You are on page 1of 8

Ujian Berkomputer (Off-Line) Peringkat Daerah

Dengan Kerjasama:

Kementerian
Pendidikan
Malaysia

The Longest Running


Investment Quiz
Competition

PANDUAN PELAKSANAAN UNTUK GURU PENYELARAS


Pertandingan Kuiz Pelaburan PNB 1Malaysia 2017
(Kategori Sekolah Menengah)
Dokumen ini hanya merupakan garis panduan bagi memudahkan Guru Penyelaras melaksanakan Ujian Berkomputer (Off-line) di makmal
komputer sekolah masing-masing. Guru Penyelaras boleh menambahbaik pelaksanaan mengikut kesesuaian masing-masing. Namun, Guru
Penyelaras diingatkan agar menjaga ketelusan pelaksanaan dan keesahan soalan sepanjang menjalankan pertandingan.

Disediakan oleh:
Sekretariat Pertandingan Kuiz Pelaburan PNB 1Malaysia (Kategori Sekolah Menengah)
Jabatan CSR, Tingkat 38, Menara PNB, 201-A, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur
Tel: 03-20505760 | Faks: 03-2050 5760

Muka surat 1 / 8
Ujian Berkomputer (Off-Line) Peringkat Daerah

PANDUAN RINGKAS

Bagi menjalankan ujian berkomputer (off-line) Peringkat Daerah, Guru


Penyelaras perlu melaksanakan 4 langkah mudah seperti berikut:

1 SAVE (simpan)
2
master file soalan
COPY (salin) master
ke dalam pen drive
file soalan ke setiap
PC

3 4
ARAH peserta E-MEL file jawapan ke
menjalani ujian PNB bersama Borang
Maklum Balas &
Borang Laporan

Muka surat 2 / 8
Ujian Berkomputer (Off-Line) Peringkat Daerah

PANDUAN TERPERINCI

1. Apabila Menerima E-mel Daripada Pihak Sekretariat Pertandingan

1.1 Guru Penyelaras perlu memuat turun (download) perkara-perkara


berikut yang diterima melalui e-mel dan simpan (save as) ke dalam
pen drive masing-masing:

1.1.1 Panduan Pelaksanaan Untuk Guru Penyelaras

1.1.2 Master File soalan (disediakan dalam format Microsoft Excel oleh
pihak sekretariat pertandingan dengan nama
Master_KuizPelaburanPNB_SM.xls)

1.1.3 Borang Maklum Balas

1.1.4 Borang Laporan

NOTA: Empat file yang akan diterima melalui e-mel oleh Guru Penyelaras dan perlu disimpan (save) ke dalam pen drive Guru
Penyelaras.

Muka surat 3 / 8
Ujian Berkomputer (Off-Line) Peringkat Daerah

1.2 Guru Penyelaras kemudian perlu menyalin (copy and paste) Master
File soalan (perkara 1.1.2 di atas) di ruangan desktop setiap komputer
di makmal komputer sekolah masing-masing.

NOTA: File Master_KuizPelaburanPNB_SM.xls perlu disalin (copy & paste) ke ruangan desktop komputer-komputer di makmal
komputer sekolah oleh Guru Penyelaras.

1.3 Guru Penyelaras digalakkan membuka Master File soalan (perkara


1.1.2 di atas) dan membiasakan diri dengan file tersebut supaya
mudah memberi arahan/taklimat kepada para peserta pada hari
ujian nanti.

2. Pada Hari Ujian

2.1 Guru Penyelaras boleh membenarkan peserta masuk ke dalam


makmal komputer 15 minit sebelum ujian bermula dan memberikan
taklimat ringkas kepada peserta sebelum memulakan ujian.

2.2 Bagi menjalankan ujian, Guru Penyelaras boleh merujuk Panduan


Arahan Kepada Peserta seperti berikut:

Muka surat 4 / 8
Ujian Berkomputer (Off-Line) Peringkat Daerah

2.2.1 Beri arahan kepada peserta untuk membuka Master File


(Master_KuizPelaburanPNB_SM.xls) yang terdapat di
ruangan desktop komputer masing-masing.
[Nota: File soalan mengandungi sheet (i) Arahan, (ii) Maklumat Peserta dan (iii) Soalan.]

NOTA: File Master_KuizPelaburanPNB_SM.xls mengandungi sheet (i) Arahan, (ii) Maklumat Peserta dan (iii) Soalan.

