You are on page 1of 28

1.

0 PENGENALAN

Kemahiran membaca merupakan salah satu daripada empat kemahiran


bahasa yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa.
Kemahiran membaca adalah lanjutan daripada kemahiran-kemahiran asas seperti
mendengar dan bertutur. Melalui pembacaan, seseorang itu mampu menimba ilmu
pengetahuan yang tidak dapat diperolehi menerusi pengalaman-pengalaman biasa
yang lain. Membaca dapat membantu memperluaskan pemikiran dan idea serta
meningkatkan daya kreatif seseorang individu dalam pelbagai bidang.Membaca
ialah proses kebalikan daripada proses menulis.Membaca dan memahami sesuatu
bahan amat berkait rapat dengan kejayaan dan keberkesanan sisitem pendidikan
negara. Kemahiran melibatkan deria penglihatan dan kemahiran menggunakan alat
alat artikulasi manusia. Aktiviti membaca adalah gabungan aktiviti verbal dan
literasi secara serentak.

Membaca berbeza daripada mendengar kerana ia melibatkan kedua-dua


aktiviti verbal dan literasi secara serentak. Apabila kita membaca kita akan
menghuraikan bahan bercetak kepada pertuturan dan pada masa yang sama kita
akan menghuraikan pertuturan itu kepada pemikiran. Kebolehan membaca sangat
penting dan ia merupakan satu ukuran kejayaan pelajar-pelajar di sekolah. Ini
kerana kebolehan membaca dianggap sebagai asas bagi mencapai semua kejayaan
dalam semua bidang, terutama dalam bidang pendidikan. Kemahiran membaca
ditekankan pada peringkat awal lagi bersama kemahiran lain seperti mengira dan
menulis. Kebolehan membaca bukan sahaja dianggap sebagai asas utama bagi
mencapai kejayaan dalam bidang ekonomi dan sosial, malah sistem persekolahan
itu sendiri menganggapnya sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.
2.0 DEFINISI

Membaca merupakan proses membunyikan lambang lambang bahasa.


Membaca merupakan satu proses yang dinamik dan kompleks. Kemahiran ini
melibatkan keupayaan membaca dengan pantas , memahami , dan mengingat fakta
dan kebolehan membuat interpretasi. Membaca juga merupakan aktiviti pentafsiran
dan menterjemahkan lambang lambang bercorak kepada bunyi bunyi yang
dimaksudkan. Manakala Frank Smith (1971) mentakrifkan membaca sebagai satu
langkah lanjutan dalam perkembangan pembelajaran bahasa dan memproses
perkembangan perkembangan yang diterima. Bagi Robert Lado (1964) , dia
mendifinisikan membaca sebagai mengungkap pola pola bahasa daripada bentuk
tulisannya. Bagi Steinberg (1982) beliau berpendapat bahawa proses membaca
merupakan satu bentuk komunikasi dan tujuannya adalah untuk memberikan
maklumat melalui bentuk bentuk tulisan. Di Malaysia pula Atan Long (1978)
mendefinisikan membaca merupakan satu proses yang melibatkankan kebolehan
untuk mengenal lambang lambang dan menterjemah lambang lambang itu
semula dalam bentuk bunyi atau suara.

Konsep Membaca

Membaca adalah satu tindakan komunikasi iaitu satu proses berfikir yang
melibatkan idea , kenyataan , dan perasaan.
Membaca memerlukan kemahiran mentafsir serta pemikiran yang tinggi untuk
memahami makna daripada teks yang dicetak.
Konsep membaca di sekolah merujuk kepada keupayaan murid membaca
dengan sebutan , intonasi , jeda dan kelancaran yang betul.
Tujuan Membaca

Membaca untuk pengalaman sastera.


Membaca untuk mendapat maklumat.
Membaca untuk menyelesaikan sesuatu tugasan.
Membaca untuk tujuan akademik.

Faktor Kemahiran Membaca

Faktor membaca terbahagi kepada dua :

1. Faktor yang ada pada diri murid ( pembaca )


2. Faktor yang ada pada bahan bacaan

1. Faktor yang ada pada murid ( pembaca ) terbahagi kepada empat iaitu :

Intelektual
Psikologi
Fizikal
Persekitaran

Intelektual
Faktor-faktor yang tergolong dalam bahagian ini adalah seperti kecergasan
murid, kebolehan berbahasa, pengetahuan, dan pengalaman yang sedia ada.
Factor-faktor ini saling berkait rapat dalam bahagian ini kerana ianya amat penting
dalam proses kemahiran membaca. Kecerdasan murid yang berada di tahap
optimum pada umumnya dapat memberi impak yang besar dalam pembacaannya
berbanding murid yang mempunyai kecerdasan yang rendah.

