Professional Documents
Culture Documents
KERTAS KONSEP
PELAKSANAAN GURU PENYAYANG 2017
1. TUJUAN
Pelaksanaan Guru Penyayang adalah bertujuan agar guru mengamal dan membudayakan
sikap kasih sayang di sekolah.
2. KONSEP
Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi, dan
bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah
seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan
dengan muridnya (every child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang,
bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria,
prihatin dan sabar.
Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang
perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa.
Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam
perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat.
3. OBJEKTIF
Objektif Guru Penyayang;
3.1 Menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru.
3.2 Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah.
3.3 Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah.
3.4 Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah.
4. JAWATANKUASA PELAKSANA
PENASIHAT : EN.M.KANAVATHY
(GURU BESAR SJK (T) LDG HUNTLY)
PENGERUSI : EN. J. VINOTHANAN
(PK HEM SJK (T) LDG HUNTLY)
NAIB PENGERUSI 1 : PN.T. AGNES CAROLINE
(PK PENTADBIRAN SJK (T) LDG HUNTLY)
NAIB PENGERUSI 11 : EN. V. SUNDARAM
(PK KOKURIKULUM SJK (T) LDG HUNTLY)
SETIAUSAHA : PN. G. RUKUMANI
AHLI JAWATANKUASA : 1.PN.S.THARINI
2. PN. V. SARASWATHY
3. PN. M. SAROJINI
4. CIK S. SRITHA
5. PN. M. UMAH DEVI
6. PN. C. PARAMESWARY
5. JAWATANKUASA KERJA
Semua guru SJK (T) LDG HUNTLY Sesi 2017
6. SASARAN
Semua murid SJK (T) LDG HUNTLY Sesi 2017
7. TEMPOH PELAKSANAAN
Pelaksanaan berterusan sepanjang tahun 2017
8. AKTIVITI
Pelaksanaan Guru Penyayang dijalankan secara berterusan serta merupakan budaya guru. Ia akan
dilaksanakan berdasarkan pelan jangka pendek dan jangka panjang secara berfasa. Bagi fasa
pertama pelaksanaannya, guru-guru hendaklah melaksanakan tiga aktiviti berikut;
8.1 Mengalu-alukan kehadiran murid
8.2 Pelaksanaan Program Mentor Mentee
8.3 Memberi penghargaan kepada murid
Aktiviti dan kaedah pelaksanaan adalah seperti di LAMPIRAN A.
9. ANGGARAN PERBELANJAAN
SUMBER :
Peruntukan PCG untuk Unit Bimbingan dan Kaunseling SJK(T) LDG HUNTLY.
JANGKAAN PERBELANJAAN :
Perbelanjaan bagi melaksanakan program ini sepanjang Tahun 2017 adalah dianggarkan
sebanyak RM 90.00 ( Sembilan Puluh Ringgit Sahaja )
Anggaran Perbelanjaan :
JUMLAH 90.00
10. PENUTUP
Adalah diharap dengan adanya program guru penyayang akan mencapai objektif
sebagaimana yang telah ditetapkan. Dengan komitmen dan kerjasama yang baik dari semua
pihak, program yang pada asalnya hanyalah catatan serta cadangan pada kertas akan menjadi
suatu program yang amat bermakna melalui pelaksanaan. Dengan ini, ia bukan sahaja
membawa kebaikan kepada seluruh komuniti sekolah, malah boleh meningkatkan kesedaran
dikalangan ibu bapa agar mereka sedar bahawa tanggungjawab guru bukan semata-mata
untuk mengajar malahan lebih daripada itu. Semoga segala impian SJK (T) Ladang Huntly
akan bertukar realiti.
..
2017
ANJURAN:
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL LADANG
HUNTLY,
34900 PANTAI REMIS, PERAK.
LAMPIRAN A
1 MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN a. Guru mengalu-alukan murid di pintu i. Menyambut kedatangan murid: Barisan kepimpinan
MURID pagar sekolah sekolah
a. Penampilan guru yang kemas dan ceria Guru yang bertugas
i. Semasa murid memulakan sesi mingguan.
persekolahan baru b. Bersikap mesra, berbudi bahasa dan
menghormati murid
ii. Semasa murid datang ke sekolah
c. Ambil berat, prihatin dan sabar menyambut
iii. Semasa murid pulang dari sekolah murid
b. Lambaian pulang
Contoh: Selamat pulang,
Jaga diri baik-baik,
Jumpa lagi
c. Bertanya khabar
Contoh: Apa khabar hari ni?,
Dah makan ke belum ?
iii. Memberi bimbingan dan tunjuk ajar
secara berhemah
Contoh:
a. Membetulkan tali leher
b. Mengenakan butang baju dll
Contoh:
Kehadiran Anda Impian Kami
2 MENTOR MENTEE a. Pelaksanaannya bertujuan untuk: 1. Guru dengan penuh rasa kekeluargaan
( RUJUK LAMPIRAN B & C) melaksanakan aktiviti mentor mentee
i. Membangunkan sahsiah diri murid MENTOR
2. Strategi pelaksanaannya: Guru terpilih
ii. Membina jati diri murid
i. Seorang atau dua mentor bagi setiap kelas. MENTEE
iii. Mentor sebagai orang yang boleh Semua murid
membantu menyelesaikan masalah murid ii. Perjumpaan diadakan sekurang-
kurangnya empat kali setahun dan
b. Antara aktiviti yang dicadangkan diselaraskan dalam jadual waktu harian
adalah
seperti berikut: 3. Pengisian semasa perjumpaan:
3 PENGHARGAAN MURID a) Memberikan penghargaan dan i. Guru meraikan murid dalam suasana gembira,
pengiktirafan kepada murid melalui: rasa hormat, rasa dihargai, dengan penuh
kasih sayang Semua guru
Aktiviti meraikan murid: termasuk pentadbir
ii. Antara kaedah yang digunakan : sekolah
i) Hari Lahir Murid
a. Mengumumkan ucapan selamat .
ii) Sambutan Hari Kanak-Kanak
b. Menyanyikan lagu bersesuaian dengan tema
iii) Perayaan-perayaan utama seperti Hari sambutan
Raya Aidil Fitri.
Contoh:
Lagu Hari Lahir
b) Pengiktirafan kepada murid melalui : Lagu Perayaan Utama
i) Menampal hasil kerja murid di sudut c. Membaca doa selamat kepada murid yang
yang bersesuaian. menyambut Hari Lahir pada setiap kali
bacaan Yasin diadakan pada setiap hari
Jumaat
B.THINEST 6
M.DEVENTHIRRAN 1
S.KOMALAVALLI 3
2 EN.J.VINOTHANAN
THULASITHARAN 4
S.THARANI 6
GUGKEESH 1
S.KRIPIGAN 3
3 EN.V.SUNDARAM
M.MAGESWARY 5
H.BARATHAN 6
KIMATRA 1
S.SHAVIN 3
4 PN.C. PARAMESWARY
S.KESAVAN 5
GOHGILATASAN 6
S.KASVINA 1
S.PRAVIN 5
SURENTIRRAN 1
2
6 PN.M.SAROJINI MANISHA
D.YUVNESWARAN 5
S.SHUBASHINI 1
GURURAJ 6
S.SEHRAN 1
8 PN.G.RUKUMANI L.RISHMITHA 2
M.HEMANANDHINI 6
S.VIMAL 3
9 PN.S.THARINI S.KALADEVI 4
S.NANDAKUMAARA 6
D.KAVISHA 1
P.SUNDAR 6
BI APRI OGO
AKTIVITI JAN FEB MAC MEI JUN JULAI SEPT OKT NOV DIS
L L S