You are on page 1of 4

(a) Karbohidrat

bahan makanan organik yang mengandungi unsur karbon, hidrogen dan oksigen
dengan nisbah 1 : 2 : 1
terdiri daripada kanji, gula, selulosa dan glikogen
tiga jenis karbohidrat iaitu monosakarida, diskarida dan polisakarida.
Contoh roti, ubi kentang, ubi kayu dan nasi
membekalkan tenaga kepada manusia untuk menjalankan aktiviti fizikal
sumber tenaga untuk proses fisiologi misalnya pembiakan dan pertumbuhan
mengekalkan suhu badan iaitu 37C
Kekurangan: individu tidak bertenaga, lemah, tumbesaran terbantut
Berlebihan : kegemukan. kanji dan gula dalam karbohidrat ditukarkan kepada glukosa
sebelum diserapkan oleh sel-sel badan dan karbohidrat yang berlebihan akan
ditukarkan kepada lemak dan disimpan dalam badan
(b) Protein
satu bahan kompleks terdiri daripada unsur karbon, hidrogen, oksigen dan nitrogen.
Kebanyakan protein juga mengandungi unsur sulfur dan fosforus.
Protein terdiri daripada polipeptida. Setiap polipeptida dibentuk oleh monomer atau
unit asas yang dikenali sebagai asid amino
Protein kelas pertama merupakan protein yang membekal semua asid amino yang
diperlukan oleh tubuh badan kita.
Protein kelas kedua ialah protein yang tidak mempunyai kesemua asid amino yang
diperlukan contohnya protein tumbuhan.
Contoh : Ikan, daging, susu, kacang dan telur
membina sel-sel baru semasa pertumbuhan dan membaiki tisu-tisu yang rosak
menghasilkan sintesis badan seperti enzim, hormon, antibodi, hemoglobin dan musin
Kekurangan: pertumbuhan tubuh badan terjejas dan penyakit kwasyiorkor
Berlebihan: memberi kesan negatif kepada buah pinggang.
(c) Lemak
dikenali sebagai trigliserida
lemak berbentuk pepejal dalam suhu bilik; minyak berbentuk cecair pada suhu bilik
terdiri daripada unsur karbon, hidrigen dan oksigen.
Setiap molekul lemak terbentuk daripada gabungan tiga asid lemak dan satu molekul
gliserol
lemak haiwan ialah mentega, minyak sapi, keju dan krim
minyak yang berasal daripada tumbuhan ialah marjerin, minyak kelapa sawit, minyak
jagung dan minyak kacang tanah
membekalkan tenaga yang diperlukan oleh tubuh badan
melindungi organ-organ badan seperti jantung dan ginjal
lemak yang berlebihan disimpan di bawah kulit dan sekeliling organ sebagai penebat
haba untuk mengekalkan suhu badan
Kekurangan: ]lambat memanaskan badan, ketiadaan otot yang melindungi organ
badan.
Berlebihan: berat badan meningkat, obesiti, penyakit darah tinggi, sakit jantung dan
diabetes.
(d) Air
sejenis cecair tanpa bau, rasa dan warna
buah-buahan, sayur-sayuran, susu, jus buah-buahan, sup dan air minuman
dicadang minum sebanyak lapan gelas air sehari atau 2.5 liter air
sebagai medium untuk semua tindak balas biokimia dalam sel
melarutkan kebanyakan sebatian kimia
komponen utama untuk mengangkut nutrien, hormon, oksigen dan bahan
perkumuhan yang berlebihan seperti urea, karbon dioksida dan garam mineral keluar
dari badan melalui air peluh dan air kencing
mengawal suhu badan dan kepekatan darah
berkurangan: proses pencernaan terganggu dan seterusnya mengakibatkan sembelit,
tubuh badan kita mudah panas dan sistem imunisasi badan menjadi lemah.
(e) Pelawas
dikenali sebagai serabut merupakan gentian dalam makanan yang tidak dapat
dicernakan oleh sistem pencernaan
terdiri daripada selulosa dan jirim yang kompleks terdapat di dalam dinding sel
tumbuhan
diseran untuk mengambil 25g hingga 50g pelawas sehari
sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin yang tidak digiling, germa gandum dan jagung
membantu peristalsis sepanjang dinding saluran alimentari
proses membuang bahan toksik dapat dirangsangkan dan dipermudahkan
menyerapkan bahan buangan toksik daripada makanan tercerna
menurunkan aras kolesterol dalam darah
Kekurangan: sembelit.
(f) Vitamin
sebatian organik yang diperlukan dalam kuantiti yang sedikit sahaja untuk
pertumbuhan dan mengekalkan kesihatan manusia serta mencegah penyakit.
vitamin larut air iaitu vitamin B dan C
vitamin larut lemak ialah vitamin vitamin A, D, E dan K
Kekurangan: penyakit kurang zat.
Vitamin Sumber Fungsi Kesan kekurangan
A Kuning telur, lobak, - Membina pigmen penglihatan - Rabun malam
mentega, tomato, pada retina mata - Xeroftalmia (penyakit
sayuran hijau, - Memlihara ketahanan badan mata kering)
minyak ikan kod - Memelihara kesihatan kulit dan - Penyakit kulit
melambatkan proses penuaan
B Kekacang, susu, - Memelihara sistem saraf - Beri-beri
hati, sayuran, yis, - Membina sel darah merah - Pelagra (penyakit kulit)
bijiran, germa - Membantu proses respirasi sel - Sakit saraf
gandum, telur - Memelihara kesihatan kulit - Kekejangan otot
C Tomato, sayuran - Memelihara kesihatan kulit - Skurvi
hijau, buahan sitrus - Membina tisu penghubung
- Meningkatkan imunisasi badan
D Minyak hati ikan - Membentuk sel-sel darah merah - Gigi rapuh
kod, telur, susu dan - Membantu pembinaan dan - Riket
dibentuk dalam kulit pemeliharaan tulang serta gigi - Osteomalasia
apabila terdedah yang sihat.
kepada cahaya
matahari
E Germa gandum, - Memelihara fungsi sistem - Kemandulan
sayuran hijau, pembiakan - Keguguran rambut
bijiran, susu, kuning - Membentuk sel darah merah
telur, mentega, - Melambatkan penuaan sel
minyak zaitun
K Kubis, sayuran - Membantu dalam proses - Darah sukar membeku
hijau, bayam, pembekuan darah - Anemia
kuning telur

