You are on page 1of 2

ANATOMI DAN FISIOLOGI JANTUNG

JANTUNGKU: Jantung merupakan organ yang berotot pejal dan mempunyai


empat ruang dimana saiznya menyamai saiz penumbuk individu berkenaan. Ianya
terletak di dalam bahagian dada, diantara dua paru-paru, dan dibawah tulang rusuk
kiri.

Fungsi utama jantung adalah untuk mengepam darah yang beroksigen ke seluruh
bahagian tubuh. Tugas ini dilakukan dengan menguncup sebanyak 60 hingga 90 kali
bagi setiap minit. dengan setiap penguncupan ruang jantung akan mengepam darah
samada ke venrikel atau salur darah arteri. dalam masa 24 jam jantung anda
berdenyut lebih daripada 100,000 kali, 7,000 liter darah dipam melalui jarak beribu
batu di dalam sistem saluran darah.

CARA JANTUNG BEKERJA: Pusingan jantung bermula dibahagian


kanan jantung. Salur darah vena[vena kava bawah] menyalurkan semula aliran darah
yang rendah kandungan oksigen ke dalam ruang atrium kanan. Aliran darah tadi
akan mengalir dari atrium kanan ke dalam ventrikel kanan di mana ia kanan dipam
ke dalam sistem saluran darah paru-paru melalui arteri pulmonari di mana ia akan
menyerap oksigen dan melepaskan karbon dioksida. Darah yang tinggi kandungan
oksigen ini akan memasuki jantung semula dimana ia akan mengalir ke dalam atrium
kiri melalui dua pasang vena pulmonari setiap pasang dari paru-paru kanan dan kiri.
Daripada atrium kiri darah tadi akan memasuki ventrikel kiri dan dipam keluar ke
dalam aorta untuk penyaluran kesetiap bahagian badan manusia.

INJAP-INJAP JANTUNG: Atrium dan ventrikel dipisahkan oleh bahagian


yang membentuk injap-injap jantung. injap-injap ini akan mengemudi aliran darah
diantara ruang-ruang jantung. Injap ini membenarkan aliran sehala dengan
menyalurkan darah ke dalam yang seterusnya dan menghalang aliran balik.

Di bahagian kanan jantung, darah mengalir melalui injap trikuspid yang terletak di
antara atrium kanan dan ventrikel kanan. injap ini mempunyai tiga dedaun atau
kelopak. di sebelah kiri jantung pula, darah mengalir di antara atrium kiri dan
ventrikel kiri melalui injap mitral. injap mitral juga dikenali sebagai injap bikuspid
kerana ia mempunyai dua dedaun atau kelopak.
Bagi membolehkan darah mengalir dari ruang atas ke dalam ruang bawah, injap-injap
tadi mestilah terbuka. injap-injap ini dikawal oleh perubahan tekanan darah di dalam
setiap ruang tadi.

Injap juga terdapat di antara ventrikel dan saluran darah yang menyalurkan darah
keluar daripada jantung. Darah akan mengalir melalui injap pulmonari yang
memisahkan ventrikel kanan dengan artei pulmonari. Manakala di sebelah kiri pula
darah mengalir daripada ventrikel kiri ke dalam aorta melalui injap aorta.

JANTUNG BERDENYUT: Jantung anda mempunyai sistem arus elektrik


yang meransang jantung untuk menguncup atau berdenyut. Setiap denyutan bermula
dengan ransangan elektrik yang berasal dari bahagian khas di dalam atrium kanan
yang dipanggil odus sinoatrial ataupun nodus SA. Nodus SA ini merupakan pencetus
atau suis semulajadi jantung. Ia menerima maklumat daripada otak dan pusat-pusat
kawalan lain di dalam sistem saraf yang mengarahkannya menyesuaikan kadar
denyutan jantung yang optima bergantung keppada keperluan badan manusia.
Setelah ransangan tadi dihasilkan oleh nodus SA ia akan mengalir kepada atrium-
atrium yang menyebabkan mereka menguncup dan mengepam darah masuk ke dalam
ventrikel di bawah. Ransangan elektrik ini kemudiannya mengalir ke satu kumpulan
sel khusus yang dikenali sebagai nodus atrioventrikular atau nodus AV. Dari sini
ransangan tadi akan mengalir laju keseluruh bahagian jantung melalui rangkaian His,
cabang kiri dan kanan [kesemuanya adalah sistem aliran rangsangan elektrik
jantung]. Otot-otot jantung menguncup dan jantung berdenyut akibat daripada
ransangan-ransangan ini. Selepas setiap denyutan, otot-otot jantung menguncup dan
jantung berdebyut akibat daripada ransangan-ransangan tadi dan
ianya berlaku teramat pantas.

ALIRAN DARAH KORONARI: Jantung juga mempunyai sistem aliran


darahnya sendiri yang berfungsi memberikan bekalan darah kepada otot-otot jantung.
Ianya terdiri daripada arteri koronari kanan dan kiri. Arteri koronari kanan muncul
daripada aorta dan mengelilingi bahagian kanan lekukan atrioventrikular dan
menyalurkan darah kepada atrium kanan dan ventrikel kanan dan sebahagian
pembahagi[septa] belakang. Arteri koronari kiri juga muncul daripada aorta. Bahagian
permulaannya arteri kiri koronari utama dan menjadi arteri kiri bawah dan arteri
sirkumfleks. Kesemuanya menyalurkan darah bahagian atrium kiri dan ventrikel kiri
dan sebahagian pembahagi depan.

You might also like