You are on page 1of 3

Persatuan Ibu-Bapa dan Guru-Guru

Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki


Jalan Kampong Pandan
55100 Kuala Lumpur
Tel : 03-92858219

Ruj. Kami : PIBG/SAB/ Formatted: Indent: Left: 2", First line: 0.5"

25 Mei 2010

Kepada
Yang Berkenaan,

Tuan, Formatted: Font: Not Bold

MOHON SUMBANGAN KEWANGAN KEPADA PIBG SEKOLAH MENENGAH


KEBANGSAAN AMINUDDIN BAKI KUALA LUMPUR (SABKL)BAGI MENAMPUNG
KOS MENAIK TARAF INFRASTRUKTUR DEWAN SEKOLAH SK ST. MARY KUALA
LUMPUR

Dengan segala hormatnya, saya bagi pihak Persatuan Ibu bapa dan Guru-guru (PIBG)
Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin BakiSt. Mary (SABKL) ingin mohon
sumbangan ikhlas daripada para dermawan/ warga korporat untuk tabung PIBG
SABKLprojek naik taraf insfrastruktur dewan utama sekolah.

2. Untuk makluman para dermawan, kami di PIBG mempunyai iltizam untuk terus
menyokong sekolah dan terlibat secara langsung dalam peningkatan kecemerlangan
pendidikan anak-anak di SABKL SK St. Mary dengan menyokong perlaksanaan aktiviti-
aktiviti seperti berikut :
Meningkatkan infrastruktur sekolah yang berusia 53 tahun agar ianya lebih
kondusif di dalam usaha kita melahirkan modal insan sejajar dengan seruan
kerajaan.
Melengkapkan kemudahan penghawa dingin untuk Dewan Bistari Aminuddin
Baki yang digunakan oleh pelajar antaranya ketika mengambil peperiksaan
dan juga mengadakan perhimpunan sekolah bila hari hujan. (nota: keadaan
dewan sekarang adalah tidak kondusif untuk aktiviti seperti ini malah telah
beberapa kali pelajar kita pengsan ketika penghimpunan kerana keadaan
dalam dewan yang terlalu panas.
Melengkapkan penghawa dingin di Bilik Kaunseling
Melengkapkan bahan-bahan Pengajaran dan Pembelajaran di sekolah.
Program yang mengeratkan silaturrahim antara para ibu-bapa dengan warga
sekolah melalui program Homeroom dan Parenting skill.

3. Dengan sokongan berterusan para dermawan kepada PIBG SABKL, pihak kami
akan dapat terus berfungsi dengan lebih efisen serta efektif sejajar dengan sektor swasta
dan koporat yang memainkan serta menunaikan tanggung-jawab sosial. Ingin kami
rakamkan disini penghargaan kami terhadap bekas pelajar SABKL yang selama ini telah
banyak membantu menaik-taraf kemudahan sekolah dan sumbangan yang paling nyata
setakat ini adalah penaikan-taraf dewan sekolah oleh seorang bekas pelajar yang
melibatkan sumbangan sebanyak RM 700,000. Kami yakin terdapat lebih ramai lagi para
dermawan yang mampu melakukan sesuatu yang bermakna untuk SABKL dan ianya akan
dinilai sebagai amal jariah yang membantu anak bangsa kita menuntut ilmu.

4. Sumbangan kewangan dalam bentuk cek boleh di keluarkan di atas nama PIBG
SEKOLAH MENENGAH AMINUDDIN BAKI. Di harapkan dengan sumbangan yang ikhlas
daripada para dermawan kepada PIBG SABKL dapat menyokong pihak pengurusan
sekolah menempatkan SABKL di peta dunia sebagai sekolah bertaraf tinggi yang bertaraf
global.

5. Selain itu, sumbangan dalam bentuk pembiayaan kos kerja menaikkan taraf
infrastruktur atau penajaan kerja penyelenggaraan berjadual perkakasan seperti
Penghawa dingin atau penajaan teknikal knowhow adalah sangat di alu-alukan.

Akhirnya di atas perhatian dan sokongan dari pihak tuan tuan secara berterusan , kami
ucapkan ribuan terima kasih.

Sekian. Terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

..
( Rosley Othman)
Yang Di Pertua
Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG)
SMK Aminuddin Baki
Kuala Lumpur

Disokong oleh

PENASIHAT PIBG Merangkap Pengetua SABKL

Hjh Latifah bt Mahfod

__________________________Keratan JAWAPAN____________________________

Nama perderma :

Bentuk Derma

Tunai/Cheque bernombor dan nilainya adalah


RM .......................................................................................
Atau/dan

Lain-lain bentuk derma/sumbangan adalah

. .

Derma yang disumbangkan adalah secara sukarela dan bagi maksud PIBG SABKL
seperti surat yang dinyatakan

Tanda Tangan perderma

......................................................................

Tariikh

Sila pulangkan keratan ini sebelum 10/8/2010 kepada pihak sekolah melalui pejabat
pengetua SABKL atau dengan menghubungi saya di alamat email
wgd101@yahoo.com.my dan no talian 013-3511791

You might also like