You are on page 1of 1

untuk sesuatu program pengajian.

4.4 Bagi pelajar kemasukan terus, tempoh maksimum pengajian ditetapkan oleh
fakulti berdasarkan kepada jumlah pengecualian kredit yang diluluskan. Pengiraan
tempoh maksimum mengikut jumlah pengecualian kredit seperti dalam Jadual 3.

Jadual 3 : Tempoh Maksimum Pengajian

JUMLAH PENGECUALIAN KREDIT (CE) TEMPOH MAKSIMUM (SEMESTER)

<20 (1.5 x tempoh lazim) 0

20 - 33 (1.5 x tempoh lazim) 1

34 - 50 (1.5 x tempoh lazim) 2

51 60 (1.5 x tempoh lazim) 3



5.0 PENGECUALIAN KREDIT
5.1 Pengecualian kredit boleh diberi kepada:
5.1.1 pelajar berkelulusan sijil atau diploma atau ijazah yang diiktiraf setaraf oleh
Senat;
5.1.2 pelajar berstatus Kedudukan Baik (KB) yang bertukar program pengajian
sama ada dalam universiti atau dari IPT lain.
5.2 Pelajar yang mempunyai pengalaman bekerja yang berkaitan dan diiktiraf oleh
fakulti boleh dipertimbangkan pengecualian kredit bagi kursus Latihan Industri/
Latihan Praktik.
5.3 Had Pengecualian Kredit yang boleh diberikan hendaklah tidak melebihi 30%
(atau mengikut peratusan yang ditetapkan oleh Badan Profesional berkaitan)
daripada jumlah keseluruhan kredit yang disyaratkan untuk pengijazahan sesuatu
program pengajian. Walau bagaimanapun, fakulti boleh memohon kelulusan Senat
untuk mendapat pengecualian kredit yang melebihi 30% tertakluk kepada had
maksimum 50%.
5.4 Permohonan pengecualian kredit hendaklah dibuat semasa permohonan mengikuti
program atau selewat-lewatnya semester KELIMA (5) pengajian kecuali latihan
industri/latihan praktik.
5.5 Pelajar tidak dibenarkan mendaftar kursus yang telah diberikan pengecualian
kredit. Pendaftaran kursus yang telah diberi pengecualian kredit akan dibatalkan.
5.6 Panduan pengecualian kredit adalah seperti di Lampiran III.
6.0 PERPINDAHAN KREDIT
6.1 Had Perpindahan Kredit yang dibenarkan dari IPT lain hendaklah tidak melebihi
30% daripada jumlah keseluruhan kredit untuk pengijazahan.
6.2 Pelajar perlu membuat pendaftaran semua kursus yang hendak dipindahkan pada
semester semasa.
6.3 Pelajar perlu memaklumkan gred yang diperoleh bagi semua kursus yang diikuti
kepada fakulti sejurus selepas mendapat keputusan kursus dari IPT tersebut.
17

You might also like