen.

(2) Tiada seorang pun pengawet berlesen boleh menjual tembakau


yang diawet melainkan kepada seorang pembeli berlesen.

(3) Walau apa pun peruntukan yang berlawanan dalam Akta ini,
seorang pembeli berlesen boleh, tertakluk kepada apa-apa syarat
dan sekatan sebagaimana yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan,
mengeksport tembakau yang diawet yang dibeli daripada pengawet
berlesen.

Ejen

14A. Bagi maksud seksyen 13 dan 14, istilah pembeli berlesen


dan pengawet berlesen hendaklah termasuk seseorang yang
dibenarkan bertindak untuk atau bagi pihak pembeli berlesen atau
pengawet berlesen.
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 111
Pengawalan perniagaan pengawetan

15. (1) Tiada seorang pun boleh menjalankan perniagaan mengawet


tembakau melainkan jika dia seorang pengawet berlesen.

(2) Tiada seorang pun boleh mengambil bahagian, sama ada


sebagai pekerja atau selainnya, dalam apa-apa aktiviti yang menjadi
sebahagian daripada atau yang bersampingan dengan proses
pengawetan tembakau melainkan jika dia berbuat demikian untuk
atau bagi pihak seorang pengawet berlesen.

Pengawalan penyimpanan dan pemilikan tembakau yang diawet

16. Tiada seorang pun boleh menyimpan atau ada dalam miliknya
tembakau yang diawet melainkan jika dia seorang pembeli berlesen
atau seorang pengawet berlesen atau seorang yang berbuat demikian
untuk atau bagi pihak seorang pembeli berlesen atau seorang pengawet
berlesen.

Pengawalan pemindahan tembakau yang diawet

17. Tiada seorang pun boleh memindahkan, membawa, atau


mengangkut atau mengambil bahagian dalam memindahkan,
membawa, atau mengangkut tembakau yang diawet melainkan jika
dia seorang pembeli berlesen atau seorang pengawet berlesen atau
seorang yang berbuat demikian untuk atau bagi pihak seorang
pembeli berlesen atau seorang pengawet berlesen.

Penalti

18. Mana-mana orang yang melanggar mana-mana daripada


peruntukan seksyen 13, 14, 15, 16 dan 17 melakukan suatu kesalahan
dan boleh dipenjarakan selama dua tahun atau didenda sebanyak
sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya.

Pelesenan

19. (1) Mana-mana orang yang berhasrat untuk dilesenkan sebagai


pembeli berlesen atau sebagai pengawet berlesen, dan mana-mana
orang yang berhasrat untuk bertindak untuk atau bagi pihak seorang
pembeli berlesen atau pengawet berlesen berkenaan dengan aktiviti
Lembaga Tembakau Negara (Pemerbadanan) 17

yang dinyatakan dalam seksyen 13, 14, 16 dan 17, boleh memohon
kepada Lembaga mengikut kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan
untuk suatu lesen atau untuk suatu perakuan kebenaran, mengikut
mana-mana yang berkenaan.

(2) Tertakluk kepada subseksyen (3) Lembaga boleh, apabila


dibayar bayaran yang ditetapkan, melesenkan seseorang pemohon
di bawah subseksyen (1) sebagai seorang pembeli berlesen atau
seorang pengawet berlesen, mengikut mana-mana yang berkenaan,
dengan mengeluarkan kepadanya suatu lesen dalam bentuk yang
ditetapkan.

(2 A ) Ketua Pengarah boleh, apabila dibayar bayaran yang


ditetapkan, membenarkan seseorang pemohon di bawah
subseksyen (1) bertindak untuk atau bagi pihak seorang pembeli
berlesen atau seorang pengawet berlesen, mengikut mana-mana
yang berkenaan, dengan mengeluarkan kepadanya suatu perakuan
kebenaran dalam bentuk yang ditetapkan.

(3) Pada menimbangkan sesuatu permohonan di bawah


subseksyen (1) Lembaga hendaklah memberi pertimbangan yang
sewajarnya terhadap keperluan untuk menggalakkan dan melindungi
kepentingan industri pengeluaran tembakau dan, bagi maksud itu,
untuk mencegah amalan yang memudaratkan atau yang mungkin
memudaratkan kepentingan itu dan penyertaan dalam industri itu
akan orang yang mungkin akan mengadakan atau mengembangkan
amalan itu.

(4) Jika Lembaga enggan memberikan sesuatu lesen di bawah


seksyen ini, ia hendaklah memberitahu pemohon itu secara bertulis
berkenaan dengan keengganan itu dan sebab baginya.

(5) Tiap-tiap lesen di bawah seksyen ini sah selama satu tahun
dari tarikh ia dikeluarkan tetapi boleh dibaharui dari semasa ke
semasa atas permohonan mengikut cara yang ditetapkan dan dengan
membayar bayaran yang ditetapkan.

(6) Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, melalui kaedah-


kaedah menetapkan cara membuat sesuatu permohonan di bawah
seksyen ini, butir-butir yang hendaklah diberikan oleh seseorang
pemohon, bayaran yang kena dibayar, bentuk lesen, dan perkara
lain berkenaan dengan pelesenan dan lesen; dan kaedah-kaedah itu
boleh termasuk apa-apa kehendak seseorang pemohon sebagaimana
yang difikirkan perlu oleh Lembaga untuk membolehkan Lembaga
mencapai matlamat subseksyen (3).
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 111

(7) Lembaga boleh mengenakan apa-apa syarat atau sekatan


sebagaimana yang difikirkannya patut ke atas mana-mana lesen
yang dikeluarkan di bawah seksyen ini, termasuk syarat atau sekatan
yang menyekat jumlah tembakau yang boleh diuruskan, dan orang
yang dengannya urusan boleh dibuat, oleh pemegang lesen itu; dan
Lembaga boleh dari semasa ke semasa, setelah memberikan pemegang
lesen itu notis dan peluang yang munasabah untuk membuat
representasi dan selepas menimbangkan rayuan itu, mengubah syarat
atau sekatan itu.

(8) Subseksyen (3), (4), (5), (6) dan (7) hendaklah terpakai
mutatis mutandis bagi suatu permohonan untuk suatu perakuan
kebenaran di bawah subseksyen (1).

Daftar

20. Lembaga hendaklah menyimpan dan menyenggarakan atau


menyebabkan supaya disimpan dan disenggarakan suatu daftar
mengenai orang yang pada masa ini ialah pengawet berlesen dan
pembeli berlesen mengikut apa-apa cara yang ditentukan olehnya
tetapi tertakluk kepada apa-apa arahan yang diberikan oleh Menteri.

Kuasa untuk menggantung, membatalkan atau enggan untuk


membaharui lesen

21. (1) Lembaga boleh, jika ia berpuas hati bahawa apa-apa syarat
atau sekatan yang dikenakan atas sesuatu lesen dikeluarkan di
bawah seksyen 19 telah tidak dipatuhi oleh pemegang lesen itu
atau bahawa penerusan lesen itu akan melanggar Akta ini atau
kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan atau bahawa pemegang
lesen itu telah melanggar mana-mana daripada peruntukan Akta
ini atau kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan, meminta pemegang
lesen itu supaya menunjukkan sebab mengapa lesennya tidak patut
dibatalkan atau mengapa Lembaga tidak patut enggan untuk
membaharui lesennya.

(2) Seseorang yang diminta menunjukkan sebab di bawah


subseksyen (1)
(a) hendaklah dibekalkan oleh Lembaga butir-butir, secara
bertulis, yang menjadi asas untuk permintaan menunjukkan
sebab itu; dan
Lembaga Tembakau Negara (Pemerbadanan) 19

(b) boleh, jika ia berkehendakkan hadir pada pendengaran


oleh Lembaga atau diwakili di situ oleh seorang lain
yang diberi kuasa olehnya secara bertulis.