Pengetahuan dan pengalaman juga agak penting kerana ianya dapat


membantu murid dalam menguasai dan kadar pertumbuhan kebolehan membaca
bagi seseorang murid.

Psikologi
Faktor-faktor yang terlibat dalam bahagian ini adalah minat dan motivasi serta
konsep diri. Minat dan motivasi memainkan peranan yang penting dalam proses ini,
jika semangat suka membaca dipupuk sejak kecil lagi maka pelajar tersebut tidak
menghadapi masalah untuk menguasai kemahiran membaca. Kadar motivasi diri
yang tinggi juga dapat membantu murid yang lemah kerana dengan daya dan usaha
keras yang dilakukan dapat membantunya dalam kemahiran membaca .

Fizikal
Kebolehan mendengar, melihat, dan bertutur dengan baik merupakan factor
fizikal utama yang mempengaruhi kebolehan membaca. Ianya penting kerana factor
ini mempengaruhi penyampaian bacaan kerana adanya pertalian yang rapat antara
satu sama lain.

Persekitaran
Faktor ini boleh dibahagiakn kepada dua iaitu

Persekitaran rumah
Persekitaran sekolah

Persekitaran rumah mestilah selesa untuk pelajar bagi melakukan proses ini
terutamanya tempat tersebut mestilah terhindar dari pencemaran alam sekitar dan
bunyi. Suasana ini memerlukan kepekaan ibubapa bagi memantau anak-anak
mereka membaca bagi memastikan proses ini berjalan dengan lancar kerana dalam
situasi ini pelajar mudah terpengaruh dengan kawasan sekeliling.

Kawasan Persekitaran sekolah yang selesa dan bersih juga berperanan bagi
memantapkan kebolehan membaca pelajar. Biasanya proses ini berlangsung dalam
bilik darjah dan aktiviti ini dijalankan secara berkumpulan. Ada pendapat
mengatakan bahawa guru, rakan sebaya, dan ekologi sesebuah bilik darjah
mempengaruhi bacaan dan kefahaman murid.

2. Faktor yang ada pada bahan bacaan terbahagi kepada lima iaitu:
Perbendaharaan kata
Panjang pendek ayat
Kandungan bahan
Struktur cerita
Pengunaan dan organisasi bahan grafik

Secara keseluruhannya factor-faktor yang ada dalam bahagian ini saling


berkait rapat antara satu sama lain dimana kesemuanya mempunyai peranan
masing-masing contohnya untuk menarik minat para pelajar pengunaan bahasa dan
perkataan mahupun istilah mestilah sesuai bagi peringkat yang bakal dikendalikan.
Panjang pendek ayat, kandungan bahan, dan struktur cerita juga memainkan
peranan yang penting dalam proses ini. Penggunaan bahan grafik yang sesuai
dapat menarik minat pelajar dalam proses ini terutamanya bagi pelajar Tahap satu,
Pendidikan Khas, dan Prasekolah.
Proses Membaca

Membaca adalah proses mengubahkan simbol grafik kepada konsep


intelektual.
Proses membaca melibatkan operasi mental yang menghendaki pembaca
mengamati , mengingat , membezakan bunyi dan menyebut lambang huruf.
Proses membaca melibatkan peranan otak dan pergerakan mata semasa
membaca.
Terdapat lima peringkat proses membaca , iaitu:

1. Mengecam atau mengenal lambang atau perkataan yang dilihat.


2. Mengaitkan lambang atau perkataan dengan bunyi dan makna.
3. Menterjemah makna perkataan dan mengaitkannya dengan
pengetahuan sedia ada.
4. Mengumpul dan mencamtum idea , perkataan dan ayat menjadi suatu
idea yang lengkap.
5. Cuba menghuraikan atau menjelaskan idea yang didapati kepada diri
sendiri , atau kepada orang lain.

Jenis Kemahiran Membaca

Kemahiran Membaca Aktif Kemahiran Membaca Kritikal


Menumpukan perhatian kepada soalan atau
tujuan untuk membaca.