(g) Mineral
bahan tidak organik yang diperlukan dalam kuantiti yang sedikit untuk memelihara
kesihatan badan terutamanya untuk melancarkan proses fisiologi dan tindak balas
metabolisme badan, membina bahagian badan tertentu
diambil oleh badan dalam bentuk ion melalui gizi. Sama seperti vitamin,
kekurangan: penyakit kekurangan zat.
Mineral Sumber Fungsi Kesan Kekurangan
Kalsium Susu, keju, telur, - Membantu pertumbuhan dan - Riket
bijiran, ikan bilis, pembentukan gigi dan tulang - Tetanus
sayuran yang kuat dan sihat - Pembekuan darah lambat
- Membantu dalam pembekuan - Osteoporosis
darah - Pembentukan gigi dan
- Memelihara kesihatan otot tulang yang kurang
dan saraf sempurna
Natrium Garam biasa, - Memelihara sistem otot dan - Kekejangan otot
susu, ikan, keju, saraf - Penghidratan sel secara
daging, sayuran, - Membina plasma darah berlebihan
telur asin - Mengekalkan tekanan
osmosis bendalir sel
Besi Telur, bayam, - Membentuk hemoglobin - Anemia
hati, daging dalam sel darah

Iodin Makanan laut, - Menghasilkan hormon - Penyakit goitre


rumpai laut tiroksina bagi kelenjar tiriod
Fosforus Susu, keju, telur, - Membentuk gigi dan tulang - Riket
bijiran, daging yang sihat - Gigi rapuh
- Membantu pengecutan otot
Kalium Daging, ikan, - Membina sistem saraf - Pengecutan otot terencat
susu, bijiran, - Membantu pengecutan otot - Kematian
pisang, sayuran - Lumpuh

You might also like