(3) Jika selepas pendengaran itu, Lembaga berpendapat bahawa


orang yang diminta untuk menunjukkan sebab itu telah gagal untuk
berbuat demikian, Lembaga boleh, walau apa pun tindakan jenayah
yang boleh dibawa terhadapnya, membatalkan atau enggan
membaharui lesennya, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(3A) Lembaga boleh menggantung lesen selama tempoh yang


tidak melebihi enam bulan, dan bukannya membatalkan lesen itu
di bawah subseksyen (3), jika difikirkannya patut dan adil untuk
berbuat demikian.

(4) Seseorang yang lesennya telah dibatalkan atau telah, dengan


keengganan Lembaga, tidak dibaharui
(a) tidak boleh dilesenkan sekali lagi bagi sesuatu tempoh,
tidak lebih daripada dua tahun dari tarikh pembatalan
atau keengganan untuk membaharuinya itu, sebagaimana
yang ditentukan oleh Lembaga pada masa pembatalan
atau keenganan untuk membaharuinya itu; dan
(b) hendaklah, apabila diminta berbuat demikian oleh Lembaga
secara bertulis, menyerahkan balik kepada Lembaga
lesennya dalam tempoh yang ditentukan oleh Lembaga.

(5) Mana-mana orang yang, semasa lesennya digantung di bawah


subseksyen (3A), menjalankan apa-apa aktiviti yang dibenarkan di
bawah lesen yang digantung itu, atau yang bersengaja tidak mematuhi
kehendak Lembaga di bawah perenggan (4)(b) melakukan suatu
kesalahan.

Kuasa Ketua Pengarah untuk menggantung, membatalkan atau


enggan membaharui perakuan kebenaran

21 A . Ketua Pengarah hendaklah mempunyai kuasa untuk


menggantung, membatalkan atau enggan untuk membaharui suatu
perakuan kebenaran, dan peruntukan seksyen 21 hendaklah terpakai
mutatis mutandis bagi penjalanan kuasa itu.
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 111

Rayuan

22. (1) Jika mana-mana orang terkilan dengan sesuatu keputusan


Lembaga untuk menggantung, membatalkan atau enggan untuk
mengeluarkan atau membaharui sesuatu lesen, dia boleh, dalam
tempoh satu bulan dari tarikh keputusan itu disampaikan kepadanya,
merayu mengikut cara yang ditetapkan kepada Menteri.

(2) Jika mana-mana orang terkilan dengan sesuatu keputusan


Ketua Pengarah untuk menggantung, membatalkan atau enggan
untuk mengeluarkan atau membaharui suatu perakuan kebenaran,
dia boleh, dalam tempoh satu bulan dari tarikh keputusan itu
disampaikan kepadanya, merayu mengikut cara yang ditetapkan
kepada Lembaga dan keputusan Lembaga adalah muktamad dan
tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah.

(3) Suatu rayuan di bawah subseksyen (1) atau (2) tidak boleh
membawa kesan sebagai suatu penggantungan keputusan yang dibuat
di bawahnya, melainkan jika dibenarkan selainnya oleh Lembaga
atau Ketua Pengarah, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(4) Menteri hendaklah melantik suatu jawatankuasa bagi maksud


mendengar rayuan di bawah subseksyen (1) dan menasihatinya
mengenai keputusan yang patut diambil.

(5) Tiada seorang pun anggota Lembaga boleh dilantik menjadi


anggota jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (4).

(6) Hendaklah dibayar apa-apa elaun kepada mana-mana anggota


jawatankuasa sebagaimana yang diputuskan oleh Menteri dengan
kelulusan Menteri Kewangan.

(7) Menteri tidaklah terikat untuk menerima nasihat yang diberikan


oleh jawatankuasa yang dilantik di bawah subseksyen (4) tetapi
boleh, selepas menimbangkan apa-apa rayuan di bawah
subseksyen (1) dan nasihat jawatankuasa itu, membuat apa-apa
perintah sebagaimana yang difikirkannya adil dan perlu.

(8) Tiap-tiap perintah yang dibuat oleh Menteri dibuat di bawah


subseksyen (7) adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan
dalam mana-mana mahkamah.
Lembaga Tembakau Negara (Pemerbadanan) 21

Musim tutup

23. (1) Bagi maksud mencegah berlakunya atau merebaknya


penyakit yang menyentuh tembakau, Lembaga boleh dari semasa
ke semasa melalui pemberitahuan dalam Warta mengisytiharkan
tempoh yang tertentu sebagai musim tutup untuk menanam dan
mengawet tembakau bagi kawasan yang ditentukan.

(2) Tiada seorang pun boleh, dalam sesuatu musim tutup


(a) menanam atau menumbuhkan tembakau;
(b) membenarkan tembakau yang ditanam atau ditumbuhkan
oleh atau untuknya, atau di atas tanah yang dipunyai atau
diduduki olehnya, terus tumbuh; atau
(c) menjalankan atau mengambil bahagian, atau membenarkan,
menyebabkan, membiarkan, atau mendapatkan mana-mana
orang untuk menjalankan atau mengambil bahagian, dalam
apa-apa aktiviti yang menjadi sebahagian daripada Atau
bersampingan dengan proses pengawetan tembakau.

(3) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) melakukan


suatu kesalahan dan boleh dipenjarakan selama satu tahun atau
didenda sebanyak lima ribu ringgit atau kedua-duanya.

Kuasa Lembaga untuk membuat kaedah-kaedah dan peraturan-


peraturan

24. Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat apa-


apa kaedah dan peraturan sebagaimana yang difikirkannya perlu
untuk menjalankan kewajipannya dengan berkesan di bawah
subseksyen 11(1), dan khususnya, tetapi tanpa menyentuh keluasan
kuasa yang diberikan oleh seksyen ini, kaedah-kaedah dan peraturan-
peraturan itu boleh
(a) mengadakan peruntukan mengenai amalan yang hendak
dipatuhi atau dielakkan oleh penanam tembakau atau dalam
menanam tembakau, untuk mendapatkan pengeluaran
tembakau yang bermutu tinggi dan untuk mencegah
berlakunya atau merebaknya penyakit yang menyentuh
tembakau;
(b) tertakluk kepada seksyen 23 dan untuk mencapai maksud
musim tutup, melarang daripada dilakukan, atau
menghendaki supaya dilakukan, perbuatan tertentu dalam
masa atau berkenaan dengan musim itu;
22 Undang-Undang Malaysia AKTA 111
(c) mengadakan peruntukan mengenai amalan yang hendaklah
dipatuhi atau dielakkan oleh pengawet berlesen atau dalam
mengawet tembakau, untuk mendapatkan pengeluaran
tembakau yang bermutu tinggi yang diawet dan untuk
mencegah berlakunya atau merebaknya penyakit yang
menyentuh tembakau;
(d) menetapkan penentuan untuk bangsal dan melarang
daripada dijalankan aktiviti pengawetan melainkan dalam
bangsal yang menepati penentuan itu;
(e) menetapkan cara menyimpan dan mengangkut tembakau
dan langkah yang hendak diambil untuk mencegah
kerosakan atau kemerosotan tembakau, atau berlakunya
atau merebaknya penyakit yang menyentuh tembakau, dalam
masa penyimpanan atau pengangkutan;
(f) menetapkan peringkat tembakau dan cara bagi
menentukannya dan melarang penjualan atau pembelian
tembakau dengan apa-apa asas selain atas asas peringkat
yang ditentukan sedemikian;
(g) menetapkan mutu tembakau dan melarang diperniagakan
tembakau yang tidak menepati mutu itu;
(ga) menentukan kewajipan dan fungsi Pengelas;
(h) menetapkan harga minimum berhubung dengan mutu atau
peringkat yang dengannya tembakau boleh dijual selain
untuk eksport;
(ha) menetapkan cara bagaimana tembakau yang diawet akan
dieksport, kualiti tembakau yang diawet yang akan dieksport
dan syarat dan sekatan yang berhubungan dengan mutu
tembakau itu;
(i) menetapkan rekod yang hendaklah disimpan oleh pembeli
berlesen dan pengawet berlesen yang berhubungan
dengan perniagaan tembakau;
(ia) menetapkan amalan yang hendaklah dipatuhi atau dielakkan
oleh pengawet berlesen atau pembeli berlesen dalam semua
aktiviti yang berhubungan dengan penjualan dan pembelian
tembakau; dan
(j) menetapkan penalti kerana melanggar peruntukannya
dengan denda sebanyak tidak melebihi lima ribu
ringgit.
Lembaga Tembakau Negara (Pemerbadanan) 23