Kemahiran
Membaca Aktif

Melihat bahan Menggunakan


bacaan sepintas lalu jadual atau senarai
untuk mendapatkan kandungan untuk
maklumat tentang mendapatkan
sesuatu yang ingin maklumat.
dibaca.
Membaca
Senyap

Kemahiran
Membaca Kritikal

Membaca Membaca
Pantas Perlahan
JENIS-JENIS KEMAHIRAN MEMBACA

Bacaan boleh dibahagikan kepada beberapa jenis.

i) Bacaan mekanis
ii ) Bacaan mentalis
iii ) Bacaan intensif
iv ) Bacaan ekstensif

Bacaan Mekanis

Bacaan mekanis ialah bacaan yang kuat yang mementingkan sebutan huruf dan
bunyi dengan betul, membaca mengikut intonasi, nada dan tekanan yang betul.
Bahan bacaan yang digunakan dalam bacaan mekanis terdiri daripada perkara yang
mudah difahami dan tidak membebankan fikiran.

Bacaan Mentalis

Bacaan mentalis atau dikenali juga sebagai bacaan akaliah merupakan bacaan
secara senyap. Aspek-aspek kefaman diberikan penekanan, sementara aspek-
aspek sebutan, nada, tekanan dan intonasi tidak ditekankan dalam bacaan ini.

Bacaan Intensif

Bacaan ini ialah bacaan yang pada asasnya bertujuan memperkembangkan


kebolehan dalam meneliti, memaham dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan
tepat. Di samping itu, bacaan intensif member tekanan kepada kajian-kajian
terhadap cirri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan,
serta pemakaian bahasa itu dalam konteks dan situasi yang berlainan. Latihan
bacaan intensif biasanya memerlukan bimbingan dan bantuan penuh daripada guru-
guru terutama dalam menghadapi dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh
murid.

Konsep-konsep bacaan intensif;

(i) Bacaan intensif merupakan satu kegiatan membaca yang dikaitkan dengan
usaha melanjutkan lagi perkembangan pembelajaran bahasa murid di bawah
pimpinan guru.
(ii) Bacaan intensif memberi asas untuk pengajar memberi penjelasan atau
keterangan mengenai struktur yang sukar dan juga memberi asas untuk
memperkembang perbendaharaan kata.
(iii) Bacaan intensif dikaitkan dengan aktiviti mengkaji ciri-ciri tatabahasa iaitu
susunan kata dalam ayat dan pengertian menurut kamus yang ditemui oleh
murid dalam bacaannya.
(iv) Bacaan intensif mengembangkan lagi usaha mengawal penggunaan bahasa
dalam pertuturan dan tulisan.
(v) Gerak laju dan kelainan latihan adalah dianggap amat penting.

Bacaan Ekstensif

Bacaan ini ialah bacaan luas yang menekankan aktivitiaktiviti membaca yang
dilakukan di luar kelas. Bacaan ekstensif biasanya memberi tumpuan kepada
beberapa aspek terutamanya menitikberatkan aspek pengukuhan asas bacaan,
menambah kemahiran memaham dan menaakul isi bacaan, meningkatkan
kepantasan membaca, membina dan mengukuh minat membaca dan kebolehan
memetik isi-isi penting. Mengikut kebiasaannya, melalui bacaan ini murid akan
dapat kepuasan dan keseronokan di samping berpeluang menimba ilmu
pengetahuan.

Konsep bacaan ekstensif;

(i) Bacaan ekstensif merupakan satu kegiatan membaca yang dilakukan oleh
murid di luar kelas secara bersendirian tanpa bimbingan guru.
(ii) Bahan bacaan harus luas bukan sahaja sesuai dari segi perbendaharaan
katanya tetapi juga sesuai dengan minat, umur, jantina, pengalaman, sikap
dan cita-cita murid itu.
(iii) Bahan bacaan ekstensif harus daripada bahan-bahan yang berbeza.
(iv) Bacaan ekstensif mengandaikan murid membaca sesuatu bahan tanpa
menghadapi kesukaran dan melalui bacaan ekstensif ini murid mendapat
kepuasan, seronok dan terhibur.

