You are on page 1of 1

Lupaan

Lupaan dikenali sbg kegagalan mengeluarkan kembali maklumat yang tersimpan di dalam
ingatan. Faktor lupaan iaitu

Kegagalan mengenkod

Mengenkod ialah proses memindahkan input sensori kepada bentuk yang boleh disimpan di
dalam ingatan. Maklumat yang dianggap tidak relevan kepada individu sukar untuk
dikeluarkan semula kerana telah dienkod secara dangkal dan tidak sempurna.

Kegagalan mengeluarkan semula maklumat

Ketiadaan upaya untuk mengeluarkan semula maklumat boleh berlaku apabila ingatan tidak
cukup kuat untuk mengeluarkan maklumat tetapi cukup untuk mencetuskannya. Situasi
tersebut juga boleh berlaku apabila seseorang boleh merujuk maklumat tetapi tidak dapat
mengakses ingatan.

Surihan ingatan

SI merujuk kemerosotan sesuatu ingatan yang spesifik melewati satu tempoh waktu. Hal ini
bermakna maklumat yang tidak digunakan sekian lama akan tersurih dan mereput dengan
sendirinya. Maklumat yang melalui proses pengulangan dan pengukuhan akan kekal lama di
dalam ingatan.

Gangguan

Gangguan berlaku apabila terdapat interaksi antara bahan baharu yang sedang dipelajari
dengan bahan lama yang telah dipelajari. Gangguan terbahagi kepada dua iaitu gangguan
proaktif dan gangguan retroaktif. Gangguan proaktif melibatkan kegagalan mengingati
maklumat yang sedang dipelajari kesan daripada gangguan maklumat yang telah dipelajari.
Gangguan retroaktif melibatkan maklumat yang sedang dipelajari menganggu maklumat
lama yakni proses mengeluarkan maklumat lepas.

You might also like