BAHAGIAN IV

KEWANGAN, LAPORAN DAN PENYELIAAN KEMENTERIAN

Kumpulan Wang

25. (1) Lembaga hendaklah menubuhkan dan mentadbirkan suatu


kumpulan wang bernama Kumpulan Wang Lembaga Industri
Tembakau.

(2) Hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang itu


(a) apa-apa jumlah wang sebagaimana yang diperuntukkan
dari semasa ke semasa oleh Parlimen;
(b) semua wang yang dipungut dengan cara bayaran yang
ditetapkan oleh kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan;
(c) semua wang yang dipungut atau dibayar di bawah seksyen
26;
(d) semua wang, selain denda, yang dipungut di bawah kaedah-
kaedah dan peraturan-peraturan;
(e) jumlah wang yang dipinjam oleh Lembaga di bawah
seksyen 27;
(f) semua wang yang didapati atau timbul daripada sesuatu
pelaburan di bawah seksyen 28, atau daripada apa-apa
harta, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh
oleh atau diletakhak pada Lembaga; dan
(g) semua jumlah wang atau harta lain yang mungkin dengan
apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau diletakhak
pada Lembaga berkenaan dengan apa-apa perkara yang
bersampingan dengan kewajipan dan kuasanya.

(3) Kumpulan Wang itu boleh digunakan untuk


(a) membayar apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang
dilakukan oleh Lembaga dalam melaksanakan
kewajipannya dan menjalankan kuasanya;
(b) menjelaskan apa-apa jumlah wang yang dipinjam oleh
Lembaga di bawah seksyen 27; dan
24 Undang-Undang Malaysia AKTA 111

(c) meminjamkan pekerja Lembaga bagi maksud membeli


atau membina rumah kediaman atau membeli kenderaan
atas terma dan syarat sebagaimana yang ditetapkan.

(4) Lembaga hendaklah menyimpan atau menyebabkan


supaya disimpan suatu akaun yang berasingan berkenaan
dengan wang yang diperuntukkan oleh Parlimen di bawah
perenggan (2)(a).

Levi ke atas penjualan dan pembelian tembakau

26. (1) Bagi maksud Akta ini Menteri boleh, selepas berunding
dengan Menteri Kewangan dan Lembaga, membuat suatu perintah
untuk mengenakan, mengubah atau membatalkan sesuatu ses ke
atas penjualan atau pembelian, atau penjualan dan juga pembelian,
tembakau oleh seseorang pengawet berlesen, seorang pembeli
berlesen, atau mana-mana orang lain yang terlibat dalam industri
pengeluaran tembakau, dan boleh, dengan perintah itu atau suatu
perintah yang berlainan, menetapkan cara bagaimana ses itu boleh
dilevi.

(2) Mana-mana orang yang


(a) dengan diketahuinya menerima ke dalam atau ada dalam
milikan, jagaan atau kawalannya apa-apa tembakau yang
atasnya apa-apa ses yang sepatutnya telah dibayar di
bawah subseksyen (1) belum dibayar;
(b) dengan diketahuinya melindungi, menyimpan, atau
menyembunyikan, atau membenarkan, menyebabkan,
membiarkan, atau mendapatkan supaya dilindungi,
disimpan atau disembunyikan apa-apa tembakau yang
atasnya ses itu belum dibayar; atau
(c) dengan apa-apa cara jua dengan diketahuinya mengambil
bahagian dalam membawa, memindahkan, meletakkan,
atau membuat apa-apa urusan mengenai tembakau dengan
niat untuk mengelakkan pembayaran apa-apa ses yang
dikenakan di bawah subseksyen (1),
Lembaga Tembakau Negara (Pemerbadanan) 25

melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan


(aa) atas sabitan kali pertama, denda tidak kurang daripada
sepuluh kali ganda amaun ses itu atau lima ribu ringgit,
mengikut mana-mana amaun yang lebih kecil, dan tidak
lebih daripada dua puluh kali ganda amaun ses itu atau
lima ribu ringgit, mengikut mana-mana amaun yang lebih
besar; atau, jika amaun ses itu tidak dapat ditentukan,
denda sebanyak lima ribu ringgit; dan
(bb) atas sabitan kali kedua atau yang kemudian, pemenjaraan
selama dua tahun atau denda yang dihitung mengikut
perenggan (aa) atau kedua-duanya.

(3) Dalam apa-apa pendakwaan bagi sesuatu perbuatan yang


berlawanan dengan subseksyen (2) defendan itu hendaklah disifatkan
telah melakukan perbuatan itu dengan diketahuinya, melainkan
jika dia membuktikan selainnya.

Kuasa meminjam

27. Lembaga boleh, atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana


yang diluluskan oleh Menteri Kewangan, meminjam wang bagi
maksud melaksanakan kewajipannya.

Kuasa untuk melabur

28. Lembaga boleh dari semasa ke semasa, dengan kelulusan


Menteri yang hendaklah bertindak selepas berunding dengan
Menteri Kewangan, melaburkan Kumpulan Wang atau mana-mana
bahagian daripadanya yang tidak dikehendaki dengan segera
untuk menjelaskan tanggungan Lembaga atau melaksanakan
kewajipannya
(a) dalam pelaburan atau sekuriti yang dibenarkan untuk
pelaburan wang amanah oleh mana-mana undang-undang
bertulis yang pada masa itu berkuat kuasa; atau
(b) dalam mana-mana pelaburan atau sekuriti lain sebagaimana
yang difikirkan patut oleh Lembaga.
26 Undang-Undang Malaysia AKTA 111
Anggaran tahunan

29. (1) Ketua Pengarah hendaklah, tidak lewat dari satu bulan
sebelum bermula setiap tahun kewangan, membentangkan di hadapan
Lembaga suatu anggaran hasil dan perbelanjaan, termasuk
perbelanjaan modal, Lembaga bagi tahun kewangan yang berikutnya
mengikut apa-apa butir dan bentuk sebagaimana yang ditetapkan
oleh Lembaga.

(2) Ketua Pengarah hendaklah menyebabkan supaya dihantar


kepada tiap-tiap ahli Lembaga suatu salinan anggaran itu tidak
lewat dari empat belas hari sebelum tarikh mesyuarat yang anggaran
itu akan dibentangkan.

Akaun dan audit


30. (1) Lembaga hendaklah menyimpan atau menyebabkan supaya
disimpan akaun yang sepatutnya dan rekod lain berkenaan dengan
penjalanannya dan hendaklah menyediakan atau menyebabkan supaya
disediakan penyata akaun berkenaan dengan setiap tahun kewangan.

(2) Lembaga hendaklah menyebabkan supaya akaunnya diaudit


tiap-tiap tahun oleh Ketua Audit Negara atau mana-mana juruaudit
lain yang dilantik oleh Lembaga dengan kelulusan Menteri, yang
diberi selepas berunding dengan Menteri Kewangan.