Bacaan ekstensif mempunyai peranan yang tersendiri khususnya dalam


pembelajaran bahasa. Antara peranannya ialah;

1. Meningkatkan pemahaman murid terhadap bahan bacaan.


2. Meningkatkan ketrampilan berbahasa dalam kalangan murid.
Dalam hal ini, bacaan ekstensif dapat membantu murid untuk mengenal
perkataan dan mengenal simbol-simbol yang terdapat dalam bahan bacaan.
3. Mendedahkan murid kepada aspek-aspek bahasa.
4. Menambahkan kosa kata.
Kajian menunjukkan kanak-kanak tidak banyak mengetahui atau menguasai
kosa kata melalui pembelajaran secara formal. Sebaliknya, penguasaan kosa
kata banyak diperolehi melalui bahan bacaan. Malah, penguasaan kosa kata
melalui bacaan dapat membantu kanak-kanak memahami kosa kata
berkenaan.
5. Membantu murid dalam penulisan.
Kajian mendapati kanak-kanak atau murid yang banyak membaca dapat
menulis dengan baik. Perkara ini berlaku disebabkan oleh penguasaan ilmu
dan pengetahuan yang dimiliki oleh murid berkenaan yang akhirnya dapat
disalurkan dalam penulisan mereka.
6. Memotivasikan murid untuk membaca.
Bahan bacaan yang digunakan untuk bacaan ekstensif sebaik-baiknya
bersesuaiandengan keperluan, minat dan cita rasa murid. Perkara ini perlu
diberi perhatian sebagai usaha untuk menarik minat dan motivasi murid untuk
membaca.
7. Mengukuhkan pengetahuan bahasa yang telah dipelajari.
Aspek bahasa yang telah dipelajari sebelumnya di bilik darjah dapat diberi
pengukuhan dan penekanan serta dapat diaplikasikan dalam pembelajaran
bahasa pada masa yang akan datang.
8. Meyakinkan murid untuk membaca teks yang panjang.
Pada kebiasaannya, pemgajaran bacaan yang dilakukan dalam kelas
kebanyakkkannya menggunakan teks yang pendek dan ringkas. Sebaliknya
bacaan ekstensif memberi keyakinan kepada murid untuk menerokai aspek-
aspek bahasa yang lebih mencabar.

Peringkat Kemahiran Membaca

Peringkat : Persediaan
Membaca

Peringkat : Mengenal Huruf

Peringkat : Pengesahan

Peringkat
Peringkat
Peringkat
Peringkat
: Membunyikan
: Membina
: Pandangan
: Bacaandan
Suku
Membaca
Pengetahuan
Berganda
Menilai
Kata
Perkataan
Peringkat : Membina dan
Membaca ayat

Peringkat Membaca

Peringkat 1 : Persedian membaca

Pembaca telah terdedah dan biasa mendengar bunyi bahasa tersebut. Pada
peringkat ini mereka mengetahui persamaan bunyi antara perkataan dan meramal
bahagian seterusnya bagi cerita yang didengari.
Peringkat 2 : Mengenal Huruf

Peringkat ini , pembaca mengetahui hubungan antara bunyi dengan huruf tertentu
dan mula mengaplikasikan pengetahuan ini kepada teks bacaan.

Peringkat 3 : Pengesahan

Peringkat ini melibatkan pengesahan terhadap pengetahuan yang telah diperoleh


pada dua peringkat yang sebelumnya dan mengukuhkan kelancaran dalam
kemahiran tersebut.

Peringkat 4 : Bacaan Pengetahuan

Pada peringkat ini , perbendaharaan kata mereka telah bertambah dan mula
berminat untuk membaca. Perbendaharaan kata mereka bertambah secara
mendadak melalui bacaan mereka.

Peringkat 5 : Pandangan Berganda

Peringkat ini mereka berupaya untuk menganalisis teks yang dibaca dan memahami
teks mengikut sudut pandangan yang berbeza.

Peringkat 6 : Membina dan Menilai

Pada peringkat ini , pembaca mula membaca secar berpilih pilih dan membina
pendapat sendiri terhadap teks yang dibaca. Mereka membentuk pengetahuan
sendiri berdasarkan teks yang dibaca dan mengaitkan , meniali dan membezakan
teks yang baru dibaca dan yang telah dibaca.