2.2.2 Beri arahan kepada peserta untuk membaca sheet ARAHAN


dalam file tersebut dengan teliti.

2.2.3 Beri arahan kepada peserta untuk melengkapkan kesemua


maklumat peserta yang diperlukan seperti di dalam sheet
MAKLUMAT PESERTA dengan tepat dan lengkap.
[Nota: Maklumat diperlukan adalah Nama (seperti di dalam MyKad), No. MyKad (tanpa "-"),
Nama Sekolah, Negeri dan Daerah.]

Muka surat 5 / 8
Ujian Berkomputer (Off-Line) Peringkat Daerah

Taipkan nama penuh di ruangan ini

Taipkan no. MyKad (tanpa tanda -)

Taipkan nama sekolah

Taipkan atau pilih negeri (pilih menggunakan drop-down list)

Pilih daerah (gunakan drop-down list)

NOTA: Maklumat peserta yang diperlukan seperti di dalam sheet MAKLUMAT PESERTA.

2.2.4 Beri arahan kepada peserta untuk menjawab kesemua 40


soalan berbentuk objektif di dalam sheet SOALAN selama 30
minit.

Taip / pilih jawapan (gunakan drop-down list)

NOTA: Peserta boleh memberi jawapan di ruangan JAWAPAN ANDA dengan menggunakan
senarai drop-down yang disediakan atau menaip jawapan di ruangan tersebut.

Muka surat 6 / 8
Ujian Berkomputer (Off-Line) Peringkat Daerah

2.2.5 Apabila masa menjawab selama 30 minit tamat, beri arahan


kepada peserta untuk menyimpan (save) file tersebut di
ruangan desktop dengan menggunakan No. MyKad masing-
masing (tanpa tanda -) sebagai filename, contohnya
001220025459.xls (file tersebut akan dirujuk sebagai file
jawapan selepas ini).

NOTA: File Master_KuizPelaburanPNB_SM.xls yang telah dijawab oleh peserta perlu disimpan (save) oleh peserta
dengan menggunakan nombor MyKad masing-masing sebagai filename.

2.3 Sekiranya bilangan peserta melebihi bilangan komputer yang ada


di makmal komputer sekolah, Guru Penyelaras boleh menjalankan
ujian dalam beberapa sesi mengikut kesesuaian.

3. Apabila Selesai Menjalankan Ujian

3.1 Setelah kesemua peserta selesai menjalankan ujian, Guru


Penyelaras perlu:

3.1.1 Menyalin (copy) file jawapan setiap peserta (Perkara 2.2.5) ke


dalam pen drive Guru Penyelaras. Digalakkan agar Guru
Penyelaras membuat satu folder khas untuk menyimpan
kesemua file tersebut.

Muka surat 7 / 8
Ujian Berkomputer (Off-Line) Peringkat Daerah

3.1.2 Memadam kesemua file (Master File dan juga file jawapan
(delete)
peserta seperti Perkara 2.2.5) yang terdapat di ruangan desktop
komputer-komputer di makmal komputer sekolah.

3.2 Guru Penyelaras kemudian perlu menghantar melalui e-mel


perkara-perkara seperti di bawah kepada:

3.2.1 Sekretariat pertandingan (menggunakan alamat e-mel


kuizpelaburanpnb.sm@gmail.com):

3.2.1.1 Kesemua file jawapan (Perkara 2.2.5) yang telah


dilengkapkan peserta.

3.2.1.2 Borang Maklum Balas yang telah lengkap diisi.

3.2.1.3 Borang Laporan yang telah lengkap diisi.

3.2.2 Pejabat Pendidikan Daerah (boleh melalui e-mel atau faks):

3.2.2.1 Borang Laporan yang telah lengkap diisi sahaja.

NOTA TAMBAHAN:
1. Tarikh akhir penerimaan Perkara 3.2.1.1, Perkara 3.2.1.2 dan Perkara 3.2.1.3 oleh sekretariat
pertandingan adalah pada 28 April 2017.
2. Guru Penyelaras juga perlu memadamkan (delete) kesemua file soalan termasuk Master File yang
tersimpan di dalam pen drive Guru Penyelaras selepas Perkara 3.2. diselesaikan.

- Tamat -

Muka surat 8 / 8

You might also like