(3) Selepas berakhir setiap tahun kewangan, sebaik sahaja akaun


Lembaga diaudit, Lembaga hendaklah menyebabkan supaya suatu
salinan penyata akaun itu dihantar kepada Menteri dengan suatu
salinan pandangan yang telah dibuat oleh juruaudit itu mengenai
sesuatu penyata akaun atau mengenai akaun Lembaga.

(4) Menteri hendaklah menyebabkan supaya suatu salinan penyata


dan pandangan yang dihantar kepadanya di bawah subseksyen (3)
dibentangkan di meja setiap Majlis Parlimen.

Laporan tahunan
31. (1) Lembaga hendaklah, tidak lewat dari 30 haribulan Jun
setiap tahun, menyebabkan supaya dihantar kepada Menteri suatu
laporan mengenai aktiviti Lembaga dalam masa tahun kewangan
yang lalu dan yang mengandungi apa-apa maklumat yang
berhubungan dengan prosiding dan dasar Lembaga sebagaimana
yang dikehendaki oleh Menteri dari semasa ke semasa.
Lembaga Tembakau Negara (Pemerbadanan) 27

(2) Menteri hendaklah menyebabkan supaya suatu salinan tiap-


tiap laporan yang dihantar kepadanya di bawah subseksyen (1)
dibentangkan di meja setiap Majlis Parlimen.

Kuasa Menteri untuk mengeluarkan arahan

32. (1) Lembaga adalah bertanggungjawab kepada Menteri dan


Menteri boleh dari semasa ke semasa mengeluarkan arahan kepada
Lembaga mengenai apa-apa aspek fungsi Lembaga; dan Lembaga
hendaklah terikat dengan tiap-tiap arahan itu.

(2) Lembaga hendaklah memberikan Menteri apa-apa penyata,


akaun, dan maklumat lain berkenaan dengan harta dan aktivitinya
sebagaimana yang dikehendaki oleh Menteri dari semasa ke semasa.

BAHAGIAN V

PENGUATKUASAAN

Kuasa menangkap

33. (1) Seseorang Merinyu Tembakau atau pegawai kastam boleh


menangkap tanpa waran mana-mana orang yang dilihatnya atau
dijumpainya melakukan atau cuba melakukan atau bersubahat
melakukan suatu kesalahan, atau yang semunasabahnya disyaki
sedang mengambil bahagian dalam melakukan atau cuba melakukan
atau bersubahat melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini atau
kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan jika orang itu enggan atau
tidak memberikan nama dan alamatnya atau jika ada alasan yang
munasabah bagi mempercayai bahawa dia telah memberikan suatu
nama atau alamat yang palsu atau bahawa dia mungkin melarikan
diri.

(2) Seseorang yang membuat sesuatu penangkapan di bawah


subseksyen (1) hendaklah, tanpa kelengahan yang tidak perlu,
membawa orang yang ditangkap itu ke balai polis yang hampir
sekali.

(3) Tiada seseorang yang telah ditangkap di bawah


subseksyen (1) boleh dilepaskan kecuali atas bonnya sendiri atau
dengan jaminan atau atas perintah bertulis seseorang Majistret.
28 Undang-Undang Malaysia AKTA 111
Penggeledahan dengan waran

34. (1) Jika ternyata pada Majistret berdasarkan maklumat bertulis


dengan bersumpah dan selepas apa-apa siasatan sebagaimana yang
difikirkannya perlu dibuat bahawa ada sebab yang munasabah bagi
mempercayai bahawa dalam mana-mana bangunan atau tempat
atau di atas mana-mana tanah ada tersembunyi, diletakkan, atau
ditanam apa-apa tembakau yang mengenainya suatu kesalahan
terhadap Akta ini atau kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan
sedang atau telah dilakukan, Majistret itu boleh mengeluarkan
suatu waran yang membenarkan mana-mana Merinyu Tembakau
atau pegawai kastam yang dinamakan di dalamnya, pada waktu
siang atau malam dan dengan bantuan atau tanpa bantuan, memasuki
bangunan, tempat, atau tanah itu dan di situ menggeledah dan
menyita, dan memindahkan darinya, apa-apa tembakau yang
mengenainya kesalahan itu disyaki dilakukan atau telah dilakukan
dan apa-apa buku atau suratan yang semunasabahnya dipercayai
dapat memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu.

(2) Seseorang Merinyu Tembakau atau pegawai kastam yang


bertindak di bawah subseksyen (1) boleh
(a) memecah buka mana-mana pintu sebelah luar atau sebelah
dalam bangunan atau tempat itu atau mana-mana pagar,
kepungan, pintu pagar, atau halangan lain terhadap tanah
itu, untuk mendapat masuk ke dalamnya;
(b) mengalihkan dengan kekerasan apa-apa halangan kepada
kemasukan, pemeriksaan, penyitaan, dan pemindahan itu
sebagaimana yang dia diberi kuasa untuk melaksanakannya
di bawah subseksyen (1); dan
(c) menahan tiap-tiap orang yang dijumpai dalam bangunan
atau tempat atau di atas tanah itu sehingga bangunan atau
tempat atau tanah itu telah selesai digeledah.

Penggeledahan tanpa waran

35. Jika ternyata pada Merinyu Tembakau atau pegawai kastam


bahawa ada sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa
dalam mana-mana bangunan atau tempat atau di atas mana-mana
tanah ada tersembunyi, diletakkan, atau ditanam apa-apa tembakau
yang mengenainya suatu kesalahan terhadap Akta ini atau kaedah-
kaedah atau peraturan-peraturan sedang atau telah dilakukan, dan
jika dia mempunyai alasan yang munasabah bagi mempercayai
bahawa oleh sebab kelambatan untuk mendapatkan suatu waran di
Lembaga Tembakau Negara (Pemerbadanan) 29

bawah seksyen 34 tembakau itu mungkin akan dipindahkan, dia


boleh menjalankan dalam, di atas, dan berkenaan dengan bangunan,
tempat, atau tanah itu semua kuasa yang tersebut dalam seksyen
34 dengan cara yang sepenuh dan secukupnya seolah-olah dia
diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh suatu waran yang
dikeluarkan di bawah seksyen itu.

Kuasa untuk memberhentikan dan memeriksa kenderaan

36. (1) Jika mana-mana Merinyu Tembakau atau pegawai kastam


mempunyai syak yang munasabah bahawa mana-mana kenderaan
sedang membawa tembakau yang melanggar Akta ini atau kaedah-
kaedah atau peraturan-peraturan atau yang mengenainya suatu
kesalahan terhadap Akta ini atau kaedah-kaedah atau peraturan-
peraturan yang sedang atau telah dilakukan, dia boleh
memberhentikan dan memeriksa kenderaan itu.

(2) Orang yang mengawal atau menjaga kenderaan itu hendaklah,


jika dikehendaki berbuat demikian oleh Merinyu Tembakau atau
pegawai kastam itu
(a) memberhentikan kenderaan itu dan membenarkan Merinyu
Tembakau atau pegawai kastam itu memeriksanya;
(b) membuka semua bahagian kenderaan itu untuk diperiksa
dan mengambil semua langkah yang perlu untuk
membolehkan atau memudahkan pemeriksaan itu dijalankan
oleh Merinyu Tembakau atau pegawai kastam itu
sebagaimana yang difikirkan perlu; dan
(c) mengalihkan kenderaan itu ke suatu tempat yang diarahkan
oleh Merinyu Tembakau atau pegawai kastam.