Peringkat 7 : Membunyikan Suku Kata


Antara aktiviti pada peringkat ini ialah :

1. Mengecam dan membunyikan suku kata KV

2. Mengeja dan membunyikan suku kata KVK

3. Mengeja dan menulis suku kata KVKK

4. Mengeja dan membunyikan digraf

Peringkat 8 : Membina dan Membaca perkataan

Antara aktiviti pada peringkat ini adalah seperti berikut:

1. Membina perkataan daripada suku kata KV + KV

2. Mengeja dan membaca perkataan daripada suku kata KV + KV

3. Mengeja dan menulis perkataan daripad suku kata V + KV

Peringkat 9 : Membina dan Membaca ayat

Antara aktiviti pada peringkat ini adalah seperti berikut:

1. Membina dan membaca rangkai kata / frasa.

2. Membaca ayat tunggal yang mudah dengan sebutan yang betul.


KAEDAH
3. Membina ayat tunggal yang mudah.
ABJAD

3.0 SUKU KATA DAN KAEDAH PENGAJARAN MEMBACA


1. kaedah abjad
2. kaedah fonetik Me
ngg
3. kaedah pandang sebut una
kan
Menyebut
KaedahnamaAbjad Menyebut suku bah Mengeja suku Membaca ayat
kata V dan KV an l
huruf abjad a z; kata, perkataan
huruf besar dan ban dan frasa a
kecil tu
bela t
jar
I
a
n
a

cara penyampaian

1. Murid menghafaz bentuk huruf menurut susunannya, iaitu a z (menerusi


nyanyian, kad, kertas pasir, dan plastisin)
2. Setelah itu, dibunyikan huruf vocal dan digabungkan dengan huruf
konsonan membentuk suku kata:

b+a ba
b+i bi
b+u bu

3. Penggabungan suku kata bagi membentuk perkataan

bu + ku buku

4. Pembacaan ayat-ayat mudah yang perkataannya berupa kv + kv:

busu baca buku.


buku busu biru.
buku busu baru

5. Ada guru yang terus dengan beberapa suku kata

a I u
ba bi bu
ca ci cu
ka ki ku
pa pi pu
sa si su
ya yi yu

6. kemudian membaca perkataan:

ibu aku baca


susu kuku kaki
ciku siku bapa

7. Terdapat juga guru yang mengajar secara berperingkat-peringkat:

1. menyebut abjad
2. menyebut suku kata terbuka
3. menyebut suku kata tertutup
4. membaca perkataan
5. membaca ayat mudah

Kelebihan.

1 Oleh sebab, perkataan mengandungi huruf atau lambang, murid hendaklah


diajar mengenal nama huruf / lambing sebelum membaca atau mengejanya.
2. Mengikut Walker: lambang (huruf) hendaklah diajar seluruhnya. Kanak-kanak
yang mengenal huruf mempunyai peluang besar untuk mencapai keupayaan
membaca.
3. Murid berpeluang menjalin huruf konsonan dan huruf vokal bagi membentuk
suku kata dan akhirnya perkataan.
4. Kaedah ini bersifat petunjuk dan kanak-kanak diberi peluang berinisiatif.

kelemahan
1. Prof Atan Long : kaedah abjad akan melambatkan murid membaca -
penekanan kepada penghafazan huruf dan boleh menghilangkan minat.
2. Kaedah abjad menegaskan hafazan yang kurang bermakna dan boleh
membisankan murid.

KAEDAH
FONETIK
Kaedah Fonetik

Membunyik Membatang suku Membaca


M
an huruf kata dan frasa dan l
e
dan asosiasi perkataan ayat
n
dengan a
g
benda
g t
u
n i
a h
k
a a
n
n
a
h
a
n

b
a
n
t
u

b
e
l
a
j
a
r
1. Murid menghafaz bunyi huruf bukan (nama huruf) - murid melihat lambang
dan menghafaz bunyinya:

a dibunyikan aa
z dibunyikan zi
2. Kemudian, murid diajar suku kata setelah tahu hubungan huruf dengan
bunyinya :

ba - tanpa membunyikan be dan aa

3. Penggabungan suku kata bagi membentuk perkataan

bu + ta buta
bu + ka buka

4. Pembacaan ayat-ayat mudah :

ibu beli buku.


ibu buka buku.
ibu baca buku.

