You are on page 1of 1

Abstrak

Kajian tindakan ini bertujuan meningkatkan pelbagai jenis garisan secara berkesan
dalam menghasilkan rupa bagi murid Tahun tiga melalui kaedah demonstrasi
berstruktur. Seramai enam orang subjek Tahun tiga dari sebuah sekolah di Taman
Midah, Kuala Lumpur terlibat dalam kajian yang dijalankan ini. Oleh itu, kaedah
demonstrasi digunakan bagi meningkatkan penguasaan penggunaan pelbagai
garisan dalam menghasilkan rupa dalam sebuah lukisan. Tujuan kaedah ini
digunakan adalah untuk menarik minat murid serta membina pengetahuan sedia ada
murid dan meningkatkan tahap nilai kreativiti murid dalam menghasilkan rupa
dengan menggunakan pelbagai jenis garisan. Instrumen yang digunakan oleh
pengkaji untuk mengumpul data melalui ujian pra dan pasca, pemerhatian
berstruktur, soal selidik dan analisis dokumen subjek kajian. Pengkaji menggunakan
senarai semak dalam mengumpul data dari pemerhatian dan soal selidik yang telah
dijalankan. Melalui analisis data pemerhatian mendapati bahawa tiga subjek
daripada enam subjek kajian lemah dalam menghasilkan rupa dengan
menggunakan pelbagai garisan. Fokus kajian adalah untuk menilai keberkesanan
kaedah demonstrasi dalam meningkatkan penguasaan menghasilkan rupa dengan
menggunakan pelbagai jenis garisan secara berkesan. Pendekatan yang digunakan
oleh pengkaji ialah dengan menggunakan model Kurt Lewin dan juga reka bentuk
kajian ialah kajian tindakan. Dapatan kajian telah menunjukkan hasil yang positif
berbanding dengan ujian pra iaitu secara purata subjek telah menunjukkan
peningkatan. Hal ini dibuktikan dengan analisis ujian pasca bagi kaedah yang
dijalankan telah menunjukkan peningkatan semua subjek dalam menguasai pelbagai
jenis garisan dalam menghasilkan rupa bagi sebuah lukisan. Cadangan
penambahbaikan untuk kajian yang akan datang ialah dengan menambahkan lagi
pelbagai jenis garisan dan melaksanakan sesi interaksi secara berkumpulan.

You might also like