Penyitaan tembakau yang menjadi hal perkara kesalahan

36 A . Apa-apa tembakau yang mengenainya ada sebab yang


munasabah bagi mengesyaki bahawa suatu kesalahan sedang atau
telah dilakukan Akta ini atau kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan,
bersama dengan apa-apa kenderaan yang dalamnya tembakau itu
mungkin telah dijumpai atau yang telah digunakan berkaitan dengan
kesalahan itu, dan apa-apa buku atau suratan yang semunasabahnya
dipercayai mempunyai pertalian dengan kes itu atau yang memberikan
keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu, boleh disita oleh
seorang Merinyu Tembakau atau pegawai kastam.
30 Undang-Undang Malaysia AKTA 111

Notis penyitaan

37. (1) Kecuali sebagaimana diperuntukkan dalam subseksyen (2),


jika apa-apa tembakau atau kenderaan disita di bawah Bahagian
ini, pegawai penyita hendaklah dengan serta-merta memberikan
notis penyitaan itu dan alasannya kepada pemunya tembakau atau
kenderaan itu, jika diketahui, sama ada dengan menyampaikan
notis kepadanya sendiri atau melalui pos di tempat kediaman atau
perniagaannya, jika diketahui.

(2) Tiada notis dikehendaki diberikan di bawah subseksyen (1)


jika penyitaan itu dibuat di hadapan pesalah atau di hadapan pemunya
atau ejen pemunya tembakau atau kenderaan itu.

Tindakan selepas tembakau disita


38. (1) Seseorang pegawai penyita hendaklah mengambil segala
langkah untuk memastikan bahawa, sehingga suatu perintah dibuat
untuk melupuskan tembakau akibat sesuatu pendakwaan atau tuntutan
mengenainya, tembakau itu tidak merosot pada mutu atau nilainya;
tetapi jika langkah itu tidak mungkin diambil oleh sebab kekurangan
atau ketiadaan kemudahan yang cukup atau sempurna atau selainnya,
pegawai penyita itu boleh, tertakluk kepada subseksyen (2), menjual
tembakau itu, atau menyebabkan atau membuat perkiraan supaya
ia dijual, mengikut cara yang akan mendapatkan harga yang paling
tinggi baginya dalam hal keadaan itu.

(2) Pegawai penyita tidak boleh menjual, atau menyebabkan


atau membuat perkiraan supaya dijual, apa-apa tembakau di bawah
subseksyen (1) jika dia ada sebab bagi mengesyaki bahawa tembakau
itu adalah daripada suatu mutu, piawaian, atau peringkat yang
lebih rendah daripada yang ditetapkan atau dibenarkan oleh kaedah-
kaedah atau peraturan-peraturan, tetapi hendaklah serta-merta
menyebabkan tembakau itu diuji oleh seorang penganalisis.

(3) Jika seorang penganalisis memperakui, atau jika keputusan


ujian sebagaimana yang diperakui oleh penganalisis itu membuktikan,
bahawa tembakau yang diuji olehnya di bawah subseksyen (2) itu
adalah daripada suatu mutu, piawaian, atau peringkat yang lebih
rendah daripada yang ditetapkan atau dibenarkan oleh kaedah-
kaedah atau peraturan-peraturan, pegawai penyita itu hendaklah
menyimpan dalam jagaannya atau, jika tiada apa-apa pendakwaan
dimulakan berkenaan dengan tembakau itu, menyebabkan supaya
tembakau itu dimusnahkan.
Lembaga Tembakau Negara (Pemerbadanan) 31

(4) Jika seorang penganalisis memperakui, atau jika keputusan


ujian sebagaimana yang diperakui oleh penganalisis itu membuktikan,
bahawa tembakau yang diuji olehnya di bawah subseksyen (2) itu
adalah daripada suatu mutu, piawaian, atau peringkat yang menepati
atau lebih tinggi daripada yang ditetapkan atau dibenarkan oleh
kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan, subseksyen (1) hendaklah
dipakai bagi tembakau itu.

(5) Sehingga keputusan ujian di bawah subseksyen (2) itu didapati,


pegawai penyita hendaklah mengambil segala langkah yang
munasabah yang mungkin dan dapat diadakan dalam keadaan itu
untuk memastikan bahawa tembakau itu tidak merosot pada mutu
atau nilainya.

(6) Seseorang pegawai penyita yang menyimpan tembakau dalam


jagaannya di bawah subseksyen (3) adalah hanya dikehendaki
memastikan bahawa tembakau itu adalah selamat daripada hilang
atau rosak, tetapi tidak dikehendaki mengambil langkah untuk
mengekalkan mutu, piawaian, atau peringkatnya.

(7) Hasil penjualan tembakau di bawah subseksyen (1) hendaklah


dipegang untuk mematuhi keputusan apa-apa pendakwaan atau
tuntutan mengenainya.

Pelepasan sementara tembakau atau kenderaan

38A. Jika apa-apa tembakau atau kenderaan telah disita di bawah


Bahagian ini, Ketua Pengarah atau pegawai kanan kastam boleh
melepaskannya untuk sementara kepada pemunya atau kepada orang
yang daripada milikannya, jagaannya atau kawalannya ia disita,
tertakluk kepada pemberian jaminan yang cukup yang memuaskan
hati Ketua Pengarah atau pegawai kanan kastam itu bahawa tembakau
atau kenderaan itu akan diserahkan balik kepadanya apabila dituntut
atau dikemukakan di mahkamah yang berbidang kuasa berwibawa.

Mahkamah memerintahkan pelepasan atau pelucuthakan

39. Mahkamah yang di hadapannya suatu pendakwaan berkenaan


dengan tembakau yang disita di bawah Bahagian ini diadakan
hendaklah membuat sesuatu perintah bagi pelucuthakan atau
pelepasan tembakau itu atau hasil penjualannya, dan apa-apa
kenderaan yang disita bersama dengan tembakau itu, tetapi hendaklah
memerintahkan supaya ia dilucuthakkan jika dibuktikan dengan
32 Undang-Undang Malaysia AKTA 111

memuaskan hatinya bahawa suatu kesalahan terhadap mana-mana


peruntukan Akta ini atau kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan
telah dilakukan dan, dalam hal tembakau, bahawa ia merupakan
hal perkara kesalahan itu atau, dalam hal kenderaan, bahawa ia
telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, walaupun tiada
seorang pun telah disabitkan atas kesalahan itu.

Halangan masa untuk pendakwaan

40. Tiada pendakwaan berkenaan dengan tembakau yang disita


di bawah Bahagian ini boleh dimulakan lebih dari dua bulan kalendar
selepas tarikh tembakau itu disita.

Tuntutan terhadap tembakau yang disita atau hasil penjualannya


dan terhadap kenderaan yang disita

41. (1) Jika tiada pendakwaan dimulakan berkenaan dengan


tembakau yang disita di bawah Bahagian ini dalam tempoh yang
ditetapkan dalam seksyen 40, tembakau atau hasil penjualannya,
dan apa-apa kenderaan yang disita bersama dengan tembakau itu,
hendaklah diambil dan disifatkan telah dilucuthakkan apabila tamat
satu bulan kalendar dari tarikh tamat tempoh yang ditetapkan itu
melainkan jika suatu tuntutan terhadapnya dibuat dalam tempoh
bulan itu di bawah dan mengikut seksyen ini.

(2) Seseorang yang menegaskan bahawa dia pemunya tembakau


atau hasil penjualannya atau kenderaan itu dan bahawa tembakau
atau hasil penjualannya atau kenderaan itu tidak boleh kena
dilucuthakkan boleh dengan sendiri atau melalui ejennya yang
diberi kuasa secara bertulis memberikan notis bertulis kepada pegawai
penyita itu bahawa dia menuntut tembakau itu atau hasil penjualannya
atau kenderaan itu.