Kelebihan

1. Oleh sebab bahasa itu daripada bunyi-bunyi, huruf hanyalah simbol belaka.
2. Menurut Palmer, huruf secara tersendiri bukanlah bahasa. Huruf hanyalah
simbol yang dibunyikan bagi menuturkan dan menuliskan bahasa. dengan
bunyi yang ditetapkan, huruf akan menjadi satu unsur bahasa.
3. Oleh itu pengajaran bacaan itu, proses asas hendaklah ditumpukan kepada
bunyi-bunyi yang diwakili huruf-huruf abjad kerana bunyi-bunyi tersebut
membawa makna, bukan hurufnya.
4. Mohd Hilmi Haji Ismail menyatakan: sistem ejaan bahasa melayu ialah fonetik
dan oleh sebab suku katanya jelas, maka kaedah suku kata sesuai sekali
digunakan untuk mengajar peringkat prabacaan.

Kelemahan

1. Kaedah ini akan melambatkan penekanan kepada makna menitikberatkan


unsurunsur fonik / bunyi yang tidak memberi erti.
2. Menurut G Whipple: banyak latih tubi diadakan dan ini boleh menghilangkan
minat kerana mengambil masa yang panjang untuk menghafaz / mengenal
semua bunyi huruf / suku kata
3 Prof Atan Long: kekeliruan akan timbul berhubung dengan kesukaran
menyebut bunyi huruf konsonan
KAEDAH

Kaedah Pandang Sebut PANDANG SEBUT

Meng
Menyebut Mencerakinkan Membina dan Membaca
gunak
Perkataan perkataan dan membaca ayat ayat l
an
kata
bahan a
bantu
belajar t

n
1. Murid terus diperkenalkan kepada perkataan. selalunya perkataan tersebut
ditulis pada kad imbasan bergambar

2. Kemudian, murid-murid diperkenalkan kepada ayat-ayat mudah setelah


beberapa perkataan dikuasainya:

saya ada buku.


buku saya baru.
saya suka baca buku

Kelebihan

1. Oleh sebab, murid-murid telah menguasai sejumlah kosa kata, maka


pengajaran prabacaan hendaklah bermula dengan pengalaman tersebut
2. Pengajaran tidak akan seronok sekiranya tidak menghubungkan dengan
pengalaman murid.
3. Mengecam huruf dan menghafaz bunyi akan berkesan sekiranya murid-murid
telah menguasai sejumlah perkataan,
4. Menurut Goodman: pengalaman pembacaan murid akan lebih bermakna jika
yang dibacanya merupakan sesuatu yang telah dikenali atau diketahui
mereka.

Kelemahan
1. Kaedah ini akan membantuk murid-murid seperti burung nuri dan mereka
akan mendapati sukar menyebut perkataan-perkataan baharu.
2. Kad imbasan bergambar boleh mengganggu tumpuan murid membunyikan
lambang, suku kata dan perkataan.
3. Kaedah ini tidak sesuai dengan system bunyi Bahasa Melayu sesuai dengan
sistem tulisan ideografik / logografik seperti ejaan bahasa cina yang
melambangkan sesuatu benda, idea disebalik dengan satu perkataan (satu
morfem)

PENGGABUNGAN TIGA KAEDAH PRABACAAN


Kaedah gabung jalin
1 kaedah pandang sebut
2 kaedah abjad
3 kaedah suku kata

Kaedah gabung jalin


1. Kaedah gabung jalin dijalankan berdasarkan tahap pencapaian dan
kemampuan murid belajar.
2. Kaedah ini menekankan murid agar mengenali huruf / lambang dan bunyinya
serta disampaikan agar bermakna.
3. Melalui kaedah gabung jalin, guru boleh mempelbagaikan strategi
pengajarannya agar kebosanan dapat menghindari murid.
4. Guru boleh menyampaikannya dengan beberapa cara. antaranya ialah:

Secara Suku Kata Intrinsik


1. Penggabungan kaedah pandang sebut dengan kaedah suku kata. bermula
daripada perkataan kepada bunyi-bunyi suku kata.

pandang sebut suku kata

2. Penggabungan kaedah pandang sebut dengan kaedah suku kata. bermula


dari perkataan kepada bunyi-bunyi suku kata.
Baju ba + ju

3. Pendekatan ini menekankan makna dalam penyebutan dan bacaan. murid


diperkenalkan dulu dengan kosa kata secara imbasan (pandang dan sebut)
sebelum dikenalkan kepada bunyi (suku kata )