(3) Apabila menerima suatu notis di bawah subseksyen (2),


pegawai penyita itu hendaklah merujukkan tuntutan itu kepada
Pengerusi dan Pengerusi boleh mengarahkan supaya tembakau itu
atau hasil penjualannya atau kenderaan itu dilepaskan atau
mengarahkan pegawai penyita itu, melalui maklumat bertulis, supaya
merujukkan perkara itu kepada seorang Majistret.
Lembaga Tembakau Negara (Pemerbadanan) 33

(4) Majistret hendaklah mengeluarkan suatu saman yang


menghendaki Lembaga dan orang yang menegaskan bahawa dia
pemunya tembakau atau hasil penjualannya atau kenderaan itu dan
orang yang daripadanya tembakau itu atau kenderaan itu telah
disita supaya hadir di hadapannya, dan apabila mereka hadir atau
jika mereka tidak hadir, manakala penyampaian saman itu
dibuktikan, Majistret itu hendaklah meneruskan pemeriksaan
perkara itu dan apabila dibuktikan bahawa suatu kesalahan
terhadap Akta ini atau kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan
telah dilakukan dan dalam hal tembakau atau hasil penjualannya,
bahawa tembakau itu ialah hal perkara kesalahan itu, atau dalam
hal kenderaan, bahawa ia telah digunakan dalam pelakuan kesalahan
itu, hendaklah memerintahkan supaya tembakau atau hasil
penjualannya atau kenderaan itu, mengikut mana-mana yang
berkenaan, dilucuthakkan atau jika bukti itu tidak ada, hendaklah
memerintahkan supaya tembakau atau hasil penjualannya atau
kenderaan itu dilepaskan.

(5) Dalam sesuatu tuntutan di bawah seksyen ini orang yang


membuat tuntutan itu hendaklah menjadi pihak menuntut dan
Lembaga hendaklah menjadi responden; dan Lembaga boleh diwakili
oleh seorang pegawai atau pekhidmatnya yang diberi kuasa secara
bertulis oleh Pengerusi untuk mewakili Lembaga sedemikian.

Harta mengenai tembakau yang dilucuthakkan atau hasil


penjualan tembakau dan mengenai kenderaan yang
dilucuthakkan

42. Mana-mana tembakau atau hasil penjualannya atau apa-apa


kenderaan yang dilucuthakkan, atau diambil dan disifatkan
dilucuthakkan, di bawah Bahagian ini hendaklah menjadi harta
Lembaga.

Pelantikan dan perakuan dan laporan penganalisis

43. (1) Bagi maksud Akta ini Menteri boleh melantik penganalisis
untuk memeriksa dan menguji tembakau dan untuk memperakui
keadaan, jenis, cara pengawetan, mutu, piawaian, dan peringkatnya.
34 Undang-Undang Malaysia AKTA 111

(2) Dalam apa-apa pendakwaan bagi sesuatu kesalahan terhadap


Akta ini atau kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan, suatu perakuan
mengenai penganalisisan tembakau atau suatu laporan mengenai
keadaan, jenis, cara pengawetan, mutu atau peringkatnya, yang
berupa sebagai ditandatangani oleh seorang penganalisis hendaklah,
apabila dikemukakan oleh pendakwa atau defendan, menjadi
keterangan yang cukup mengenai fakta yang dinyatakan di dalamnya
melainkan jika pendakwa atau defendan menghendaki supaya
penganalisis itu dipanggil sebagai seorang saksi, dan dalam hal
yang demikian dia hendaklah memberi notis mengenainya kepada
pihak yang satu lagi itu tidak kurang dari tiga hari genap sebelum
tarikh pendengaran itu.

(3) Suatu salinan perakuan atau laporan yang tersebut dalam


subseksyen (2) hendaklah dihantar kepada defendan atau pendakwa
sekurang-kurangnya tujuh hari genap sebelum tarikh pendengaran
itu, dan jika ia tidak dihantar sedemikian mahkamah boleh
menangguhkan pendengaran itu atas apa-apa terma yang difikirkannya
patut.

(4) Subseksyen (2) hendaklah terpakai bagi sesuatu tuntutan di


bawah seksyen 41 seolah-olah perkataan pendakwa dan pihak
defendan telah masing-masing digantikan dengan perkataan pihak
menuntut dan responden.

Pemeriksaan atau ujian berkadar bagi tembakau yang disita

44. Jika perlu untuk diperiksa atau diuji tembakau yang diambil
di bawah Bahagian ini, memadai untuk memeriksa atau menguji
hanya sepuluh peratus sahaja tembakau itu atau setiap jenis atau
perihalnya yang berlainan atau, jika tembakau itu dibungkus dalam
bungkusan yang berlainan, kandungan setiap bungkusan; dan
mahkamah hendaklah menganggap bahawa baki daripada jenis,
perihal atau bungkusan tembakau itu dari segi keadaan, jenis, cara
pengawetan, mutu, piawaian, peringkat, atau selainnya menepati
sepuluh peratus daripadanya yang berkaitan yang diperiksa atau
diuji itu.

Kuasa penyiasatan

45. (1) Seorang Merinyu Tembakau atau pegawai kastam


mempunyai kuasa untuk menyiasat pelakuan sesuatu kesalahan
terhadap Akta ini atau kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan.
Lembaga Tembakau Negara (Pemerbadanan) 35

(2) Tiap-tiap orang yang dikehendaki oleh seseorang Merinyu


Tembakau atau pegawai kastam supaya memberikan maklumat
atau mengemukakan apa-apa buku, suratan, atau perkara yang
berhubungan dengan perlakuan kesalahan itu dan yang dalam kuasa
orang itu untuk memberi hendaklah memberikan maklumat itu
atau mengemukakan buku, suratan atau perkara itu.

(3) Seorang Merinyu Tembakau atau pegawai kastam yang


bertindak di bawah subseksyen (2) boleh membuat atau menyebabkan
dibuat salinan atau cabutan daripada apa-apa buku atau suratan,
dan salinan atau cabutan itu yang diperakui oleh Merinyu Tembakau
atau pegawai kastam itu sebagai salinan atau cabutan daripada
salinan asal, hendaklah disifatkan sebagai salinan dan cabutan
benar dan betul daripada salinan asal, melainkan jika dibuktikan
sebaliknya.

(4) Mana-mana orang yang dikehendaki oleh seorang Merinyu


Tembakau atau pegawai kastam untuk memberikan apa-apa
pernyataan tentang apa-apa perkara yang mengenainya pegawai
itu sedang menyiasat, terikat di sisi undang-undang untuk memberikan
pernyataan itu.

Kesalahan berkenaan dengan maklumat, dsb.

45A. Mana-mana orang yang


(a) dengan sengaja memberikan atau menyebabkan diberikan
kepada Merinyu Tembakau atau pegawai kastam butir-
butir atau maklumat palsu berkenaan dengan apa-apa
perkara yang dikehendaki oleh Merinyu Tembakau atau
pegawai kastam itu dalam perjalanan penyiasatan;
(b) enggan menjawab atau sengaja memberikan jawapan palsu
kepada apa-apa soalan yang disoal oleh mana-mana
Merinyu Tembakau atau pegawai kastam bagi maksud
mendapatkan apa-apa butir atau maklumat yang diperlukan
dalam perjalanan penyiasatan; atau
(c) enggan mengemukakan apa-apa buku, suratan atau perkara
yang diperlukan dalam perjalanan penyiasatan,

melakukan suatu kesalahan dan boleh dipenjarakan tidak melebihi


dua belas bulan atau didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau
kedua-duanya.
36 Undang-Undang Malaysia AKTA 111

Kesalahan yang dilakukan oleh pertubuhan perbadanan

45B. Jika suatu kesalahan di bawah Akta ini yang dilakukan oleh
suatu perbadanan dibuktikan telah dilakukan dengan izin atau
pembiaran oleh, atau yang dikaitkan dengan suatu keabaian pada
pihak, mana-mana pengarah atau pekerja perbadanan itu, atau mana-
mana orang yang berupa sebagai bertindak atas sifat sedemikian,
dia, dan juga perbadanan itu, melakukan kesalahan dan boleh
dibicarakan dan dihukum dengan sewajarnya.

Penjalanan pendakwaan

46. Tanpa menyentuh mana-mana undang-undang bertulis lain


yang berhubungan dengan tatacara jenayah, apa-apa pendakwaan
berkenaan dengan sesuatu kesalahan terhadap Akta ini atau kaedah-
kaedah atau peraturan-peraturan boleh dijalankan oleh seorang
Merinyu Tembakau atau oleh mana-mana pegawai atau pekhidmat
Lembaga yang lain yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pengerusi
untuk menjalankan pendakwaan itu.

Beban pembuktian

46A. Dalam mana-mana pendakwaan berkenaan dengan suatu


kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana kaedah
atau peraturan atas pertuduhan melakukan apa-apa perbuatan yang
menyalahi undang-undang melainkan jika orang yang melakukan
perbuatan itu berhak berbuat demikian oleh sebab dia pemegang
sesuatu lesen, permit, kebenaran, keizinan, pemberikuasaan atau
pengecualian bertulis yang menghakkannya melakukan perbuatan
itu, memadai bagi pihak pendakwa untuk mengatakan dan
membuktikan bahawa orang itu melakukan perbuatan itu dan beban
hendaklah kemudiannya terletak pada orang yang dituduh itu untuk
menunjukkan bahawa dia berhak melakukan perbuatan itu.

Pengenalan pegawai apabila mengambil tindakan

47. (1) Seseorang Merinyu Tembakau atau pegawai kastam mestilah,


jika tidak memakai pakaian seragam, apabila diminta, menyatakan
jawatannya dan mengemukakan kepada orang yang terhadapnya
dia mengambil tindakan itu
(a) mengenai seseorang Merinyu Tembakau, perakuan
pengenalan yang ditetapkan; atau
Lembaga Tembakau Negara (Pemerbadanan) 37

(b) mengenai seseorang pegawai kastam, apa-apa kad kuasa


atau kad pengenalan atau perakuan pelantikan sebagaimana
yang dikehendaki dibawa olehnya atau di bawah mana-
mana undang-undang bertulis berkenaan dengan jawatan
rasminya.

(2) Seseorang boleh enggan mematuhi apa-apa permintaan atau


perintah yang dibuat oleh seseorang Merinyu Tembakau atau pegawai
kastam yang bertindak atau berupa sebagai bertindak di bawah
Akta ini jika Merinyu Tembakau atau pegawai kastam itu tidak
memakai pakaian seragam dan enggan, apabila diminta oleh orang
itu, menyatakan jawatannya dan mengemukakan perakuan
pengenalan, kad kuasa atau kad pengenalan, atau perakuan
perlantikannya mengikut mana-mana yang berkenaan.

Kuasa untuk mengkompaun kesalahan

47A. (1) Mana-mana kesalahan terhadap Akta ini atau mana-mana


kaedah atau peraturan yang ditetapkan oleh Menteri sebagai suatu
kesalahan boleh kompaun, boleh dikompaun oleh Ketua Pengarah
atau oleh mana-mana pegawai Lembaga yang diberi kuasa dengan
khusus secara bertulis bagi maksud itu oleh Lembaga, mengikut
kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini, dengan menerima
daripada orang yang semunasabahnya disyaki telah melakukan
kesalahan itu sejumlah wang yang tidak melebihi satu ribu ringgit.

(2) Setelah menerima pembayaran di bawah subseksyen (1),


tiada prosiding selanjutnya boleh diambil terhadap orang itu
berkenaan dengan kesalahan itu dan apa-apa tembakau yang disita
yang bersangkutan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan, tertakluk
kepada terma dan syarat yang dikenakan.

Kesalahan kerana menyerang atau menggalang Merinyu


Tembakau atau menyelamatkan tembakau yang telah disita

47B. Mana-mana orang yang


(a) menyerang atau menggalang mana-mana Merinyu
Tembakau atau pegawai kastam dalam menjalankan
fungsinya di bawah Akta ini atau mana-mana kaedah
atau peraturan;
(b) menyelamatkan atau berikhtiar untuk menyelamatkan, atau
menyebabkan supaya diselamatkan apa-apa tembakau yang
telah disita dengan sewajarnya; atau
38 Undang-Undang Malaysia AKTA 111
(c) sebelum atau selepas penyitaan, menyebabkan kehilangan,
atau merosakkan, atau memusnahkan apa-apa tembakau
untuk menghalang penyitaan atau penyimpanan tembakau
itu,

melakukan suatu kesalahan dan boleh dipenjarakan tidak melebihi


enam bulan atau didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau
kedua-duanya.

Pelbagai kesalahan

47C. Mana-mana orang yang


(a) mengubah secara fraud apa-apa lesen, perakuan, buku,
rekod atau suratan lain yang dikeluarkan atau dikehendaki
disimpan di bawah Akta ini; atau
(b) membuat atau cuba membuat atau menyebabkan supaya
dibuat apa-apa catatan tidak betul ke dalam apa-apa buku,
suratan atau surat cara yang dikehendaki disimpan di
bawah Akta ini,

melakukan suatu kesalahan dan boleh dipenjarakan tidak melebihi


dua belas bulan atau didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau
kedua-duanya.

BAHAGIAN VI

AM

Kerahsiaan

48. Kecuali bagi maksud Akta ini atau maksud mana-mana prosiding
jenayah di bawah Akta ini, tiada seorang pun anggota, pegawai
atau pekhidmat Lembaga boleh menzahirkan apa-apa maklumat
yang telah didapati olehnya semasa menjalankan kewajipannya di
bawah Akta ini.

Penalti am

49. Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan


Akta ini atau kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan melakukan
suatu kesalahan dan, jika tiada apa-apa penalti ditetapkan dengan
khusus baginya, boleh didenda sebanyak dua ribu ringgit.
Lembaga Tembakau Negara (Pemerbadanan) 39

Pengecualian daripada liabiliti

49A. Ketua Pengarah, mana-mana pegawai Lembaga atau mana-


mana pegawai kastam tidak boleh dipertanggungkan bagi apa-apa
kerugian, kecederaan atau kerosakan yang berlaku kepada mana-
mana orang atau harta akibat daripada menjalankan kuasa atau
kewajipannya di bawah Akta ini atau apa-apa kaedah atau peraturan,
melainkan jika kerugian, kecederaan atau kerosakan itu telah
dilakukan dengan sengaja atau oleh sebab sikap tidak peduli atau
kecuaian yang keterlaluan.

Kuasa Menteri untuk membuat kaedah-kaedah

50. Menteri boleh membuat kaedah-kaedah untuk menetapkan


apa-apa perkara yang dikehendaki oleh Akta ini supaya ditetapkan
dan untuk menjalankan dengan lebih baik peruntukan Akta ini
dan, tanpa menyentuh keluasan seksyen ini, kaedah-kaedah itu
boleh
(a) menetapkan tatacara yang hendaklah diikuti bagi
menunjukkan sebab di bawah seksyen 21;
(b) menetapkan tatacara bagi rayuan-rayuan di bawah seksyen
22 dan bayaran yang kena dibayar baginya;
(c) menetapkan pakaian seragam yang hendaklah dipakai,
dan perakuan pengenalan yang hendak dikemukakan apabila
diminta, oleh Merinyu Tembakau apabila bertugas;
(d) menetapkan terma dan syarat pinjaman kepada pekerja
Lembaga di bawah seksyen 25;
(e) menetapkan jenis kesalahan yang boleh dikompaun dan
tatacara bagi mengkompaun kesalahan; dan
(f) menetapkan cara dan tatacara bagi mengambil contoh
tembakau oleh Merinyu Tembakau, pegawai kastam atau
Pengelas bagi maksud Akta ini atau mana-mana kaedah
atau peraturan.
40 Undang-Undang Malaysia AKTA 111
Pengesahan perbuatan yang dilakukan pada menjangkakan
Akta

51. (1) Segala perbuatan dan perkara yang dilakukan oleh mana-
mana orang atau pihak berkuasa, sama ada atau tidak berupa sebagai
dilakukan untuk atau bagi pihak Lembaga, sebagai persediaan bagi
atau pada menjangkakan pemasyhuran Akta ini dan apa-apa
perbelanjaan yang dilakukan berhubung dengannya hendaklah
disifatkan telah dibenarkan oleh Akta ini, dengan syarat bahawa
perbuatan dan perkara itu tidak bertentangan dengan tujuan dan
maksud am Akta ini; dan segala hak dan obligasi yang diperoleh
atau dilakukan akibat daripada melakukan perbuatan dan perkara
itu atau daripada apa-apa perbelanjaan yang dilakukan sedemikian
hendaklah disifatkan sebagai hak dan obligasi Lembaga.