4. Selepas itu, murid membandingkan unsur yang sama dalam perkataan lain.

buku bu + ku
bulu bu + lu
bubu bu + bu

Secara suku kata sintetik


1. Penggabungan kaedah suku kata dengan kaedah pandang sebut. bermula
daripada bunyi-bunyi suku kata kepada perkataan.

suku kata pandang sebut

2. Murid dikenalkan dengan bunyi huruf vocal terlebih dahulu:

aiu
3. Kemudian, sejumlah huruf konsonan

bkt
Refleksi

Saya bersyukur kepada Tuhan kerana dengan izinNya saya telah berjaya
melaksanakan tugasan ini dengan jayanya. Saya juga ingin berterima kasih kepada
Hj Izan Bin Othman kerana telah memberikan tunjuk ajar dan panduan untuk
melaksanakan tugasan ini. Ini merupakan salah satu tugasan yang menarik dan
berguna kepada saya. Melalui tugasan ini saya dapat mempelajari dan mendalami
pelbagai ilmu yang mungkin tidak dapat dimiliki dimana mana.

Melalui tugasan ini saya dapat mempelajari kemahiran berbahasa iaitu


kemahiran membaca. Melalui ini saya dapat mempelajari tentang jenis jenis
membaca serta dapat mendalami dengan lebih mendalam tentnag proses membaca
yang begitu kompleks sekali. Ini merupakan satu keistimewaan yang telah
dikurniakan oleh Tuhan kepada semua manusia. Proses membaca merupakan satu
proses yang kompleks namun manusia dapat menguasainya dengan baik. Selain itu
saya juga dapat mempelajari kaedah kaedah pengajaran membaca dimana ini
merupakan satu input yang berguna untuk digunakan kelak.

Saya juga mempelajari kaedah kaedah membuat patung atau boneka untuk
dipertontonkan kepada semua. Ianya merupakan pengalaman yang menarik dimana
saya dan rakan bekerjasama untuk meyiapkan boneka. Selain dapat mengeratkan
hubungan antara satu sama lain saya juga dapat mempelajari sikap bekerjasama
diantara satu sama lain. Ini juga mengajar saya untuk mempercayai antara satu
sama lain dalam melakukan sesuatu tugas yang berbentuk kumpulan.

Saya berharap agar tugasan menarik sebegini harus diterus bagi memberikan
guru pelatih input yang positif serta dapat meningkatkan tahap kreatif pelajar
disamping mendapat ilmu yang berguna yang bakal digunakan pada masa hadapan.

Penghargaan

Syukur kepada Tuhan kerana memberi peluang kepada saya untuk


menyiapkan kerja kursus ini tepat pada masanya. Saya ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada rakan rakan yang banyak membantu dalam melaksanakan
tugasan ini. Disamping bekerjasama untuk menyiapkan tugasan ini kami juga
berkolaborasi antara satu sama lain untuk mendapatkan keputusan yang sesuai
untuk menyelesaikan tugasan yang telah diberikan.

Saya juga ingin mengucapakan ribuan terima kasih kepada Hj Izan Bin
Othman kerana memberikan penjelasan dan juga membantu dalam menyelesaikan
tugasan ini. Akhir kata , sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua pihak yang telah banyak membantu saya dalam menyelesaikan tugasan ini.
SENARAI KANDUNGAN

MUKA SURAT

HALAMAN PENGAKUAN i

PENGHARGAAN ii

SENARAI KANDUNGAN iii

1.0 PENGENALAN 1
2.0 MEMAHAMI ASPEK ASPEK DALAM KEMAHIRAN MEMBACA 2
3.0 SUKU KATA DAN KAEDAH PENGAJARAN MEMBACA 15
REFLEKSI 23
BIBLIOGRAFI 24

LAMPIRAN

Salinan Persembahan Visual

Soalan Tugasan Kerja Kursus

Borang Kolaborasi
Borang Maklum Balas

HALAMAN PENGAKUAN
Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

TANDATANGAN :
.

NAMA PENULIS :
.

TARIKH :
.

Bibliografi

Siti Hajar Abdul Aziz , Bahasa Melayu II ( Siri Pendidikan Guru)

Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Khairuddin Mohamad , Literasi Bahasa Melayu (Siri Pendidikan Guru)

Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Tiada nama pengarang. http://pgsrkent08.edublogs.org. Dilayari pada 18 Julai 2011.


Di URL http://pgsrkent08.edublogs.org
Tiada nama pengarang. kaedah-mengajar-membaca. Dilayari pada 18 Julai 2011.
Di URL http:// http://terasbacaan.blogspot.com

You might also like