(2) Untuk mengelakkan keraguan, diisytiharkan bahawa


subseksyen (1) tidak membenarkan pelantikan anggota pegawai
atau pekhidmat Lembaga kecuali setakat untuk membenarkan
pelantikan sementara orang itu sehingga dilantik di bawah Akta
ini.

Pindaan Akta 49 tahun 1965

52. Seksyen 24 Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan


1965 dipinda dengan menggantikan perkataan pineapple, rubber,
padi and rice yang terdapat dalan takrif agricultural produce
dengan perkataan pineapple, rubber, padi, rice and tobacco.

Jadual

[Subseksyen 3(2)]

PERUNTUKAN TAMBAHAN MENGENAI LEMBAGA

1. (1) Seseorang anggota Lembaga yang


(a) tidak hadir dan juga tidak diwakili oleh anggota silih ganti, jika ada,
yang dilantik berkenaan dengan anggota itu, pada tiga kali mesyuarat
Lembaga berturut-turut tanpa sebab yang munasabah atau tanpa
kebenaran bertulis Pengerusi;
(b) telah didapati atau diisytiharkan sebagai tidak sempurna akal;
Lembaga Tembakau Negara (Pemerbadanan) 41
(c) telah menjadi bankrap atau membuat suatu perkiraan dengan
pemiutangnya; atau
(d) telah disabitkan dengan apa-apa kesalahan yang melibatkan fraud,
kecurangan atau keburukan akhlak, atau apa-apa kesalahan di bawah
Akta ini atau kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan,

hendaklah terhenti daripada memegang jawatan.

(2) Subperenggan (1), selain subsubperenggan (1)(a), hendaklah terpakai


mutatis mutandis bagi seseorang anggota silih ganti.

(3) Terma dan syarat pelantikan Pengerusi hendaklah ditentukan oleh Menteri.

(4) Hendaklah dibayar apa-apa saraan kepada Pengerusi dan apa-apa elaun
kepada mana-mana anggota Lembaga sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri
dengan kelulusan Menteri Kewangan.

(5) Pelantikan tiap-tiap anggota dan anggota silih ganti Lembaga hendaklah
disiarkan dalam Warta.

(6) Tiada seorang pun anggota Lembaga boleh melakukan liabiliti diri bagi
apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh sesuatu perbuatan atau
peninggalan dalam mentadbirkan hal-ehwal Lembaga melainkan jika kerugian
atau kerosakan itu telah dilakukan dengan sengaja atau oleh kerana sikap tidak
peduli atau kecuaian yang keterlaluan.

2. (1) Menteri hendaklah memanggil mesyuarat yang pertama bagi Lembaga.

(2) Lembaga hendaklah bermesyuarat dengan seberapa kerap yang boleh


supaya tempoh antara suatu mesyuarat dengan suatu mesyuarat yang berikutnya
tidak melebihi tiga bulan.

(3) Kuorum Lembaga ialah lima.

(4) Jika di mana-mana mesyuarat Lembaga, Pengerusi dan juga orang yang
menjalankan fungsi pengerusi tidak hadir, anggota yang hadir hendaklah memilih
seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat itu.

(5) Jika mengenai apa-apa soal yang hendak ditentukan oleh Lembaga, bilangan
undi didapati sama banyaknya, Pengerusi atau anggota yang mempengerusikan
mesyuarat itu berhak memberi suatu undi pemutus sebagai tambahan kepada
undi biasanya.

(6) Tertakluk kepada perenggan ini, Lembaga boleh menentukan tatacaranya


sendiri.

(7) Meterai Lembaga hendaklah disahkan oleh Pengerusi dan seorang lagi
anggota Lembaga; dan apa-apa dokumen yang berupa sebagai telah dimeteraikan
dengan meterai Lembaga dan disahkan sedemikian hendaklah disifatkan telah
dimeteraikan dengan sahnya sehingga akasnya dibuktikan.
42 Undang-Undang Malaysia AKTA 111
UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 111

AKTA LEMBAGA TEMBAKAU NEGARA


(PEMERBADANAN) 1973

SENARAI PINDAAN

Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa


yang meminda dari

Akta 160 Akta Mata Wang Malaysia 29-08-1975


(Ringgit) 1975

Akta A314 Akta Lembaga Tembakau Negara 05-09-1975


(Pemerbadanan) (Pindaan) 1975

Akta A327 Akta Kanun Keseksaan (Pindaan 31-03-1976


dan Peluasan) 1976

Akta A701 Akta Lembaga Tembakau Negara 01-03-1990


(Pemerbadanan) (Pindaan) 1988
Lembaga Tembakau Negara (Pemerbadanan) 43

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 111

AKTA LEMBAGA TEMBAKAU NEGARA


(PEMERBADANAN) 1973

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa


dari

2 Akta A314 05-09-1975


Akta A701 01-03-1990

Bahagian III-Tajuk Akta A701 01-03-1990

4 Akta A314 05-09-1975

5 Akta A314 05-09-1975

7 Akta A701 01-03-1990

8 Akta A314 05-09-1975


Akta A701 01-03-1990

11 Akta A701 01-03-1990

11A Akta A701 01-03-1990

11B Akta A701 01-03-1990

12 Akta A314 05-09-1975

13 Akta A701 01-03-1990

14 Akta A701 01-03-1990

14A Akta A701 01-03-1990

15 Akta A701 01-03-1990

16 Akta A701 01-03-1990

17 Akta A701 01-03-1990

18 Akta 160 29-08-1975


44 Undang-Undang Malaysia AKTA 111
Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa
dari

19 Akta A701 01-03-1990

20 Akta A701 01-03-1990

21 Akta A701 01-03-1990

21A Akta A701 01-03-1990

22 Akta A701 01-03-1990

23 Akta 160 29-08-1975


Akta A701 01-03-1990

24 Akta 160 29-08-1975


Akta A701 01-03-1990

26 Akta 160 29-08-1975


Akta A701 01-03-1990

29 Akta A701 01-03-1990

36 Akta A701 01-03-1990

36A Akta A701 01-03-1990

37 Akta A701 01-03-1990

38A Akta A701 01-03-1990

39 Akta A701 01-03-1990

41 Akta A701 01-03-1990

42 Akta A701 01-03-1990

45 Akta A701 01-03-1990

45A Akta A701 01-03-1990

45B Akta A701 01-03-1990

46A Akta A701 01-03-1990

47A Akta A701 01-03-1990

47B Akta A701 01-03-1990

47C Akta A701 01-03-1990


Lembaga Tembakau Negara (Pemerbadanan) 45
Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa
dari

49 Akta 160 29-08-1975

49A Akta A701 01-03-1990

50 Akta A701 01-03-1990

Jadual Akta A314 05-09-1975


Akta A701 01-03-1990

You might also like